Thursday, June 15, 2017

Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku Campur Kerang Menu Berbuka Sabtu Lepas

Hi korang,

Rasanya SA dah seminggu tak up bab menu berbuka kan? hahaha...saje tak nak korang boring asyik tengok menu jer..tapi kali ni SA nak citer part berbuka puasa Sabtu lepas.SA sampai Seremban memang dah petang..sampai- sampai jer sinsing lengan bantu apa yang patut. Kali ni ramai skit berbuka kat rumah. Tengok lauk..wallaweiii SA memang x tau sebenarnya Abah masak apa..jenguk dapur ermmm....tak yah citer banyak eh...korang tengok jer la gambar.


Pucuk paku masak lemak


Telur Itik Masak Lemak Cili Api campur belimbing buluh


Ulam Petai


Ulam Jantung Pisang


Sambal Belacan


Ikan masin Tenggiri Jeruk Goreng


Memang last week seronok la berbuka dengan family sebab ramai yang balik, kebetulan adik SA berpantang kan...so ramai sikit la berbuka kat rumah..minggu ni tak tau nak request apa..rasanya nak request special dish my mum la...mee kari..lama dah x makan mee kari ni....bila buat sendiri boleh letak banyak2 bahan kan....nak request letak kerang banyak- banyak...

Tak sabarnya nak tunggu weekend........

Hati Terpaut Dengan KAAY Cosmetics

Hi korang,

Wanita dan makeup serta apa yang berkaitan dengan kecantikkan memang tak boleh dipisahkan. Apa je barang baru keluar sure nak guna..korang macam tu tak? SA ngaku memang SA macam tu...hahaha...bila dah beli simpan, sesekali guna. Tapi tidak pada lipstick KAAY Cosmetics ni. Sebab lipstick ni best. Lipstick pertama dalam Malaysia yang ada Minyak Kelapa Dara ( VCO). Sejuk je kat bibir bila kita pakai macam berangin la selain warna yang cantik, ianya merawat bibir korang jugak.Kalau rasa bibir korang kering boleh sapu vaseline skit and oles lagi lipstick.

SA tak suka warna terang- terang. SA suka warna pastel dan Nude macam tu...kalau pakai warna terang rasa pelik dan nampak pelik...








Dua batang lipstick ni tahan berapa lama kalau SA guna?

SA bukan all the time oles lipstick kat bibir..pakai pagi pi keja, basuh muka masa sembahyang zohor, pastu tanpa sebarang mekap sambung buat keja..Dah lepas asar baru mekap simple dan oles lipstick lagi sekali. pakai nipis je..hehehe..takkan nak pucat je muka kan...Kat opis SA ni ha..lengkap barang penjagaan muka SA. Memang akan cuci muka bila perlu especially kalau solat.

Korang pun sama gak ke mana yang kerja pejabat tu?

Wednesday, June 14, 2017

Hadiah Untuk Pemenang Utama Top Komentator June 2017

Hi korang,

Mesti ni entry yang korang tunggu- tunggu kan? So..bulan ni SA akan bagi dua hadiah kat bawah tu kepada pemenang UTAMA top komentator untuk bulan June 2017. Hadiah satu set penjagaan muka jenama Ecowell dan wrislet Sophie Paris.

Kenapa sorang je pemenang kali ni? SA ubah term dimana SA akan bagi hadiah kepada pemenang utama sahaja. Pemenang yang lain SA akan masukkan link diorang dalam bloglist kat sidebar. Biasa la kos post pun dah meningkat kan..so SA dah bincang dengan panel2 berwajib so decided untuk bagi hadiah kepada pemenang utama top komentator aje. Kalau ada rezeki lebih insyaallah lebih la hadiahnya ye...



So korang...
Korang yang belum pernah jadi pemenang utama blog SA bleh la cuba nasib ye..kepada yang dah pernah menang boleh la bagi laluan kepada calon yang baru..bukan bermakna SA x hargai kunjungan dan effort korang ye..cuma ingin berlaku adil..baru masing2 boleh merasa dan SA nak galakkan budaya bersaing kat sini..

SA akan umumkan pemenang pada 1 July 2017,

Kita tengok sapa yang kena ye...

All the best korang....

Selfie Bersama Fizo Omar Event Street Da'Wah 2017 Di KL Sentral

Hi korang...

Balik kerja semalam SA disapa Fizo Omar ni sambil dia bagi goodies bag untuk berbuka puasa bersempena dengan program Street Da'Wah 2017 di KL Sentral...terkejut SA sebab memang x perasan pun si Fizo Omar ni...SA kalau dah jalan memang menonong je..hahaha...apapun thanks to FO ni sebab SA dapat gak goodies..lepas dapat tu baru perasan semua pengunjung tak kira bangsa semua duk sandang bag kuning...laaa...rabun ke apa SA ni...tu la leka je jalan sambil main hp kan...bahaya macam ni...kalau Remy Ishak ada kan best..#ehhh. Ekceli SA tak minat pun Fizo tp dah ada amik jer la gambar ngan dia...


terus whatsaap gambar ni kat Dania...dia ckp mama ni asyik jumpa artis je..masa Dania dengan mama takde pun jumpa artis...alololo....


Ada grup buskers buat persembahan lagu raya...best suara diorang


Event ni under MRCB jugak kot..


Alaaa...terbalik plak gambar ni....malas nak betulkan...hahahah...ini yang ada dalam goodies bag semalam...


Alhamdulillah rezeki semalam...kadang SA lewat sampai rumah. Kadang dah azan baru sampai..boleh letak dalam kereta kan..senang nak buka puasa...benda2 macam ni perlu ada standby dlaam kereta sebab KL memang sesak dengan jammed. Tak KL la kalau tak jammed kan...hehehe...

Okey see ya next entry...

Jom Jimat Banyak Dengan Kad KomuterLink

Pertama Kali Guna Komuterlink Dan Sangat Jimat

Hi korang,

Semalam kan..SA balik KL guna Komuter, malas naik bas sebab memang tau jalan jammed kan..elok sampai awal terus jadi lambat plak kan..well SA tak naik komuter dari Stesyen Seremban. SA naik dari Stesyen Senawang. Niat SA cuma nak dapat tempat duduk jer memandangkan semalam ramai orang balik ke lokasi masing2 kan..seperti yang SA duga memang ramai. Kalau tau SA naik dari Sungai Gadut iaitu stesyen last sekali di Seremban.SA sebenarnya lupa reload TnG SA. So decided beli token je thru machine tapi out of service plak..terus ke kaunter dan petugar tu bagi Kad Komuterlink dengan harga RM12. Mula2 pelik gak kenapa mahal sangat tambang.Tapi berat mulut nak tanya..hahaha...x tau kenapa malas plak tanya...

Rupanya kan...memang kad ni fungsinya sama macam TnG cuma boleh guna untuk naik Komuter jer la..jimat banyak..SA ke KL Sentral masa touch kena RM7++, sebelum ni RM8.70. Klaau student lagi jimat dengarnya 50%. Kalau bleh jadi student dah lama apply dh..hahahah..which is mmg mustahil la kan....

gambar dari website KTM

Petikan dari website KTM:

KTM Berhad Malaysia Komuter Link Card (Adult) Discount Promotion


PERKHIDMATAN KTM KOMUTER JUAL KAD KOMUTER LINK DENGAN HARGA RM2.00 SAHAJA

KTM Berhad melalui perkhidmatan KTM Komuter akan menjual Kad Komuter Link (Dewasa) dengan harga RM2.00 sahaja berbanding harga asal RM10.00 mulai esok, 5 Januari sehingga 5 Februari 2017.

Promosi harga RM2.00 ini adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

KTM Berhad yakin inisiatif promosi penjualan kad Komuter Link dengan harga RM2.00 akan menarik lebih ramai pengguna KTM Komuter beralih kepada gaya hidup daripada membayar tambang secara tunai (cash) kepada bukan tunai (cashless) kerana ia akan memberi penjimatan diskaun harga tambang sehingga 20% berbanding bayaran tambang secara tunai.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini, kaedah bayaran tambang tanpa tunai perlu dijadikan pilihan. Pengguna pengangkutan awam khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter perlu bijak dan sedar bahawa penggunaan kad tambah nilai seperti Komuter Link akan memberi manfaat dari aspek penjimatan perbelanjaan tambang, dan cepat kerana mereka tidak perlu beratur di kaunter atau mesin tiket.” kata Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Cik Azshidah Shah Shahari.

“Penumpang yang menggunakan kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20% untuk setiap transaksi perjalanan mereka. Oleh itu, bagi mereka yang menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) ia adalah langkah yang sangat bijak.” kata Azshidah.

Kad Komuter Link (Dewasa) yang dijual dengan harga RM2.00 ini boleh dibeli di kaunter tiket KTM Komuter, mesin tiket dan mobile team kami yang akan berada di stesen-stesen utama sepanjang tempoh promosi. Pengguna perlu membuat nilai tambah pada kadar minimum bermula dari RM10.00 bagi membuat perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kad Komuter Link (Dewasa) mula diperkenalkan dan digunakan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober 2016 yang lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau twitter @ktmkomuter.



Ni la Kadnya...

Kalau awal2 lagi kan buat macam ni bagus..lama dah apply...ekceli sebelum ni ada je nampak promosi kad Komuterlink ni tapi tak tergerak hati nak tanya, KTM dah perkenalkan dari January lagi rupanya...dengarnya promosi masih diteruskan..maybe diorang nak habiskan kad kot..sebab tu sapa beli token kat kaunter depa bagi kad ni...

SA rasa kalau korang belum apply dan memang korang menggunakan komuter sebagai pengangkutan harian korang elok korang apply kad ni..jimat pun jimat..dan kad ni bukan sekali guna je..boleh reload kalau baki dah berkurang..sama macam TnG. Usaha murni KTM nak menggalakkan orang ramai menggunakan Komuter memang sangat - sangat baik.Kalau dah ramai gunakan kenderaan awam sure masalah kesesakan lalulintas selesai. Ye la korang pun tau kan...KL ni mana aje tak jammed..hari- hari jammed.

So korang...apa tunggu lagi...apply cepat sebelum kehabisan...

Tuesday, June 13, 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Kisah Shopping Raya Family SA di Bangi Sentral

2057
Hi korang,

Seperti yang SA janjikan sebelum ni...ni entry pi shopping kat Bangi Sentral Ahad lepas, asalnya macam malas nak ikut tapi anak dara SA sibuk nak beli jubah segala..so seawal pagi keluar rumah untuk dapatkan parking. Memang sampai dalam pukul 10 pagi kedai pun banyak x bukak dan parking pun available lagi tapi masa nak keluar dari Bangi Sentral je jadi masalah skit.

So SA shopping kat mana kedai mana?

SA dan family beli baju kat Imaan Boutique, ikutkan dah lama adik beradik SA suka shopping kat sini cuma SA je tak join..tapi kali ni terjoin plak sekali dan terbabas jugak beli baju untuk diri sendiri, memang terbabas purse la ikutkan...tapi tu la..macam SA cakap...tahun ni memang niat nak beraya memandangkan tahun lepas tak beraya kan.So di Imaan Boutique SA belikan Dania Jubah yang diidam- idamkan..SA memang x pakai jubah, tak tau la bila terbuka hati nak pakai Jubah ni...Korang doakan yang terbaik untuk SA ye...

Jom la tengok gambar yang sempat SA snap, SA asyik pakai baju yang tu jer kan..hahaha...pemalas bawak balik baju..pakai baju yang ada kat Seremban je...lantak lah disitu...


Boutique Zawara dan Soonaru . Kat Soonaru tu dapat beli dress untuk Qhaira..seronok dia..


Masuk gak kat sini...tapi tak beli apa pun..takde yang berkenan di hati..harga pun bleh tahan


Baju kakak Dania...


Muka orang demam....memang masa ni tak berapa sihat


masa untuk bayar...effect keluarkkan purse..memang bergegar gambar..hahahahaha


Kesayangan SA ni ha....baik ajer tak buat perangai...kaki bodek ni...


Dia buat hal dia je...sempat SA snap gambar...


Muka puas anak dara SA dapat  2 jubah dan 1 cardigan...tahun ni dia nyer baju raya je dah ada 8 helai kot...


Dapat la sehelai baju kat Jubahsouq untuk diri sendiri.....

Keluar dari Bangi Sentral amik masa 1 jam sebab jammed, semua laluan banyak kereta. Singgah plak kat Leeyana Rahman Boutique, Memang nak beli gak la sepasang baju raya kat sini sebab design cantik..erm...masuk je penuh orang, baju banyak tinggal corak yang pelik pas tu kan...the best part size semua dah takde...frust giler...last2 keluar dari situ dan jumpa la sepasang baju kaler Emerald Green yang sangat cantik dan harga murah..grab aje la..mana tau nanti banyak jemputan Rumah Terbuka..boleh pakai kan?

Nak tengok baju?

Eh tunggu raya la...kang tak surprise plak...tahun ni tema warna SA dan Dania memang caca marba...tak sama langsung...ni SA kena plak cari baju kaler Merah untuk Raya Sedondon company 6hb Julai nanti...alaaaaa...dah kenapa tak meeting awal2 bagi tema kaler...SA dah habis shopping dah rasanya ni...dah la kena jadi committee bawak juadah special untuk dipertandingkan...aduhai...Rendang Itik Daun Puding jadi pilihan...satu hal la plak.....walau senang je masak..tapi tetap berdebor..mana la tau tak memenuhi kehendak juri sebab juadah ni untuk dipertandingkan...aduhaiiiii......

Matilanak.....

Cucu Atuk Ajin dah 8 orang

2057

Cucu Atuk Ajin?

Yea..itulah nama diberi kepada Abah SA...Atuk Ajin...sebab abah SA kan nama Mohd Zain...nama manja la konon tu...kalau kami dikalangan anak2 selalu sebut Pak Zain...what a commercial name kan.... #cucuatuk la ni dah 8 orang....yang sulung dan dh anak dara of course my princess Dania....tak boleh hilang cucu dia tu...confirm mencari mengalahkan jaga anak dara sendiri....mana pergi memang angkut ke hulu ke hilir....tak pernah tinggal kecuali mama kidnap bawak balik KL...itupun setiap jam call sampai kakak Dania rimas...zaman SA dulu mana ada HP ni semua kan..so agak selamat sikit cuma balik lambat confirm kena bebel 24 jam....

#cucuatukajin 5 orang perempuan dan 3 orang lelaki...semua ada peel masing2...jom kita tengok gambar..


Ainnul Dania Huda


Mohd Khairuzzikri



Ezarra Adeliya


Ezarra Aressa


Aleesya Qhaira Wilda 


Mardhiah Khairinna


Muhamad Taufiq Shaqil


Ezra Aniq Aidan

Haaaa....

Cukup tak 8 orang....

Cukup la sementara ni kan...baru jer dapat 2 baby baru tahun ni....tak tahu la akan datang macam mana...kalau keluarga sebelah Abah SA kan...sebelah Mak Long jer dah ada 30++ cucu...lagi havoc. Kalau berkumpul raya memang penuh rumah diorang...kalau bergambar satu keturunan SA rasa kan...x muat lens kot...hahahaha....
Apapun.. sebenarnya seronok ada anak- anak ramai..cuma SA jer la..ntah bila nak ada anak lagi...ntah bila nak panjangkan keturunan...alaa..malas nak sebut la...kalau sebut hati jadi risau...
Semoga anak- anak SA diatas ni semuanya membesar menjadi anak- anak yang soleh dan solehah...besar menjadi orang yang berguna dunia dan akhirat...

Amin..ya rabbal alamin...


Monday, June 12, 2017

Shopping Raya Semua Dahulukan Keperluan Anak

Hi korang...
Macam mana oersiapan raya korang? Dah settle ke? Last week kan SA bawak Dania lepak KL..saje la bawak sebab nak beli persiapan raya dia..so far SA x dapat nak beli banyak pun sebab SA demam, batuk dan selsema..buka puasa kat luar makan kat Madam Kwan, Empire PJ, pas tu shoot terus ke SACC Mall..beli kat situ je senang cuma silap pergi minggu lepas sebab x banyak sales..merasa la beli baju yg agak mahal sedikit...kat Subang Parade dan Empire Mall dapat beli dress ngan kasut...cukup la sementara kan..kalau mama dah sihat boleh la shopping lagi..which is dah pun shopping semalam kat Bangi Sentral...berabis jugak la mama untuk Dania dan diri sendiri....itu nanti SA share di seperate entry ye...


Kakak Dania ikut mama pi opis...masa ni Jumaat...


Balik Sg Buloh top up touch n go...ramai ckp SA dah kurus..sebenarnya blom capai berat idaman lagi tau..


Masa ni kat Empire Mall..lepak kat sini kejap...


Kakak Dania bab bergambar mmg bagi kat dia..


Alalala..sweet anak mama


Beli jugak Donut..

Ni gambar masa naik MRT nak balik ke Seremban Ahad tu...

Walau sekejap aje kakak Dania lepak dengan mama sebab banyak jugak membantu mama sebab Jumaat malam masa hari pertama kakak Dania sampai tu mama pindah rumah..memang malam tu penat giler..esoknya pi shopping plak kan...SA plak demam teruk jugak...maybe tak cukup rehat..ingatkan demam tu sekejap je rupanya lama gak la..bawak ke seminggu lebih ..dengan batuk teruk...SA kalau demam aje ok bleh tahan lagi...tapi kalau sekali batuk..memang stresss..tapi jangan x tahu..walau sakit SA gigih puasa..so far belum ada buka puasa lagi...dh macam menyeksa diri kan..tapi SA ok so far....


Saturday, June 10, 2017

Iftar MMC Di Hotel Istana

Hi korang semua,
Gara-gara lambat sampai rumah malam semalam SA tak bangun bersahur pagi ni..harap bertabah lah diri ni kan sebab kejap lagi nak balik Seremban. Semoga mampu bertahan sampai ke petang..Bercerita tentang majlis berbuka puasa semalam, SA dan kawan-kawan turut serta ke majlis anjuran MMC iaitu mother company SA kerja. Setiap tahun memang tak pernah tinggal dan memang kena pergi.Cuma tahun ni macam xde selera nak bergambar. Tak tau la kenapa..faktor usia kot...tapi sempat la ambil gambar 3 keping ni ha...macam biasa setiap tahun Iftar MMC memang buat kat Hotel Istana. Macam - macam agenda ada. Tak sempat nak menghayati sebab sampai pun dah lambat kan..pukul 7 baru sampai..duduk kejap kat meja pas tu dh berbuka dah...


First plate ambil Char Kuew Teow dan Butter Prawn..


Second plate ambil lemang seketui satay 4 cucuk dan rendang. Rendang memang terbaik la...


3rd plate ambil buah- buahan..

Bila balik masuk kereta je..SA rasa semacam..badan tetiba panas..batuk melampau pas tu singgah klinik jap...ooooo demam rupanya...demam mmg x kebah lagi la...memang tak boleh buat apa...so doktor bagi lagi antibiotik untuk 5 hari..ambil 2 kali sehari iaitu waktu sahur dan lepas berbuka...aduhai...confirm lambat elok ni sebab SA berpuasa kan....apapun terima kasih pengurusan MMC sebab jemput kami..walau ramai yang tak dapat hadir tapi kami semua happy je..next week insyaallah banyak jemputan berbuka...ikutkan esok pun ada berbuka puasa dengan Fazura dan Fattah Amin..tapi tak rsvp sebab kualiti time with family kan..

Okey la korang...nak bersiap balik Seremban


Friday, June 9, 2017

GIVEAWAY CASH RM1000+ MEI 2017 BY EMAS PUTIH

As-Salam



Isu Video 'Lagenda Cun Raya Watsons Mohon Maaf

Watsons Mohon Maaf Isu Video 'Legenda Cun Raya''


#MaafkanWatsons


Seperti anda semua sedia maklum ketika ini, video pendek berdurasi 15 minit terbitan Watsons Malaysia telah menerima reaksi negatif dari pelbagai pihak.

Watsons Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada semua pihak dan bukan niat mereka untuk menyinggung perasaan sesiapa.
Video tersebut mengambil inspirasi dari filem Dayang Senandong (1965) yang memaparkan konsep kecantikan dalaman -- namun yang sebaliknya terjadi.
Watsons Malaysia mengambil tanggungjawab penuh ke atas apa yang terjadi dan telah bertindak memadam video tersebut dari semua platform media sosial mereka.
Sekali lagi, Watsons Malaysia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas apa yang terjadi.

Resepi Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api

Hi korang,

Sapa suka makan masak lemak cili api?Kalau SA kan..menu macam ni is a must kat Seremban. alahai..SA kat KL pun selalu masak menu ni...pure NS kan..so x leh lari dari Masak Lemak Cili Api.
Ada kawan- kawan SA cakap x jadi walau dah ikut cara SA ajar...laaaa....apa yang susah sangat...bukan susah pun..senang je...jom la tengok resepi


Bahan - Bahan

  1. Kunyit Hidup ( ikut berapa banyak ayam yang nak dimasak - seekor ayam guna 2 inci )
  2. Cili Api 20 biji/ lebih ( ikut tahap pedas yang diingini)
  3. Serai 4 tangkai ( di titik)
  4. Kentang 2 biji ( di belah 4)
  5. Ayam seekor ( kurangkan jumlah jika x banyak nak masak)
  6. Santan dari Sebiji kelapa ( setengah biji kalau kurangkan ayam)


Cara2 masak


  1. Tumbuk cili api dengan kunyit hidup sampai agak2 halus ( nak cepat hancur letak sedikit garam kasar)
  2. Masukkan ayam dalam kuali / periuk, masukkan sekali bahan yang ditunbuk tadi serta serai dan kentang
  3. Biarkan di atas api sehingga air dari ayam agak kering (org NS cakap kecutkan)
  4. Kemudian masukkan santan dan di kacau selalu agar tidak bertahi minyak
  5. Biarkan menggelegak sampai ayam dan kentang betul2 masak
  6. Perasakan garam
  7. Letak sekeping asam keping kalu suka
  8. Tutup api
  9. Sedia di hidang
  10. Separuh orang guna bawang la,lengkuas or bawang putih. version SA simple je...macam tu je...bahan2 pun senang nak dapat kan...masak lemak cili api ni leh guna bahan2 lain jugak seperti ikan, udang dan daging.Kaedah sama je


Selamat mencuba

Thursday, June 8, 2017

Resepi Ikan Bilis Berlada Campur Petai

Hi korang....

Hari ni dah Ramadhan ke berapa erk...oooo Ramadhan ke 13 laaa...korang masih berselera ke makan berbuka ataupun sahur?SA dah kurang selera la...dah tak tau nak masak apa..ini la masalah bila dah selalu sangat masak yang sedap2 pas tu akhirnya dah takde selera nak masak...hari tu masak sambal sardin masa berbuka bawak ke sahur...semalam masak ayam goreng kicap untuk sahur..ni dah buntu dah...tapi masih kekal tak pergi bazar ramadhan.

gigih jugak nak masak walau diri sendiri tak berapa sihat. Demam ni tak kebah- kebah. Asal masuk office jer kena ekon terus demam balik...letih dah demam..


So hari ni SA nak share kat sini resepi Ikan Bilis Goreng Berlada campur petai..menu ni dah banyak kali masak tapi masih mengekalkan kaedah dan bahan yang sama.mana tahu hari ni korang buntu kan tak tau nak masak apa...so boleh la cuba resepi ni..

Resepi

Bahan- bahan
  1. 100 gram ikan bilis di belah 2..( takkan dibelah2 plak kan)
  2. Bawang putih 4 ulas
  3. Bawang kecik 3 ulas
  4. Cili Api 20 biji
  5. Bawang besar 1 biji dihiris
  6. Petai 1 papan 
  7. Garam
  8. minyak ( pandai korang la sukat)
* Bahan 2-4 tumbuk hancur

Cara- Cara Masak
  1. Ikan bilis goreng garing , angkat dan ketepikan
  2. Dengan minyak yang sama korang tumis bahan 2-4 sampai naik baru dan cili betul2 masak
  3. Masukkan bawang besar yang dah dihiris,biarkan seketika
  4. Masukkan petaI
  5. Gaul dan perasakan garam
  6. Tutup api
  7. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul mesra
  8. Sedia dihidang
Nak sedap..petai tu jangan la biarkan layu atau lama sangat masak, tak crunchie nanti macam tak feel plak..korang makan nasi sure bertambah, tak payah lauk lain pun takpe...lagi pedas lagi sedap...makan sampai peluh menjejeh pun takpe..tapi kalau nak letak lauk lain jugak korang boleh buat telur dadar.

Lepas tu kalau menjerit atas penimbang berat badan...tanggung sendiri ye...

jangan marah aku plak...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah