Assalamualaikum...
Hi korang...
Selamat berhujung minggu..selamat berehat bersama keluarga..
Lupa SA nak up citer Jumaat baru ni...balik kerja tu suami sampai lambat kat office SA...dia stuck dalam jammed kat Sungai Besi..x tau ada apa..katanya polis trafik tahan semua kereta bagi laluan kat kereta-kereta VIP rasanya...1/2 jam dia stuck...SA ambil peluang la habiskan citer K-Drama Marry My Husband tu...kebetulan dah di episode last dah..ingatkan balik tu x jammed...jammed jugak sudahnya masuk Nilai...
Suami dah lapar sangat, suami ajak singgah makan..SA nak makan simple2 je..kan SA diet....so sinilah persinggahan kami...suasana pun cozy lepas Maghrib kan...kami x pernah singgah sini...sedap ke x sedap ke belakang cerita..kan?
Bagusnya kedai ni...SERVICE SANGAT LAJU....blom panas punggung kami duduk, makanan dah sampai...
Kami sepakat pilih Teh O
SA nampak mee Kungfu...so order ni la sebab dia banyak sayur sayuran
Order jugak tomyam campur
Nasi Putih untuk suami
Telur bungkus
Isi tomyam banya sangat dan sedap..cukup segala rasa..bagaikan makan di Thailand
Candid by suami...nasib x buruk sangat
Alhamdulillah kenyang...
SA ada up gambar kat FB, ye la..FB SA tu sunyi lately...dulu aktif kat situ...so Post tu sync ke Thread...ada readers dari Nilai cakap kat situ makan memang sedap, paling sedap tomyam putih katanya..next time boleh la SA cuba lagi..lepas tu katanya situ jadi tempat lepak student2 USIM. Maybe sebab tu la x mahal sangat harganya...
Nanti boleh la ajak Nia dan PZ makan kat situ..jauh sikit x pe kot..asyik.makan kat Seremban aje...
Kedai ni plak berdekatan dengan AEON Nilai...lepak malam best sebab x sesak...kedai Tomyam kan sinonim bukak petang sampai tengah malam...
Total damage kami suami isteri makan RM28..
Murah kan?
Nampak sedap2 makanannya tu. Service laju ok la tu takdela lama menunggu.
ReplyDeleteBerselera tengok tomyam tu, nampak sedap.
ReplyDeleteMurahnya harga makanan.
ReplyDeleteService laju tu best nak² tengah lapar hehe
ReplyDeletefuhhh sup gearbox eak...memang tak dapat control makan
ReplyDeleteHarga dia ok sangat SA. Nampak banyak isi tomyam tu. Macam2 ada. Nampak sesungut sotong kat Mi SA. Part tu paling saya suka.
ReplyDeleteWah, nampak berlenang-lenang kuah tomyamnya. Warnanya pun mengancam.
ReplyDelete