Hi korang...
Dari awal telefilem Fatonah Azali ni bersiaran dia TV3, SA nak update sebab kagum dengan watak Autisme Fatonah lakonan Nad Zainal. Memandangkan masa tak mengizinkan SA asyik la bertangguh..kali ni SA tak nak melengah- lengahkan lagi untuk update mengenai cerekarama ni..telefilem ini mampu menarik perhatian SA untuk terus menonton sehingga akhirnya sebab jalan cerita yang menarik dan juga lakonan mantap Nad Zainal. Begitu juga lakonan Redza Rosli seorang pendatang baru yang tak kurang hebatnya. Pada SA kedua- dua pelakon ini menjiwai watak dengan sangat hebat.SA ni jarang nak tengok cerita- cerita atau drama di tv tapi cerita ni berjaya betul buat SA terpaku depan tv.
Telefilem yang disiarkan bersempena dengan Maulidur Rasul mengisahkan Azali, selepas tujuh tahun meninggalkan kampung halaman, akhirnya Azali pulang juga. Kepulangannya disambut dengan satu kejutan, ayahnya Pak Tam baru sahaja bernikah dengan seorang gadis yang terencat akal ( Autisme). Fatonah yang mesra dipanggil Tonah, jauh lagi muda dari usianya.
Tujuan Pak Tam bernikah dengan Tonah adalah kerana rasa terhutang budi pada arwah ayah Tonah yang dikenali sebagai Dato Hussein. Takdir menentukan, Pak Tam pula meninggalkan dunia dan telah mengamanahkan Azali pula untuk menjaga Fatonah seperti menjaga ibu kandungnya.
Pelbagai konflik dan dugaan yang dihadapi oleh Azali ketika menjaga amanah ayahnya sehinggalah Azali terbuka hati untuk mengahwini Fatonah. Malangnya Fatonah meninggalkan Azali selama- lamanya setelah terlibat dalam kemalangan.
SA kagum dengan lakonan Nad Zainal. Nad berjaya membawa watak Fatonah yang Autisme dengan jayanya..rasanya tak pernah lagi SA nampak pelakon lain berjaya membawakan watak gadis cacat seperti Nad. Sure Nad banyak study tentang watak yang beliau perlu jayakan..SA bagi 5 bintang la untuk Telefilem ni...
Siapa tengok Telefilem Fatonah Azali yang lepas?
Apa pendapat korang?