Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Sunday, March 12, 2023

Apa Pengalaman Kena Tipu Paling Besar Dalam Hidup Korang?

Assalamualaikum..

Hi korang...

Amboiii semalam 1 jer entry...macam jarang berlaku kan...tapi takpe... sebenarnya SA sibuk sangat..hari ni pun sama.. Inipun sibuk lagi ..ada la kerja P&C yang SA x leh nak citer..ni kang SA nak pi hantar Dania balik UCAM...

Hari ni takde apa yang menarik SA nak up...sarapan macam biasa ada nasi goreng dan cekodok ikan bilis...cicah plak dengan sambal ikan bilis...sambal ikan bilis tu Mak Pah yang masak hari Jumaat ari tu...sambal bila dah always dipanas- panaskan jadi sedap la kan...lagi kering lagi sedap kan...pasal tu la cekodok ikan bilis SA buat habis licin...hahaha...

So hari ni...kita nak citer pasal pengalaman kena tipu paling besar dalam hidup...tak kisah la hidup siapa pun..cerita yang SA nak share ni SA dah dapatkan keizinan dari En Tunang untuk revealed...ni lebih kepada pengalaman dalam hidup dan En Tunang izinkan...maybe boleh dapat pengajaran kan melalui cerita SA.



Gambar dari google.com


Pernah tak korang pi blind date dan kena tipu?kisah ni memang berlaku pada diri SA sendiri...masa tu SA single kan..belum kenal dengan En Tunang...SA ada kenal someone di FB dan kami agak rapat...agak lama kami berkawan di FB dan satu hari tu SA dan dia decided untuk berjumpa. First blind date la...masa berkawan dia selalu like serta komen kat setiap post SA...ramai jugak mutual friend SA dalam FB dia..

Nak dijadikan cerita kami pun berjanji nak berjumpa di KL..dia sememangnya orang Selangor dan tinggal di KL la...selama kenal SA tau la dia duda..kat FB pun memang SA x nafikan semua tentang dia dan gambar- gambar dia menunjukkan dia duda..haha...silap SA pun ye gak mudah percaya dan x selidik dari awal...so kami pun jumpa...

First date...blind date kata orang...jumpa dia area KL..pergi la makan di Hadramawt Kitchen Ampang Jumpa kat area KL...kami lunch...amik set nasi arab yang popular...apa segala la..hidangan untuk 2 orang...nasi arab kan mahal sikit...masa tu x plak la nak amik gambar ke apa....order nasi arab chicken apa ntah dan SA amik set nasi arab lauk kambing..air buah dan ada la a few hidangan appetizer...sambil borak- borak berkenalan dan macam -macam cerita. Seronok la borak- borak...kami mengenali la diri masing- masing masa tu...sambil makan sambil borak...sampai x sedar masa berlalu dan makanan pun dah habis...

Tiba- tiba ( masuk bab suspense )

Dia mintak diri nak pi toilet...SA xde la syak apa-apa...orang makin lama makin ramai masuk restoran tu dan silih berganti...dah 15 minit dia tak muncul...25 minit dia x muncul..sakit perut ke...SA tak syak lagi masa ni dan leka dengan handphone..blogwalking la..apa la..akhirnya...dah genap 40 minit dia tak muncul SA dah mula panas punggung...dah mula x selesa...pekerja kat restoran tu lalu lalang dan pandang...terus SA whatsaap dia...korang nak tau apa? message SA single tick..dan kena blocked...default pic dia dah takde..then bukak FB...pun dah takde...SA dah kena blocked...Bingo!!!!

Hahahahaha....

Siut betul SA kena scam....

Total makan berdua dengan dia RM200++..nasib la SA ada duit dan ada je card credit...

Korang rasa?

Biadap kan? haaa...itulah pengalaman SA kena tipu...kelakar kan...kelakar dan rasa ya allah biadapnya manusia jenis macam ni...rasanya ramai dah terkena ni...dan jadi satu pengajaran buat SA...sebab tu la selama ni, lepas kejadian ni SA berhati- hati dalam berkawan terutama dalam FB dan mana- mana media sosial...kenal dengan En Tunang pun SA sangat- sangat berhati- hati...tapi En Tunang nekad la nak kenal SA dan benda pertama dia buat masa nak kenal SA dan buat SA hargai effort dia adalah dia nak kenal dan nak jumpa Abah dan Mak dulu sebelum kenal SA betul- betul...sebab tu la SA terima dia dalam hidup SA...dia pun tak pernah berkira dengan SA dan Dania..

Pengajaran dalam pengalaman SA ni...kena berhati- hati...walau dah lama kenal kalau orang nak amik kesempatan dia akan amik kesempatan...kan?susah nak jumpa orang jujur zaman sekarang ni...ada tapi tak ramai la orang yang betul2 jujur..dalam pada berhati- hati tu SA tetap terkena jugak...

Itulah pengalaman SA dan menjadi pengajaran sangat...lepas ni memang harap SA x terkena lagi la..cukup la sekali tu terkena..SA halalkan amount yang SA terkena tu...semoga allah balas la permainan dia seadilnya...SA dah x jumpa dia lagi...x nampak dia wujud dimana- mana sebab SA dah kena blocked kan...hahahaha....

So adik- adik di luar sana...x kisah la...siapapun...tua muda...hati- hati..x semestinya orang yang kita kena lama tu jujur ye...dunia dan zaman sekarang...zaman penuh penipuan...jadikan kisah SA ni sebagai  pengajaran ye...letakkan sedikit curiga dalam perhubungan korang...bahaya ada dimana- mana...

Dengan adanya pengalaman kena tipu macam ni...cukup mendewasakan SA...serious....benda nak kena kan...nasib kena diawal pertemuan dan perkenalan...kalau dah declare dan dah ada ikatan? tak tau la apa akan jadi hidup SA masa tu...Allah lindung SA juga akhirnya dari berterusan kena tipu...


Sunday, March 4, 2018

Pengalaman Melihat Wanita Meroyan Depan Mata..

Hi korang...

Malam ni SA jaga mak lagi...condition mak getting better..alhamdulillah cuma masih 100% on oksigen lagi..air dalam paru-paru dh kurang dan masih continue masukkan ubat utk keluarkan air..badan mak masih lemah tapi bengkak kaki dan tangan dah mula surut..masih harapkan condition mak makin ok..
So as usual SA memang tak boleh nak tido macam penjaga yg lain..memang akan berjaga sepanjang malam so SA nak citer pengalaman pertama melihat pesakit meroyan sebab kehilangan anak yang di kandung. Pesakit ni pulak ada Leukimia dan merupakan staffnurse di hospital Muar dan kehilangan anak dalam kandungan adalah lebih kepada sebab dia mendapat Leukimia.
Masa hari pertama tu SA kan jaga mak..tetiba kejap2 dengar org terjerit2.. siap sebut allah huakbar, mengucap dengan kuat..eh seriau mula2 ingat ada yg tengah nazak nak meninggal ke apa kan..tp buat bodoh je la..makin lama makin galak..seram gak mula-mula..lepas tu doc  suntik ubat tido..yang buat SA terkejut tu..ubat tu macam x bagi dia tido..aduhai..ni pada SA dh ada gangguan sekali ni..semua dia sebut..dia meroyan..anak dia meninggal, laki dia nak madukan dia la..padahal laki dia kat sebelah dia je..lepas ru dia tertido sampai pukul 3 pagi...tgh sedap SA baca novel tetiba dia menjerit lagi..tanya mana laki dia..mana anak dia..mana spec mata dia...kali ni dia makin agresif..aduhai..dia nampak SA pandang dia..dia cakap..kak..kak..akak tolong saya kejap boleh tak..saya nak solat..bagi pinjam telekung..kak..tolong buka ikatan saya ni kak saya  nak solat dengan suami saya tapi tangan terikat ni..kak..tolong kak...
Kalau dengar suara dia memang sayu hati..tapi lepas tu dia menjerit..aku Salina.aku staffnurse..aku bukan Leukimia..anak aku dh mati dah tido kat rumah batu..aku ada duit nak buat mozek...papa..papa...ni semua dajal ni pa..mama meroyan pa..mama nak mintak maaf kat mak mertua mama..siap la dia sebut nama mak mertua dia..nama penuh dajal...haih..kalau korang semua tengok memang ada la rasa takut dan kesian..sepanjang masa dia macam tu..tapi yang bagusnya walau dia macam tu dia boleh mengucap, baca yasin complete dan hafal...
Bahagian dia kan..baru la SA percaya yg sakit meroyan ni memang bahaya dan memang teruk..sebelum ni hanya baca melalui majalah dan dengar dari mulut-mulut orang..tapi bila melihat sendiri memang ngeri...boleh jadi hilang akal dan dan rosak mental..SA kesian kat husband dia..dh macam buntu tak tau nak buat apa tak tahu..pukul 6am ada ustaz datang..memang kat hospital ni tak ada masalah kalau nak gabung perubatan traditional boleh aje..so datang la ustaz ni nak tawarkan air..start ustaz ni baca je ayat suci..dia menjerit-jerit cakap ustaz ni ada muslihat tersembunyi..dajal yang dihantar utk ganggu dia la..aduhai..seriusly macam dalam drama Tanah Kubur la..dia aiap soal laki dia..ko sapa..ko laki aku ke? Bukan laki aku pun dah mati ke..astaghfirullahalazimmm...aku ji dah mati rupanya....

Kesian...tak sampai hati nak dengar..tapi dah depan mata kan kejadian tu..semalam SA datang melawat mak..mak cakap diorang dh buat keputusan naknkeluarkan dari ward sebab keadaan dia dh tak stabil dan mengganggu orang keliling..kesian betul sebab muda lagi di beri dugaan macam tu...semoga dia sihat hendaknya..korang kalau bersalin..jaga la kesihatan betul-betul untuk elakkan meroyan..dulu SA cuma ingat penyakit meroyan ni macam pening kepala pas tu stress dan depress..rupanya ada lagi teruk..jauhkanlah penyakit ni dari melanda kita semua..

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah