Assalamualaikum wrt..
Petang Khamis tu kami 3 beranak keluar rumah kejap pergi beli barang- barang kenduri rumah adik SA tu...ada la nak top up a few barang lagi...walau adik yang buat kenduri tetap la kami adik beradik yang lain bantu apa yang patut..lepas ke Mydin Seremban 2 kami 3 beranak ke Polperro Seremban 2 ni...eh xde PZ? dah ajak dia tapi dia kepenatan..ye la dari pagi sampai pukul 3 petang berjalan kan...lepas tu hujan lebat betul so dia malas nak keluar dah....
Polperro Steak House merupakan restoran makanan barat (Western food) popular di Seremban 2, terkenal dengan hidangan steak yang padu dan berpatutan, sesuai untuk makan bersama keluarga atau rakan-rakan, terletak di Pusat Dagangan, Jln S2 B20, berdekatan dengan Mydin dan Dataran Centrio, Polperro Steak House menawarkan suasana mesra dan dibuka setiap hari dengan waktu operasi yang fleksibel. Polperro dianggap sebagai salah satu restoran yang paling berbaloi (worth-it) di Malaysia dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Steakhouse baru yang affordable...harga pun murah dari lambakan steakhouse yang lain...
Buku menu
Honey lemon for Dania (RM5), Ice Lemon Tea for Mama & Uncle (RM4 each)
Tagline: Affordable Doesn't Mean Ordinary. Enjoy Extraordinary..
Add on set nugget RM7.90
Carbonara Beef Spaghetti RM13.90 - Suami punya
Fried Kuey Teow RM14.90 - Dania punya
Ribeye Premium Chilled Grain Fed RM54.90 - SA punya
Close up skit
Suasana dalam kedai...ramai family crowd bawak anak- anak..ada sambutan hari lahir juga...
SA dan suami...SA yang kepenatan
Total damage RM149.35 - Murah kan?
Pandangan peribadi SA tentang Polperro ni...memang worth it la dari segi harga, makanan pun ok. Environment pun ok. Selain tu restoran ni sangat mesra family...x hairan la ramai family yang memilih Polperro...portion makanan pun ok dan worth it..x besar dan x kecik tapi ngam untuk semua menikmati steak dengan harga yang berpatutan...selain wertern ada juga menu Rasa Malaysia yang diketengahkan...
Nama "Polperro" diinspirasi daripada sebuah kampung nelayan yang unik di Cornwall, England.
Waktu Perniagaan:
Sabtu - Khamis: 2.00 pm - 10.30 pm
Jumaat: 4.00 pm - 11.30 pm
Boleh la repeat lagi nanti....untuk PZ, SA tapaukan Grilled Chicken Fried Rice RM15.90..

















Besar udang dalam fried kuetiau. Ribeye steak pun nampak sedap. Handbag SA pun lawa. Hehe..
ReplyDeleteSteak tu murah betul! Jarang2 dapat jumpa steak harga bawah RM100. Tempat tu lawa. Berbaloi makan kat Polperro Steak House tu.
ReplyDeleteOwh best yee..nama Polperro memang glamour juga ni.. Cuma kaau Polperro dekat Bandar Seri permaisuri bagi saya, kureng sikit laaa
ReplyDeletewah menarik. leh try nanti ni
ReplyDeleteNampak hidangan semua yang dipesan tu sedap dan portion banyak juga.
ReplyDeleteBaca nama kedai..terus terbayang pepero stick .. hahaha.. jajan yang selalu anak² beli...
ReplyDelete