Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Thursday, December 4, 2025

Misi Mencari Dessert Di Milk & Barley NuSentral..

Assalamualaikum wrt...

Sebelum ni SA beli dessert kat Paris Baguette kan...kali ni kita beli kat tempat lain la....memandangkan meeting petang so kita amik dessert yang manis- manis semanis orang yang beli untuk bagi mood meeting naik...x ramai pun meeting ni..ada 4 orang je...

Milk & Barley ni terletak di Lower Ground Floor sebaris dengan Bread Story...mulanya SA masuk Bread Story..xde apa yang menarik...so masuk la sini plak..banyak betul yang menarik akt sini..siap S boleh makan tester lagi..bagai orang mengantuk di hulur bantal kan...SA rasa la 2-3 tester...melampau nak rasa semua...

Milk & Barley ialah sebuah bakeri di Malaysia yang terkenal dengan stesen susu layan diri dan falsafah "fresh, never overnight". Ia menjual pastri iaitu Tart yang dibakar segar setiap hari bersama susu segar, dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di NU Sentral, Berjaya Times Square, dan The Curve. 


One Bite Big Joy katanya


Pistachio tart


Kunafa Choco tart


Choco Mochi


Lotus Biscoff


Oreo Choc


Golden Cheese


Crispy Egg Tart


Tiramisu Tart


Strawberry Yogurt


Snowball Strawberry Mochi


Snowball Choco Mochi


Adik tu tengah potong tester utk SA


Menarik la kat sini...Cosy je
 

Ni yang SA beli selepas dapatkan persetujuan dari boss...

Buy 5 free 1...
1 pcs tart RM9.30 kecuali yang Crispy Egg Tart tu RM7.30


Kalau x sebab meeting la kan..xde la SA tau kedai- kedai baru dalam NuSentral tu...banyak je kedai menarik...masa i nampak Watson Pink tapi x dan la nak pi jenguk..time kerja kan..kalau time rehat lain citer...sesekali boleh la layan tart kat Milk & Barley ni...tengok harga tart la kan...biasa SA akan cari Hokkaido Cheese Tart kalau SA nak makan tart...tapi takde plak kat NuSentral ada kat Mid Valley paling dekat ngan SA...sekarang Hokkaido Baked Cheese Tart adalah sebahagian daripada Kumpulan Secret Recipe. Ia bukanlah sebuah usahasama (JV) yang berasingan, sebaliknya ia adalah jenama di bawah payung syarikat yang sama so senang la nak dapat kan HCT...kat setiap outlet Secret Recipe ada...just kena ingat sesekali je boleh makan...x leh selalu....awak tu keturunan yang manis- manis sampai boleh potong kaki so kena la jaga....ye tak?

Semoga yang meeting kang happy la dengan apa yang SA beli..

Selamat ber meeting...


Thursday, May 19, 2016

Perisa Lychee Terbaru Sundae Cone McDonald's...


Hi Korang...
Dah lunch? Aku lunch ngan kengkawan opis td Kat food court NuSentral...makan biasa2 Dan aku dh pernah share sebelum ni so x yah la share lagi...dengan badan x sihat ni apa pun x best..semuanya pahit...at last makan je la sebab kejap lagi nak makan ubat kan...
Balik Dari lunch singgah KL Sentral.. Rasa nak beli aiskrim McD, biasa la bila dh mkn mulut ni nak gak makan benda manis...tengok2 kat McD ada flavour Lychee...weeee aku adalah pencinta Lychee so cepat2 beli...ermmm sejuk je lalu Kat tekak..tekak plak tengah bengkak..org ckp elok makan aiskrim vanilla..dh depan Mata ada perisa baru...belasah je la...ekceli ni Kali ke 2 aku beli...sebelum ni x dan nak update..ari ni pun x amik gambar..Google je gambar tu...
For me so far sedap...aku suka...Korang yg suka Lychee sure suka jugak..
Jom Cuba...lagi best kalau Korang banje aku sekali....huhu...

Kbai...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah