Showing posts with label Kempen Kesedaran MyIPO. Show all posts
Showing posts with label Kempen Kesedaran MyIPO. Show all posts

Thursday, January 18, 2018

Perbadanan Harta Intelek Malaysia - Petunjuk Geografi..

Hi Korang...

Sebelum ni SA ada berkongsi tentang betapa pentingnya mendaftar hak intelek kita di  MyIPO. Apa? tak baca? alaaaaa...takpe yang belum baca tu boleh baca kat SINI. Lepas SA publish tentang pentingnya mendaftar hak intelek alhamdulillah ramai yang memberikan feedback yang positif baik di blog mahupun di media sosial. So hari ini SA nak kongsi pula dengan korang tentang Petunjuk Geografi iaitu tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.  Petunjuk geografi secara am satu petunjuk yang memberitahu pengguna bahawa barangan itu dihasilkan di sesuatu kawasan atau tempat tertentu dan mempunyai ciri yang tersendiri yang berkait rapat dengan tempat pengeluaran/geografinya serta dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti iklim dan tanah. Petunjuk geografi boleh digunakan sebagai pengiktirafan yang sesuatu barangan mempunyai sesuatu kualiti atau reputasi kerana asal geografinya. Pada pandangan SA Petunjuk Geografi lebih tertumpu kepada produk- produk tempatan yang diusahakan oleh pengusaha tempatan.



Contoh barangan yang mendapat perlindungan petunjuk geografi adalah Sabah Tea, Tenom Coffee, Borneo Virgin Coconut Oil dan Sabah Seaweed. Keempat-empat barangan petunjuk geografi ini berasal dari negeri Sabah. Contoh lain adalah Sarawak Pepper iaitu produk lada hitam yang berasal dari Sarawak dan kini dikenali di peringkat antarabangsa.Selain itu buah Harumanis, Belacan, Terung Dayak atau buah Dabai juga mendapat perlindungan Petunjuk Geografi. Kalau nak di senaraikan memang banyak dan SA sendiri tak sangka rupa-rupanya banyak kategori produk yang boleh didaftarkan di Perbadanan  Harta Intelek Malaysia.

Logo Petunjuk Geografi

Apakah Petunjuk Geografi?

Petunjuk geografi adalah satu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang kerana berasal dari sebuah negara atau wilayah, atau satu kawasan atau tempat dalam atau negara wilayah, di mana mutu yang ditentukan, atau reputasi ciri lain barang-barang itu pada asasnya adalah berpunca dari asal geografi mereka. Tanda-tanda geografi boleh digunakan ke atas atau semula jadi atau hasil pertanian sebarang keluaran atau kraftangan industri.

Perlindungan Petunjuk Geografi?

Perlindungan Petunjuk Geografi diberi ke atas:-
Tanpa menghiraukan sama ada petunjuk geografi didaftarkan atau tidak; dan kerana pertentangan petunjuk geografi yang lain, walaupun benar secara amnya untuk negara itu, wilayah, atau rantau di mana tempat barang-barang itu bermula, secara palsunya menerangkan kepada orang ramai yang barang-barang itu berasal dari negara lain, wilayah, atau rantau lain.

Pengecualian dari Petunjuk Geografi.

Perkara di bawah tidak termasuk di dalam Petunjuk Geografi:-
  1. Petunjuk geografi yang adalah bertentangan dengan atau ketenteraman awam atau moraliti wilayah asal; atau
  2. Petunjuk geografi yang tidak atau telah berhenti untuk dilindungi dalam negara mereka.
  3. Petunjuk geografi yang telah terbahagi tidak lagi digunakan didalam atau di negara wilayah asal.

Institusi prosiding untuk injunksi dan kerosakan-kerosakan di bawah 

Sesiapa berminat boleh membuat prosiding di Mahkamah untuk mencegah, dalam apa-apa hubungan berkaitan petunjuk geografi:

Penggunaan dalam perdagangan dalam apa cara sekalipun dimana ianya menipu orang awam tentang petunjuk geografi barang tersebut sehingga asal usul barang menjadi persoalan; atau
Sebarang kegunaan dalam perdagangan petunjuk geografi, walaupun benar secara amnya berasal dari negara itu, wilayah, atau rantau tempat di mana barang-barang itu bermula, secara palsunya menerangkan kepada orang ramai yang barang-barang itu bermuladalam negara yang lain, wilayah, atau rantau tempat; atau

Sebarang kegunaan dalam perdagangan  petunjuk geografi, walaupun benar secara amnya berasal dari  negara itu, wilayah, atau rantau tempat di mana barang-barang itu bermula dalam negara yang lain, wilayah, atau rantau lain; atau

Sebarang kegunaan dalam perdagangan petunjuk geografi bagi mengenal pasti wain untuk wain yang bukan berpunca dari tempat itu. Di dalam soalan petunjuk geografi mengenal pasti asal kerana tidak berpunca dari tempat itu ditunjukkan oleh petunjuk geografi , malah di mana asal sebenar wain atau kandungannya adalah ditunjukkan oleh petunjuk geografi. Ianya digunakan atau diterjemahkan oleh ungkapan-ungkapan seperti "jenis-jenis", "gaya" atau "tiruan".
     
Mahkamah boleh membenarkan satu injunksi bagi mencegah sebarang penggunaan petunjuk geografi secara tidak sah dan apa-apa kerugian akibat darinya.

Mahkamah boleh membenarkan satu injunksi bagi mencegah sebarang penggunaan petunjuk geografi secara tidak sah dan mana-mana peruntukkan yang sesuai.

Pendaftaran Petunjuk Geografi.

Apabila permohonan untuk pendaftaran petunjuk geografi mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan bukan bertentangan dengan ketenteraman awam moraliti dan tiada bangkangan difailkan dari mahkamah tinggi terhadap keputusan. Pendaftar, akan mendaftar petunjuk geografi dan mengeluarkan sekeping sijil pendaftaran kepada pemohon.

Sekeping sijil pendaftaran akan dikeluarkan sebagai bukti prima facie fakta-fakta itu dengan menyatakan di dalam sijil dan kesahihan pendaftaran.

Hak Pengunaan

Dalam kes petunjuk geografi berdaftar, hanya pengeluar yang berdaftar dengan pendaftar boleh menggunakan hak petunjuk geografi di dalam perdagagan mereka.

Hak pengunaan di dalam produk  adalah mengikut spesifikasi kualiti, reputasi dan kandungan bahan-bahan yang telah didaftarkan oleh pendaftar.

Pembatalan dan pembetulan pendaftaran.

Pendaftar boleh membatal atau melakukan pembetulan mengikut kehendak pihak yang meminta berdasarkan bayaran yang tertentu:

  • Membatalkan pendaftaran petunjuk geografi berdasarkan petunjuk geografi tidak melayakkan untuk perlindungan.
  • Membetulkan pendaftaran petunjuk geografi berasaskan petunjuk geografi tidak menunjukkan asas petunjuk geografi bagi produk berdasarkan kualiti, reputasi dan bahan-bahan akibat dari ciri yang tidak memuaskan.
  • Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati di atas keputusan Pendaftar boleh merayu untuk mahkamah.

Berapa lamakah tempoh perlindungan?

Petunjuk geografi yang berdaftar di beri 10 tahun perlindungan  dan boleh diperbaharui bagi setiap 10 tahun.

Siapa yang boleh mendaftar?

Berikut adalah individu yang berhak mendaftar
  1. Individu yang menjalankan aktiviti sebagai  pengeluar seperti yang termaktub di dalam borang permohonan.
  2. Badan-badan berdaftar
  3. Persatuan atau pedagang.

Bagaimana untuk memfail permohonan untuk pendaftaran satu petunjuk geografi?

Satu permohonan untuk pendaftaran petunjuk geografi t pada Borang G1 disertakan dengan satu salinan akuan berkanun dan bayaran yang ditetapkan.

Permohonan di dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris?

  1. Nama pemohon hendaklah di eja sepenuhnya dan nama-nama bagi entiti-entiti sah akan ditunjukkan dengan gelaran rasmi penuh mereka.
  2. Alamat hendaklah dinyatakan bagi memudahkan surat menyurat.
  3. Kewarganegaraan pemohon hendaklah dinyatakan berdasarkan surat pendaftaran.
  4. Pendaftar petunjuk geografi yang bukan warganegara Malaysia tetapi menjalankan perniagaan di Malaysia hendaklah melantk agen dan meyertakan satu set Borang G1 yang beralamat di Malaysia.

Untuk tujuan pendaftaran tanda-tanda geografi, barangan hendaklah diklasifikasikan dalam cara ditetapkan dalam Geographical Indications Regulations 2001.

Akta Petunjuk Geografi 2000

Akta Petunjuk Geografi diperkenalkan bermula pada tahun 2000 dan maklumat lanjut boleh klink link tersebut:


Peraturan- Peraturan Petunjuk Geografi 2001

Bayaran Pendaftaran

Apabila permohonan petunjuk geografi dilakukan, bayaran RM 250.00 adalah disertakan bersama RM 450.00 untuk iklan dan pengeluaran sijil.
Satu senarai bayaran petunjuk geografi boleh didapati di Geographical Indications Regulations 2001

Di manakah untuk memohon?

Kuala Lumpur
Pendaftar Petunjuk Geografi
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Unit 1-7, Ground Floor, Menara UOA Bangsar
No. 5 Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur
Tel: +603-22998400
Fax: +603-22998989

Kuching, Sarawak Pendaftar Petunjuk Geografi
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Lot 9936, (Sublot 5) 3rd Floor,
Queen's Court, Block E,
Jalan Wan Alwi.
Tel No:  082-459075/459076
Faks No: 082-455052
Kota Kinabalu, Sabah Pendaftar Petunjuk Geografi
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Tingkat 3, Blok C
Kompleks KUWASA
49, Jalan Karamunsing
88000 Kota Kinabalu
Phone No. :  088-233571                                             
Fax No. : 088-257046


Info selanjutnya:






#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent
#GeographicalIndications #IntellectualProperty #IP
#HartaIntelek #HakCipta #myipoctssi #enterprenuers #usahawan #blogger #influencers #branding
#ownbrand #penjenamaan #jenamasendiri #produksendiri
#hasilsendiri #rekaciptasendiri #sesiapasahaja

Monday, December 18, 2017

Pentingnya Daftar Hak Intelek Anda Di MyIPO

Hi korang,

Kita semua sedia maklum tentang kegiatan plagiat, ciplak atau cetak rompak memang sangat- sangat berleluasa di negara kita. Ada je filem baru atau apa sahaja benda baru memang tak lama kemudian akan banyak terjual salinan cetak rompak dan peliknya ramai memilih kualiti yang murah dari yang original. Pelbagai kempen dan kesedaran telah galak diadakan tapi ianya tidak cukup berhasil...Apa lagi yang perlu di buat untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat?. Kita sendiri boleh nampak di sekeliling kita terlalu banyak jenama tiruan yang rancak di jual kan....eksploitasi dari mereka yang tidak bertanggungjawab kini makin berleluasa...

Hari ini SA nak bercerita dengan korang tentang betapa pentingnya mendaftar hak harta intelek, cap dagangan, perniagaan, jenama, musik dan macam- macam lagi. Kenapa penting? Penting agar hak kita tidak diciplak oleh pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab. Contoh nya sekarang dah banyak orang cuba menciplak atau meniru nama produk untuk keuntungan peribadi kan? tak kiralah ianya jenama atau nama barangan.Oleh itu kesedaran tentang pentingnya mendaftar harta intelek dengan MyIPO perlu diperluaskan. Pernah terjadi pada kawan SA sendiri semasa dia  belajar di Politeknik dan dia serta team telah mencipta makanan berasaskan lobak  iaitu carrot flakes untuk projek tahun akhir, akibat tidak dipatenkan ciptaan mereka ada company lain dah ambil idea tersebut untuk  produk mereka serta menjana keuntungan sendiri. Satu kerugian di situ kan?



Apa Itu MyIPO?


Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ialah sebuah perbadanan yang bertanggungjawab untuk membangun dan menguruskan sistem harta intelek di Malaysia.Ia telah diperbadankan pada 3 Mac 2003 oleh Perdana Menteri Malaysia. Tujuan perbadanan ini adalah mewujudkan satu badan berkanun yang dikawal selia oleh sebuah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menguruskan permohonan pendaftaran seterusnya menyelia beberapa akta perlindungan bagi semua komponen harta intelek. MyIPO dianggotai oleh 8 anggota perbadanan yang berkuasa bagi membuat sebarang keputusan tertinggi dengan seorang ketua pengarah yang mempunyai kuasa eksekutif dengan bantuan dua timbalan ketua pengarah operasi dan harta intelek oleh menteri.

Visi Dan Misi MyIPO


Visi MyIPO
Menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik

Misi MyIPO adalah untuk Menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.


Fungsi dan Perkhidmatan


Fungsi
  1. Memantau pelaksanaan segala perkara serta undang-undang berkaitan harta intelek ditadbir dan dikuatkuasakandengan berkesan;
  2. Memberikan perkhidmatan pengurusan, memungut dan menguatkuasakan bayaran fi atau apa-apa caj yang diperuntukkan di bawah perundangan harta intelek; 
  3. Mengawalselia dan bertindak sebagai penasihat dalam apa-apa isu atau perkara berkaitan perundangan harta intelek;
  4. Memberi nasihat dalam semakan semula dan mengemaskini perundangan harta intelek;
  5. Menggalak dan mempertingkatkan latihan serta penyebaran maklumat berkaitan harta intelek; 
  6. Menjalin hubungan kerjasama dalam dan luar negara;
  7. Menjaga kepentingan negara dalam apa-apa perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang Malaysia menjadi ahli;
  8. Memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan tentang isu semasa harta intelek serta perkara berkaitan di peringkat antarabangsa; dan
  9. Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan harta intelek.

Perkhidmatan

  1. Pendaftaran paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan petunjuk geografi;
  2. Sistem Pendaftaran Pemberitahuan Sukarela Hakcipta
  3. Khidmat nasihat berkenaan harta intelek;
  4. Maklumat dan statistik mengenai harta intelek;
  5. Program latihan; 
  6. Peperiksaan ejen paten; 
  7. Kempen kesedaran harta intelek;
  8. Perkhidmatan dalam talian (carian, pemfailan, semakan status permohonan dan pewartaan harta intelek); dan 
  9. Helpdesk.


gambar sumber google


Apa itu PATEN?

Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.

SEJARAH MyIPO

Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Hakcipta 1987.

Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.

Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikansebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.

Pada 3 Mac 2003 ia dikenali dengan akronim PHIM dan ditukar kepada MyIPO pada 25 April 2005 agar lebih komersil dan bertaraf antarabangsa.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Abdullah Ahmad Badawi sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2005 yang merupakan sambutan hari harta intelek yang pertama di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Ketua Pengarah MyIPO yang pertama ialah Encik Ismail Jusoh yang menjawat jawatan tersebut dari 3 Mac 2003 hinggalah 3 Mei 2005. Jawatan tersebut kemudian diambil alih oleh Tn. Hj. Shuib Md. Yusop (Datuk) sehingga Oktober 2007 dan kemudian sehingga kini dijawat oleh Encik Kamel Mohamad

gambar sumber google

Akta-Akta Berkaitan Harta Intelek di Malaysia

Antara akta-akta untuk melindungi harta intelek di Malaysia:
  1. Akta Paten 1983
  2. Akta Cap Dagangan 1976
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  5. Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  6. Akta Petunjuk Geografi 2000


Daftar Hak Cipta Anda

Sebaiknya apa sahaja hak anda yang terhasil dari idea anda sendiri dan tak nak di guna pakai oleh orang lain..elok di daftarkan atau boleh  dipatenkan. Hargai setiap idea anda supaya tiada pihak yang mengisytiharkan itu hak cipta mereka. Kempen kesedaran tentang MyIpo ini perlu diperluaskan terutama di sebarkan pada generasi muda, golongan pelajar dan penduduk kawasan setempat.Sebab apa? sebab tahap kesedaran masyarakat tentang pentingnya daftar hak cipta ini sangat rendah. Ye la bukan semua masyarakat ada barang dagangan, perniagaan dan harta intelek kan? So pada SA kempen ini perlu diperluaskan lagi baik melalui karnival, media cetak mahupun media elektronik. Kalau masalah ini makin berleluasa, pendapatan individu pasti terjejas.Bayangkan apa pula nasib pengusaha terutamanya peniaga tempatan di kawasan terpencil yang tidak tahu menahu bahawa produk mereka telah ditiru.

Korang yang ada hak cipta sendiri..jom daftar sekarang....

Maklumat lanjut mengenai MyIPO

Website : http://www.myipo.gov.my/
Facebook :https://www.facebook.com/ipmalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/myipo
Twitter: https://twitter.com/myipo


#MyIPO #MyIPO15 #Trademark #CopyRight #Patent 
#Industrial Design #IntellectualProperty #IP 
#HartaIntelek #HakCipta

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah