Thursday, November 17, 2016

Masak Tempoyak Daun Kayu

Negeri Sembilan mmg terkenal dengan Masak Lemak Cili Api dan ada banyak versi..cewah...apa yang Aku tau la selama berpuluh tahun hidup dengan Mak  dan saudara mara. Antara masakan popular orang Negeri Sembilan adalah :

MASAK TEMPOYAK DAUN KAYU




cili api dan kunyit yang dah di blend di curahkan ke dalam daun yang dah di hiris..nak tumbuk x larat sebab banyak bonar...untuk pengetahuan korang jugak kalau ikut resepi asal sebanyak 99 jenis or lebih daun yang di kumpul dan dihiris halus..den tak tau yo namo daun2 tuh,x sompek nak salin..banyak bonar..yang aku ingat daun sekentut, pucuk ubi, daun kunyit, pucuk labu dan macam2 pucuk lagi la...sib baik xde daun pokok rambutan ke manggis ke...


perahan santan secara manual...

hui...omak den kalau porah santan..mabeles...semuo air tangan masuk..masak dengan kasih sayang namanya nih

ini hasil setelah daun2 direnangi santan..mak aih..apo ayat den nih..

ni la rupo eh....

takut nengok cili ni kan, ni cili ni tanam sendiri ye...petik sendiri jugak.....tengok cili rasa memulas perut..tapi percayalah..semua ni dah di blend dan dicurahkan dalam hirisan daun tadi yer...

memang menggunakan petai agar gulai ini lebih wangi...petai masuk kemudian sebab kalau empuk sangat x kick yer puan2...

kuah dah makin pekat

hampir masak


dah masuk petai..terus tutup api yer...dah tu.. x reti2 nak hidang?makan dengan nasi panas..
Ha....resepi acik tak tau yer..baper banyak santan...tempoyak segala bagai...nanti la..kalau rajin ( dasar pemalas), aku interview mak untuk dapat kan resepi...Ala..korang  sure tau nih..Mana yang duk Negeri Sembilan tau la kan?kata pun masakan tradisi....

Adab Di Musim Result Exam

All Parents! Take note yaaa pasal ADAB di musim result exam! 😘😘😘

Status FB aku semalam..sedih giler tangok anak tu kena tonyoh kepala oleh ibunya depan orang..patut ke seorang ibu buat begitu?


Adab, kepada semua yang bergelar ibu bapa dan dewasa sewaktu musim keputusan peperiksaan diumumkan.
Paling hampir ialah UPSR, diikuti PT3, SPM dan STPM.

Musim menerima keputusan peperiksaan menjelang lagi. Ada yang gembira, ada yang kecewa. Jika anak berjaya memanglah bangga dan seronok. Tiada masalah untuk dikhabarkan  kepada sesiapa yang bertanya. Jika keputusan anak kurang atau tidak berjaya sudah tentu ada yang bersedih dan kecewa.

Justeru, beberapa adab harus dipatuhi sempena musim menerima keputusan peperiksaan ini :

1. Cukuplah sekali bertanya pada rakan akan keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh anaknya. Jika rakan itu  hanya menjawab ,'cukup makan' atau 'biasa saja', tidak perlulah diulangi pertanyaan buat kali ke 2, untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut. Nak tolong bagi tambah markah  ke? Tolong jaga sensitiviti rakan. Hanya setakat itu saja yang dia bersedia untuk  kongsikan dengan kita. Itu hak dia. Perlu apa kita mendesaknya lebih lanjut lagi kalau dah dikhabarkan biasa saja. Yang tidak seronok dan amat mendukacitakan, ada juga orang yang nak sangat mengetahui kekurangan keputusan anak rakan untuk dikongsikan pula dengan org lain...dan talian hayat maklumat itu akan berpanjangan dengan ditokok tambah ayat2 penyulam yang tidak mustahil kurang enaknya jika didengar.

2. Jika berada dalam group janganlah memuji berlebih- lebihan kepada mereka yang anaknya berjaya, siap ada yang memuji 'emak bapanya bagus itu sebab  keputusan anaknya bagus'. Jika itu ayat itu dilontarkan bagaimana pula perasaan ibu bapa lain dalam group itu yang  anaknya kurang berjaya atau tidak berjaya langsung?  Adakah  sebab ibu bapanya tidak bagus, maka keputusan anaknya tidak bagus? Tentu mereka sedih. Hal ini adalah satu ujian, bukannya satu pembalasan.

3. Peringatan ini tegas untuk si penyoal yang suka bertanya tanpa ikhlas, boleh dikategorikan sebagai penyibuk. Ingat anda juga punya anak. Anak anda juga akan memperolehi keputusan peperiksaan. Suatu hari nanti anda akan hadapi situasi itu. Belum tentu anak kita semua pandai-pandai belaka meski  pun kita rasa kita adalah orang yang pandai. Jadi untuk menanyakan keputusan anak org lain itu beragak-agak dan berpada-padalah.

Yang penting jangan memaksa orang memberikan jawapan yang panjang lebar.

4. Kalau orang itu menjawab anak nya cuma dapat biasa2 aje, jangan lah ditanya pula, 'sains dapat berapa ?', 'math dapat berapa? '.
Berhentilah menyoal. Kalau bertemu buku dengan ruas mahu berkudapkan selipar. Jadilah orang yang bermulut mulia tidak bermulut longkang, dan berhati perut hijau.

4. Jika rakan kita itu ikhlas memberitahu keputusan anaknya tidak bagus, janganlah kita dengan sengaja mencerita dan menyampaikannya kepada oran lain. Hal ini mgkin tidak disenangi oleh rakan kita tadi. Kalau rakan kita tadi anaknya mempunyai keputusan yang bagus, bolehlah kita share dengan orang lain sebagai tanda tumpang gembira.

5. Hidup ini macam roda. Hari ini kita happy dengan keputusan anak kita, esok lusa tak tentu lagi. Hari ini kita gebang kekurangan  orang lain, esok lusa Tuhan paparkan kekurangan   kita pula.

Untuk peringatan sesama  kita,
Mulut dan hati perut manusia lain2...
Kekadang berbeza sungguh dengan penampilan..
So, berhati-hatilah.

#copypaste
#selfreminder

Wednesday, November 16, 2016

Amyra Rosli Bagaikan Cinderella Di Majlis Perkahwinannya

Kenapa lah cantik sangat kamu ni Amyra Rosli....tak ada ayat yang boleh menggambarkan kecantikkan dia . Sebelum bergelar raja sehari pun dah sememangnya cantik, baik semasa mekap atau bila tidak mengenakan mekap...untung betul Amar Baharin dapat Amyra Rosli sebagai isteri, jarang dan mungkin tak ada kontroversi yang besar memabuatkan pasangan ini disayangi ramai...

Jom kita tengok gambar di sekitar Majlis Pernikahan dan Persandingan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang macam Cinderella....


Suka persalinan nikah warna rona putih ni...Amyra dan Amar kelihatan sangat Anggun


Alahai comelnya....


Baju dah cantik mekap pun cantik


Aku rasa ini wedding of the year jugak ni...


Cantiknya dress sanding dia...


Anggun melangkah ke pelaminan bagaikan seorang puteri


So sweet


Steady jer Amar..


Alahai romantiknya


Terpancar kebahagiaan di wajah Amyra


Cantik...

Selamat pengantin baru buat Amyra dan Amar...semoga bahagia hingga ke jannah...selamat melayari alam rumahtangga...

WW: Jaga Perasaan


Sejauh mana kebenaran quotes diatas?
Jom sama- sama kita bincangkan....

Cuti- Cuti Malaysia 2017

Hi korang...

Tahun depan banyak giler cuti weh....mak oiii...habis la..kena la cari duit lebih skit ni sebab cuti boleh dikatakan setiap bulan ada kecuali Bulan March, April, July dan November...


Tahun ni memandangkan anak dara aku exam UPSR so takde la cuti- cuti Malaysia..so boleh la mula bercadang tahun depan..kali ni dah nekad dan dah plan nak pergi bercuti berdua jer dengan dia...nak rehatkan minda dan jugak as a reward sempena dia habis sekolah rendah...dimana dan bila tu nanti aku fikir..nak kena cari flight murah skit...as for now maybe rancang dalam Malaysia je dulu...
Belum berjanji..cum bercadang dan moga allah luaskan rezeki aku untuk aku kabulkan impian kami berdua...

So korang...tengok la senarai cuti tu..boleh dah buat perancangan...memang banyak cuti la negara kita ni...ikutkan aku tak berapa suka cuti panjang2 ni..kang dah cuti lama x leh nak move on plak...

Selamat merangka percutian tahun depan ye...Yogjakarta kita yuk!!!eh......

Tuesday, November 15, 2016

Musim Dingin Dan Berkabus November Rain

Selalunya kalau kat kampung akan senang nampak berkabus berbanding di bandar...tapi sekarang ni musim hujan..pagi- pagi sesetengah tempat memang berkabus...sejuk jangan cakap la...kat bawah ni gambar aku kongsi area rumah sewa aku yang berkabus...terasa macam pelik plak sebab ini bandar kan...terkejut sebab masa ni pukul 7.50am...selalunya memang takde kabus ni semua...maybe sebab musim hujan dan suasana agak sejuk kan....


Pandangan sebelah kanan


pandangan sebelah kiri

Kalau hari- hari berkabus ok gak....sejuk je suasana kan...cuma agak susah nak dapat cahaya matahari sekarang ni...kain baju basuh pun susah nak kering...2-3 hari biarkan di ampaian baru la merasa kering betul...

Sepanjang November ni hujan ke erk?

Bukan apa...bila panas..panas betul plak...dan bila musim hujan..sejuk sampai ke tulang...perasan tak?

Sambal Telur Burung Puyuh Menu Lunch Ahad

Hi korang...
Betabah lah ye...tadi buat tutorial bergambar untuk remaja atau anak- anak yang sedang belajar memasak..kali ni aku nak share masakan dari air tangan mak aku...best giler Ahad lepas balik Seremban so dapat makan masakan mak...alhamdulillah sesekali mak dah boleh masak...itupun bahan Abah tolong sediakan....sweet je mak abah masak sesama....jom tengok gambar...


Sambal Telur Burung Puyuh


Ikan patin dan  Ikan Keli Masak Lemak Cili Api campur asam limau kasturi


Ikan masin gelama jeruk dan ikan haruan kering goreng

Alhamdulillah...
Langkah kanan masa aku balik...memang diorang tgh nak makan masa aku sampai...kebetulan plak Pak Su datang bawak baby Mika...seronok amkan ramai- ramai dan bertambah...

Bila Ahad je...katakan tidak pada Diet.....nehi...nehi...nehi...

Tutorial Bergambar Daging Masak Kicap Suriaamanda

Assalammualaikum...

Bertemu lagi di sessi tutorial Daging masak kicap khas untuk anak- anak remaja yang sedang belajar memasak..mak budak pun bleh gak kalau nak join..tak selalu aku buat tutorial ye..kalau aku rajin baru aku buat..itupun kalau dah sorang2 kat dapur...okey anak- anak..jom kita mulakan....sebelum mula tu..meh tengok dulu gambar pertama ni...ni la hasilnya....Mama SA bagi resepi senang dulu ye..nanti esok2 bagi yang agak susah skit..tapi jangan risau...Mama SA korang ni kalau masak ikut sesuka hati je..main campak2 je...janji kena kat tekak...ok?


ini la hasil keletung- keletang sudip berlaga ngan kuali....okey...kita teruskan tutorial...kita tgok bahan2 dulu...


Bahan- bahan untuk tumisan:

  1. Bawang putih
  2. Bawang merah ( kecil)
  3. Halia 
  4. Cili Api
Semua bahan tumisan ni di hiris..kalau lagi rajin boleh tumbuk ye...



Sayur- sayuran campuran

  1. Capsicum merah
  2. Kacang Peas
  3. Batang Celery
  4. Bawang besar 
Semua ni dihiris kecuali kacang peas, Bawang besar hiris bulat..celery dan capsicum boleh hiris memanjang..



Daging lembu di rebus sehingga empuk...kalau guna daging batang pinang x perlu rebus...hiris nipis2


Bahan tumisan di tumis sampai naik bau dan agak garing terus masukkan daging, sos tiram dan lada sulah..biarkan seketika..dan masukkan sedikit air serta kicap.. tak kisah nak guna kicap apa pun ikut suka ye...


Masukkan sayur- sayuran campuran tadi dan bawang besar...gaulkan dan biar sayur betul2 masak...perasakan garam..jangan banyak sangat sebab sos tiram dah masin...


Tadaaa....dah siap....senangkan?😋😋

So anak- anak semua....masak ikut tutorial diatas..terpulang kalau nak derhaka ngan resepi mama SA..takde masalah..ikut kreativiti masing2 ye...baru la namanya berani mencuba kan...rasanya ini masakan paling senang...bulan ni je dah buat 2 kali masak kicap ni cuma sebelum ni ikan selar...

Selamat mencuba...jangan  malas2 tak lama lagi cuti sekolah kan...boleh la belajar memasak...ringan sikit beban mak ayah korang...buat student kat luar tu...korang boleh jugak guna apa yang Mama SA share ni supaya senang bila duduk diluar...takde la makan maggi je ngan telur goreng...sesekali boeh masak masakan yang simple macam ni...

Good luck semua...Selamat Mencuba...

Sesi tutorial bergambar masakan simple dibawakan khas oleh Mama Suriaamanda...

Monday, November 14, 2016

Ngomel Tentang GV3 Sambil Minum Kopi Mahal



Hi korang...
Dah makan tengahari...hari ni hari melantak aku..makan..makan..dan makan...pekena nasi campur lauk ikan keli bakar ngan siput sedut masak lemak cili api kat Sambal Hijau Sg Pechala kot..takde gambar nak share sebab dh kebuluq gila....

Dah makan tu lepak plak Starbucks...pekena kopi mahal sambil browsing...wah..senang nya hidup...i would like the freedom..ehhhh....dh kenapa..haha cuti ari ni half day uruskan hal kat Seremban then balik KL...apa nak citer ni erk...
Korang tengok x konsert GV3 malam td ..agak terkilan la sebab Ameng dah 2 kali nyanyi salah lirik dan lupa lirik..tp dia masih kekal..ikutkan antara Ameng ngan Zur Eda boleh tersingkir semalam kan..tp Shidi yang terkeluar...Sian Shidi..dia selama ni bagus je..even Juri pun sangat terkilan bila Shidi terkeluar..Dah rasa macam tak best plak GV3 ni bila macam pilih kasih dan ada anak emas..anak emas dapat lagu best2..Rasa nak boikot je tapi Siti Sarah ngan Zarul masih kekal kan..sandarkan harapan kat diorang berdua la lepas ni..
Minggu depan dengan tema RockDut plak...harap2 best la konsert minggu ke 6 ni...tp kelakar plak tgok Kak Lina PomPom datang ngusik TokRam...hahaha....

Biobax Cool Theraphy Terbaik Sesuai Ibu Mengandung


Biobax ni spray je. Sejuk & tak melekit. Bau pun wangi boleh dipakai bila-bila masa. Ibu-ibu mengandung tak boleh pakai sembarangan ubat.

Tapi Biobax ni amat sesuai & disyorkan utk ibu-ibu mengandung yang mengalami sakit belakang, sakit pinggang & lenguh-lenguh Nyaman dan melegakan.RM 80
termasuk post.

Lelaki pun boleh pakai, lagi-lagi kalau drive jauh. Sembur dan sapu..... Lega....

Kalau nak order / nak jadi dropship@agen@mini stokis@stokis, whatsapp aku

☏0123319641
☏0123319641
☏0123319641
.
#biobaxcooltheraphy
#biobax
#sakitbelakang
#preggymom
#wanitahamil
#ibumengandung
#sakitsendi
#sakitlutut
#sakitpinggang
#preggy
#lenguh
#selsema
#resdung
#organik
#sayajual
#irenenadia
#seo
#suriaamandadotcom

Sunday, November 13, 2016

FENOMENA SUPERMOON 14 NOV 2016


ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA... JANGAN LUPA 14 NOVEMBER/11 2016... SATU LAGI FENOMENA CIPTAAN ALLAH AKAN BERLAKU... IANYA DIPANGGIL FENOMENA SUPERMOON...............

SUPERMOON BERLAKU APABILA KEDUDUKAN BULAN BERADA PALING HAMPIR DENGAN BUMI... MEMBUAT KAN BULAN KELIHATAN BERKALI GANDA LEBIH BESAR DARI KEBIASAANNYA,JUGA LEBIH CERAH‼⁉

JOM RAMAI 2 KITA SAKSIKAN KEBESARAN ILAHI INI...#INGAT‼‼ SEKALI ANDA TERLEPAS MELIHAT NYA,ANDA HANYA PERLU MENAMBAH 18 TAHUN DARI UMUR ANDA SEKARANG JIKA MAHU MELIHAT NYA LAGI..

FENOMENA SUPERMOON DIJANGKA AKAN BERLAKU LAGI ,18 TAHUN AKAN DATANG

DAN LAGI..SUPERMOON KALI INI ADALAH YG TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA PADA JANGKAAN PARA SAINTIS...

PENGUMUMAN | Jam Dinding Hadiah Untuk Top Komentator November 2016

Perhatian buat semua readers dan followers...

Kali ni aku nak bagi hadiah jam dinding plak untuk Top Komentator November....puas fikir tak tau nak beli apa..sekali ternampak jam ni ha...suka ngan kaler pepel so...ambik jer terus bayar....



Status aku di FB semalam...

Wahai rakan blogger sekalian....nak umumkan ini hadiah untuk  Top Komentator November 2016...cantik kan? Purple lagi ko...haaa...sapa nak boleh la start tinggalkan komen kat blog banyak2...diulangi...Di blog..bukan kat FB ye....
Tak pernah singgah blog?
Meh la singgah dan follow
http://www.suriaamanda.com/
Setiap bulan ada hadiah menanti anda...bukan setakat komen di entry bulan Nov je...entry2 lama pun boleh..

Jom kita tgok sapa yg kenaaaaa

So apa tunggu lagi korang...jom komen banyak2...mana tau rezeki nak menang jam dinding kan....

Friday, November 11, 2016

Amyra, Amar Sah Bergelar Suami Isteri

SELAMAT PENGANTIN BARU AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN



KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin telah selamat diijabkabulkan pada pukul 5.15 petang hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Premiera, di sini sebentar tadi.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Amyra, Rosli Awang dan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim.

Dalam majlis pernikahan itu, Amyra menerima mas kahwin sebanyak RM1111 dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang.


Amyra atau nama sebenarnya Nur Amyra Izzati, 25, dan Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin, 31, disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas empat bulan mengikat tali pertunangan pada 22 Julai lalu.

Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung di lokasi sama esok manakal, majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 19 November depan di Ampang, Kuala Lumpur.

SUMBER KOSMO ONLINE


Hangit Ayam Goreng Berladaku....

Sekarang ni asal petang je hujan kan?
Bila hujan jer perut sure lapar kan?
Sebenarnya tengahari tadi tak makan sebab kenyang makan sandwich tuna kat Stabak...
So decided masak nasi dan buat ayam goreng berlada...haih..perut ni lapar mencongkam jiwa plak...ok la kita goreng keropok dulu dan lepas tu goreng la ayam...

Layan la keropok sementara tunggu ayam masak...


Keropok ikan tamban


cicah ngan sos cili..

Ralit sangat makan tetiba terbau macam hangit...cepat2 pi tgok ayam..balik2 kan and then perlahankan api..dah masak angkat dan tumis bahan2....biarkan kejap..pi depan cicah keropok ngan sos lagi....eh..bau hangit...sah2 dah garing....hahahaha...


Inilah hasilnya ayam goreng berlada hangit namanya...tapi tak nampak plak hangit...

Hangit2 pun sodap...

Makan jer la...niat asalnya lain...hahahaha....apapun sedap lauk aku ..bukanlah hangit ke apa..cuma bahan2 tadi tu garing betul je...kalau hangit hitam legam tu memang x sedap kan....bertambah la jugak aku makan..takde kesian tul lapar nasi..bape hari x makan nasi ni....huhu...

Lepas makan bantai tido.....bagussssss...amalkan selalu Suria Amanda!!!!

Surprise Menjadi Di Majlis "Graduation Day" Dania

Surprise menjadi!!!Akhirnya aku sempat sampai ke sekolah Dania..mulanya macam sedih sebab takut x sempat sampai..hehehe..baik punya plan..takde sapa pun tau mama datang sekolah termasuk Dania sendiri..zaman mama dulu mana ada graduation day utk darjah 6 ni..dapat sijil je terus lupa sekolah ngan cikgu...zaman sekarang grad sekolah rwndah dah macam grad university..siap ada photography session by professional photog...

Jom tengok gambar...


Buah tangan dari Mama buat satu2 nya permata hati...


Nasib baik ada kawan mama ambilkan gambar dan wassap..


Masa ni baru nak start persembahan nyanyian lagu Siti Nurhaliza "Kurik Kundi"


Haha muka terperanjat dia tgok mama ada kat depan...


Cepat2 amik gambar dengan dia atas pentas

One more post..

Lega hati bila dapat juga tunjuk muka untuk dia..walau dia ada cakapndia tak kisah mama x datang sebab ayah dia ada dtg sekali..tp as a mum aku tau hati dan perasaan dia..sure dia rasa x best bila kawan2 lain mak ayah ada yg datang...tadi tak ramai pun ibu bapa yg datang maybe sebab kerja kan...

Seronok plak tengok muka terperanjat dia tadi..next 17hb kita seram sama2 ye ambil result UPSR...

Lega dapat laksanakan tugas sebagai mama..lega jugak dapat hadirkan diri walau terlepas sesi penyampaian sijil..lega jugak sebab berjaya buat dia happy...

Im a proud mama...



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah