Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

Monday, August 3, 2026

Beli Barang- Barang Untuk Goodies Bag Event Anak Yatim Ahad Ini

Assalamualaikum wrt...

Petang semalam SA keluar dengan Dania ke Ninso Sikamat cari barang- barang tambahan untuk goodies bag yang SA sponsor untuk anak- anak yatim PAYASUM. Separuh barang dah masukkan dalam goodies bag  termasuk barang yang di infaq oleh peniaga dari Thread...ada 2 orang peniaga yang Infaq barangan berupa Keychain dan bantal mini OWL . Yang infaq bantal mini OWL tu kami belum dapat bantalnya lagi..Dania pergi collect hari ini kalau x salah SA...alhamdulillah murah rezeki anak- anak yatim..ada jugak yang infaq wang tunai..SA x pasti siapa..terima kasih jugak kat Pak Zain yang infaq wang tunai..disampaikan sendiri pada Dania..

So untuk tambahan, semalam SA ke Ninso Sikamat mencari barangan yang sesuai untuk SA letak dalam goodies bag..SA dan Dania decided nak letak chocolate dan keropok...eh korang jangan lupa Ninso buat promosi bermula hari ini sampai 9hb nanti...banyak barangan turun harga, makanan dan barangan keperluan rumah...



SA beli chocolate Kit Kat dan keropok tu..Mamee tu SA saje beli letak kat rumah


Dania suruh pose


One more...

Selain dari goodies bag, SA akan sponsor jugak kek pisang dan bawak ke rumah anak yatim tu Ahad nanti...dan menurut Dania SA sendiri yang akan sampaikan goodies bag tu kepada 30 orang anak yatim yang terlibat...alamak aiiii....dah lama SA x terlibat dalam aktiviti macam ni...rasa macam janggal plak...
Dulu masa kerja Event Management takde la segan sangat sebab dah biasa kan....

Apapun harap segalanya berjalan dengan lancar Ahad nanti...semoga allah permudahkan...


Monday, July 29, 2024

Havoc Food Festival D'Centrio Seremban 2

Assalamualaikum..

Bali kerja Jumaat lepas Dania jemput...dia ajak SA pi Havoc Food Festival..mulanya macam x nak pi..tapi pergi jugaklag semata- mata nak cari content untuk blog...meriah betul.dengan orang...parking jangan harap la ada...Dania terpaksa parking kat Mydin Seremban 2 tu dan kami jalan sikit..dah la pintu masuknya jauh giler...rupanya event ni dah banyak kali buat kat Seremban2 tu..dan peniaga- peniaga kebanyakkannya influencer, artis dan digital creators..

Mana yang ada ramai peminat tu, kena la layan peminat nak amik gambar...SA nak beli Bakso yang Ayie Floor 88 JUAL, Sekali dia cakap dah abis..terus jenjalan je..dalam pada nak cai content untuk blog sudahnya dekat 100 gak habis..cuma x dapat beli Kunafa la..Dania yang nak cuba makan Kunafa tu...dah tengok beratur panjang memang xde la nak sambung beratur aih...Dah la SA dengan bagpack kerja..malas nak tinggalkan dalam kereta sebab ada laptop dan handphone SA yang lain..ada purse jugak..kang hilang kat parking sia- sia je...

Korang tengok gambar aje la ye..semua SA tepek sini...


































Bakso



Ramai kan..






SA beli sotong gergasi ni tapi amik yang baru kuar dari kuali dengan mintak extra pedas

















Tempat makan disediakan on first come first served basis..


Faiz Soul ni pun ramai peminat dia..SA pun x pasti dia ni terkenal sebab apa..


SA beli air mangga padu, sotong gergasi tu, laksa kedah untuk Dania..ada telur sarang ke apa ntah namanya..lepas tu beli soft cookies dan sup gearbox dan tetel..

Kat sini harga sedikit pricey ye...so kalau nak pi x leh la setakat bawak RM50..xde harga yang bawah RM10 kecuali air mangga tu RM8 untuk cup kecik...ramai jugak la merungut harga mahal..maunya tak mahal..tengok la tapak sewa dia berapa..yang meniaga pun ramai orang- orang terkenal...SA jumpa gak Syura artis tu..dan Eira apa ntah yang buat donut red velvet kat Tik Tok tu...

Dalam pukul 9 kami balik...sampai- sampai tengok Pak Zain tengah makan...sambung la join makan dengan dia..haha.. 

SA ada up kat FB pasal event ni..ada yang komen x puas hati harga mahal..memang la sebab yang meniaga kat event ni pun kebanyakkan yang famous amous..tapak sewa dan promosi sangat-sangat wow..x kan la diorang nak jual murah..

SA repeat lagi dengan suami hari Ahad...kami pergi petang..nanti SA update part tu...haraga boleh tahan murah dari masa SA pergi Jumaat tu..beli je lepas tu kuar..panas uiii...x leh tahan..makan dalam kereta je sudahnya...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah