Showing posts with label Salam ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Salam ramadhan. Show all posts

Saturday, March 1, 2025

Salam Ramadhan Al Mubarak


Assalamualaikum...

Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak...





 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


💚SALAM RAMADAN AL MUBARAK 1446H💚

Selamat Menjalani ibadah puasa.

SA ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan diri SA, harap diampuni & dimaafi. 🙏🏻🙏🏻

Semoga kita dan keluarga kita terus dikurniakan

🌹kesihatan yg baik agar dapat beribadah dgn sempurna
🌹rezeki yg melimpah ruah dlm kebajikan & keberkatan
🌹dimakbulkan segala doa & hajat
🌹dipermudahkan segala urusan
🌹juga sentiasa berada dalam rahmat dan keredaan serta kasih sayang Allah SWT di dunia dan akhirat. 
🌹diterima segala amalan ibadah kita semua

InshaAllah..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
 

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan Dari SA, Ainnul Dania Huda Dan Family

Assalammualaikum..

Hi korang...

Alhamdulillah kita kita mpa kembali dengan bulan Ramadhan dan ini merupakan hari pertama kita kita  menjalani ibadah puasa...Ibadah puasa tahun ni lain dari yang yain dimana kita lalui dengan dugaan PKP dan penjarakkan sosial akibat virus Covid-19. Tahun ini kita semua bersederhana dalam menjalani ibadah ini...semoga kita mendapat rahmat dan hidayah allah.

Dikesempatan ini SA menyusun jari memohon
keampunan sekiranya ada ada salah silap yang SA sedar atau dalam tidak sedar SA lakukan. Terkasar bahasa atau tersilap kata..Maafkan SA.. lumrah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan...


Semalam kita kita semua buat pertama kali solat terawih dirumah diimamkan ketua keluarga..alhamdulillah selesai terawih pertama kami semalam diimamkan Abah..sayu mendengar kelancaran alunan ayat-ayat dalam solat dari Abah...terpancar kesedihan apabila tidak semua kami dapat berkumpul menyambut Ramadhan bersama seperti tahun-tahun lepas. Takdir yang memisahkan untuk keselamatan semua. insha'Allah semoga kita menang dalam perjuangan ini. Terus kekal #dudukrumah dan #kitajagakita.


Sebelum solat terawih


Alaa kabur plak x nampak mak

Menu Sahur


Ayam masak lemak cili api...satu lauk ni aje kerana kami bersederhana...tak mahu ada pembaziran


Tambah ikan masin bulu ayam  untuk menambat selera. Makan pagi memang kurang selera kan....

Status SA di FB semalam

🄼🄾🄷🄾🄽 🄰🄼🄿🅄🄽 🄳🄰🄽 🄼🄰🄰🄵. 🅂🄰🄻🄰🄼 🅁🄰🄼🄰🄳🄷🄰🄽 🄰🄻-🄼🅄🄱🄰🅁🄰🄺

Sebelum cahaya padam, sebelum hidup berakhir, sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan yang suci datang, saya mohon maaf lahir dan batin bila ada salah yang disengaja maupun tidak disengaja.

Dari SA, Ainnul Dania Huda & Family...

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan Al Mubaraq...


Buat semua rakan dan sahabat alam maya...
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubaraq..semoga Ibadah kita
Berjalan dengan lancar..
Amin..

SALAM RAMADHAN DARI SURIAAMANDA 
DAN 
KELUARGA...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah