Monday, December 8, 2025

Lepak 3 Beranak Di Restoran Satay Sedap Sikamat

Assalamualaikum wrt...

Hi korang..

Selamat pagi...SA training 2 hari start hari ni dan esok...maybe x banyak entry la SA up untuk 2 hari ni...tapi last week SA dah cover banyak entry kan..

Sabtu malam lepas keluar beli barang dapur kami 3 beranak lepak kat Restoran Satay Sedap Sikamat di Temiang Corner...SA sebenarnha x tau wujudnya Satay Sedap Sikamat ni..rupanha dah ada since zaman PKP lagi..bermula meniaga depan rumah sampai dah punya premis sendiri. Sebelum ni lokasi di Pulai Perdana Sikamat sekarang dah pindah di Temiang Corner.

Ni gara-gara Afzan blogger la ni dia update makan satay terus SA teringin makan satay sebelum ni makan Satay Bonda..yang SA rasa paling sedap kat area rumah SA..rupanya ada yang lagi sedap...cuma nak kena sabar menunggu la...ramai giler orang...selain oeanv melayu kita, jadi tumpuan jugak pada kaum cina dan india...SATAY Sedap Sikamat menjual pelbagai jenis sate iaitu ayam, daging, kambing dan perut. Ada jugak menu burger dan nasi lemak..

Sempat SA snap gambar untuk update blog..



Berpusing-pusing gak la Suami mencari tempat ni..rupanya senang aje nak ke sini..koranv waze je sure sampai..


Bukti orang ramai


Guna kontena je kiri kanan dan interior memang menarik...


Kaunter bayaran dan papan tanda paparkan menu..korang akan diberi kertas mengandungi menu untuk order sekali buku menu


Ada band jugak ye...setiap hujung minggu diorang perform kat sini..Gedabucks dh officially tutup so dah x banyak excitement malam minggu kat Seremban..ada kat sini so rajin la SA lepak sini nanti..


Ada tempat duduk style buaian juga kat sini..first come first served..


Buku menu


Gigih study menu


Kesayangan merangkap menteri kewangan


Akauntan keluarga


Kami 3 beranak yang membesar sihat bagai johan...


Brader ni suara sedap gila..SA enjoy berul dengar suara dia..


Minuman kami


Yeay satay dh sampai..order 5 satay daging, 5 satay ayam dan 5 satay kambing..kenapa order sikit?saje nak test dulu..nanti esok-esok boleh repeat lagi kan...


Satay kambing


Satay ayam


Satay daging


Kuah satay dia sedap giler


Dania order burger daging special




Total damage RM41...

Murah kan?

So..kami dh jumpa tempat lepak baru untuk family kami..nnti bila-bila boleh la kami lepak sini lagi kan...makanan sedap..air pun ok, ada band dan tempatnya pun best untuk lepak..sentiasa full kat sini...

So blogger Seremban...SA recommended Satay Sedap Sikamat untuk korang cuba...worth to try..memang best... Ammi...Mummy Ayu, LZ dan semua blogger Seremban sila la try....

11 comments:

  1. Ramainya... bila ada busking mmg kebarangkalian org nk lepak lama tu ada... tp kalau dh sedap mmg org akan order byk jugak

    ReplyDelete
  2. Aduhai, terliur tgk satay tu..trus teringat satay perut titab =D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya satay, tempatnya pun menarik.

    ReplyDelete
  4. wah..leh try ni, kena bawa Ibu sbb Ibu suka satay. tq sis SA, share port best2...

    ReplyDelete
  5. Nampak satay daging dia moist je. Tapi meriah kan.

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan satay sedap ni... sataynya besar lembut sedap makan

    ReplyDelete
  7. ha..port baru...
    sedapnya satay kambing...
    nieyl baru lepas makan satay kambil minggu lepas masa demam hehehe

    ReplyDelete
  8. MZ dh lamaaa tak mkn sate. terliurrr

    ReplyDelete
  9. sungguh men'juicy'kan sate itu.
    kita jika ke kedai makan, mmg utk makan, makan siang atau makan malam.
    sangat jarang ada istilah nak santai, lepak atau cuba, hahahaa~

    ReplyDelete
  10. Janganlah... nanti jangkit pula kat saya, mana nak cari sate ni... huhu...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah