Tuesday, August 12, 2025

Bawak PZ Sarapan Di Roti Canai Kari Kambing Ulu Bendul

Assalamualaikum...

Pagi Ahad semalam, udara segar dan jalan menuju Ulu Bendul sunyi-sunyi sejuk..hujan renyai-renyai dari Seremban lagi..Sesekali nampak kabus nipis menyapa bukit-bukit hijau di tepi jalan. PZ duduk di belakang dengan suami, wajah tenang sambil menikmati pemandangan luar. Walaupun perjalanan tak jauh, suasana kampung, bukit bukau dan kehijauan hutan, memang buat hati rasa lapang...SA pun sama menikmati keindahan alam..lama x bawak PZ keluar ..

SA ala-ala jadi tour guide dan Dania memandu untuk PZ dan suami bawa diorang sarapan di satu tempat yang memang “hot” sekarang: Roti Canai Kari Kambing Ulu Bendul. Nama pun dah sedap, apatah lagi rasa!

Sebenarnya dah banyak kali kami ke sini..last masa 2022 masa tu arwah Mak masih ada...dan untuk 2025 ini pertama kali singgah sebab sampai saja, memang full house. Bukan setakat orang kampung, malah geng motor besar dari KL pun singgah. Macam-macam warna helmet, macam pesta. Terus rasa macam kedai ni "international level."

Jom tengok gambar..







Tebaran roti canai brader ni wow betul


Menu utama? Roti canai kari kambing  padu, pekat, dan penuh rasa rempah. Daging kambingnya lembut betul, macam dia pun rela hati masuk perut kita. Roti canai pula rangup di luar, lembut di dalam. Makan pula waktu pagi yang sejuk, memang kombinasi syahdu.

Kalau bukan peminat kambing (walaupun rugi besar), ada juga pilihan lain: kuih-muih tradisional yang comel-comel, dan nasi lemak ayam goreng yang baunya boleh buat orang menoleh dua kali. Ada juga pulut kuning sambal ikan bilis .sambal memang style kampung orang lama-lama buat.




Suami pilih Nasi Lemak


Kuih Kasui


Sarapan kami...yummy


SA punya part ni..Lamb Shank...dap!!!


PZ makan karipap dulu



Anak dara SA ni...dia nak daging aje ye..kalau ada tetel ke lemak ke dia x makan..


Ayam berkeliaran x takut orang langsung...



Sebelah PZ tu ada orang jual ikan sungai dan jus nenas...

Seronok tengok PZ happy, tp dia x banyak cakap masa ni sebab temapt ni mengimbau kenangan dengan Arwah Mak..Mak paling suka makan kat sini




focus betul SA makan...

Masa nak balik kedai tetap penuh orang beratur tunggu roti canai panas


Selfie bersemut jap



Total damage makan kat sini RM78..

Kari kambing la plak kan..sekali 2 bekas ambik..alhamdulillah sedap..habis semuanya kami makan...sesekali buat diorang happy.

PZ, Suami dan Dania makan dengan senyum lebar, SA pula puas hati dapat bawa diorang “food trip” kecil-kecilan. Kadang-kadang, tak perlu tunggu cuti panjang pun untuk cipta memori manis cukup dengan secawan teh O , roti canai kari kambing, dan orang yang kita sayang di sebelah. 

Kenapa Viral?

Kedai ni mula jadi bualan bila ramai food vlogger dan rider motor besar dari luar Negeri Sembilan singgah dan muat naik video di media sosial. Ramai yang tertarik sebab lokasi kedai yang strategik dekat dengan Hutan Lipur Ulu Bendul jadi port rehat sebelum sambung perjalanan. Gabungan suasana kampung, makanan sedap, dan pemandangan hijau membuatkan tempat ini Instagram-worthy dan jadi “must try” kalau ke Negeri Sembilan.

Tips & Info Lokasi
Roti Canai Kari Kambing Ulu Bendul
Lokasi: Jalan Seremban – Kuala Pilah, berhampiran Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari (awal-awal datang, cepat habis!)

Menu wajib cuba: Roti canai kari kambing, nasi lemak ayam goreng, Pulut Kuning dan sambal, kuih-muih tradisional

Tip: Datang awal untuk elak beratur panjang & pastikan perut kosong untuk “full experience”


22 comments:

  1. Alahai Dania.... tetel dan lemak itulah yang sedap!

    ReplyDelete
  2. Wah another level ni SA, siap ada lamb shank ye kedai gini... Kalau lalu sini bole la singgah

    ReplyDelete
  3. Ok..kenyang perut suka hati..harga ok berpatutan..ayam jangan naik atas meja ya..

    ReplyDelete
  4. Fuhhh dasyat lamb shank. Sedapnya dapat makan roti canai fresh baru lepas tebar cicah pulak dengan kari kambing. Macam tak cukup sekeping.

    ReplyDelete
  5. Kalau wak, kari kambing tu memang cari tetel dan lemak, isi tak suka.
    Apalah Dania ni.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak sampai Ulu Bendul. Dulu time sekolah, selalu lalu. Sebab tengok kakak tengah asrama di Kuala Pilah. Terbaik la, roti canai cicah kari kambing. Masya-Allah, siap ada lamb shank. Fuh.. 😋👍

    ReplyDelete
  7. Tenguk karipap tu alahaiiiii nampak sedap je. Tetel dengan lemak le sedap dania. hehehehe

    ReplyDelete
  8. teringin nak mandi kat ulu bendul tu, tak sampai lagi..
    roti canai tu memang nampak sedap lah..kalau lapar, memang boleh g 2,3 keping nie..kikiki

    ReplyDelete
  9. sedap menu menu..ish terus lapar roti canai

    ReplyDelete
  10. Roti Canai kari kambing sedapnya

    ReplyDelete
  11. Tengok roti canainya nampak rapuh, sedap.
    Baguslah kedai ni asing untuk yang take away dan dine in, ada sistem.
    Dulu masa duduk Nilai, hujung minggu suka JJCM kat Pilah.

    ReplyDelete
  12. Mmg nampak sedap kari kambing tu...

    ReplyDelete
  13. ya allah.. sedapnya kari lamb shank tu.. ^^

    ReplyDelete
  14. Kari kambing ni makan juga tapi kuantiti yang sedikit. Alhamdulilah dapat cipta memori dengan yang tersayang.

    ReplyDelete
  15. k set...Nnt bila2 bleh singgah sini plk =)

    ReplyDelete
  16. Tempat ni sentiasa ramai orang tak kira weekend ke weekdays. Penuh je kereta tepi jalan tu. Saya je tak pernah singgah lagi. Viral sebab sedap dan vibes kampung tu yang orang suka datang makan. Ride jauh-jauh makan sarapan kat sini. Siap ada lamb shank lagi tu. Perut pun senang hati dapat makan sedap. Sedih pulak tengok Pak Zain terkenangkan kenangan lama dengan arwah.

    ReplyDelete
  17. Ohh mungkin kami tak singgah sebab kami bukan penyuka daging kambing kot. Rugi tu tidaklah, tapi menguntungkan orang lain. hihi...Banyak juga menu menarik kat sini. Ada jual ikan segar dan jus nanas segar tu best jugak kalau beli.

    ReplyDelete
  18. Kari Kambing tu betul-betul rupanya sedap sangat..memang sedap pulak tu..nak try tu taktaulah bilanya😅

    ReplyDelete
  19. One fine day nak singgah juga.. rasa pernah nampak masa kerap ke Muadzam dulu.

    ReplyDelete
  20. Sampe saya googling, kalo dari hotel saya di Putrajaya nanti, ke tempat ini berapa jam, ternyata 1 jam hahahahahahaha. Jauuh juga yaa 😂. Aiiih kari kambingnya mantaaaaap kak. Coba lah kakak kasih rekomendasi kari kambing mantap di sekitaran Putrajaya atau KL . Nanti bisa saya coba

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah