Showing posts with label Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Persahabatan. Show all posts

Friday, April 7, 2023

Pergimu Di Hari Lahirmu..Innalillahiwainnaillaihirojiun....Al-Fatihah Azizi Bin Hamzah

Assalamualaikum..

Jumaat yang tenang..menerima perkhabaran sahabat baik SA bertarung nyawa malam tadi di Kuantan. Sampai masanya arwah pergi meninggalkan keluarganya dan kami semua sahabatnya...airmata ni tak tertahan- tahan...bangun sahur pukul 4am tengok handphone dulu...allah..kau pergi juga Jijie...tinggalkan isteri dan anak- anakmu...tinggalkan kami semua sahabatmu...

Innalillahiwainnailaihirojiun....

Kenangan SA dengan arwah sejak dari alam persekolahan...kami sangat rapat...kami ada 1 group masa tu..lelaki dan perempuan..sampai dah habis sekolah pun kami rapat walau kami belum berpeluang bertemu kembali..3 orang dah sahabat SA pergi tinggalkan kami semua..Arwah Norsuhaida Sogi, Arwah Mohd Rozaimie dan sekarang Arwah Azizi Hamzah...Asbab arwah meninggal kerana Jangkitan Kuman pada paru- paru...

Paling sedih..arwah pulang ke negeri abadi hari ini pada hari lahirnya yang ke 45 tahun...dan pada hari Jumaat yang mulia..




Jenazah baru tiba di Masjid Pasir Panjang PD dari Kuantan..



Arwah orang pertama SA akan bagi tau...apa aje masalah SA...dia sentiasa ada bila SA memerlukan..x kira apa la...kalau SA dalam kesedihan SA cari dia..kalau ada masalah memang bagi tau dia gak...especially kalau SA di ganggu...kalau perlukan nasihat...memang SA akan cari arwah...padahal SA ada jer sahabat- sahabat yang lain...kadang- kadang kami bergurau senda dalam group whatsaap...kawan- kawan lain cakap SA pernah couple dengan Arwah tapi SA crush kat orang lain..SA menafikan sebab SA x ingat kan...retrograde Amnesia SA alami lepas bangun dari koma memang tak membantu SA untuk ingat...tapi arwah tak menafikan pun...malah mengaku betul..hahaha..



SA sangat- sangat sedih bila baca conversation yang ni...

Dania ajak SA ziarah arwah buat kali terakhir tapi SA terikat dengan kerja yang sangat- sangat penting..SA x boleh ambil cuti..hari ni last day boss International Aset dan ada a fewa arrangement yang SA perlu buat...

Message terakhir dari arwah February lepas...itupun dia bertanya khabar...dan suruh SA jaga diri dan x lekang pesanan supaya SA bahagia...dia juga saksi SA sellau kesedihan putus cinta dengan ex boyfriend yang SA dah kenal dari 2006. Dia la orang yang paling lega bila SA tak berjodoh dengan Ex SA...dia la tukang pujuk bila SA stress...semuanya dia...

Allahuakbar...

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Al-fatihah

Azizi Bin Hamzah
7 April 1978 - 7 April 2023


Bagi menghormati pemergian sahabat SA ni...tiada entry untuk hari ini...insyaallah bertemu kembali esok dengan entry yang tak sempat SA share untuk hari ini...mohon kawan- kawan semua sedekahkan Alfatihah buat arwah...

Friday, August 7, 2020

Luncheon With Bruno Augustus

Hi korang...

Ehem....no speculation please...okey Selasa lepas SA lunch dengan kawan sekolah SA yang kebetulan ada kat area NuSentral...hey..ini bukan Adam eh...ramai plak yang ingat SA lunch dengan Adam ke...ni kawan sekolah SA dan namanya Bruno Augustus...dia sangat kenal dengan SA cuma SA je baru nak mengenali dia semula..ye la..SA kan lost memory...so berkenalan semula la dengan dia...nanti kami semua dari group sekolah yg dh register untuk gathering a.k.a reunion akan bertemu next week kat Gunung Angsi...aihhh...macam tak percaya je SA nak Hiking ni...lama dh SA tinggalkan dunia Hiking...menyahut cabaran dan mencabar diri sendiri sebenarnya ni...ikutkan takde paksaan pun nak hiking sampia ke puncak atau tak. Depends pada keupayaan masing- masing masa tu nanti. Ye la ada yang tak buat persediaan dan ada yang dah biasa..But team kami dah sediakan precaution awal- awal. Siapa tak larat dan memang tak cukup fit boleh naik sampai level yang dah ditetapkan..sape nak teruskan boleh teruskan...

So Selasa lepas SA ngan Bruno lunch kat NuSentral. Tempat sama SA makan dengan Paris Ashiqin. Saje pilih sini sebab  cozy kan...tak ramai orang pun. Lagipun makanan dia sedap...selesa sikit nak borak dan layanan staff restoran ni pun bagus..sangat-sanagt polite.

Jom tengok SA akan dengan Bruno....


Selfie dulu....abaikan beauty camera ye...


Ni dari camera SA


lupa plak nak off bokeh...kesian muka Bruno blurr


Alaaa...lupa plak nama menu...tapi Daging Berlado


Bruno makan Daging Salai masak lomak cili api


Special thanks to Bruno...sebenarnya SA yang nak belanja..sebab dia datang area SA kan...ehhh...dia plak yang belanja...ermm gentleman sangat ni...tapi Bruno ni kelakar orangnya...kami walau baru first time jumpa ni after schooling time puluh tahun yg lepas kan, rasa macam dah kenal lama padahal baru je jumpa balik ni..takde rasa tak selesa pun...bila jumpa kawan sekolah ni...macam-macam nak cerita kan.. especially kenangan zaman sekolah...cuma yg sedihnya apa yg dia cerita memang SA dengar je la..dan membayangkan...Sebab SA x mampu nak ingat...harap SA tak demotivated lagi la...harap terus semangat and move on...nak ingat benda simple -simple pun tak mampu inikan pulak nama cikgu...

Next sape lagi yang SA jumpa dan akan jumpa?

Monday, August 3, 2020

Sahabat Untuk Selamanya...

Hi korang...

Ada yang dah start kerja? atau ada yang masih bercuti?seronok beraya sakan eh korang...SA dah kembali ke alam nyata...hahaha..dah start kerja hari ni...sunyi sepi je office sebab masih ramai bercuti. So hari ni tak sesibuk selalu so SA settlekan apa yang tak settle lagi...dah settle baru SA mengadap hp melayan blog ni ha..Hari ni SA nak share tentang sahabat-sahabat SA yang menceriakan hidup SA lately.

SA nak buat sedikit pengakuan la sebenarnya..beberapa puluh tahun sebelum ni...SA segan nak jumpa kawan- kawan sekolah. SA rasa macam demotivated. Boleh plak macam tu kan...then baru- baru ni SA sibuk mencari semula kawan- kawan sekolah sejak SA di serapkan ke grup whatsap sekolah. Rasa seronok kenal semula kawan- kawan walau hakikatnya SA tak ingat mereka semua sebab SA mengalami Retrograde Amnesia kan. Tapi SA bertuah sebab kawan- kawan terima SA seadanya. Hidup SA kembali ceria sejak mengenali mereka dalam group Whatsaap. Kebetulan SA pun dah jumpa beberapa orang. Walau SA tak ingat memory zaman sekolah dulu tapi mereka terima SA seadanya dan sedia membantu untuk SA ingat semula. Persepsi SA selama ni salah. Entah kenapa SA rasa down dan demotivated sebab rasa macam takde siapa peduli dengan SA. Rupanya selama ini SA silap...mereka tetap sudi berkawan dengan SA....thanks sahabat...

Jom tengok gambar-gambar yang SA share ni....


Diorang berjumpa pada Aidiladha yang lepas dimana SA tak dapat join...bencikk!!!!


seronok je kan...lepak dan borak2...


One more selfie from them


Kawan- kawan lelaki lepak mamak...SA memang tak join sebab dah malam kan...


Diorang hiking kat area Seremban..geng rajin hiking ni...


Gambar semalam...lepak kat rumah salah seorang kawan SA...ada meeting tentang agenda hiking Gunung Angsi 15hb nanti..


Usai perbincangan kami ambil gambar lagi...



Sesekali berjumpa memang seronok kan...macam- macam nak di ceritakan walau kebanyakkannya SA hanya menjadi pendengar setia sebab SA tak ingat apa- apa pun. Diorang cakap just follow the flow, kalau tak ingat takpe...cipta memory indah yang baru kata mereka. So SA move on. Kalau sebelum ni SA macam tak boleh terima hakikat kan. Ye la orang lain seronok bercerita share keseronokkan zamn sekolah dulu. SA hanya diam dan mendengar aje. Sama jugak macam dalam grup whatsaap bila mana SA hanya mampu membaca conversation mereka. Sedih kan?

Tapi takpe la...as long as mereka semua masih ingat dengan SA. As long as mereka semua masih menerima SA sebagai salah seorang sahabat mereka.

Terima kasih sahabat semua menceriakan hari- hari SA...seronok berkawan semula..seronok join pelbagai aktiviti. Salah satunya 15hb nanti ada hiking Gunung Angsi. Harap segala plan berjalan lancar. Dah lama tinggalkan aktiviti hiking...harap- harap mampu mendaki sampai puncak..tak sabar rasanya nak jumpa semua yang join...

Nanti SA share cerita tentang sambutan Aidiladha SA plak ye....banyak sangat gambar nak share..hahaha...


Tuesday, January 15, 2019

Dari Alam Maya Ke Alam Reality

Hi korang..

10 tahun SA berhijrah ke KL, duduk sini, kerja kat sini..SA akui SA dh jumpa ramai sangat orang. SA mengaku SA takde kawan rapat, kawan macam tu je ada la...bila SA rapat dengan kawan perempuan..ada yang ambil.kesempatan. Ada yang jenis entap tak boleh bergurau, ada yang yang tak boleh tengok kelebihan orang lain malah ada yang dengki kalau SA rapat dengan seseorang..kawan perempuan la selalunya...payah kan..perit...sampai satu ketika hingga lah sekarang SA tak nak terlalu rapat. Bila terlampau rapat terus SA akan di tikam dari belakang. Bahaya orang macam ni dan slowly SA elakkan...sebab tu la kat KL ni SA takde kawan rapat.

Itu di tempat kerja tau...tetapi tidak dalam dunia blogging...dunia media sosial..walau kita tau ada yang tak telus, tetapi SA banyak diperkenalkan dengan mereka-mereka yang di luar jangkaan SA..ada beberapa orang yang SA rapat dan SA senang berkawan. Dan yang paling rapat buat masa ni si cantik manis ni la..kami bertegur sapa melalui media sosial, beramah mesra, bertukar-tukar pendapat akhirnya menjadi rapat walau tak pernah bersua muka. Kami boleh berkongsi apa sahaja cerita, masalah malah boleh bergurau senda. Kata orang senang masuk la...

Paris Asyiqin...figura hebat yang mewarnai hari-hari SA. Adakala kami sama-sama mengadu masalah demi masalah. Apa yang berlaku di tempat kerja, kalau dia stress SA tenangkan....begitu la sebaliknya kalau SA mengadu apa2 kat dia..baru-baru ini allah temukan kami yang dh sekian lama bermesra dalam alam maya...kami bersua muka buat pertama kali selama 1/2 jam...itupun sebab komitmen kerja kami...kebetulan Paris meeting kat area office SA..SA pun tgh meeting dan sibuk dengan tugas.. mulanya nak cancel...tapi teruskan juga...akhirnya kami bertemu...macam mana kami dalam alam maya begitu juga la kami di dunia luar....




Happy?

Giler tak happy..banyak kali plan asyik bertangguh..akhirnya..dapat jugak jumpa..x tau nak cakap betapa seronoknya kami berbual..tergelak sana sini..satu je Paris ni..tak tinggal dengan buah tangan dia...dibelikan SA donut Big Apple..macam tau-tau SA suka..mana dia skodeng pun x tau la...apa yang boleh SA described tentang kami...kami berdua sama je..happy go lucky person...mudah mesra...semoga lepas ni ada la pertemuan demi pertemuan lagi...semoga persahabatan ini kekal selamanya...sebenarnya tak cukup corumn...ada lagi sorang...nanti kami keluar bertiga..maybe lagi havoc...kita  nantikan agenda seterusnya nanti...kalau sihat nanti nak plan pi short vacay plak..sure gempak..cuma awal tahun ni masing- masing sedikit busy..lepas tu nanti baru la boleh plan short vacay..

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah