Wednesday, December 17, 2025

Roti Sardin Goreng, Simple Tapi Sedap Luar Biasa!

Assalamualaikum wrt...

Minggu depan dah cuti sekolah kan...mesti mak- mak buntu nak sediakan makanan untuk anak- anak..x kisahlah untuk sarapan pagi atau minum petang..last week Sabtu SA buat sarapan pagi roti sardin versi goreng...lupa plak nak share...perasan ada gambar masa nak delete gambar dalam galeri handphone..Kalau pagi-pagi time cuti sekolah nanti mak/mama/umi/ibu masih tercari-cari idea sarapan atau snek petang, RotiSardin Goreng inilah jawapannya. 

Ringkas, jimat dan paling penting, seisi rumah suka..Roti Goreng Sardin ialah sejenis hidangan ringkas yang dibuat daripada roti sandwich berinti sardin, kemudian dicelup ke dalam bancuhan tepung dan telur sebelum digoreng hingga keemasan dan rangup..

Jom tengok cara- cara nak buat Roti Goreng Sardin



lepas goreng tos kan minyak kejap...


siap untuk dihidang

 
CARA MEMBUAT ROTI GORENG SARDIN

Bahan-bahan:
  • Roti sandwich
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 2 sudu kecil garam
*Tip: kunyit bukan saja bagi warna keemasan menyelerakan, malah bantu naikkan aroma apabila digoreng.

Cara-cara memasak:

1. Gunakan sardin dalam tin, hancurkan sedikit dan perasakan ikut selera (boleh tambah bawang atau cili jika suka).

2. Letakkan inti sardin di antara dua keping roti, tekan ringan supaya kemas.

3. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.

4. Goreng ke dalam minyak panas hingga keemasan dan rangup.

5. Toskan minyak, potong dua jika mahu dan hidangkan panas-panas.

Tak kiralah hidang Roti Sardin atas meja pada waktu pagi atau petang, mesti cepat habis. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa juga menyukainya.

Menu ini memang sesuai untuk pagi yang sibuk atau waktu petang bila perut berbunyi. Hasilnya rangup di luar, lembut berinti di dalam dan cukup mengenyangkan.

Selamat Mencuba!!

Ada banyak lagi resepi untuk semua ibu- ibu yang mencari idea untuk memasak untuk anak- anak yang sedang bercuti..nanti SA share kan ye...

3 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah