Showing posts with label Discussion. Show all posts
Showing posts with label Discussion. Show all posts

Wednesday, November 9, 2016

Selain Untuk Berkumur,10 Kegunaan Lain Listerine

Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.

Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif  yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.

gambar dari google



1. Hilangkan bau busuk pada ketiak

Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.

2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga

Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.

3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.

4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang.  Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu  tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.

Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.

Tuesday, November 1, 2016

Cendawan Busut Rezeki Di Kala Musim Hujan

Ada orang tak suka musim hujan...ada orang suka sebab masa tu la rezeki banyak....Bagi yang tinggal di kampung ini dinamakan rezeki...bagi yang sesekali balik kampung pun rezeki gak..rezeki terpijak...ekceli ni gambar pak ngah aku kirim...kemeriahan memungut cendawan busut apabila musim hujan...haih cemburu betul..bukan sebab apa..ini lah makanan rare yang susah nak dapat....


banyak giler la...time tgh kuncup ni sedang elok dikutip..x leh lama..nampak je terus kutip...kalau kembang agak kureng skit rasanya...


Kalau aku dapat ni...memang x pandang kiri kanan..aku kutip je bagi habis..pas tu cari plak lagi...


Hasil selepas dikutip..alhamdulillah...jadi la buat masak lauk tenghari..inipun dah banyak ni...


sekarang orang kampung dah pandai..banyak ni je kadang2 cecah RM15 seikat...diorang tau orang suka dan minat kan..orang x kisah berapa harga...bayar je...janji dapat makan...

Masak apa sedap cendawan busut ni?

Selalunya masak lemak cili api...campur serai dan ikan bilis skit...buat pekat2...huiiiii...lawan plak dengan ikan masin kan...memang mak mertua ko lalu sebelah pun ko tak ajak makan de...hahahaha...selain tu plak..boleh buat sup...sedapnya cendawan ni kalah daging ayam tau...percaya la cakap aku...memang sedap....

Mana plak la aku nak cari kat KL ni ha...kalau balik kampung memang takdenya la rezeki...sure bukan musim hujan lagi kan....cendawan busut adalah cendawan rare terbaik dari ladang tau...bukan boleh di tanam- tanam...hanya tumbuh selepas hujan dan guruh berdentum...

Monday, October 31, 2016

Harga Minyak Naik 15 Sen!!!


Naik lagi.....

Harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 November 2016 ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).

Harga runcit baharu bagi diesel pula ialah RM1.90 seliter.
Ini menunjukkan harga petrol dan diesel telah naik sebanyak 15 sen bagi setiap liter.

Harga ini akan mula dikuat-kuasakan pada tengah malam 1 November (12:01 tengah malam).

Lepas ni x tau la apa plak lagi harga yang akan naik...kita aimed Minyak Masak plak erk.....

Syukur...Malaysia Masih aman......

Saturday, October 22, 2016

Belanjawan 2017...Apa Kata Korang?

Rezeki Untuk Penjawat Awam, Untuk Khidmat Bakti Anda...


Kata beliau sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukacitanya saya mengumumkan .. #Bajet2017

Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kpd penjawat awam yg anaknya sakit & perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari




Ketiga: Kemudahan pembiayaan utk beli komputer diperluaskan meliputi pmbelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5k setiap 3 thn


Keempat: Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan drpd RM5k kpd RM10k




Kelima: Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan drpd serendah2 RM120k kpd RM200k, pinjaman paling tinggi drpd RM600k kpd RM750k


Keenam: Sebanynk 30k unit lg Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dgn harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k dan cuti belajar dengan gaji penuh cmpur biasiswa kepada kumpulan pelaksana


Ketujuh: Pegawai contract of service & contract for service yg akan tamat pnghujung tahun ini, Kerajaan lanjutkan sekurang2 setahun lagi


Kelapan: Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bg pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar


Kesembilan: Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian & farmasi selewat2 Dis 2016

Tuesday, August 2, 2016

Shahida Bajrangi Baijaan...

Hi korang...
Korang sure dh tengok Bajrangi Baijaan kan..lakonan Salman Khan yg begitu menyentuh perasaan..tgok banyak kali pun x muak..antara cerita hindi yg berjaya buat hati aku terpaut..terpaut dengan kecomelan dan keayuan wajah kanak-kanak perwmpuan yg memegang watak sebagai gadia bisu bernama Shahida..perjalanan cerita yg. Sangat bagus..lakonan Salman Khan pun sangat Superb

Jom kita tgok wajah Shahida di luar filem...comel dan ayu sangat...





Part paling sedih masa Shahida jumpa mak dia semula..hati aku sebak sangat masa tu...perlahan2 lap air mata..kang nampak kat diorang sure kena kutuk kan...selain hati terpaut pada jalan cerita dan moral yg disampaikan...aku terpaut pada lokasi penggambaran filem ni...cantiknyaaaa...produksi  filem hindustan ni aku kagum part kesungguhan diorang cari lokasi menarik di seluruh dunia..no wonder setiap filem baru..terus mendapat sambutan luar biasa...box office ko...dengarnya Bajrangi Baijaan ni lagi tinggi dari Dilwale kan?


Wednesday, June 3, 2015

Bicara Tentang Rezeki

Rezeki Setiap Dari Kita Ditentukan Oleh Allah

Hi korang...hari ni aku nak memperkatakan tentang rezeki kita semua..semua rezeki yang turun pada kita datangnya dari allah..diikuti usaha gigih kita dalam meningkatkan rezeki..bukan lah duduk je atas kerusi dan rezeki tu datang dengan sendirinya..kalau macam tu baik semua orang tak yah kerja kan...ye la rezeki turun je tanpa usaha...memang x dapek la ye tak...kenapa aku cakap macam ni? 
Sebab masih ada lagi orang yang malas kerja dalam dunia moden ni...sedangkan MAS buang 6000 kakitangan yang bermasalah...sure lepas ni meningkat tahap pengangguran..majikan banyak gajikan pekerja asing kan sebab x perlu bayar socso, bayar epf, gaji pun x yah letak mahal2..ye tak...mana ada pekerja negara kita nak kerja jadi tukang sapu, attendant pam minyak..kedai2 24 jam, restoran segera dan banyak tempat lagi...apa yang aku perhatikan di mana2 di negara kita..sektor pekerjaan banyak di pelopori oleh warga2 asing...kadang2 rasa macam ada kat negara diorang plak...


Aku memang x belajar tinggi mana, tp aku mula bekerja dari bawah...aku pernah kerja kilang, kerja 7 Eleven, kerja kat kedai kek dan banyak tempat lagi...establish kerja sebagai PR selama 9 tahun di Seremban..jatuh bangun aku di situ, sampai saat aku terpaksa berhenti kerja dan berkorban cari kerja di KL, Pergi interview kena kutuk, kena keji kena hina akhirnya aku dapat kerja di Oil & Gas Company Schlumberger, habis contract aku dapat plak kerja kat Malakoff ni sampai sekarang...aku usaha sendiri..tanpa pertolongan orang lain...pindah KL pun sendiri je pindah...cari bilik sewa..kena tipu la..macam2 dugaan...tp rezeki allah tetap ada...alhamdulillah...
Aku bukan nak kata aku je yang gigih berusaha..aku bukan nak bukak citer tentang kehidupan aku..tp aku nak adik2 di luar sana yang masih menganggur...cari la kerja..sampai bila tak berusaha or sampai bila nak memilih kerja...once kita mulakan dari bawah..tambah gigih usaha..insyaallah kita dapat ganjarannya...ni ada yang aku kenal...lepas habis belajar...duit pinjaman x abih bayar lagi..kerja pun xde...tp dah sibuk nak kawen...pada aku..kerja la dulu...balas budi mak ayah yang sekolahkan kita...bergolok bergadai nak tgok kita dapat belajar tinggi...x kan terus nak kawen kan....senangkan mak ayah dulu...
Bila cakap sikit...kata xde rezeki...tp x usaha...cuba buat part time ke...sebab sekarang ni bukan kerja cari kita...kita yang kena keluar cari kerja...maaf kalau ada yang terasa dengan entry ni...niat aku baik...jadikan kes MAS buang 6000 pekerja tu sebagai pengajaran...jaga reputasi bekerja...zaman sekarang bukan senang nak cari kerja...

Correct me if i'm wrong.......

Thursday, May 28, 2015

Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup Dari Rumah

Berjimat Cermat Amalan Mulia

Zaman serba mahal dan semua kena GST ni memang memeritkan...nak2 kita yang rakyat marhein yang gaji tak besar mana...cukup2 makan dan pakai je ni kan...dengan nak fikir nak bayar loan rumah, loan kereta, rumah sewa, yuran anak2 sekolah dan macam2 lagi kan...

Di sebabkan itu aku awal2 malah dari dulu masa zaman2 sekolah dulu dah mula menabung...x kisah la sikit ke banyak ke...ada lebih simpan lebih..kalau kurang...simpan mana yang ada...untuk kegunaan masa depan jugak...especially bila kecemasan...Bila gaji je aku akan dulukan yang penting contohnya bil2 dan loan atau sewa rumah...dah settle baru lega....so xde la kita terbeban dengan masalah kan...kos hidup pun makin lama  makin meningkat...sekali pergi speed mart kalau x habis RM100 memang x sah...

photo source from google

Cara aku yang masih aku amalkan sampai sekarang adalah bawak bekal pergi kerja...aku x kisah kalau ada mulut2 atau mata2 yang akan memandang sinis terhadap aku. at least aku berjimat...waima bila hari gaji pun..aku tetap akan bawak bekal...kadang2 bawak lauk then beli nasi..kadang2 beli roti kalau x makan nasi...makan roti ngan lauk2 yang aku masak...kenyang pun kenyang dan aku yakin dengan kebersihan..bila aku bawak bekal...alhamdulillah aku jimat RM20 sehari...cuma duit tambang KTM dan LRT je aku kuarkan...dah jimat kat situ kan...

So apa yang aku buat dengan duit RM20 yang aku allocate untuk belanja sehari tu?

Aku simpan dalam akaun CIMB, balik keja je singgah kat KL Sentral bank in terus...macam tu cara aku menabung...hehehe...nampak macam leceh kan...tp aku selesa macam tu...senang...aku pun suka simpan duit RM5..asal ada je duit RM5 aku mesti simpan dand selitkan kat mana2 tempat yang aku senang ingat...hahahah...biasa satu tempat jer la...asal nampak kawan2 ada note RM5 terus mintak tukar...i dont care..nak tukar jugak...

Berjimat Dalam Berbelanja

bila nak berbelanja aku akan merancang dahulu...tengok pada keperluan..tak pun aku akan compare pasaraya A dengan B dan beli mana yang aku rasa worth it..kalau pergi mall pun akau akan pastikan ada less baru beli...x de kalu memang x la...selalunya kalau perlu baru aku beli...contohnya keperluan diri sendiri yang perlu..tp bukan la beli sebulan sekali...tgok pada keperluan la...contohnya Grocerys, Pakaian peribadi atau barangan dapur. Aku x pernah shopping tak hengat dunia..ntah la..macam x biasa la...x biasa macam ada kawan2 aku tu dapat gaji je esok lusa dah abih dah...aku pun x paham...kalau boleh x nak la macam tu...biasa nya sampai hujung bulan insyaallah aku xde masalah dan x nak ada masalah..aku x pernah biasakan diri pinjam kat mak abah atau adik beradik malahan kawan2 terdekat...no...no..no......harap2 sifat macam ni akan terus kekal pada diri aku seterusnya  anak dara aku...nampaknya memang mengikut tu...dia pun pandai simpan duit dan pandai bawak bekal pi sekolah...dari tadika dah ajar dah.....kadang2 memang aku sangat mementingkan keperluan dari kehendak..ye aku tak nafikan sebagai manusia biasa kita ada banyak kehendak...tp kaji dulu..kalau betul kehendak itu perlu...baru aku usaha untuk dapatkannya...

Semoga allah melimpahkan rezeki melimpah ruah buat aku...amin...

Wednesday, January 28, 2015

Yang Mana Pernah Hinggap Kat Badan Korang?


Haaaa...kecoh kan pasal ni hukuman akan dikenakan andai Ibu bapa merotan anak..dan dh di klasifikasikan sebagai Jenayah..
For me payah la kalau hukuman terhadap anak2 dengan niat nak mengajar tu di katakan salah satu jenayah..macam x adil je..menghukum untuk mengajar x pe kot...tp bukan la sampai patah riuk kan...sampai cedera parah...
So..lets us discuss about this..antara 4-4 barang tu yang mana dah hinggap kat badan korang...Aku?Semua pun aku dh rasa...kalau x rasa sure aku x jadi orang sekarang ni...aku x berjaya sampai ke tahap ni..betul x?Abah aku ngan mak aku garang..ikutkan aku pun garang tp sejak dh ada anak dan dah ada ramai anak buah..kurang la garang tu..lebih kepada tegas .tapi kan pesal Atuk ngan cucu x garang erk? Silap haribulan kitorang balik kena sound...ko pukul cucu abah abah pukul ko balik...haaaa gitew....dulu bukan main sebat aku kan....x paham betul....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah