Showing posts with label Tips Masakan. Show all posts
Showing posts with label Tips Masakan. Show all posts

Friday, July 4, 2025

Bawang Putih Goreng Rangup Tak Pahit ~ Rahsia Sedap Masakan!

Assalamualaikum..

Pernah tak bila korang goreng bawang putih, jadi pahit dan keras? Dah la bau semerbak satu rumah, tapi bila rasa... aihh, tak sedap langsung. 😅

Sebenarnya, ada cara senang je nak buat bawang putih goreng yang rangup, sedap dan tak pahit langsung! Bila dah buat betul-betul, confirm sebalang pun tak cukup. SA paling suka letak bawang putih goreng dalam sup..x kisah lah sup ayam atau pun sup daging.


Bawang Putih Goreng Sesuai Untuk Apa?

Boleh guna dalam macam-macam jenis masakan! Antaranya:
  1. Tabur atas nasi goreng, mee goreng, atau bihun sup
  2. Masukkan dalam sayur tumis bagi rasa umami
  3. Campur dalam sambal, atau buat minyak bawang putih
  4. Makan macam tu je pun sedap! (eh jangan terkejut 😂)
Pendek kata, dia macam 'booster' perasa – sekali tabur, naik seri masakan!

Cara Buat Bawang Putih Goreng Tak Pahit & Kekal Garing

Bahan-bahan:
  1. Bawang putih – kupas dan hiris nipis
  2. Minyak masak secukupnya
  3. Sedikit garam (optional)

Langkah-langkah:

1. Hiris bawang putih nipis-nipis, jangan tebal sangat nanti susah nak garing

2. Rendam sekejap dalam air garam (5-10 minit) – ini tips elak pahit dan bantu kekalkan warna.

3. Toskan betul-betul sampai kering. Lap guna tisu dapur kalau perlu.

4. Panaskan minyak (jangan terlalu panas), goreng guna api sederhana ke kecil.

5. Kacau selalu sampai warna keemasan, terus angkat (jangan tunggu gelap, nanti pahit!)

6. Tos minyak, sejukkan atas tisu dapur. Siap!


Boleh simpan dalam balang kedap udara. Nak guna, cedok je!


Tips Ekstra:
Kalau rajin, boleh buat sekali minyak bawang putih – lepas goreng, simpan minyak dia untuk tumis.
Jangan buat banyak sekaligus masa goreng. Biar sikit-sikit tapi rata masak. Senang kan? Lepas ni kalau masak, jangan lupa tabur bawang putih goreng ni atas makanan. Simple je, tapi naikkan selera!
 .

Kalau suka entry ni, bolehlah share dan komen resepi uols pulak kat bawah ya! 😄

Wednesday, June 11, 2025

WW~ Tips Masak Daging Korban

 Assalamualaikum....

Korang dapat banyak daging korban tak?Bila tiba Hari Raya Aidiladha, memang peti ais mula penuh dengan daging segar. Tapi, cabaran paling besar adalah  masak daging korban supaya empuk dan sedap. Kan? Tak semua bahagian daging sesuai untuk semua jenis masakan. Sebagai contoh, daging batang pinang sesuai untuk masak goreng kunyit, goreng kicap atau masak merah, manakala daging bertulang elok untuk buat sup atau gulai..ada juga bahagian- bahagian lain untuk masakan jenis Kari atau di salai atau dibakar cicah air asam..tekstur dagaing mesti lembut baru la x susah nak makan.

SA terbaca kat FB ada cara atau tips untuk masak daging supaya lembut dan sedap dimakan...SA share kat sini untuk perkongsian kita bersama..mana la tau kita nak masak menu daging korban kan..daging korban x boleh simpan lama ye tak?



Kredit gambar: Facebook Engku Myza Engku Hassan

TIPS MASAK DAGING KORBAN

1. Jangan terus dimasak selepas sembelih, sebaliknya biarkan selama 4 hingga 6 jam supaya daging tak keras dan menjadi lembut. (SA simpan 2 hari sebelum masak)

2. Gunakan pelembut semula jadi seperti nanas, daun betik atau air limau untuk melembutkan daging (SA guna air kelapa dna msukkan sudu besi) dan satu lagi..boleh guna akar daun pandan..insyaallah cepat lembut daging.

3. Rebus bersama rempah untuk menghilangkan bau hamis daging. Boleh rebus bersama halia, daun salam, lengkuas dan serai, buang air rebusan pertama, kemudian teruskan proses memasak.

4. Potong daging dengan cara melintang urat supaya daging tak liat dan senang dikunyah.

5. Pastikan untuk guna pes dan rempah yang sesuai.

6. Masak dengan api perlahan supaya rempah meresap dan teksturnya kekal lembut.


Selamat mencuba...


Friday, May 16, 2025

Tips Masak Sambal Sotong​ Tak Berair, Lembut Gebu & Tak Kecut

Assalamualaikum...

Sape jer yang x suka sambal sotong kan...ada orang suka tapi x boleh makan sebab allergic, ada orang suka tapi dah ada gout...Sambal sotong adalah hidangan yang sangat popular dalam masakan Melayu dan sering menjadi pilihan di meja makan. Walau bagaimanapun, ramai yang menghadapi masalah ketika memasak sambal sotong, di mana sotong sering menjadi berair dan keras apabila dimasak..Overcooked kata omputeh la...dah macam kunyah getah..dulu SA x pandai jugak..masak sotong jadi berair banyak plak..sudahnya SA baca, kaji dan cari tips masak sotong yang sebenanya...

Tips ni yang SA selalu guna...alhamdulillah setakat ni memang manjadi lauk sotong SA..kat rumah yang makan sotong cuma SA dan Dania...PZ x leh makan, suami tak berapa suka..


Tipsnya, selepas potong sotong, gaul dengan garam.

Biar lama sedikit sebelum bilas bersih-bersih dan masak seperti biasa. Nanti banyak buih-buih dari sotong itu keluar. Toskan, masak seperti biasa. 

Selamat mencuba!”


Thursday, May 15, 2025

Tips Ayam Goreng Garing Dan Gebu

Assalamualaikum....

Selamat pagi korang....dah sarapan ke tu? Hari ni SA nak share tips dalam masakan..tips ni SA dah lama gunakan cuma SA x pasti SA dh pernah share ke belum..

Ada yang message SA tanya macam mana SA goreng ayam tu nampak garing dan gebu, montok- montok katanya...alaaaa...SA ni kalau cuti, SA suka scroll FB, IG dan Lemon8 tu..SA ingat- ingat lupa plak kat mana SA jumpa tips ni...kalau x salah dari FB...so SA cuba mula- mula dan memang menjadi..tipsnya senang aje sebenarnya...

Hasilnya akan dapat isi yg juicy dan berkilat. Boleh gunakan teknik brine ni untuk ayam goreng bersalut tepung jugak. 


Korang boleh google teknik brine ni kalau nak tau details atau keberkesanannya..

Rendam ayam dalam larutan garam(agak-agak sukatan garam bersamaan berapa ketul ayam yang nak dimasak), rendam 1-2 jam sebelum goreng. Nak lagi wow hasilnya rendam semalaman..letakkan bekas rendaman ayam tu dalam chiller aje...esoknya nak goreng, basuh dan bilas ayam beberapa kali. Gaulkan dengan kunyit serbuk dan garam, then goreng deep fry...lihat sendiri hasilnya...

Moga bermanfaat pada yg belum tahu. 

SA sejak dah tau Teknik Brine ni..tiap kali nak buat ayam goreng memang gunakan teknik ni...sejak tu kalau anak- anak  buah balik memang beli paha atau kepak ayam dan buat teknik ni beberapa jam sebelum diorang sampai dan goreng bila dah nak dekat masa makan..x kisahlah makan tengahari atau makan malam..kalau nak buat steam chicken pun boleh guna teknik ni...trust me memang sedap...sekali anak- anak makan pasti ketagih..sedapnya luar biasa..garing diluar dan juicy di dalam..

Cubalah!!!



Friday, February 14, 2020

Tips Agar Bihun Tidak Hancur

Ramai kata tak pandai goreng bihun dengan alasan hasil kejadian tak seperti diharapkan. Bihun yang digoreng hasilnya keras atau lembik, memang potong selera makan. Tapi korang jangan risau akan masalah ini kerana kalau kena gayanya, goreng bihun sangat mudah. Tak percaya korang baca info ini dan cuba buat, harap hasilnya tidak mengecewakan.SA seringkali hadapi masalah ni..rupanya ada cara untuk bihun tu tak hancur dan tak putus2 macam biasa tengok orang jual kan...SA memang failed kalau buat bihun goreng...

source from google


Semasa membeli bihun, pastikan berkualiti dan keadaan bihun itu dalam keadaan baik. Contohnya pastikan bihun dalam keadaan bersih, warnanya jernih dan tidak kusam. Hanya bihun yang berkualiti dan dalam keadaan baik saja  jika dimasak ia masak sempurna dan tidak hancur.

Rendam bihun dengan air panas dengan alasan cepat lembut, ia adalah SALAH.Jika rendam bihun terlalu lama, ia boleh sebabkan bihun mudah hancur bila digoreng. Sebaiknya rendamlah dengan air biasa, dan rendam sekurang-kurangnya 30 minit. Baru bihun yang digoreng cantik kejadiannya.


source from google


Semasa menggoreng pastikan anda menggunakan api sederhana, jika hampir masak, kecilkan api. Walaupun ia ambil masa sikit tetapi hasil bihun yang digoreng cantik, tak hancur mahupun keras. Gerenti mengundang selera bila dihidangkan.

Seperkara lagi, semasa menggoreng bihun, jangan kerap kacau kerana ia boleh sebabkan bihun mudah hancur atau patah. Kacau sekali sekala untuk memastikan bihun sebati rata dengan bahan penumis. Tambahkan sedikit air atau minyak ketika memasak bihun agar bahan tumisan lebih mudah meresap dan sedap semasa dimakan.

Harap info ini dapat membantu korang sukses memasak bihun goreng untuk suami dan anak-anak atau boleh dijadi hidangan untuk tetamu yang datang berkunjung.

So lepas ni boleh praktikkan tips-tips diatas..SA pun kadang- kadang tak puas hati dengan hasil bihun yang SA masak sebab adakala lembik dan hancur...rupanya tak perlu rendam lama pun bihun ni...punya la SA rendam bihun semalaman...no wonder la dia jadi hancur dan putus- putus...lepas ni boleh la cuba...yeay..harap perkongsian ini dapat membantu korang...bukan apa..kadang- kadang frust kan sebab hasil tak cantik macam orang lain masak..mula la SA cakap jenis bihun tu tak bagus padahal cuma cara tu yang tak betul...

Sumber Rasa.my

Tuesday, December 3, 2019

Tips Masakan Bersantan Tidak Terbit Minyak..

Hi korang...

Hari ni SA nak share tips untuk x bagi masakan kita kita yang berasaskan santan terbit minyak..apa tu terbit minyak? Maksudnya santan x memekat dan lemak dari santan tu x keluar dan terapung dalam masakan. Tak kisah la masak lemak cili api atau masakan kari..asalkan bersantan ye...kalau orang NS sebut 'tahi minyak'. Kalau orang NS memang dalam seminggu mesti ada lauk bersantan..ikutkan memang la x sihat tapi memang dh itu masakan popular turun temurun kan..Sedap memang la sedap tapi jangan la makan hari-hari. Berpada-pada la...kurangkan santan. SA dh start buat dah sebab dalam rumah SA tu bukan semuanya sihat ..kadang-kadang masak rebus-rebus je..kalau jemu baru la tukar...haaa...satu yang x tinggal kat rumah SA kan..menu ayam...dalam fridge tu banyak ayam je...ye la ayam je murah sekarang compare ikan kan? harga ayam sekarang kat Family Store baru RM5 sekilo...Abah SA tau cucu semua suka ayam...dibelinya la ayam seminggu 2 ekor...jadi la menu ayam je tu...



Tips dia senang je..sejurus je korang masukkan santan jangan dibiarkan macam tu aje..gaul dan kacau sampai kuah betul-betul menggelegak, kena sabar la berdiri lama sikit kat depan periuk hanya nak pastikan kuah masakan korang tak terbit minyak..Dah menggelegak betul2 baru la korang tinggalkan sekejap...mana tau nak buat kerja lain kan..tapi kena kerap jugak kacau masakan tu...haaa..senangkan? Ada sesetengah orang tu x tau and biarkan aje lepas masukkan santan..nanti masakan tu jadi x cantik kejadiannya sebab terbit minyak..orang tua-tua marah kalau masak macam tu...mak SA dan arwah nenek SA memang ajar masak macam mana. Masa budak2 dulu asal cuti sekolah je suka sangat balik kampung..masa tu tu belajar la masak dengan arwah nenek. Makan pun takde la mewah macam sekarang..bayangkan kami adik beradik sepupu dalam 6 orang duduk rumah arwah nenek time cuti sekolah..apa yang ada je la arwah nenek bagi makan. Hari-hari lauk telur goreng pun takpe..nak pergi pekan jauh..terpaksa naik basikal..kalau ada sardine pun dh sujud syukur dah...

Kenangan zaman kecik betul...seronok...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah