Assalamualaikum wrt.
Salam sejahtera semua rakan blogger!
Jujurnya, bila dah lama menulis blog, ada satu fasa di mana kita rasa dunia penulisan ni agak sunyi. Kadang-kadang kita ada idea yang melompat-lompat nak dikongsikan, kadang-kadang kita buntu bila writer's block menyerang, dan tak kurang juga saat kita rasa kurang bersemangat bila trafik atau komen agak perlahan.
Makanya...SA ada satu proposal nak share ngan korang...especially kepada yang berminat..(setakat hari ni dah ada 2 orang yang berminat..) SA mengalu-alukan penyertaan semua especially yang rajin blogwalking dan dah kenal each other di dunia reality..group ni hanya santai-santai aje..macam family group...
Sebenarnya, salah satu perkara paling best sepanjang SA berblogging ialah ukhuwah yang terbina melalui ruangan komen dan blogwalking. Dari sekadar singgah baca entri orang, lama-kelamaan kita kenal gaya penulisan masing-masing, tahu rutin harian mereka, dan saling memberi semangat...Ada yang dah bertemu muka jugak...
Sebab itulah lately SA terfikir: apa kata kita wujudkan satu WhatsApp Group kecil dan eksklusif khas untuk rakan-rakan blogger yang memang dah biasa rapat dan saling menyokong?
Kenapa Grup Kecil, Bukan Grup Besar?
SA sengaja fikirkan konsep inner circle lebih kurang 10 hingga 20 orang sahaja buat permulaan. Kalau lebih pun x pe..
Alasannya mudah:
Lebih mesra dan tidak serabut: Bila jumlah ahli terkawal, perbualan terasa lebih santai. Semua orang boleh bersuara tanpa tenggelam dengan ratusan mesej yang tak sempat dibaca.
Bukan sekadar tempat "drop link": Kita semua tahu, kalau grup penuh dengan pautan entri semata-mata tanpa interaksi, lama-kelamaan ia akan jadi sunyi atau terasa seperti spam. Grup ini sepatutnya jadi ruang berbual tentang dunia blogging, kongsi tip SEO/teknikal, share resepi, share pendapat, share tips tanam pokok bunga, sayur atau sekadar tanya khabar yang santai..tak perlu online 24 jam..free and easy aje..
Saling menyokong dengan ikhlas: Kalau ada rakan yang baru publish entri, kita boleh support baca dan tinggalkan komen yang bermakna. Kalau ada info tempat makan, tempat bercuti, nak buat mini gathering kita boleh kongsi sama-sama.
Ini Bukan Paksaan, Hanya Ruang Untuk Yang Sudi
SA percaya setiap blogger ada cara dan masa masing-masing. Ada yang menulis setiap hari, ada yang sebulan sekali, dan ada juga yang sekadar menjadikan blog sebagai diari simpanan kenangan. Semua itu valid dan tiada salahnya.
Buat masa ini, SA belum buka secara terbuka, SA rancang nak ajak secara peribadi dulu rakan-rakan yang memang selalu berinteraksi dan selesa dengan suasana santai seperti ini.
Kalau korang sedang membaca entri ini dan terdetik di hati, "Eh, bunyi macam best juga kalau ada ruang borak santai macam ni," jangan segan-segan tinggalkan komen di bawah atau email SA terus di Suriaamanda@yahoo.com, yang ada no HP SA boleh je message SA. Mana tahu, dari ruang kecil inilah lahir lebih banyak idea tulisan yang segar dan persahabatan yang lebih akrab.
Apa pandangan korang? Setuju tak kalau ada grup kecil macam ni, atau ada idea lain untuk eratkan lagi komuniti blogger?
Dari dunia maya ke dunia realiti...hanya santai- santai dan tak terikat dengan rules and regulations..
Nak join?



