Showing posts with label Member Office. Show all posts
Showing posts with label Member Office. Show all posts

Sunday, November 2, 2025

Semoga Dipermudahkan Buat Abang Bahari Tamid...


Assalamualaikum...

Jumaat lepas SA melawat kawan office iaitu Abang Bahari Tamid atau lebih mesra dipanggil Abang Baha...tak tau apa masalah kesihatannya, bermula dengan x sedap badan..muntah-muntah, warded lepas tu kena sawan dan terus masuk ICU, Dah buat CT Scan, MRI, dan macam-macam procedure, masih x tau apa masalah Abang Baha, beliau masih x sedar selepas ditidurkan..beberapa hari dalam ICU dan sekarang dh dipindahkan ke ward biasa...masa SA pergi Jumaat hari tu dia nak buat last procedure iaitu ambil air tulang belakang untuk tahu apa masalah sebenar beliau ...







Harap-harap ada jawapan tentang penyakit Abang Baha...semua procedure yang di buat sebelum ni result semua x menunjukkan beliau mengalami masalah kesihatan..semua result cantik...pelik kan?


 

Semoga dipermudahkan buat Abang Baha, semoga keluarga beliau tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ni..Insyaallah Abang Baha kuat semangat...

Solat hajat dan bacaan yassin pun dah dibuat..semoga allah tunjukkan punca kepada segala permasalahan Abang Baha...

SA nak pergi melawat sorang lagi staff Malakoff yang menghidap cancer dan sekarang berada dan menerima rawatan di di Institut Kanser Negara..SA masih belum dapat apa-apa update lagi...tak tau samada boleh melawat atau tidak..staff wanita ni sama department dengan suami Puan Hazel iaitu En H. 

Harap-harap dah boleh melawat dah..walau SA x rapat tapi fardhu kifayyah kan...sekurang-kurangnya dapat berikan kata semangat dan gembirakan beliau...

SA sedih sangat...lately ni banyak cerita-cerita sedih sampai ke telinga SA dan buat SA terus diserang anxiety....


Thursday, January 18, 2024

Ni Namanya Hilangkan Stress

Assalamualaikum...

Hari ni hari ke 2 SA bertugas di Putrajaya, sementara tu nak up 2 photo kat opis HQ yang saja- saje je nak test lighting dan jugak hp SA...masih hp samsung tu..cuma lately ni dia macam mintak hp baru..menyampah betul..xde plak jatuh ke apa ke...dah la hp ni guna untuk official office dan personal...

Masa ni SA ke hulu ke hilir jumpa boss dan macam- macma hal lagi la...abaikan muka berminyak tu..hahaha...



 

Cantik plak kejadian gambar ke 2...terima kasih akak receptionist, Kak Wati sudi jadi model testing kualiti hp...

Pagi ni SA masih kat office, sarapan jap lepas tu kang baru SA gerak...tunggu driver jap lagi...tunggu Nolie jugak...

Selamat pagi semua dan selamat bekerja buat yang sedang bekerja...

Friday, September 15, 2023

Terima Kasih Shahnaz Ahmad....

Assalamualaikum...

Hi korang...

Haaa....nama lebih kurang tapi bukan dia...gittew...

Staff baru kat department ni, baru takde la baru mana pun...baru sebulan lebih je...SA ada bagi dia invitation card hari tu sebelum cuti..nama dia Shahnaz tapi SA yang panggil dia Shahnaz Ahmad..hahaha...aje pelik la tiba -tiba rapat plak ngan Shahnaz Ahmad artis tu kan...

Semalam masuk kerja je kat meja SA penuh hadiah...hadiah kahwin dari kawan- kawan level SA ni..dan ada banyak file atas meja..terselit la cookies ni pemberian Shahnaz...





 

Sedap cookies ni tak manis sangat, bukan cookies sgt la more to mini cake sebab lembut..ke cookies? eh ntah la....filling dia strawberry...SA x makan sorang..makan ngan Dania dan anak- anak buah..kebetulan adik no 3 balik kejap semalam...

Tak bagi Mak Pah ngan Pak Zain..diorang x makan pun...benda- benda macam ni diorang x pandang..

Terima kasih Shahnaz...

Friday, July 22, 2022

Celebrate Birthday Farah In Advance

Assalamualaikum...

Hi korang...

Jumaat yang indah...

Hari ni SA dan kawan- kawan office sambut birthday one of the colleague, Farah dari Legal Division..sambut in advance. sepatutnya birthday Farah pada 26hb nanti. Tapi masa tu Farah bercuti...so kami sambut awal la..

Pagi ni plak SA dalam kesakitan yang amat sangat kat tempat yang cramp tu. Sakit giler sampai nak berjalan pun seksa. Batuk lagi la seksa...so tugas yang sepatutnya SA galas untuk jadi mastermind tu dah bagi kat Shikin. Cuma pagi tadi la SA simpankan kek kat dalam freezer. Itupun punya seksa SA nak masukkan dalam freezer. 

Jom la tengok gambar...as usual gambar akan kelam kabut bila upload. Dah elok susun dah tadi...


Shikin the mastermind


Gambar kami beramai- ramai


Ni Man la punya kerja ni...amik gambar dari jauh


Kami lagi


The cake..cntik kan...very the gegel














Selesai dah...
SA pun dah settle makan ubat otot...cuma Sa x makan ubat tahan sakit...x larat la nak amik ubat tahan sakit selalu...tak bagus pun untuk buah pinggang. Nanti asyik bergantung dengan ubat tahan sakit je plak..puas la SA menahan sakit ha...menunduk sakit..SA rasa urat area ribs SA tu bengkak la..sebab batuk sampai cramp kan...lepas tu sampai belikat SA pun rasa tegang. 

Takkan la SA asyik nak MC jer kan...bad reputation nanti...


Wednesday, January 5, 2022

Penghibur Di Kala Mengantuk

Assalamualaikum...

Hi korang...

Adakala kita kat office rasa tertekan...rasa stress dengan kerja dan segalanya..dengan orang sekeliling...adakala kita mengantuk tapi yang best ada yang tukang mereleasekan semua tu dengan lawak- lawak mengongnya..ye...semalam SA mengantuk lepas makan tengahari...mengantuk yang x tau la nak cakap macam mana..sekali si budak Shikin sebelah meja SA ni hulurkan kertas post it tu....

eh dah kenapa bagi- bagi surat plak ni...dah macam zaman sekolah plak...main pas-pas surat kat bopren or gepren kan...SA  pun bukak la tengok apa benda la minah senget ni tulis...

Korang nampak?


Cekelat tu SA punya ye...bukan dia yang bagi...


Memang SA jerit kat dia semalam...Shikinnnnnn!!!!Senget la......

Tapi betul la...bila macam tu hilang rasa mengantuk..cerah biji mata jadinya...memang setiap kali kalau SA ngantuk dia akan kacau...bagi teka- teki mengarut la...macam- macam...dalam pada rasa dia senget tu...sebenarnya berterima kasih jugak la kat dia...penghibur...hehehe...

Kat office korang ada tak memeber macam ni?

Suka buat lawak x betul?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah