Monday, June 22, 2015

Keywords Blog Suriaamanda


Hi korang....
Dah lama aku x check keywords blog ni...bukak akaun nuffnang tgok la keywords yg orang duk cari kat blog aku kan....
Macam2 ada ha...korang tgok la tu...yang xde kena mengena pun ada...
Paling banyak keywords yang Suriaamanda koma tu...yes aku pernah koma hampir sebulan...
Keywords Suriaamanda nikah tu buat aku gelak..teringat masa adik aku kawen 2 tahun lepas..aku up gambar kat fb..orang duk msg ucap tahniah...sebabnya ghuper adik aku sama ngan aku..hahaha...kelakar bila Ingat balik..
Kadang2 ada je keywords mengarut yg aku jumpa...paling kelakar pun aku gelak je la..maybe aku pernah blog out pasal apa yg diorang caritu kan..malas plak aku nak gugel...

Korang ada dapat keywords mengarut dan berbaur lucah?

Raya Giveaway By Sally Samsaiman...

Jom Join Jom....


Syarat-syaratnya:

1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Raya Giveaway by Sally Samsaiman"
2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.
3. Follow Blog

4. Follow Instagram

5. Like Fanpage


Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

Terima kasih & Salam Ramadhan Al-mubarak kepada semua!

Sunday, June 21, 2015

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa...

Tetapi Minum Lebih Kot Masa Berbuka...

Hi korang....memang x dinafikan bila bulan posa kita kurang minum air,,,tetapi ada caranya untuk kita minum 8 gelas air atau lebih kan...tak percaya? jom tengok gambar ni....


Betul kan...
tapi pada pendapat aku ramai je terlebih air masa berbuka tu kan...so xde la istilah x cukup air dah...betul tak...macam aku sendiri memang lebih air...kadang2 letih sebab asyik ulang alik bilik air....kalau bilik air jauh lagi letih...tp kat Seremban ni...bilik air dalam bilik je...nak tak nak kena bangun la buang....bila dah buang minum air lagi..macam tu la seterusnya....itu cara aku buang lemak2 dalam badan..sapa2 yang dah jadi testimonial dan dah berjaya memang akan bersetuju bahawa air membantu membuang toksin dan lemak2 yang tak diingini dalam badan...hehehe...apa rahsianya...lepas raya la aku announcekan...bulan puasa dan raya nanti enjoy la puas2 dulu.....

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF




Saturday, June 20, 2015

Menikmati Keenakkan Ayam Penyet Sumatera Bersama Geng Blogger Kaki Makan

Food Review Di Food Court Quizinn NuSentral Mall KL

Berpeluang menyertai food review bersama2 blogger kaki makan dan food blogger Malaysia adalah satu peluang keemasan. Bukan senand dapat turut serta kan....nak pulak bila lokasi kejadian bersebelahan dengan office je...memang x lepas peluang la...sebelum  ni ada jugak jemputan tapi banyak terpaksa lepaskan memandangkan masa bekerja dan komitment lain...seronok bila berada dalam group depa ni sebab x habis2 dengan lawak jenaka....gelak sahaja la masa ni kan...

Ayam Penyet Sumatera

Aku percaya rata2 pernah merasai keenakkan menu ayam penyet, menu simple berasaskan ayam yang di goreng dengan rempah2 istimewa...selain ayam..ada jugak menu lain dan nanti aku cerita ye...APS turut serta memeriahkan lagi kuantiti kedai makan dalam food court Quizinn NuSentral dan menyajikan menu2 masakan berasaskan ayam penyet dari Sumatera....jom ikut aku tengok gambar...food court ni memang akan sentiasa penuh bila tiba time makan tengahari tau...sebab laksi yang strategik berdekatan dengan KL Sentral dan office2 GLC, MNC dan banyak lagi ye....


Ni outlet Ayam Penyet Sumatera


logo untuk memudahkan korang terjah ke sana...


antara makanan yang dipamerkan di ruang pameran


kotak makanan kalau korang nak "take away"


ais lemon tea


Bakso yang turut dijual di APS


Banyak kan menu yang disediakan untuk kami cuba...


Set ayam Penyet...


Ikan keli goreng berlada..


Ikan Keli Berlado


Set Sotong...psst sambal tu pedas...tp sedap...


Set Daging


Set Udang


Food Blogger Malaysia


Cik Lily Putih dan Mahadi dari Mahamahu.com


Hisyamuddin Fadzil


Kami semua....( kredit gambar dari fb hisyamudin fadzil)

Special thanks kepada Geng Blogger Kaki Makan yang sudi menjemput aku untuk memeriahkan lagi sessi food review ni...terima kasih juga pada pihak pengurusan Ayam Penyet Sumatera sebab sudi menjemput kami semua...sedap2 hidangan yang di sediakan....insyallah keenakkan makanan dari Sumatera ini akan di war2kan pada kawan2 office..dan semua follower blod Suriaamanda...

Korang kalau nak terjah boleh ke Quizinn Food Court Nusentral, Level 3.

Selamat mencuba...

Giveaway Duit Raya Dari BBL


< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya


Friday, June 19, 2015

"Giveaway bersama Wayne Harraz"


Jom ramai2 support Giveaway WH...





Syarat penyertaan"

1. Buat entri bertajuk 
"Giveaway bersama Wayne Harraz"

2. Copy dan Pastekan Banner/Gambar yang kat atas tu dan link kan ke entry ni

3. Follow blog

4. Follow Instagram
@wayne_harraz

5. Add friend Facebook
ewentostylo

Penyertaan di buka dari:

18/6/2015 sehingga 30/6/2015


Pemenang yang bertuah akan memenangi:

2x Kupon RM10 OFF Papa John





Lunch at The Straits Cafe Centrepoint Bandar Utama

Aktiviti Makan2 Sebelum Puasa

Hi korang...Selasa lepas aku balik KL even masih mc..ada beberapa hal yang perlu diselesaikan..tengahari tu pi maxis dulu settlekan bab broadband dan lappy..lappy je lom ok lagi..haih..tensi mak....tp  takpe la selagi data hp aku ni boleh guna aku guna je la dulu..cuma kualiti penulisan agak terbatas la...harap korang x kisah...maaf sebab terpaksa up bab makan2 ni dalam blog walau tau semua tgh puasa...x batal posa kan...hehehe...xde niat nak berlaku kejam...cuma aku kena up jugak sebab masa x mengizinkan aku nak up citer lain...ada banyak yang aku nak kongsi ngan korang...trip sehari ke Cameron Highlands dan jugak Review Makanan jugak...iaitu Ayam Penyet Sumatera yang ada di Food Court NuSentral..Review bersama Group Blogger Kaki Makan Malaysia...nanti aku up entry tu ye...

Berbalik pada lunch yang agak lewat hari Selasa lepas...jom tgok menu yang aku pilih..


Fresh Roselle and Mango Blended


Zoom kat Roselle yang fresh ni...dah tentu2 aku yang punya...


Mango Blended si dia yang punya...


Beef Noodles yang walla!! Mine..


Nasi Goreng Belacan...

So far makan kat sini memang x pernah mengecewakan walau baru 2 kali lepak sini kan...so far dengan ambiance yang selesa...udara segar...memang tenang je la waktu makan...nak plak pergi hari biasa kan...orang x ramai sangat.... 

Makanan memang sedap...

Korang  kalau nak pi...bleh terjah Centrepoint Bandar Utama...atau terjah  alamat kat bawah ni...

The Straits Cafe
G5, Groundfloor Centrepoint
Lebuh Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Selangor
Tel : 03 77221153

Selamat mencuba.....


Handbag Raya Sophie Paris....

Cantik Bergaya Dengan Handbag Sophie Paris Di Hari Raya

Hi korang...rasanya macam dah lama x letak iklan Handbag Sophie Paris...so sempena lebaran yang akan tiba bulan depan meh la aku up sket handbag yang agak cantik dan ekonomi kalau ada yang sudi nak beli kan...handbag yang sangat2 praktikal di kala zaman2 GST ni...jangan risau sebab Sophie Pris Malaysia tidak menegenakan GST kepada pelanggannya..harga masih sama...the best part is sempena Hari Raya akan tiba ni aku tak mengenakan sebarang kos penghantaran untuk pelanggan di Semenanjung dan juga Sabah Sarawak

Jom jamu mata jom...mana tau ada yang korang minat boleh direct wassap aku










Kalau ada yang berkenan boleh la direct hubungi aku di Suriaamanda@yahoo.com
atau pun wassap at 0123319641
ini x semua gambar handbag aku up...ada lagi yang sangat2 cantik...slowly ye aku up x leh nak banyak2 sangat takut nanti ada yang jemu...hehehe...

Selamat menjamu mata.....

Thursday, June 18, 2015

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡

Jam Dinding IKEA Hadiah Top Komentator

Hadiah Jam Dinding IKEA untuk 3 top Komentator

Hi korang...
Sebelum ni aku ada up entry pasal hadiah untuk top komentator product Sophie Paris kan...macam x cukup la...so aku tukar hadiah ok...untuk June 2015..3 orang top komentator akan dapat jam IKEA ni tp extra Heel Cream yg aku up hari tu untuk pemenang pertama...dan 3 orang lagi akan dapat product Sophie Paris....apa produknya aku lom pi tgok lagi...nanti Jumaat aku pi...kenapa 6 bukan semua 10 orang...sebab 6hb June birthday aku...so 6 is my lucky number...hanya bulan ni je tau...next month back to normal hanya 3 pemenang...


Kejap je masa berlalu kan...

Hari ni hari pertama puasa...pas tu pejam celik nak raya dah...

So..korang apa tunggu lagi...x semestinya kena jomen entry2 baru je...komen la entry2 lama jugak...bulan ni hadiah meriah...
Besar pahala mak aku cakap bila menghargai pembaca kan...
Aku ni x sempat nak buat entry banyak2 macam dulu..harap bulan puasa ni xde la terbeban dengan kerja sangat...harap sgt agar ada kesempatan untuk aku terus berblog...

Thanks korang yang awesome yang sudi support...tanpa korang siapa la aku ni....

Nostalgia Kad Ucapan Selamat Hari Raya

Nostalgia Raya Zaman 1990an

Hi korang...
Dizaman yang serba canggih dan moden ni masih relevant kah Kad ucapan Selamat Hari Raya? Macam dah makin pupus kan...tak salah kalau kita nak ulang kembali Nostalgia zaman hantar2 kad raya ni kan...bila kenang kembali memang seronok sangat...


gambar sumber Google

Nak tau kenapa seronok?
Seronok sebab berlumba2 siapa dapat kad raya yang banyak...boleh bangga la lepas tu seminggu sebelum raya gantung kat ranting2 pokok...letak bawah pelapik meja makan or meja kopi...tampal kat sudut dinding rumah..pernah dapat kad raya yg ada bunyi2 tak..ala yg ada lagu tu la..siap berlampu2 bagai..Itu x leh la gantung..bahaya...hihi..walaweiii bangga kalau kawan2 or sedara mara datang belek2 kad raya...memang Nostalgia sangat...susah nak dapat dah di zaman moden ni kan....kalau citer kat anak2 silap2 haribulan kena gelak...tp aku dah x kisah....nak gelak ke nak apa ke aku tetap nak ulang Nostalgia ni...kalau x kekalkan akan pupus di telan arus kemodenan...rasanya sangat2 relevant kalau ulang semula kan...alahai...fesyen dulu2 pun keluar semula inikan pulak kad raya...

Bersempena Ramadhan dan Syawal ni...aku bermurah hati nak berikan kad raya kepada 50 orang blogger terawal yang bagi alamat untuk aku hantar kad raya...dengan syarat kena balas jugak la kan...baru adil bila semua pihak support usaha kita kan...setakat ni aku dah ada 15 orang yang terawal dari EFG Group yang email alamat...thanks korang sebab sudi support...now open untuk 35 orang lagi...

So sapa2 berminat nak join...boleh la emailkan nama penuh dan alamat di Suriaamanda@yahoo.com
Tajuk email : Saya nak kad raya dari Suriaamanda

Siapa cepat dia dapat ye....

Selamat berpuasa korang....

Stok Makanan Terpaksa Dihabiskan...


Hi korang...
Adoi...byk stok makanan yg terpaksa aku bawak balik Seremban..takut  x sedar tercapai plak..botol2 air semua dah simpan kat pantry...memang buat semuanya secepat mungkin..takut plak  tetiba tercapai dan minum...masak kang....x pasal2 je...
Ikutkan banyak lagi makanan yg ada..aku simpan dlm drawer...x nak la keluarkan...melainkan aku terpaksa berbuka kat office...capai je la apa yg ada....Then mmg patut ada la buat cukup syarat..banyak je tempat sekeliling office yang jual makanan..tp korang tau je la aku ni tekak org kampung agak cerewet skit...Tekak mengada kan....

So far macam mana posa korang ari ni?


Wednesday, June 17, 2015

Selamat Berpuasa Dari Suriaamanda..

Ulangkaji..

Bab Puasa:-

Niat Puasa - "Shj aku berpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa

Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah

Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk
7. Org yg sangat lapar & dahaga


Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.
Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.

Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Ramadhan Kembali > Daging Mantai...

Ramadhan Sudah Tiba

Hi korang...esok kita semua umat islam akan mula berpuasa..di NS tiap kali nak sambut puasa atau raya mesti ada pesta Mantai dimana peniaga2 akan mula menyembelih lembu atau kerbau untuk dijual..memang dah jadi kelaziman bila tibanya Ramadhan atau Syawal....memang meriah..tp daging dah mahal dh sekarang...


Daging lembu fresh


Kalau x fikir tgh high blood pressure..mmg dh beli dh sepeha ni


Daging cincang...hari ni mak nak masak...


Tulang selangka

ada yg ckp daging lembu yg baru sembelih ni x elok masak time2 tu jugak...kena simpan dulu kan...eh..ye ke...aku tgok ada ramai je yg terus masak lepas sembelih...

Sempat la aku ikut abah balik kg pi beli daging semalam...hari ni insyaallah abah nak buat gulai sebab semua ada kat umah..cuma angah x balik...x sabar nak balik petang ni sbb naksama2 masak untuk sahur besok..insyaallah sahur pertama aku dengan family esok...cuma berbuka as orang bujang...x pe la Sabtu Ahad ada kan....

Buat semua kawan2 follower...Selamat Menyambut Ramadhan...Selamat Berpuasa...

Kalau ada salah silap dlm sedar atau x sedar..ampun maaf dipinta...yang baik datangnya dari allah...yg kurangnya dari aku sendiri.....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah