Ulangkaji..
Bab Puasa:-
Niat Puasa - "Shj aku berpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"
Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)
Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan
Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa
Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )
Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh
Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah
Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk
7. Org yg sangat lapar & dahaga
Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.
Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.
Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.
Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.
Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Wednesday, June 17, 2015
Ramadhan Kembali > Daging Mantai...
Ramadhan Sudah Tiba
Hi korang...esok kita semua umat islam akan mula berpuasa..di NS tiap kali nak sambut puasa atau raya mesti ada pesta Mantai dimana peniaga2 akan mula menyembelih lembu atau kerbau untuk dijual..memang dah jadi kelaziman bila tibanya Ramadhan atau Syawal....memang meriah..tp daging dah mahal dh sekarang...
Daging lembu fresh
Kalau x fikir tgh high blood pressure..mmg dh beli dh sepeha ni
Daging cincang...hari ni mak nak masak...
Tulang selangka
ada yg ckp daging lembu yg baru sembelih ni x elok masak time2 tu jugak...kena simpan dulu kan...eh..ye ke...aku tgok ada ramai je yg terus masak lepas sembelih...
Sempat la aku ikut abah balik kg pi beli daging semalam...hari ni insyaallah abah nak buat gulai sebab semua ada kat umah..cuma angah x balik...x sabar nak balik petang ni sbb naksama2 masak untuk sahur besok..insyaallah sahur pertama aku dengan family esok...cuma berbuka as orang bujang...x pe la Sabtu Ahad ada kan....
Buat semua kawan2 follower...Selamat Menyambut Ramadhan...Selamat Berpuasa...
Kalau ada salah silap dlm sedar atau x sedar..ampun maaf dipinta...yang baik datangnya dari allah...yg kurangnya dari aku sendiri.....

Monday, July 23, 2012
Salam Ramadhan
Bismillahirrahmannirrahim...
Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua followers aku...semoga kehadiran Ramadhan kali ni
menjanjikan keberkatan dalam kehidupan kita semua..
dah 3 hari kita manjalankan ibadah puasa baru aku nak sampaikan ucapan kan...
xde lah..aku dah buat dah pun auto publish...tp mcm biasa la..kena delete...
ada yang x senang aku blogging kan...its ok...selagi aku boleh sabar aku sabar...x sabar kalu...
aku dah delete dah blog ni...
by the way...
SALAM RAMADHAN DARI SURIAAMANDA
&
KELUARGA..

Wednesday, July 27, 2011
Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini
KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

sumber dari KOSMO ONLINE.

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah