Assalamualaikum wrt....
Semalam...PZ dan Nia pi Ampangan ada pesta Mantai...memang setiap kali nak sambut Puasa, Nak sambut Hari Raya dan Aidiladha, memang akan ada Pesta Mantai ni...
Apa maksud Mantai tu?
Mantai ialah tradisi melapah dan memotong daging sembelihan secara gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan sehari sebelum menyambut Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, atau Aidiladha. Ia berasal daripada dialek "membantai" (menyembelih/melapah) dan merupakan simbol adat serta budaya untuk mengeratkan silaturahim dengan menikmati hidangan segar bersama keluarga.
Berikut adalah fakta penting mengenai tradisi mantai:
Asal-usul: Perkataan ini berasal daripada bahasa dialek Negeri Sembilan iaitu "membantai", yang membawa maksud melapah daging sembelihan.
Waktu Sambutan: Dilakukan sehari sebelum bermulanya bulan Ramadan, atau sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Tujuan Tradisi: Aktiviti ini mengeratkan hubungan kekeluargaan, semangat gotong-royong, serta memastikan bekalan daging segar diperoleh untuk juadah perayaan.
Keunikan: Merupakan identiti budaya yang sinonim dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Lokasi: Sangat sinonim dengan penduduk di Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, dan Tampin.
Hari Mantai menjadi sangat istimewa kerana kebiasaannya harga daging yang dijual pada hari tersebut adalah lebih murah berbanding harga pasaran, terutamanya melalui program Mantai Perdana yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.
Dulu ditemani areah Mak..sekarang samada pergi dengan SA atau pergi ngan Dania atau ahli keluarga lain...kali ni SA x sihat, Nia yang temankan
Orang dh mula ramai
Daging lembu yang dh dilapah untuk jualan
Harga yang dipaparkan adalah harga di pasaran
Geram plak tengok nenas ni
Pz beli 2 biji
Dah dapat apa yang nak dibeli, PZ tapau roti canai plak untuk sarapan...
SA x tengok pun apa yang PZ beli...SA dh pesan jangan beli banyak...eh...knowing PZ, dia memang akan beli macam-macam penuh fridge....lepas tu buntu x tau nak masak apa...selalu macam tu...lepas tu tanya SA nak masak apa....sabar je la...
SA x sihat ni..demam dan batuk teruk..memang x boleh nak fikir dan focus..batuk ni pelik la..dia datang tiba-tiba je terus teruk...abdomen SA dah rasa bengkak dan sakit giler ni penangan batuk ni..sampai menangis bila nak batuk sebab x tahan sakitnya ke perut dan dada...kepala rasa nak pecah...ubat dh nak habis makan dh....esok nak puasa ni...tahun lepas pun sama keadaan macam ni...penat la...
Disebabkan x sihat ni tergendala segala apa yang dirancang, especially nak beli baju raya...

























PZ tk sbr nk mantai tu
ReplyDeletePersiapan nak sambut ramadan ya, SA. Dekat kampung-kampung belah suami saya, dia orang buat kenduri nak sambut ramadan. Kena jumpa doktor tu, SA, takut melarat.
ReplyDeleteKat Lipis ni pun ada aktiviti menyembelih ni sebelum puasa & sebelum raya. Memang ramai la orang jual. Dulu masa ada ayah jela dia pi membeli. Semoga cepat sihat kak SA.
ReplyDeleteMahal erk harga daging kat sana
ReplyDeletePetai tu sedapnya...padehal baru makan petai....
ReplyDeleteSemoga diberikan kesembuhan. A-Min
ReplyDeleteAwal2 saya pikir PZ dan Nia pergi ke pantai 😄😄. Sebab mantai itu kalau di sini bahasa informal yg maksudnya pergi ke pantai 😂.
ReplyDeleteSetelah baca baru paham. Tradisi ini ada di Aceh juga. Tp namanya Meugang. Jadi selalunya 1 hari sebelum puasa atau raya pasti ada.
Kak SA cepat sehat yaaaaa. Tahu sangat rasanya kalau batuk dah Sampai sakit ke perut dan dada. Pernah rasa dulu 😫. Memang macam nak menangis
ReplyDeletemoga cepat sihat SA batuknya. dah try minum air rendaman kembang semangkuk? kat kedai runcit atau eco ada biasanya. kata orang tua tua biar batuk cepat longkah(cepat lega)
ReplyDeletesaya pun sama macam kak fanny, ingatkan nak pergi pantai haha. baguslah org nismilan masih mengekalkan adat2 nya
ReplyDeleteLepas baca blog SA lah baru tau pasal mantai ni. Seronok tengok.
ReplyDeleteBaca sekali imbas ingatkan pi pantai 😁
ReplyDeleteBagus jika tradisi begini masih diteruskan.
bestnya sbb SA masih ada ayah....MZ rindu my arwah ayah ...:(
ReplyDeleteLepas beli barang basah ..singgah isi perut dulu ..
ReplyDeleteBtw thanks akak SA share perkataan mantai ..
CCL dapat ilmu baru