Wednesday, December 10, 2025

Dania Masak Apa Hari Ini #8

Assalamualaikum...

Berbaki beberapa hari lagi cuti Dania....Isnin nanti dia dah masuk Sem 5 dah...lepas tu tinggal 3 sem aje lagi...masa yang ada Dania manfaatkan dengan belajar memasak...kay bawah ni antara lauk yang dia belajar masak. Lauk ikan cencaru goreng kunyit hidup dan bawang putih ni memang lauk fav kami sekeluarga...so SA suruh Dania belajar masak lauk ni...alhamdulillah dah boleh masak, lulus cemerlang kata atuknya..sama macam resepi arwah Uwan dia..


Sedap...perfect..ikan pun goreng elok sempurna isinya juicy sebab jaketnya tu ada lindung isinya kan...sebab tu suka buat guna ikan cencaru ni...


Ni plak ayam goreng tepung..presentation x nak kalah...hahahaha...


So SA x risau la kalau in the future Dania tercampak kat mana- mana negeri, SA x risau bab makan dia sebab dia dah boleh masak...masalah kalau x pandai masak..masalah kalau dia makan memilih...kalau sebelum ni ada je yang dia x suka atau x nak cuba makan..tapi sejak umur dia 19 tahun SA dah bagi tau...kena cuba makan..kalau x cuba x tau boleh makan ke tak...nanti kalau pergi rumah orang..orang hidangkan makanan yang awak x suka tak kan awak x nak makan kan? better belajar makan dari sekarang especially sayur..rumah orang x sama ngan rumah kita kan...ye tak?


9 comments:

  1. Baguslah SA ajar Dania masak banyak lauk. Nak dibanding dengan saya dulu, lepas kawin baru nak belajar masak, rujuk buku resepi.

    ReplyDelete
  2. Bagus didikan SA 👍🏽
    Senang hati tengok anak remaja macam Dania ni, rajin masak.
    Saya sama macam Tot, lepas kawin baru belajar masak 🤭

    ReplyDelete
  3. Bila pandai masak boleh hidup walau kat mana pun. Senang bila berjauhan dengan family. Nak makan apa boleh masak sendiri. Sekarang pun dah senang resipi kat merata ada boleh belajar. Compare zaman dulu semua main agak2 je.

    ReplyDelete
  4. Baguslah Dania.. macam macam dah boleh masak. Naniey pun tengah nak ajar Naura cuba makan macam macam. Bila paksa makan gaya macam orang bagi racun. 🤦🏻‍♀️

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..bagus ajar anak-anak. anak jantan kita pun ajar dah masak nasi semua

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan SA.. Kita didik anak memasak dan buat kerja rumah biar dia boleh berdikari semua untuk diri dia sendiri. Jadi takde masalah bawa diri ke mana-mana.. Indirectly as a parents takde la risau sangat kalau anak tinggal jauh sebab belajar atau kerja nanti.

    ReplyDelete
  7. Ikan goreng tu menambat mata betul.

    ReplyDelete
  8. congrats dania! bestnya dh ada skill memasak tu!!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah