Showing posts with label Perkahwinan artis. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan artis. Show all posts

Saturday, March 27, 2021

Selamat Pengantin Baru Neelofar & PU Riz

Hi korang...

SA bukan la peminat tegar Neelofar tapi happy la akhirnya Lofar menamatkan zaman bujangnya dan dh tentu-tentu PU Riz seorang yang sangat bertuah...majlis yang gilang gemilang dengan decoration yang cantik giler..pelamin pwnuh bunga-bunga memang SA suka...giler ko x suka kawen pelamin semua fresh flower...cantiknya Neelofar duduk di pelamin dengan busana putih bersih simple dan x over macam pengantin lain.




PU Riz pun x kurang tampannya kan..tenang je...suka plak tengok dia...

Selamat pengantin baru buat kedua-dua selebriti ini...semoga keduanya bahagia sehingga ke jannah...

Huwaaa...Neelofar dah kawen..SA bila lagi?

Cepat la sesiapa masuk meminang...nak kawen gak ni...kang Wak Tiga Lalat bahan SA plak...ehhhh...hahahaha...ampun Wakkkk.....nanti SA banje satay na...hahahhaa....


Monday, November 20, 2017

Selamat Pengantin Baru Izara Aishah & Muhammad Adib Khalid

Belum terlewat lagi rasanya SA nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Izara Aishah yang telah selamat menjadi isteri kepada Muhammad Adib. Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan pernikahan minggu lepas. Cantik dengan busana rekaan Rizalman Ibrahim terus SA rasa nak kahwin lagi sekali..ehhh...dah kenapa SA oiii.....tapi suka la tengok majlis mereka yang gilang gemilang ni...walau macam- macam kritikan dilemparkan tapi pada SA majlis dia..suka hati dia la nak pakai macam mana...orang banyak duit kan..yang lain- lain yang sibuk kutuk tu dapat apa?Dia untung- untung dapat suami, dapat mas kahwin dan dapat hantaran...yang kutuk ni buat habiskan air liur je kan....eh eh....SA ni...mentang- mintang minat Izara Aishah ni bukan main bekap lagi erk...bukan bekap...kita sesama manusia..rezeki orang tetap rezeki orang kan...rezeki kita...kita makan sendiri sudah...dah cermin ke diri kita sebelum nak kutuk orang....ye tak?


Aktres jelita Izara Aishah, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam tadi.

Pada majlis yang diadakan di satu lokasi di Damansara itu, Izara menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Jumlah wang hantaran bagaimana pun dirahsiakan. Sementara itu, Izara membalas dengan tujuh dulang.

Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai. Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Mohd Jazlan Ali. 

Izara berkata, dia bersyukur apabila majlis yang dirancang selama tiga bulan berjalan lancar


Pasangan ini turut diraikan dalam satu majlis resepsi sebelah pihak perempuan seusai acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.

Busana kedua mempelai mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib. Tatarias pula oleh Khir Khalid.

Antara rakan artis yang hadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.


Friday, March 31, 2017

Nora Danish - Nedim Selamat Diijabkabul


Selamat pengantin baru Nora Danish - Nedim. Pasangan selebriti ini selamat diijabkabul dalam satu majlis tertutup tetapi meriah di hadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Tahniah buat kedua-duanya..berakhir sudah kontroversi.
Memetik kenyataan majlis yng serba sederhana Nora Danish berkata, pernah merasai suasana majlis pernikahan secara besar-besaran melalui perkahwinan yang terdahulu jadi untuk kali ini biarlah majlis di buat sederhana tetapi meriah..

Nora Danish bergelar ibu tunggal selama 8 tahun...

Haih..SA ni ha dah 12 tahun plak dan masih kekal...bila la nak ikut jejak Nora Danish ni...

Haih...sedih....

Wednesday, November 16, 2016

Amyra Rosli Bagaikan Cinderella Di Majlis Perkahwinannya

Kenapa lah cantik sangat kamu ni Amyra Rosli....tak ada ayat yang boleh menggambarkan kecantikkan dia . Sebelum bergelar raja sehari pun dah sememangnya cantik, baik semasa mekap atau bila tidak mengenakan mekap...untung betul Amar Baharin dapat Amyra Rosli sebagai isteri, jarang dan mungkin tak ada kontroversi yang besar memabuatkan pasangan ini disayangi ramai...

Jom kita tengok gambar di sekitar Majlis Pernikahan dan Persandingan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang macam Cinderella....


Suka persalinan nikah warna rona putih ni...Amyra dan Amar kelihatan sangat Anggun


Alahai comelnya....


Baju dah cantik mekap pun cantik


Aku rasa ini wedding of the year jugak ni...


Cantiknya dress sanding dia...


Anggun melangkah ke pelaminan bagaikan seorang puteri


So sweet


Steady jer Amar..


Alahai romantiknya


Terpancar kebahagiaan di wajah Amyra


Cantik...

Selamat pengantin baru buat Amyra dan Amar...semoga bahagia hingga ke jannah...selamat melayari alam rumahtangga...

Wednesday, March 30, 2016

Anggun Sungguh Jihan Muse Dalam Persalinan Traditional

Hi korang...

Diam tak diam Jihan terus jadi perhatian kan...dari seorang yang serba serbi sempoi bertukar menjadi wanita anggun di majlis resepsi beliau dan suami...cantiknya dia dengan sepersalinan traditional..pilihan warna yang menepati ciri2 seorang wanita melayu...

Terpaku seketika tengok keanggunan dan ketampanan Jihan dan suami...


Bagi pinang di belah 2


sweet sangat...


cantik sangat...


Hensem...

gambar kredit IG Jihan

Jelas terpancar kebahagiaan di wajah kedua- dua pasangan selebriti ni....

Respect dengan Jihan yang senyap2 je tau2 dah Nikah...Jihan yang bercinta 9 tahun dah kawen dah...aku ni yang 11 tahun tak kawen2 lagi...#ehhhh...

Nak jugak la macam ni....pakai baju traditional...ntah bila la kan....banyak benda tak settle lagi ni...

Hantaran kena cukup..mas kawen kena cukup..kalau tak kang femes aku kena viral..dah la femes viral kisah kena raba ari tu....serik...

Monday, March 21, 2016

Selamat Pengantin Baru Jihan Muse & Ungku Hariz

Takde angin, takde ribut..pokok pun tak goyang tau2 Jihan Muse dan Ungku Hariz dah selamat bergelar suami isteri. aku memang tau diorang berdua ni dah lama bercinta..tak sangka diorang tamatkan zaman bujang kan..pandai diorang simpan rahsia..sakute sangat2..

Jihan plak makin lama makin cantik sekarang...korang notis tak? berbeza dengan Jihan diawal kemunculan dia dalam persada seni tanahair dulu.



Terserlah keayuan Jihan Muse dalam busana perkahwinan dia...


Nuur Jihan Muse, 33 Tahun

Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31 tahun


Credit gambar IG Jihan Muse

Tahniah kepada pelawak, pengacara dan pelakon Jihan Muse, 33, sah bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pelakon Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 31, setelah mengenali sejak tahun 2007 lagi.

Cantik pakaian mereka, dari busana rekaan Rizman Ruzaini nampak sweet dan sangat sesuai buat kedua mempelai.   Solekan oleh Saidatul Nisa dan Bosco Ryzal juga menaikkan seri.

suka sentuhan Saidatul Nisa...ko tak cantik terus jadi cantik...kan?

Sunday, February 14, 2016

Selamat Pengantin Baru Samtilla...

Wedding Of The Year

Belum pun terlewat lagi aku nak update tentang perkahwinan Samtilla ni...macam - macam cerita aku baca..ada yang suka..ada yang tak suka..alahai dah jodoh diorang kan...pada aku doakan kebahagiaan mereka lebih baik dari sibuk duk caci maki ke apa...diorang kawen jugak...kebahagiaan milik diorang jugak...Ada mata pandang...ada telinga dengar dan ada mulut diam...betul artis ni milik masyarakat..dah tu artis pun insan biasa..manusia biasa..perlukan pasangan hidup..sukahati dia la nak kahwin ngan siapa atau siapa pasangan hidup dia kan....bukan luak pun duit mereka2 yang mengutuk ni...duit diorang...tajaan untuk diorang....rezeki diorang...kan?

Tak faham aku dengan orang- orang Malaysia ni..bila dah taksub..semua tak ok plak....


Sam dan Syatilla dinikahkan oleh jurunikah, Profesor Madya Datuk Ellias Zakaria, Pengarah Pusat Transformasi Insan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan satu kali lafaz. Sam melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz.Syatilla juga menerima mas kahwin sebanyak RM10,082. Dua pelakon itu kelihatan segak dan anggun menggayakan persalinan berwarna putih. Sam turut menyarungkan cincin bertatahkan berlian bernilai RM128,000 tajaan Ceres. Sehari sebelumnya, pasangan selebriti itu diraikan dalam majlis pertunangan ringkas dan berinai.
Mereka diijabkabulkan selepas mengumumkan mengenainya pada 12 Januari lalu apabila sekian lama berteka-teki mengenai hubungan mereka. Pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi sebelah pengantin perempuan di Bukit Jawi Golf Resort, manakala majlis sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 14 Februari ini di Hotel Mandarin Oriental.

Selamat pengantin baru buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin..aku bukan la peminat tegar mereka...just amik tau jugak la sikit kan..nanti orang cakap aku x baca paper..tak tengok TV...dulu masa muda- muda memang la excited ngan artis...tp dah makin berusia ni...macam tak berapa nak minat plak...eh...

Friday, October 19, 2012

Saif Ali Khan, Kareena Kapoor Kahwin


SAIF dan Kareena selepas melangsungkan perkahwinan mereka, semalam.


SAIF dan Kareena selepas melangsungkan perkahwinan mereka, semalam.
MUMBAI: Selepas bercinta selama lima tahun, bintang Bollywood, Kareena Kapoor and Saif Ali Khan akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis kecil di Mumbai semalam.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan, beberapa rakan dan anggota keluarga menghadiri majlis itu di kediaman Saif.

Bapa Kareena dan ibu Saif menjadi saksi kepada perkahwinan berkenaan, kata pendaftar, Sureka Ramesh.

Selepas majlis itu, Kareena, 32, dan Saif, 42, berdiri di balkoni dan melambai peminat mereka.

Saif mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya. - AP

SUMBER

Tuesday, September 4, 2012

Selamat Pengantin Baru Izreen Azminda


Sama cantik sama padan...dah nikah dah rupanya Izreen ni....aku sgt minat dia berlakon..
bagi jer watak apa pun..dari watak baik terus ke watak antagonis..semua menjadi..



Selamat Pengantin Baru buat Izreen dan Riza...
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
cerita sepenuhnya di SINI

Credit to BEAUTIFULNARA


Thursday, June 7, 2012

Suami baharu Nurul warga Perancis




NURUL dan suami baharunya, Eric Daniel Deep memotong kek selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bekas isteri penyanyi dan komposer tidak asing lagi, Ajai selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan Perancis di sini semalam.
Nurul Huda Abdul Wahab, 35, atau lebih dikenali sebagai Nurul selamat diijabkabulkan dengan usahawan produk kesihatan Herbalife, Eric Daniel Depp, 47, dengan hanya sekali lafaz di Duchess Place, Jalan Ampang.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pukul 12.20 tengah hari berwalikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Menurut Nurul, dia kini sudah bersedia menggalas tugas sebagai seorang isteri setelah lebih lima tahun menjadi ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Ayu Nazirah, 14.
“Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan majlis pun sudah selesai. Apa yang dirancang menjadi kenyataan dan yang paling penting, kami kini sah menjadi suami isteri,” kata Nurul yang ditemui selepas majlis.
Nurul berkata, dia berkenalan dengan lelaki Perancis itu menerusi rakannya, pelakon Zahida Rafik

SUMBER

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah