Assalamualaikum wrt...
Hari ni SA nak share resepi kuih buah Melaka atau ada yang panggil Onde Onde. Di NS, kuih ni dikenali dengan panggilan Kuih Kelepong...SA x tau la macam mana boleh diberi nama cenggitu..dari kecik memang diorang sebut macam tu...lain-lain tempat lain namanya tapi yang paling popular Buah Melaka la kan...
Kuih tradisional kegemaran ramai lembut di luar, cair manis gula melaka di dalam. Memang tak cukup sebiji!
Kenapa SA cari dan share resepi ni? Sebabnya awal Ramadan hari tu PZ dan Dania ada beli...sedih uolls..tepung semata dan ada gula sikit secubit je...sebabb tu SA marah orang yang meniaga kat bazar ramadan ni...buat x ikhlas...lepas tu harga mahal...geram aje la..ha..weekend ni buat sendiri...SA x pandai buat kalau x tengok resepi...biasa arwah Mak yang buat dulu...so sekarang kena la belajar sebab kuih ni fav seisi keluarga kan...
Kuih Buah Melaka (Onde-Onde)
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan air (tambah sedikit jika doh kurang lembut)
- 1/2 ketul gula melaka (potong dadu kecil)
- 4–5 helai daun pandan (kisar bersama 1 cawan air)
- Sedikit pewarna hijau (pilihan)
Kelapa parut putih + sedikit garam halus (gaul dan kukus sekejap)
Cara-cara:
1. Sediakan doh – Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Masukkan air pandan dan pewarna hijau. Uli hingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di tangan.
2. Letak inti – Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan. Letak gula melaka di tengah, kemudian tutup dan bulatkan semula.
3. Rebus – Didihkan air bersama 2 helai daun pandan yang disimpul. Masukkan bebola doh. Bila timbul, angkat dan toskan.
4. Salut kelapa – Golekkan kuih dalam kelapa parut yang telah digaul garam. Siap untuk dihidangkan.
Kredit Resepi: zura zul via mahn





I loike kuih melaka =q
ReplyDeleteSedap ni.. akak kalau buat kadang tak puas hati tang gula melaka tu. Kadang ada yang tak cair.. terasa gulanya bila dikunyah.
ReplyDeletenieyl suka makan tapi x suka buat hahaha..
ReplyDeletefirst puasa aritu, adik ipar dekat penang tu buat , dia bekalkan untuk nieyl dekat selangor ni..hehehe..
Saya pun suka kuih ni. Setakat ini, tak pernah buat sendiri. Beli je. Memang tak cukup sebiji. 1 bekas boleh habis saya sorang. 😋
ReplyDeleteSuka sangat kuih buah Melaka. Nak buatnya ambil masa sikit :)
ReplyDeleteSuka juga kuih ni.
ReplyDeleteGeram juga kalau beli tapi inti gula melaka ciput je kan… lagi puas hati buat sendiri, boleh letak gula banyak sikit sampai meleleh 😍
ReplyDeleteMemang antara kuih favorite. Sedih kan kalau dapat kulit tebal, gula melaka secubit.
ReplyDeleteKebetulan tengah tunggu Gula Melaka sampai nih..nanti bolehlah try buat..
ReplyDeleteBuat ni mudah tapi kadang nak jumpa kelapa parut yang cantik susah.
ReplyDeleteSedap betul ini mbak... Gula cairnya itu lho, mantap.
ReplyDeleteTapi berhubung sekarang lagi ramai matcha, seringnya tertukar dengan bola-bola matcha, hahaha
fav anak buah ayu ni...setiap kali puasa memang byk kali mak dia buatkan,
ReplyDeletemy boys suka niii
ReplyDeleteMungkin yg bagi nama kelepong ada darah Indonesia kak. Sebab di Indonesia, nama kue ini KLEPON. Saya sukaaa. Tp tuhlah, paling benci kalau dapat yg jual hanya tepung semata, gula hanya secuiiit 🤣. Blacklist langsung
ReplyDeleteAmmi pun pakai kelepong dulu sbb dia terapung kot lepas masak. Mmg nyampah ek beli kuih skrg
ReplyDeletesetiap tahun Cie selalu buat ni. dulu belajar dari mak.
ReplyDeleteGeram kan dgn peniaga bazar ni.
ReplyDeleteKuih ni antara fav saya. Dulu pernah tolong mak buat sekali je haha