Tuesday, August 26, 2025

Dania Hiking Bukit Senaling Anjuran Kelab Di Bawah Fakulti

Assalamualaikum..

Dania ni banyak betul aktiviti dia..macam- macam...terbaru dia join hiking anjuran Kelab di bawah Fakulti dia Members of Business Management Association. Dania dah Hiking di Gunung Lambak dan Bukit Senaling anjuran Mebma ni...Dania jugak dah naik Gunung Datuk dengan Sekretariat Rakan Muda.

Apa itu Sekretariat Rakan Muda?
Sekretariat Rakan Muda (SRM) ialah sebuah kelab atau badan pelajar yang ditubuhkan di institusi pendidikan (contohnya universiti, kolej, atau sekolah menengah) di bawah Program Rakan Muda yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
👉 Tujuan utama SRM:
  1. Jadi jambatan antara pelajar dengan program belia & komuniti anjuran KBS.
  2. Melahirkan pelajar yang aktif, berdaya saing, dan berketerampilan.
  3. Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kesukarelawanan, kebudayaan, inovasi, kesenian, sukan, patriotisme, dan kepimpinan.
  4. Mewujudkan ruang pelajar untuk membangunkan bakat & potensi diri melalui aktiviti berpersatuan
Sabtu lepas Dania dan rakan- rakannya naik Bukit Senaling, Bukit Senaling ni terletak di Kuala Pilah. Ketinggian hanya 394M / 1293FT dan akan mengambil masa mendaki secara santai dalam 1-2 jam pendakian. Senang cerita tidak perlu terburu-buru kerana tidak jauh pun puncak yang dikejar. Bukit ni memang tak tinggi tetapi sedikit mencabar dengan laluan yang pacak...takde belanja langsung ye..sebab SA pun dah pernah naik..

Jom tengok gambar yang sempat Dania share dengan SA..


Sampai aje jam 6.30am, tunaikan solat Subuh dulu...



Menunggu di tempat pendaftaran


Briefing session oleh guide/ sweeper


Doa dulu sebelum gerak...semoga allah permudahkan


pemandangan ni yang mendamaikan



Lalu jugak kawasan sawit ye


berpoloh- poloh ha...




lalu kebun getah gak




Dah sampai puncak


Tahniah dah sampai puncak Bukit Senaling..cuma takde awan carpet erk..


SA dari rajin hiking dulu mencari awan carpet..x pernah dapat..



SA suka gambar ni...cantik...

Bagi Dania, hiking bukan sekadar aktiviti hujung minggu, ia terapi minda, cara untuk cabar diri, dan peluang untuk rasa lebih dekat dengan alam. Setiap kali sampai ke puncak, rasa penat hilang bila nampak keindahan ciptaan Tuhan di depan mata.

Kalau korang tengah cari hobi baru, mungkin hiking boleh jadi pilihan. Tak perlu terus aim gunung tinggi, mula je dengan bukit kecil dulu. Mana tahu, macam Dania, korang pun akan jatuh cinta dengan bau tanah selepas hujan, bunyi hutan yang tenang, dan kepuasan bila sampai ke puncak.

So, lepas ni hujung minggu nak buat apa? Kalau rasa nak cuba sesuatu yang lain, jom pakai kasut sukan tu, bawa air, dan cuba hiking. Siapa tahu, satu hari nanti kita boleh hiking sama-sama. 😉

Nanti cuti panjang Hari Malaysia nanti SA nak ajak Dania naik Bukit Sikai la...training lagi dan lagi...ajak gak suami kan..dia lagi la..dulu masa zaman muda dia siap naik Kinabalu tapi tak sampai ke puncak la..separuh jalan je..sebab mental x kuat...hahahaha....


11 comments:

  1. Wahhh ... Ada hobi baru, pewaris hobi mama la ni, hiking.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah selamat Dania sampai ke puncak. Adik saya seorang hiking gunung Rinjani, Indonesia dan terbaru dia pernah hiking gunung di Kathmandhu, Nepal di Annapurna. Lepas tu nak naik lagi Mardi Himal Based Camp kat Nepal. Jalan memang mencabar. Pergi pulak suami isteri....tapi saya tidak menggalakkan pun....sangat risau sebab pernah ada kes. Apa apa hal memang saya tak support mereka. Kakak dia risau sangat sebenarnya. Tak boleh nak support pun. Kalau gunung kat Malaysia ni ok lagi dan rasa selamat sikit. Percaya dengan pasukan perubatan kat Malaysia ni tapi kalau Nepal?.

    ReplyDelete
  3. tahniah dania! bukit senaling ni memang mudah dan view dia pun cantik jugak

    ReplyDelete
  4. Waktu muda ni la Dania boleh cuba macam2 aktiviti. Nanti dah tuo2 macam aunty ni maleh dah nak panjat2 bukit ni syok golek atas katil je 😆

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Seronok la aktiviti mcm ni sis..Sy suka.. =)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah selamat sampai semuanya.. sis kalau hiking, sis surrender, semput.. kalau brisk walk jauh2 pun xpe.. sis sanggup.. ^^

    ReplyDelete
  7. Seronok juga tengok aktiviti Dania ni... tak mencabar sgt tapi elok cantik pemadnagannya

    ReplyDelete
  8. Seronok nya Dania join aktiviti hiking

    ReplyDelete
  9. ammi belum pernah lagi hiking bebetul. takat hiking manja-manja masa gi kursus BTN lepas SPM dulu jelah

    ReplyDelete
  10. Bagus Dania aktif join aktiviti. Bukit Senaling ni bermacam trail dia. Dari rumah orang, masuk ladang getah, sawit, semak-semak, hutan. Cuma trail kat sini sempit sikit dan banyak peak tipu-tipu. Ingatkan dah sampai, rupanya belum. Lepas tu permit sini paling mahal sampai RM15. Tapi view dia 360 degree memang best dan cantik. Bukit Sikai tu kalau masih semak tak bestlah. Harapnya dah terang lah baru syok hiking. Hiking Bukit Kepayang kak, dekat sikit. Awan karpet Bukit Sikai dan Senaling tu kena pergi awal lagi. Apa-apapun tahniah Dania and the geng.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah