Friday, April 22, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Farewell Lunch For Azlin Abas at Tony Romas, NuSentral

Selasa lepas...sekali lagi makan free...ya allah makan..makan..dan makan je la kerjanya sekarang ni...hampur setiap minggu makan free..murah betul rezeki...masa ni tengah training...pun dah tentu makan free kan cuma selasa tu tak makan tenghari kat tempat training..pi farewell kak Azlin Abas yang tamat kontrak dengan T4 team..wah..pas ni Kak Lin leh rehat la kan..leh jalan- jalan...tak yah pening bab cuti dah...

Farewell untuk kak Lin kami buat di Tony Romas NuSentral. Opis dekat kan..terjah situ je la nampaknya...tak yah nak pening kepala dah...korang tengok gambar jer la ye...malas nak letak kapsyen..












Selamat maju jaya buat Kak Lin...mungkin ada perancangan lepas ni kan...mana tau nak cuti- cuti Malaysia oversea ke...meniaga ke kan...jangan lupa kami ye kak..sure akak rindu ngan kitorang...especially T4 team kan?
Aku bila- bila masa je leh jumpa ngan Kak Lin..sebab kami sama dari Seremban...call je sure leh jumpa...

All the best Kak Azlin Abas..

Makeover And Reward Myself, Pengalaman Pertama Perm Rambut

Hi korang...

First time dapat buat makeover percuma...dan ini juga reward for myself untuk tahun 2016...laaa reward free je...eh.ok apa..ingat murah nak buat rambut? buat Relaxing dengan Perm Hair dengan harga RM500. Kerja giler la kalau tak amik kan...bukan susah pun..duduk 4 jam kat Saloon dan hasilnya memang meletup..eh...puji diri plak...ekceli aku selalu je pi salon ni dan pernah la borak ngan owner..pasal rambut, pasal bisnes dia yang kurang maju..aku macam pelik la..kenapa plak kurang maju padahal kat Sungei Wang Plaza kot..oooo rupanya saingan dengan salon yang bersepah kat situ dan jugak problem orang kurang datang sebab area Bukit Bintang tu tengah sibuk dengan construction laluan MRT...tak sangka plak boleh terjejas pendapatan peniaga kan...

So aku pernah la citer kat dia pasal aku ni blogger, aku citer la apa fungsi blogger tu...then aku ada gak la promote business dia ni kat instagram dan FB..now dia satisfied ngan usaha aku dulu dan menawarkan dua kaedah dandanan rambut dengan PERCUMA.....alhamdulillah rezeki...yang lain2 tu tak payah la aku citer kan...

Moh la tengok gambar yang sempat aku amik..memandangkan masa pergi Selasa ari tu lepas training aku sensorang..ini je la gambar yang aku dapat kongsi sepanjang pengalaman aku makeover rambut...


selepas Relaxing..ko dah kenapa buat mulut cenggitu? ingat lawa la tu?



Haih masa ni dah hampir 3 jam macam ni tau...


Bukan senang Perm Hair tau...cenggini la kepala ko jadinya 


gambar dari depan plak


Dari tepi..


Ya allah dah macam hantu bungkus dah ni...


Akhir process...nampak tak muka letih tu...nak cantik punya pasal kan....


Resultnya????


tadaaaaaa....


Ini la rambut baru aku...

Perm hair tapi bahagian bawah je..aku nak buat curl yang besar2 tu..dia cakap rambut aku kurang panjang so buat macam ni dulu...okey la..asalkan dah panjang nanti boleh buat semula kan...so..any comment?
Ok tak rambut aku ni? aku tak perm semua ye..aku perm bahagian bawah je..bahagian atas masih lagi lurus...sebab apa aku buat macam ni?untuk senang aku jaga..kang semua aku perm bila pagi mengembang apa plak ghupernya kan...biar macam ni je..janji kemas..sesuai dengan aku dan jugak kerjaya aku...

Korang kalau nak dapat sentuhan ajaib Elaine ni....sila terjah Sungei Wang Plaza..

CURVE HAIR STUDIO
Lot S006, Second Floor
Sungei Wang Plaza
Jalan Sultan Ismail
50200 Kuala Lumpur
Tel : 03-2142 2684

Waktu perniagaan : 11.00am- 8.00 pm


Rangkaian Pembersih Wajah Safi Yang Alami

Khasiat Alamiah Berganda Diperkaya 1001 Manfaat Habbatus Sauda

Hi korang...

Alhamdulillah di beri peluang untuk menggunakan product Safi..product yang telah sedia ada di dalam pasaran dan dunia kecantikkan. Aku dulu merupakan pengguna setia Safi begitu juga Mak dan adik- adik. So peluang untuk yang ada memang tidak dilepaskan..

Jom kita baca sedikit tentang product Safi

Tiada yang sebaik sentuhan semulajadi. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun diperakui ramai sejak zaman- berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Harus difahami bahawa membersih wajah menggunakan pembersih wajah akan menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah amatlah penting kerana ia diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. Inspirasi ekstrak semula jadi yang selamat dan efektif pada kulit wajah menzahirkan khasiat terkitab SAFI dalam memberi yang terbaik untuk semua wanita. 

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan  semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajah SAFI yang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat &Habbatus Sauda. 

Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan.Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alampasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.



Berikut adalah wahana baharu buat wajah cantik berseri:

Formulasi dipertingkat!

Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi.Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Ayuh nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secarasemulajadi.


Rangkaian produk pembersih muka SAFI



Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM10.80

Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!


Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI
50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80

Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!


Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!


Rangkaian produk pelembap muka SAFI


Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI 
80g- RM 8.90

Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!



Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90

Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!



Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
16g-RM 7.40

Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!



Product Safi yang aku terima baru- baru ni....


Dania yang pakai...testimonial katanya...alhamdulillah sesuai dengan kulit remaja dia..jerawat halus dah mula berkurangan..


Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda.

Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI,

www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Thursday, April 21, 2016

Wak Mustar Juara Kilauan Emas Otai

KERANA OTAI MASIH BERBISA

Hi korang...

Aku memang sering ketinggallan dengan rancangan Kilauan Emas Otai ni..selalu dapat tengok yang ulang tayang je...tak sangka plak dah akhir semalam...Tahniah buat wak Mustar yang telah memenangi wang tunai RM150 000, banyak tu...bukan senang punya kerja kan...persembahan kena konsisten..ye tak?apapun rezeki Wak Mustar la nampaknya...



KUALA LUMPUR: Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, yang lebih popular dengan panggilan Mustar dinobatkan juara Kilauan Emas Otai (KEO) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Mustar dari Kuala Langat, Selangor, membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM150,000 mengenepikan tiga peserta lain iaitu Ahmad Fuad Zaharullail, 48, (naib juara); Idris Mohd Shabidin, 54, (ketiga) dan Mohammad Nasiruddin, 45, (keempat). Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi. Sementara Silahudin Ali, 55, atau Silah turut diumumkan menerima Anugerah Khas Juri yang menerima wang tunai RM10,000. Semua peserta diadili juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS dan Erra Fazira selain juri jemputan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Fauziah Ahmad Daud. Juri profesional mewakili 50 peratus pemarkahan dan 50 peratus daripada undian SMS. Pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) mula disiarkan stesen TV itu sejak 9 Mac lalu selama tujuh minggu.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

Rezeki Allah Itu Luas, Semuanya Buat Mak..

Hi korang...

Semua dah sedia maklum yang mak aku sakit...mak baru keluar ward last week...tapi mak tak berapa kuat..hari ni mak pi hospital lagi untuk scan buah pinggang..mohon doakan untuk mak aku ye...
okey memandangkan mak tak kuat..adik beradik aku berpakat belikan mak wheel chair untuk senang mak bergerak..lagipun mak kalau berjalan sekejap dah mengah kan..senang la nanti kalau nak kemana- mana..takde la mak penat dan mengah berjalan...Rezeki allah tu luas kan...moga allah luaskan lagi rezeki kami adik beradik untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kami...Insyaallah...


amboi cantiknya kaler biru wheel chair mak ni...kaler pink takde?


dapat harga murah sikit sebab beli melalui doktor yang biasa merawat mak...


so mak dah rasmikan dah wheel chair ni...


Aku plak dah belikan aircond untuk pasang kat bilik mak...so mak lebih selesa kalau tido kat bilik..nak- nak sekarang musim panas kan...


tadaa dah pasang ekon...

Semua yang kami adik - beradik usahakan ini adalah untuk kebaikkan dan kesihatan mak..kami adik beradik  nak mak selesa dan sentiasa sihat...takde apa yang lebih penting sekarang kan melainkan mak ...aku plak banyaka job luar yang terpaksa aku lepaskan..letak dulu kat tepi minat aku...so tumpukan perhatian kat kesihatan mak...memang cuak ari tu masa mak sakit...kelam kabut dunia aku kejap..kerja pun letak ke tepi dulu..nasib baik bos okey dan faham...

29hb ni mak kena pi IJN plak untuk check jantung bengkak tu...buat masa ni mak belum la kuat sepenuhnya..harapan aku agar semua ok dan moga allah permudahkan perjalanan dan proses rawatan untuk mak...Amin...

Hidangan Dalam Kuali Kecil Kelainan Dari Wok & Grill

Hi korang...

Dah lunch? so rata- rata sokong je aku nyer blog kan..hahaha...korang suka jer kalau up bab makan- makan kan...okey la..disebabkan in i blog aku yang punya....maka aku up lagi gambar makan...hehehee..ok kali ni aku nak ajak korang ke food court NuSentral lagi...makan hidangan yang di masak dalam kuali kecik...eh..bukan di masak..dihidangkan dalam kuali kecik comel molek je...cukup portion makanan untuk sorang makan...korang kalau datang sini boleh terus ke gerai no 2..terpampang perkataan Wok & Gril...yang wok ni aku rasa hidangan goreng- goreng je..yang Grill ada banyak pilihan ikan dan segala menatang seafood bakar ala2 Portugis style...


aku snap untuk korang senang cari kedai ni...


Fried Beef Noodles yang sedap....daging pun lembut dana tak liat...tak nampak daging...ada la dalam celah2 bedah mee tu ha...


di bekalkan kombinasi sup kosong yang sedap dan cili potong serta sambal...


RM7.95...WHAT????? murah?

Memang murah...memang sedap...

Memang akan jadi pilihan aku la sebab murah..yang mahal skit yang Grill tu...yang hidangan goreng2 paling mahal pun RM10..kalau bawah RM10 ni kira ok la...style aku makan plak kat food court memang tak beli air..makan je makanan tu...sib baik ada sup tu kan...takde pun aku ok je..dah sampai opis baru aku minum air masak...hehehe..bukan budget ye...sebenarnya untuk mengelakkan dari perut muncit...haaaa...petua tu..petua..please take note...

Okey la..pada yang nak mencuba...jangan lupa Wok & Grill di food court NuSentral...banyak pilihan makanan kat sana...nanti bila2 aku skodeng lagi apa yang best...banyak gerai tak explore lagi...sementara ni aku stop bawak bekal dulu...bukan apa...budak lama dah angkut dapur dan tong gas...kejam kan? 

Korang rasa kejam tak? senyap2 jer dia blah begitu saja...takpe la..ko buat la aku and yang lain2 macam tu..aku tak nak cakap lebih...itu antara ko ngan allah...

Breakfast Treat Nasi Lemak Tanglin

Hi korang...

Yang bestnya kan kat opis aku ni ramai yang pemurah...ramai jer yang sedekah makanan tak kisahlah breakfast ke, lunch ke or high tea..murah betul rezzeki mereka- mereka yang belanja...

Ni kisah Jumaat lepas..ada breakfast treat as usual...makan nasi lemak Tanglin uolls....sedappppp....


sila..sila..jangan malu- malu...


antara yang ada..Hj Burn, Abg Din dan Joe


simanis dan si kacak GPS


Ni la rupa paras Nasi Lemak Tanglin...


Nasi Lemak Tanglin ni memang pilihan boss2 kami kat sini...sebab tu korang akan nampak aku kalau update dalam setahun mesti berbelas2 kali pasal nasi lemak ni..kadang- kadang kami order dan mintak hantar ke office..pas tu kadang- kadang kami ke Tanglin sendiri makan kat sana...

Alhamdulillah..semoga murah rezeki yang tukang belanja...terima kasih daun keladi..kalau promoted lagi...jangan lupa belanja lagi...

Eh....tercakap plak...alaaa.....rezeki kan...

Ada Plak Yang Marah Asyik Tayang Makanan Je.....

Hi korang...

Laaaa...yer ker aku ni asyik tayang makanan jer...ada yang sentap plak...allah...blog ni blog aku kot..sukati aku la kan nak letak gambar apa..tak baik la sound2 orang kan...aku nyer niat takde la nak tunjuk or menunjuk..aku just nak share jer kalau ada readers or followers aku yang takde idea nak masak apa..boleh rujuk kat blog aku kan...ye la..aku sendiri pun kalau buntu aku akan refer kat blog kawan-kawan...haih..marah benor diorang kat seketul Suria Amanda ni...ada bahan blog pun x ok tak ada pun tak ok..apa dia nak tak tahu la....

Eh..dah nama blog ni pun blog aku kan...sukati aku la ye tak?

Moh la tengok menu yang ada ni ha...yang penting ada bahan kat blog..


Rendang ayam NS


Sayur bayam goreng


Nasi Beringin lauk ayam goreng ngan sambal sotong

Banyak je lagi gambar makanan yang aku nak kongsi..tapi rasa malas sebab tersentap skit kena tegur..hehehe.. Nasi beringin tu department lama yang belanja...aduhai..asyik makan dan makan dan makan jer aku ni ha...sib baik timbang berat badan maintain 53kg...

baru- baru ni buat check up

Blood Glucose : 5.8 - normal
Blood Pressure : 165/110 - tak normal langsung
Tinggi : 158 cm
berat : 53kg 
BMI : 22
body fat : 30.2
water content : 50.2
Cholestrol : border

So far aku sihat...tapi nak turunkan lagi berat badan pergi ke 50kg...Aci tak?

Wednesday, April 20, 2016

Nostalgia Mak Teh dan Tuala Wanita Jenama Sanita

Hi korang...

Sapa lahir di zaman 70an? sapa lahir 80an? sure kenal menda ni kan...sure familiar dengan tuala wanita jenama Sanita ni kan? sure korang ada kisah...sure korang ada nostalgia atau kenangan yang tak boleh dilupakan....macam tu jugak aku...ini la tuala wanita yang aku mula gunakan masa aku dapat first period...lepas tu dah kelaur dah jenama Kotex dan dan jenama lain2....

Kenapa aku kata nostalgia?

Sebab tuala wanita ni la aku kantoikan Mak Teh aku yang pada tu tak puasa...masa tu aku budak2 lagi..mana la tau bab period2 ni kan...kalau tak salah masa tu umur aku 6 tahun...duduk kat kampung..MakTeh aku plak awek cun kegilaan budak- budak kampung...ahaks...

credit gambar to google

Rumah kampung masa tu jauh boleh dikatakan pedalaman la..masa tu lom ada jalan tar, masih kebun getah, semak samun..korang tau la kan rumah kampung macam mana...rumah papan, takde letrik, air paip guna perigi pam. Pas tu bilik air kat luar rumah...adala dalam seratus ela dari rumah kampung..

Paling tak suka bila aku je yang asyik kena teman Mak Teh mandi waktu malam...petang2 tak nak mandi..asal malam je aku yang dia ajak pi mandi...dah la x leh  masuk bilik air sesama, aku kena tunggu bahagian luar, dengan nyamuk..dengan takut hari dah gelap..ye la keliling hutan, pokok getah pas tu pokok buah besar2 kan...takut la...Aku teman Mak teh..sapa plak nak teman aku...ye tak?

Kejap2 aku tanya...dah ke Mak Teh....Dah ke...alaaa...cepat la Mak Teh....

Kejap la..katanya..

then aku perasan Mak Teh bawak kotak Sanita ni...aku masa tu mana la tau pape pasal Sanita tu kan...

tak lama lepas tu..dah settle...kitorang pun balik rumah...suluh la jalan ngan lampu suluh...

sampai kat rumah...mak aku tanya " apasal lama sangat korang ni"

aku plak tanpa usul periksa terus cakap....

" Mak Teh ni mak...lama sangat..dia pakai Sanita"

terus kena gelak...Mak Teh cubit lengan aku....

Rupanya kantoi....kantoi sebab dia tak puasa...so memang la dia mandi malam- malam...nak plak masa tu memang bulan puasa...

Hahaha...sekarang semua kenangan tu dah takde..rumah kampung pun dah roboh dah..dah jadi hutan...
how i wish aku dapat kembali ke zaman tu semula...zaman kanak- kanak aku...

Apa yang penting malam tu aku berjaya lepaskan diri dari teman Mak Teh aku mandi untuk malam seterusnya...dia malu and tak nak ajak aku teman lagi...dia mandi sensorang je...eh...berani plak minah tu....

Hahahahaha...

Kadnag- kadang aku pun pernah gak jadi mangsa kena pi beli Sanita ni kat kedai runcit..masa tu murah je..asal nak pi beli je mesti aku yang kena sebab aku adalah satu- satunya cucu sulung perempuan..yang lain semua lelaki kan...sapa lagi nak harap..pelik tul masa tu..pesal diorang tak pergi beli sendiri erk...dah la pi kedai runcit..pas tu bila cakap nak beli Sanita sure kena perli...

Yang buat aku lagi pelik masa tu..kenapa tiap kali nak beli mesti orang kedai tu bungkus dengan surat khabar...hehehehe....

Pekerja Cemerlang Model Rasullullah SAW

Hi korang..

Kursus pertama tahun ni...tahun ni berazam kuat sesangat ni nak banyakkan kursus compare last year...last year ada 1 je..hehehe..last year very tight schedule and task...apapun alhamdulillah dah settle dah...semoga lepas ni boleh transfer jadi pekerja cemerlang..amin...


nice quotes


bahan kursus yang mantap..ada banyak tips yang aku boleh share ngan korang tapi slowly la eh..


antara aktiviti yang ada...

Semalam ada aktiviti ni...

Lukiskan muka sendiri...ekceli aku boleh melukis..dah lama tak praktik..so skill dah menjunam kelaut dalam..ntah apa jadi ntah gambar muka aku tuh..now skil melukis aku dah jatuh ke Dania..dia lagi terror melukis...so..lepas dah lukis muka kena tukar gambar dan setiap orang kena suggestkan pekerjaan selain jawatan sekarang base on gambar...

Aku nyer jawatan yang di suggestkan atau pekerjaan selain dari pekerjaan sekarang adalah 
MODEL !!!!!
Wakakakakakakakakakaka....ni kalau anak aku baca ni memang kena gelak..kalau yang tak suka kat aku baca ni sure kena kutuk pas tu aku akan di labelkan perasan....

ehem...bukan aku yang tulis nak jadi model...orang lain ok....

Hahahahaha...Case Closed.....

Tuesday, April 19, 2016

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan.
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah