Showing posts with label Santai- Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai- Santai. Show all posts

Monday, June 26, 2023

Terjah Highway Viral Temiang- Pantai Highway

Assalamualaikum...

Sekian lama highway ni wujud sampai la viral 2 tahun kebelakangan ni .highway yang dikatakam pemandangan macam kat New Zealand..kalau letak kambing biri-biri atau lembu dh serupa habis dah nga  New Zealand..

SA akui cantik la tapi silapnya SA pi lepas hujan..kalau panas or waktu pagi maybe lagi cantik...ingat nak stop jap amik gambar tapi x berani plak..lepas tu x tau plak nak stop belah mana..lagipun x bleh simply-simply berhenti..x pasal-pasal kena saman kang. Lagi satu akan membahayakan pemandu yang lain dan juga diri sendiri.


Highway Temiang Pemandangan Cantik Seperti Di New Zealand..

Betul ke?

SA x pernah sampai lagi New Zealand so SA x pasti betul ke tak serupa..hehe..tapi mengikut dari pemerhatian SA sendiri Sabtu lepas..kawasan sepanjang highway Temiang ni memang memukau mata. Cantik dan damai sangat. Kenderaan x banyak. Patut la ramai yang sengaja jalan ke sini semata- mata nak tengok sendiri lebihraya dengan panorama seperti di NZ

Kat bawah ni beberapa keping gambar yang sempat SA snap dari dalam kereta. Of course la SA yang snap kan SA co-pilot.




Sempat rakam video gak..abaikan suara SA melatah tu😆😆






















sampai penghujung Highway Temiang..Belok kanan tu terus ke rumah SA dalam 10 minit perjalanan 

Sejarah Pembinaan Lebuhraya Temiang-Pantai

Jalan dan termasuk lebuhraya dari Temiang ke Pantai telah mula dibuka kepada pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2021 dengan jarak sepanjang 7.44 kilometer bermula dari persimpangan jalan Seremban-Kuala Klawang berakhir ni persimpangan masuk ke lebuhraya LEKAS. 

Disebabkan highway ini menjadi suatu tarikan pengunjung kerana pemandangan  yang cantik, dengarnya kerajaan Negeri Sembilan akan memohon kepada Kerajaan Pusat untuk wujudkan suatu tempat khas yang sesuai untuk meletakkan kenderaan. Cuma tak tau bila ia akan terlaksana atau dilaksanakan...

Dengarnya jugak dah lebih dari 48 saman pihak JPJ keluarkan kepada pemilik kenderaan yang memberhentikan kenderaan sepanjang highway ini viral...aduhai..tak pasal- pasal je...

Nanti nak lalu la lagi sekali sebab nak amik gambar time panas...baru nampak gunung ganang tu kan...ada yang suggest lalu time matahari nak naik dan matahari nak terbenam...jenuh plak la kan kalau nak lalu pepagi semata- mata nak lalu highway ni...

Thursday, June 8, 2023

Layu Di Hujung Mekar...

Assalamualaikum...

Beberapa bulan yang lepas kan SA ada beli 5 batang pokok terung...punya la lama tanam baru sepokok yang berbuah..dah macam- macma baja yang Pak Zain guna...itupun 2 biji buah ni mengecut ye...tak membesar..x pasti kenapa...Pak Zain cakap sebab kurnag air dna cuaca panas kan...memang nampak pokok terung dna pokok- pokok lain kekurangan air..layu di hujung mekar je..padahal hari- hari siram pagi dan petang..hujan memanag xde la kan...agak terbiar sikit tanaman Pk Zain kali ni sebab Mak Pah sakit...Pak Zain pun macam tak bermaya sebab kekasih ahti takde depan mata kan...

Sekarnag ni tinggal SA berdua je ngan Pak Zain...SA jumpa Pak Zain pun pagi subuh dan malam masa balik kerja...malam lepas makan dna temankan Pak Zain makan SA akan terus naik bilik and tido...



Nampak x daun- daun pokok terung ni layu di hujung mekar...buah dia boleh nampak mengecut kan...rasanya boleh besar lagi buah ni tapi faktor cuaca kan...terus SA petik je...


Pokok-pokok terung yang lain berbunga, ada yang jadi dan ada yang gugur terus bunganya x menjadi putik

 

Kalau lama lagi Mak Pah kat IJN, x tau la apa jadi kat tanaman ni semua...mati agaknya...

Saturday, January 28, 2023

Celebrate Sempena Dapat Lesen Kereta

Assalamualaikum...

Balik dari JB hari tu kami terus ke Bangi sebab family semua kat rumah adik bongsu lepak situ jap lepas tu balik petang tu singgah Nilai 3..SA beli carpet tatami tu satu lepas tu adik no 3 beli carpet untuk rumah dia gak ..

Lepas tu ajak Dania naik kereta Uncle sebab nak reward and celebrate dia lulus ujian JPJ dan dah dapat lesen hari tu...Sa google Richiamo Cafe kat Nilai tu..then kami bertiga pi situ je....

Jom tengok gambar..



















 

Thanks Uncle belanja kami berdua...so far not bad...coffee dia best giler ..cheese cake pun best giler...mulanya nak amik satu je share ngan Uncle Dania...sekali Uncle Dania amik 2 cheese cake...hahaha....

Nanti boleh la lepak Richiamo ni lagi..x pasti kat Seremban ada ke tak..macam xde je..

Total damage minum bertiga RM77..

Thursday, December 16, 2021

Mercu Tanda Baru Malaysia

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni macam biasa SA sampai awal pagi kat KL...ni la pemandangan yang terhidang tiap kali tunggu LRT kat Pasar Seni. Kadang- kadang pemandangan tu tak berapa cantik...kadang- kadang cantik sangat...ramai jer yang amik gambar pagi- pagi..sebab kat tengah- tengah tu la sunrise...cantik kan...sebenarnya ada banyak lagi...tapi SA dah terdelete...ada yang ni je ha...hehehehe....



Sunrise....


Awan menyelubungi puncak bangunan TRX


Entah bila la bangunan TRX ni nak siap dan ia adalah bangunan tertinggi di Malaysia selepas KLCC dengan ketinggian 492m. Manakala KLCC 452m dan Menara KL 421m. So bangunan TRX ni bakal menjadi mercu tanda baru Malaysia la nampaknya....

Pagi ni SA x amik gambar sebab pagi ni gelap gelita dan mendung macam nak hujan...tapi tak plak hujan...hehehe...betul la kata pepatah Mendung Tak Beerti Hujan kan...

SAa doakan korang sihat hari ni...pagi ni takde idea nak buat entry...tunggu petang- petang sikit la..Semalam melampau plak aktif SA update entry kan....

Thanks korang sudi baca...thanks kepada yang tingalkan jejak....

Friday, July 16, 2021

3 Tahun Umur Kasut Kerja Ni....

Assalamualaikum...

Hi korang

Penatnyaaaa......siyes hari ni SA penat giler...penat sangat- sangat...penat otak...tengah- tengah nak siap kemas- kemas meja kerja..SA luruskan kaki...terpandang kasut kerja SA ni..jenama Crocodile je beli kat Parkson Pavillion 3 tahun lepas..Kasut ni sedap pakai...comfort..SA pakai kasut ni kaki x melecet pun...sedar tak sedar dah 3 tahun usia kasut ni...SA tak pernah ganti..Memang pulun pakai pergi balik kerja..tukar kat opis je sebab ada high heel...then bila penat tukar dan sarung balik kasut ni..Memang SA pakai kasut selalunya sampai lunyai...nak- nak kalau sedap dan selesa...

SA bukan kedekut ye...tapi memang jenis pakai sampai lunyai...ada je kasut lain tapi tetap suka pakai kasut ni kemana- mana...


3 tahun dah aku pakai ko kasut...


Tapak ok...condition kasut luaran pun ok...

Cumaaa......



Dalamnya dah rosak..dah mula merekah...dan dah rasa nipis...

Sayangnya nak buang...sayangnya nak ganti baru..

Kalau kasut ni ganti tapak bahagian dalam ok x agaknya? Nak beli baru mall tak bukak kan..kedai kasut pun ada tak bukak..x nampak plak kedai BATA kat Seremban..SA kan,..memang pakai kasut takde macam masa zaman muda- muda..sebulan beli 2 pasang kasut..pas tu reput tak berpakai..konon- konon nak buat koleksi..tapi tak berpakai pun...tak tengok lagi bawah meja kerja SA tu..ada berapa pasang kasut high heel...dulu memang pakai kasut tinggi je..confident jalan konon...bila dah selalu sakit pinggang tukar kasut flat or loafers...haa padan muka..sudahnya kasut tinggi guna dalam office je...memang takde la nak guna..yang wedges kat rumah ni pun jarang pakai..dah lama- lama..kulitnya menggelupas...memang x tahan la kan....even letak dalam kotak kasut dia...

Korang rasa elok repair tukar bahagian dalam tu ke..atau...BELI BARU?

Hahahahaha....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah