Showing posts with label Mistik. Show all posts
Showing posts with label Mistik. Show all posts

Thursday, June 2, 2016

Kenali Jenis-Jenis Sihir


Hi korang...masyarakat kita sinonim dengan sihir..bermacam- macam sihir wujud rupanya..
Manusia disihir boleh jadi kerana pelbagai sebab.

Ini antara jenis sihir yang agak banyak berlaku di malaysia. Ada banyak lagi, tapi tak larat nak cerita semua.

Jika merasakan diri anda ada simptom-simptom terkena sihir, bersegeralah melakukan rawatan.


Credit sumber dari FB


1. Sihir Penceraian

Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri.

Antara simptom-simptomnya
- Sering bergaduh atas isu kecil
- Panas baran tanpa sebab
- Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
- Tidak boleh duduk berdua
- Sering prasangka buruk
- Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
-bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh


2. Sihir Penghalang Nikah

Biasanya lebih kerap berlaku daripada 'ain daripada sihir.

Kesannya:
- Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
- tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
- Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
- Beberapa kali putus tunang secara mendadak



3. Sihir Pendarahan

Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun

Simptomnya:
- Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
- Darah yang keluar tidak normal

Boleh juga jadi:
- Haidh tidak kunjung2 tiba walaupun berbulan-bulan


4. Sihir Pemisah

Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan

Boleh jadi sebuah kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner.

Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.

Kesan:
- Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
- Tidak boleh berbincang dengan elok


5. Sihir Penyakit


Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.

Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
- Muntah darah
- batuk berterusan
- Ulcer
- Kanser
- Jantung


6. Sihir Mahabbah

Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain

Tanda-tandanya:
- Terlalu obses dengna lelaki / wanita tersebut
- Selalu terbayang-bayang
- Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga


7. Sihir Gila


Sihir untuk membuatkan seseorang gila

Dengan membuatkan orang tersebut:
- Terbayang-bayang benda yang tidak wujud
- Sering mendengar bisikan-bisikan
- Sering merasai dirinya dibenci semua
- Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
- Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia


8. Sihir Bisikan

Sering mendengar bisikan-biskan ghaib.


9. Sihir Mandul

Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak.

Sekiranya mengandung juga, sering gugur


10. Sihir ikatan


Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan / blockage

Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan


Macam- macam jenis sihir kan..aa satu lagi Santau..uish..itu tak leh bayang kalau kena..ada Santau Angin, Santau Tuju,Santau Langkah, Santau Makan Minum, Santau Puja dan banyak lagi

Macam - macam kan...mintak dijauhkannla dari perkara sihir atau santau Ni dalam kehidupan Kita..

Nauzubillah..

Sunday, November 22, 2015

Gangguan Mistik Melanda Suriaamanda

gambar sumber google

Korang pernah alami?

Gangguan mistik tak kisah la kemana pun korang pi atau berada..ye lately ni aku selalu di ganggu secara mistik. baik di tempat kerja mahupun di rumah...dirumah aku di ganggu ketika nak lelapkan mata...sebelum terlelap atau terlena tangan aku pasti tersentak...mungkin biasa bagi kita yang nak terlena...so aku diamkan aje...kadang- kadang asal nak lelap je aku terbayang di saat aku di dalam ICU...masa aku sakit dulu...yea..trauma itu mustahil akan hilang...tetapi bila terbayang..aku akan panas hati...mistik yang aku cuba sampaikan adalah...teringat semasa aku boleh nampak roh- roh berlegar- legar dalam ICU..benda tu berulang ulang...aku cuba pujuk hati aku dengan melafazkan ayat-ayat suci dalam hati sampai la aku terlelap...tetapi!!!haaa ada tetapi...lately ni...aku diekori oleh bayangan..tak tau bayangan apa...bila nak tido je...kaki aku di rentap...selalu...especially bila time bendera Jepun...pernah beberapa kali aku di himpit sewaktu tidur...memang rasa nak mati...tapi kena lawan jugak...bila terjaga badan berpeluh-peluh...macam baru lepas berusaha berjuang menyelamatkan diri...aku tak tau kenapa dan apa relatednya...kalau refer doktor di akan cakap mungkin sebab penat sangat dan urat kita bersimpul...sebab tu kita macam tak boleh bergerak....

Tapi aku selalunya fikir positif...trauma takkan hilang, kena himpit  mungkin sebab penat sangat...dan bayangan yang mengekori hanya ilusi aku semata- mata...tetapi...kalau dah sampai kat tempat kerja pun aku di ganggu...erm  macam mana nak cakap kan...aku selalu stayback sampai lepas maghrib atau pukul 8 malam..mesin typewriter tetiba berbunyi macam ada orang tgh menaip padahal plug x pasang kat power point, dan biasanya aku sensorang je..aih ada yang masuk syift ke..bunyi orang berdehem..haih...bila berlaku macam tu aku akan tinggalkan meja dan terus balik...selalunya aku akan cakap

"ok..ok...i nak balik dah ni..."

then capai handbag...berlari keluar opis...bukan selalu la aku diganggu...kang apa plak orang cakap..selalunya aku akan senyap je..takde nak citer kat sesapa kecuali kat si dia...tapi bila orang lain pun dah start share benda yang sama...erm...nak kata apa lagi....so sekarang kalau aku stay back..aku akan pastikan ayat- ayat suci aku pasang kat handphone...cukup mas aku balik...tak pun kalau dah takde orang aku balik je..selalunya ada je engineer yang stayback...kalau dah pukul 7.30 or dah sampai kul 8.00 malam...memang aku terus balik je..cuma tak leh la bayangkan next nanti aku bakal terlibat utk project tender, maybe kena stayback lama...korang faham kan maksud aku...for sure kami akan bermalam di office..

Moga tiada apa- apa yang berlaku la nanti....fikir positif je SA....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah