Showing posts with label Kisah Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kematian. Show all posts

Sunday, July 5, 2026

Salam Takziah Abg Bahari Tamid


Assalamualaikum wrt...

Menerima perkhabaran duka hari ini...colleague SA dh meninggal dunia..Abg Bahari ni sakit dari tahun lepas bulan 9 kalau x salah..SA ada baut entry tentang arwah Abg Bahari masa tu..lama sangat dia x sedar...akhirnya kembali ke rahmatullah...

‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن  

*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*

Berikut ini doanya:

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

*“Allahummaghfirlahuwarhamhuwa`afihi wa`fu`anhu”*

"Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia.”

*Al fatihah telah dibaca😌🥹...*

Semoga roh Allahyarham *Bahari bin Tamid* dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh..Semoga Allah lapangkan kubur nya, dan jauhkan dia daripada seksaan azab kubur. Semoga Allah bagi kesabaran dan ketenangan kepada ahli keluarga dia. 

Ameen. Ameen. Ameen


Sunday, September 22, 2024

Innalillahiwainnailaihirojiun Anak Sepupu Kembali Ke Rahmatullah Pagi Ini



Assalamualaikum 

Innalillahiwainnailaihirojiun...satu lagi berita menyedihkan minggu ini...selepas pemergian arwah Makcik SA, adik kepada arwah Mak Pah, pagi ni dapat berita anak syurga adik sepupu SA family sebelah Pak Zain meninggal dunia secara tiba-tiba awal pagi tadi..suami kepada adik sepupu SA hantar ke hospital anak ni dah biru...allahuakbar

Sekarang arwah Danish ada di hospital lagi...berkemungkinan besar akan di post mortem. SA x pasti bila akan dikebumikan..

Semoga allah permudahkan urusan adik sepupu SA..sekejap lagi SA akan ke hospital untuk meninjau keadaan...


Monday, April 29, 2024

Innalillahiwainnailaihirojiun..Salam Takziah Buat Kawan Office

Assalamualaikum..

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Mendapat perkhabaran kawan office baru kehilangan ibunya...kawan office SA Nur Afiqah memang tinggal berdekatan dengan rumah SA...SA dapat perkhabaran masa SA dalam train balik kerja tadi. Dania amik SA dan terus ke Surau yang dimaksudkan..SA sempat jumpa Nur Afiqah dan sampaikan salam takziah dari kawan-kawan office jugak

Senangnya arwah pergi...pagi tadi ibunya sihat cuma sakit perut..memang dari hari raya kesihatan ibu Afiqah sedikit menurun sebab..kurang selera makan dan sebagainya..she is in a better place dah x sakit lagi..Insha'Allah  arwah akan ditempatkan dikalangan insan yang bertakwa.

SA sedikit sedih sebab teringat arwah Mak Pah pergi...tapi SA tetap berikan sedikit kata2 semangat buat Afiqah...



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ 
وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ 

Ya Allah, ampunilah dia dan kasihanilah dia, sejahterakan ia dan ampuni dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah ia dengan air, salju, dan embun. Bersihkanlah ia dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik dari pada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) ia dari siksa kubur, dan azab api neraka."


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah