Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, August 16, 2021

PM Letak Jawatan Dan Laksana Tugas Sementara Untuk Bantu Negara

Assalamualaikum

Hi korang...

Hari ni Abah kesayangan kita telah pun meletakkan jawatan sebagai Perdana  Menteri...sedih...sebak...semua ada...sepanjang hari SA buka Astro Awani mengikuti liputan khas perletakkan jawatan Abah...Apapun..Abah dh buat yang terbaik untuk negara tapi beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen dan terpaksa melepaskan jawatannya...ternyata Abah menghadapi tekanan politik yang teruk...


Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.



Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

"Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya, sebelum bergerak ke Istana Negara.


Thursday, March 12, 2020

Abah KJ Is Back...


Hi korang....

Hari ni kakak kalah lagi ngan #teamadam...takpe la..dah nak kantoi nak buat macam mana kan...sekarang kan dah zaman segalanya dihujung jari...kena redha la Adam dah tau sape kakak ni..SA tu kalau google terang2 dah banyak info keluar kan...apapun kakak bagi la korang #teamadam menang....Bengang gak la kakak bila Adam tu berjaya buat kakak ni gelabah puyuh hari ni...korang suka la kan....

Rasanya tak terlewat lagi kakak nak up pasal Abah KJ yang dah kembali mewarnai dunia politik ni...huiii kakak love sangat dengan penampilan dia..hensem.....kakak suka penampilan serabai Sivaji dia ni...mmg taste kakak la..tall dark and handsome. Okey....ciri2 ni takde kat Adam..hahaha....

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, kembali menganggotai Kabinet Persekutuan apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, dinamakan sebagai timbalannya.

Selamat bertugas Abah KJ....rasa nak sekolah balik dan belajar balik Sains & Teknologi...hahahaha....

Wednesday, February 3, 2016

Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah

Mukhriz  telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman.

Selain meletak jawatan sebagai Menteri Besar, Mukhriz turut melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah.



Wednesday, July 29, 2015

SENARAI KABINET BARU 2015

PM Umumkan Senarai Kabinet Baru 2015

Semalam PM kita umumkan senarai baru Menteri Kabinet..semalam kecoh kat mana media sosial especially whatsaap dan facebook...macam-macam viral keluar disebabkan pengumuman ini...ada yang sangat-sangat kelakar dan ada yang terlebih kurang ajar...apa2pun terpulang la pada penilaian masing-masing kan...rombakkan ni tidak dapat mengubah apa-apapun dan hidup perlu diteruskan...

paling win semalam dapat gambar yang kat bawah ni...banyak betul gambar kabinet dapur yang diorang viralkan...macam - macam warna dan design.



Berikut merupakan info sah susunan anggota jemaah menteri dan timbalan perdana menteri persekutuan yang di umumkan oleh PM semalam..


Aku tidak la terlalu taksub dengan dunia politik malah tidak pulak kurang ambil tahu...pengetahuan am ni...kena la ambil tau jugak...apapun berlaku..semoga rombakan ini mampu mengubah pandangan orang ramai terhadap politik Malaysia..mampukan mereka semua membuat perubahan besar?
just wait and see..

Thursday, October 11, 2012

Politik Thru Sms

Salam,
Siapakah yang mampu membawa kembali kegemilangan Selangor?
BN atau PR?
Mohon Dijawab - sms caj 1 sen aje, Dari syarikat Kajian Bebas
Terima Kasih
No tipon :0179312740


Korang pernah dapat sms mcm ni?
giler kan...politik thru sms plak sekarang...hebat2...
x kisah la nak sokong parti mana..tp sms mcm ni menyemak inbox jer la...
hadui la Politik...
Korang pernah dapat sms mcm ni?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah