Tuesday, December 2, 2025

Sarapan SA Hari Ini 2 Disember 2026

Assalamualaikum wrt...

Malam semalam dh prep bahan..cuma xde timun dan tomato ada salad aje...lantak kan..belasah aje apa yang ada..untuk sarapan kami suami isteri hari ni SA buat sandwich sardin..guna sardin cap Yusof Taiyoob yang viral di Tik Tok..SA biasalah kalau tak terjebak jangan la panggil.SA kan...masa tu ada promo masa live...beli sampai 12 tin..hahaha...sudahnya x habis-habis..yang habis sardine cap ayam je...haaa...lepas ni habiskan sardin YT ni...ada 5 tin kecik lagi tu...nanti baru stock up barang dapur...sedap ke sardin YT ni? Boleh tahan la..sedap kalau dijadikan rencah untuk nasi goreng dan bokeh je buat sambal cuma ikan sardinnya size kecik benau....



2 set sandwich untuk SA...untuk suami 3 set sebab dia kerja kuat dan kerjanya berat skit...


Bukti letak salad je




 Today's look...

Hari ni pakai knitted blouse sebab malas nak gosok baju kerja..tudung kaler sedondon..less make up..no foundation at all..kang nak solat payah nak bersihkan mekap dan amim masa lama so pakai sunscreen, celak, maskara dan lipstick aje...cukup la..bersihkan muka dengan wet tissue makeup je dah settled...

Nama SA naik untuk pi training next week 2 hari...hehehe....lengkap dah KPI tahun ni ada 2 training dah...


12 comments:

  1. Pakai sunscreen je mudah. Sekarang pun dah ada jenis tinted. Nak cuci untuk solat pun senang. Settle !
    Ada sardin ye YUTA. Ingat kurma je. Ketinggalan betul Naniey...

    ReplyDelete
  2. Lahamdulillah...sandwich pun sedap tu SA

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sandwich kalau letak salad, timun, tomato. Cie pun kalau kerja pakai moistuzer & sunscreen je senang nak solat.

    ReplyDelete
  4. Senang kerja, ringkas je buat bekal sandwich sardin. Ini kalau satu tak cukup. Tak pernah cuba lagi YT punya sardin. Tak perasan pulak viral. Cantik today's look. Saya pun tak makeup. Lagi ringkas, pakai moisturiser je. Sunscreen tak pakai dah sebab mostly allergic. huhu...

    ReplyDelete
  5. Saya kalau ada sardin kaleng, biasanya juga utk isi sandwich kak. Lebih sedap.

    Yg paling dibenci kalau pakai makeup lengkap, memang saat membersihkan Krn nak sholat. 🤣. Lamaaa urusannya. Cuci muka lagi , double cleansing. Lalu selesai sholat, makeup balik 😂😂. JD pas kerja dulu, sayapun seringkas mungkin. Foundie tuh memang tak suka dulu.

    ReplyDelete
  6. Kawan akak pun promo sardin YT. Bekas kecil je kalau buat masak memang tak cukup le. Sardin cap ayam le sedap tapi mahal dah sekarang. Ada lagi sardin Adabi. Hah tu pun ok le untuk tekak akak.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. SA google dan jumpa ni....asal usul Sandwich...
      Sandwic dinamakan sempena nama John Montagu, Earl Sandwich Ke-4, seorang bangsawan Inggeris abad ke-18 yang suka bermain kad dan bekerja. Beliau meminta daging diletakkan di antara dua keping roti agar dapat makan sambil bermain atau bekerja tanpa mengotorkan kadnya. Rakan-rakannya kemudian mula menempah makanan yang sama dengan mengatakan "minta yang sama seperti Sandwich," dan nama itu akhirnya menjadi "sandwich".

      Delete
  8. Suka sandwich simple dan mengenyangkan juga.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah