Showing posts with label Media sosial. Show all posts
Showing posts with label Media sosial. Show all posts

Thursday, January 11, 2018

Penting Ke Likes & Comment Di Media Social?

Hi korang....

Hari ni SA nak santai- santai je berbicara tentang media social..macam- macam media sosial ada kan tapi SA hari ni nak sentuh bab Instagram, Twitter, Facebook dan Facebook fanpage. Korang rasa 3 platform ni penting tak untuk blogger?Banyaknya followers di akaun Instagram dan Facebook menjadi ukuran kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu brand. Apakah brand tersebut dipercayai dan mendapat banyak respon positif (likes & followers) atau pun tidak. Itulah pentingnya memiliki banyak followers Instagram untuk branding produk yang dipertanggungjawabkan kepada bloggers untuk review.

Hari- hari SA check akaun instagram dan FB. Dan hari- hari juga check followers di dua-dua social media SA ni..kenapa? Semua ni penting untuk platform SA sebagai blogger. Bila client check akaun Instagram dan Facebook dan mana- mana social media yang SA ada, baru la mereka boleh letakkan kepercayaan untuk beriklan atau melantik kita untuk review product mereka. Sebab tu SA perlu pastikan semua kekal bertambah dari semasa ke semasa dan tiada penurunan. Kalau turun followers dan likers atau comment mesti ada sesuatu yang tak kena. Masa ni kena betulkan semula.

SA nak ucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian rakan- rakan blogger di bawah ini like Instagram SA..hanya allah dapat balas jasa baik korang semua...





Sebenarnya banyak lagi mereka yang datang singgah ke akaun instagram dan juga facebook SA. Cuma itu yang sempat SA screenshot akibat kekangan masa. Ye la..SA ni part time blogger yang bekerja tetap. So awal- awal tahun ni SA agak sibuk dengan kerjaya. Insyaallah seboleh mungkin SA akan terus naikkan engagement media social. Cuma masa kadang- kadang cemburukan SA. Sehari nak buat 300 patah perkataan entry blog pun macam bercinta sangat. Nak plak banyak yang SA tak share lagi kat dalam blog. Masalah SA plak broadband dan juga laptop rosak dan belum dibaiki lagi..tak tau la bila ada masa yang sesuai untuk SA settlekan semua tu. Broadband pun bayar je tak guna- guna..tak boleh jadi la kan...ingat nak terminate la broadband. Maybe nak masukkan internet kat rumah Seremban. Lagi senang SA nak buat kerja.

So korang rakan blogger semua...Likers dan comment di media sosial sememangnya penting untuk menentukan naik turun instagram, facebook dan juga blog kita. Jom la sama- sama naikkan semula prestasi kita semua. Client sangat mementingkan semua itu untuk mereka yakin memilih kita mempromosikan product mereka.

Jom mulakan dari sekarang.

Tuesday, February 28, 2017

Indahnya Dunia Blogging


Hi korang..

Semalam aku dilanda migrain yang teruk sampai tak leh langsung tgok monitor komputer office.. Handphone apatah lagi...hari ni masih ada bisa2 migrain...dah lama tak kena..selalu kalau telan pain killer dah ok dah...tapi semalam memang sakit betul...
so hari ni aku mengambil kesempatan untuk "lontar belakang" kenangan indah dunia blogging. Gambar diatas tu antaranya..seorang blogger yang aku panggil mak..sejak mengenali beliau di alam maya memang agak mesra walau tak pernah bersua muka..tapi di kesempatan gathering SBB 2014 aku bertuah sebab dapat jumpa dengan mak Kakcik Juariah ..walaupun pertama kali bersua muka memang kemesraan cepat terjalin antara kami..sejak tu memang panggil Kakcik Juariah Mak...sampai sekarang....rindunya nak bertemu mak semula..lama dah x jumpa since 2014 tu jer la..tapi kami masih berhubung melalui media sosial...
Itulah orang kata kan...walau tak pernah bersua muka tapi kemesraan terjalain di media sosial dibawa ke alam nyata memang menjadi mesra...ramai jugak blogger yang aku dah jumpa..dan dah macam kawan- kawan...malah lebih rapat dari adik beradik sendiri...seronok bila dah berjumpa..hubungan terjalin mesra...itulah dunia blogger...dari alam maya ke alam reality memang seronok tak terkata...
Minggu lepas aku da bersua muka dengan kawan2 dari AFBDotmy...lepas ni sapa lagi plak nak jumpa?


Saturday, December 10, 2016

Warna Warni Facebook..

Hi korang...
Perasan x sekarang nak up status kat FB leh klik warna utk background status kita tu...aku baru update FB so ada la benda baru yang cantikkan timeline..


Nampak yang kaler2 tu....sebelum post status korang leh tekan mana2 kaler ikut suka...


Tadaaaa.....jadi la status macam tu ha....
Cantik kan....
Korang nak jugak?
Sila update apps FB korang....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah