Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Monday, November 14, 2016

Ngomel Tentang GV3 Sambil Minum Kopi Mahal



Hi korang...
Dah makan tengahari...hari ni hari melantak aku..makan..makan..dan makan...pekena nasi campur lauk ikan keli bakar ngan siput sedut masak lemak cili api kat Sambal Hijau Sg Pechala kot..takde gambar nak share sebab dh kebuluq gila....

Dah makan tu lepak plak Starbucks...pekena kopi mahal sambil browsing...wah..senang nya hidup...i would like the freedom..ehhhh....dh kenapa..haha cuti ari ni half day uruskan hal kat Seremban then balik KL...apa nak citer ni erk...
Korang tengok x konsert GV3 malam td ..agak terkilan la sebab Ameng dah 2 kali nyanyi salah lirik dan lupa lirik..tp dia masih kekal..ikutkan antara Ameng ngan Zur Eda boleh tersingkir semalam kan..tp Shidi yang terkeluar...Sian Shidi..dia selama ni bagus je..even Juri pun sangat terkilan bila Shidi terkeluar..Dah rasa macam tak best plak GV3 ni bila macam pilih kasih dan ada anak emas..anak emas dapat lagu best2..Rasa nak boikot je tapi Siti Sarah ngan Zarul masih kekal kan..sandarkan harapan kat diorang berdua la lepas ni..
Minggu depan dengan tema RockDut plak...harap2 best la konsert minggu ke 6 ni...tp kelakar plak tgok Kak Lina PomPom datang ngusik TokRam...hahaha....

Wednesday, October 19, 2016

Thai Cuisine Promotion Di Quizinn Food Court NuSentral

Ini bukan jemputan Food Review, ini adalah JJCM aku ngan kawan opis bila takde idea nak makan apa dan takde idea nak bawak bekal atau dalam erti kata mudah agak PEMALAS bawak bekal..so..ber JJCM la kami berdua ke NuSentral cari makan...biasa la kalau nak cepat belasah je apa yang ada yang cepat..nak plak kat food court ni payah nak dapat meja kosong..so kena la bijak mencari meja makan...bila dah dapat meja...sorang di tugaskan standby..yang lain pi beli makanan dulu...the best part selagi semua belum dapat makanan maka tunggu la sesama...ye la datang sesama takkan nak melantak asing2 kot kan...


Promosi Set...korang bleh nampak kat situ...RM10 all in...


Nasi Goreng Daging..


Tomyam Seafood


Total RM19.50..sorang makan ...pengsannnn


ini kedainya kalau korang nak pi cuba

Aku patut amik set promosi tu je...murah skit kan..ni pi bantai order Ala Carte...memang merasa la harga mahal macam tu utk sorang makan...haih..dari nak jimat tak jugak jimat...sama je..
Baik bawak bekal kan...tapi sesekali makan kat liuar ok gak...kang kata tak pandai bersosial waktu lunch plak...ye tak...

So korang kalau nak cuba boleh la pi food court NuSentral tu...

Selamat mencuba...

Friday, October 14, 2016

Cerita tentang Stress..

Mungkin kita rasa kita dah stress tapi ramai lagi yg lbh stress dari kita....😒

Pak Mat Stress
------------------

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

 Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??
Sambungan PAK MAT STRESS..

Pak Mat balik rumah. Dengan muka stress dan kelat, dia menuduh isteri nya curang. Isterinya ajak Pak Mat jumpa doktor pakar.

Doktor mengesahkan Pak Mat mengalami masalah ingatan sejak menjadi pemandu teksi dan dia terlupa bahawa dia menikahi janda anak 3 sebelum menjadi pemandu teksi..

SEKARANG ISTERI PAK MAT MENJADI STRESS BILA TENGOK PAK MAT STRESS.

Friday, September 23, 2016

BAYANGKAN KALAU GPS IKUT DIALEK!

haru jadinyeee...

Waze

Sabah:-
Pigi dapan siiikit... Lepas 200m pigi siring sblah kanan aa...nah kann telimpas sudahh!...

Sarawak:-
Kitak maju jak kat dapan yaa... Gik 200m ke kanan... Nang paloi na! Aku limpas jak simpang ya tek!...

Johor:-
Ko tegak je lagi doh... Dalam 200m masok kanan ekk... Siot ahh ape seyh dah terlpeas bodoh sial kau!...

N9:-
Ekau torus jo... Lagi 200m ekau masok kanan... Kot bangang bonar! Talopeh simpang!...

Melaka:-
Ok hawau gi depan je... Lagi 200m kau belok kanan... Amende kau gi kiri lak lahabau!...

Tganu:-
Mung gi depang sket... 200m pahni mung kona kkanang... Ohhh bodoh nnatang ni tlajok!...

Kedah:-
Teruih lagi bak ang... Dalam 200m hangpa masok kanan... Mangkok hayun hg ni.. kan dah telepaih!...

Peghok:-
Kome teghoih ke dpn, dlm due ghatuih miter kome kona kanan, iss ate ngape kome telajak pulok.. aje ngan ye kome ni pon...

Kelantan:-
Demo gi depey lagi... Daley 200m demo masok kkaney... Alhamdulillah... Mujo ado pamoga!!!...

😆😆😆😂😂😂

Wednesday, January 7, 2015

Food Review @ Bites Lake Fields Sungai Besi.....

Hey...bertuah rasa badan bila dapat jemputan untuk food review yang pertama bagi tahun 2015, macam x percaya je kan....kali ni dapat jemputan dari Foodink Malaysia. siapa mereka ni...haaaa...let me tell you....Foodink merupakan sebuah komuniti yang sangat2 teruja untuk meneroka, menikmati dan berkongsi tentang makanan.Mereka sentiasa meneroka tempat2 makan sedap di seluruh Malaysia untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mencintai makanan. Dengan wujudnya komuniti ini mereka dapat berkongsi info tentang tempat makan yang menarik di seluruh Malaysia.Special thanks to Ms Stella dan Mr Gary dan jugak Mr Robin owner Bites Cafe kerana menjemput aku untuk food review session kali ni...

Jom kita tengok apa yang menarik di Bites Lake Fields ni....

Hanya 10 minit memandu dari Bukit Jalil korang akan sampai ke Bites Cafe ni, tak pun boleh je guna applikasi Waze or Google Map..Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam cafe ni aku rasa terpesona, mood terus bertukar jadi sangat2 selesa dengan hiasan dalaman yang menarik serta pekerja yang sangat2 mesra. yes...Bites Kafe sangat2 recommended buat korang yang masih tercari2 tempat makan yang sedap serta santai...



Menurut Stella..Bites Cafe ni memang sentiasa di kunjungi oleh pelbagai lapisan pelanggan, ada teenager dan ada jugak dari golongan family yang besar...


signage Bites Cafe


the cute moo-moo accompanied us every time we snap a photo..so cute....
List of Menu for food review


Best Seller board untuk hiasan di luar cafe..aku  suka dengan quotes tu "Life Is Too Short For Bad Coffee..hehehe...korang jangan tak percaya masuk2 jer cafe ni korang dapat lihat open concept kitchen yang agak jarang ditengahkan oleh mana2 Restaurant.


Beberapa jenis slices cake di ruang pameran mampu membuat korang terpikat untuk mencuba


Actually aku suka konsep interior decor Bites Cafe ni...comel, simple dan menenangkan...


Hiasan dalaman dengan susunan perabot dan frame gambar serta pemilihan warna yang ceria dapat menenangkan perasaan dan memberikan suasana relaks kepada pelanggan, korang nak dating dengan yang tersayang pun boleh...what else you need if tempat ni betul2 santai dan cozy?


sesuai dengan konsep santai dan selesa untuk chit chat selepas waktu kerja atau ketika berhujung minggu...aku yakin korang boleh lepak kat sini 2-3 jam...


Hiasan dinding dengan frame2 gambar..


Ruang santai yang menarik dengan bean bag beruang memberi keselesaan untuk korang yang suka relaks santai sambil menikmati makanan, seolah2 korang berada di rumah kan....tapi kena buat reservation awal2 tau.


ni la dia si comel Stella yang hantar jemputan melalui email. Menurut Stella Bites Cafe menawarkan makanan berkonsepkan Brunch di mana terdapat makanan untuk Sarapan pagi yang berat merangkap makan tengahari dan sesuai juga untuk makan malam...sekali lagi aku terpesona dengan food presentation dari chef Bites Cafe ni...sayang nak makan oiii.....cantik sangat...hehehehe.....

Tak percaya? jom lihat gambar2 makanan untuk food review session kali ini.


Potato Salad > RM9.90


Egg Benedict
> Smoked Salmon, Sauteed Spinach, Hollandaise sauce, Toast and Salad 
RM17.90


The French 
> French toast with chicken ham, Melted Cheese, Maple Syrup & topped with sunny side up
RM15.90


The Breakfast Pizza
> Beef Bacon, Egg, Baby Spinach, Mushroom and Cheese
RM14.90


The Italian
> Breakfast Fritata with Turkey Ham, Onions, Spinach, Cherry Tomato and Eggs
RM14.90


The Mexican
> Breakfast Burritos with Tortillia, Chicken Sausage, Egg, Mushroom and Cheese
RM12.90


Club Sandwich Waffle
Beef Bacon, Egg, Lettuce, Cheese, Tartare Sauce and Salad
RM12.90


Grilled Chicken & Waffle Sandwich
Grilled Chicken, Sauteed Mushroom, Melted Cheese, Mushroom Sauce
RM15.90


Nutella Pizza with Strawberry and Banana
> Crust Pizza topped with Nutella, Strawberry and Banana


Grilled Salmon Fillet on Crispy Potato Cake
> Served with sauteed Asparagus & Homemade sauce
RM32.90


Beef Bacon & Shrimp Pasta
RM 24.90


Dessert Waffle topped with Gula Melaka Ice Cream
RM 11.90


Affogato with Crushed Cranberry Almond Biscotti
Pandan Kaya Ice Cream
RM8.90


Gula Melaka Banana Cake


antara blogger yang terlibat dalam food review kali ni...

posing tuan rumah dengan Gula Melaka Banana Cake.....


Kesimpulannya...Bites Cafe memang menepati pilihan korang yang sukakan tempat yang betul2 selesa dan cozy..makanan pun sedap..layanan pun tip top malah korang tak perlu tunggu lama setelah membuat pesanan.Semua makanan sangat2 tempting...kami yang berkongsi setiap makanan pun rasa sangat2 kenyang...sampai aku naik mengah dan mengalah...stop terus bila Dessert sampai...memang x boleh masuk lagi dah....kawan2 lain pun paksa aku tetap x boleh makan lagi...13 Menu untuk kami cuba memang sesuatu yang di luar jangkaan.....kesian dia...tp korang kalau nak tau...kami sampai x makan malam langsung waktu tu...see betapa hebatnya makanan di Bites Cafe..

Well...dalam banyak2 food yang kami review tu...ada 4 menu yang aku sangat2 jatuh cinta...

  1. Grilled Chicken & Waffle Sandwich
  2. Beef Bacon & Shrimp Pasta
  3. Egg Benedict
  4. The Italian



Korang nak tunggu apa lagi....cepat terjah...you will never regret at all...trust me...

address: 

No 72, Jalan Tasik Utama 7
Lake Fields Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-90554438

Business hour :
Mon - Thur : 9.00am -10.00pm
Fri - Sat : 9.00am-11.00pm
Sun : 9.00am - 10.00pm


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah