Showing posts with label Selamat Hari Wanita. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Wanita. Show all posts

Saturday, March 9, 2024

Malakoff Ladies Day

Assalamualaikum...

Semalam merupakan hari Wanita sedunia...Malakoff mengadakan sambutan untuk kami pekerja-pekerja wanita...pelbagai aktiviti diadakan antaranya semua staff wanita diberikan sekuntum bunga merah. Then ada booth2 jualan di buka. Macam-macam product ada...

Setiap staff mendapat cenderahati sebuah cooler bag. Comel jer cooler bag tu..boleh buat bawak bekal lepas bulan puasa nanti...

Ramai kawan-kawan jumpa SA dannucapkan takziah dan ucapkan tahniah jugak sebab dh berhijab...Alhamdulillah  ramai yang menyokong dan memuji..syukur..satu perubahan yang besar untuk diri SA..salah satu azam tahun 2024 tercapai..SA dapat jugak sehelai tudung pemberian kawan...cantik tudungnya...nanti SA share lepas amik gambar ye..

Jom tengok gambar2 yg sempat SA snap semalam...
























Terima kasih kepada Kelab Sukan yang meraikan kami semua staff wanita..walau x semua yang dapat hadir tapi tetap meriah sambutan...

Ramai tanya  kat mana SA beli tudung bawal tu...SA cakap kat Tik Tok...cantik..selesa dan murah..corak-coraknya exclusive...sekarang SA banyak beli tudung ikut warna baju yang SA ada...kena pandai mix and match kan...percaya lah SA sedang belajar...SA x pandai bentuk tudung mengikut style sekarang ni...slowly la kan...


Friday, March 8, 2024

Selamat Hari Wanita Sedunia 2024

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua bloggerians...

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia...

So hari ni ada sambutan kat office, semua memang di galakkan pakai warna purple..SA xde baju purple..ada pun more to Lilac dan tudung ada kaler purple pun yang ni je...eh hari ni senang plak bentuk tudung..semalam terkial- kial...



Old me in the new look...


Wanita Dijulang Negara Gemilang..

Wanita memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek seperti menjadi ibu, Ketua Keluarga, Ketua Masyarakat, Penggerak Komuniti Professional dan Pemimpin Global..

SA bangga jadi wanita..



Al-Fatihah buat Mak Pah a.k.a Pipah Mustafa

Wednesday, March 8, 2023

Happy International Woman's Day ...

To all womans out there.....




They are strong


They are the rock.
They are important
Lets love them.
Lets respect them
Lets honor them.
Lets appreciate them
Lets protect them
Lets support them
Lets save them
Lets listen to them
Lets believe them

Monday, March 8, 2021

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia.....

Hi korang...

Hari ni merupakan sambutan  hari Wanita Sedunia...Sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang.Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya.

Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang




Sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk terus mara ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.

Meski dunia dilanda pandemik Covid-19, kepayahan demi kepayahan mengajar kita tetap bangkit mendepani cabaran. Hayatilah tema Hari Wanita yang sinonim dengan keadaan semasa.

Zahirkan tanda sokongan anda sebagai penghargaan kepada para wanita di dunia. 

Harapan SA sebagai seorang wanita agar SA diberi kekuatan untuk mengharungi segala ujian kehidupan di dunia ini. Memandangkan SA ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan SA berharap sangat SA mampu membesarkan anak SA dengan penuh kasih sayang. SA percaya wanita zaman sekarang sangat kuat semangat untuk terus berjaya menongkah arus kemodenan.

Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua follower SA yang SA sayangi dan semua wanita- wanita di luar sana....


Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita

sumber en google


To All Woman in the world....
HAPPY WOMAN'S DAY!!!



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah