Sunday, December 21, 2025

Salam Rejab Buat Semua

Assalamualaikum wrt..

Tahun ini, jadikan Rejab sebagai titik permulaan untuk memperbaiki diri dan mencapai kehidupan yang lebih baik. Manfaatkan bulan ini dengan penuh kesungguhan kerana keberkatannya mampu membawa perubahan besar dalam hidup kita. Semoga setiap usaha kita diterima Allah SWT dan menjadi bekalan untuk akhirat kelak.

DOA MALAM 1 REJAB

اللَّهُمَّ بَارِكَ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلَغْنَا رَمَضَان

Allaahumma baariklanaa fii rajaba wa sya'baana, wa ballighnaa ramadhaan.

Artinya: Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan bulan Sya'ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.


ISTIGHFAR REJAB

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيَّ

'Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku'


DOA BULAN REJAB

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

'Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban' dan sampaikan (hidupkan) kami kebulan (sehingga Ramadan).



Percaya dengan perjalanan Allah, walaupun kamu tak nampak lagi hujungnya. Kadang² jalan yang kamu lalui nampak gelap, penuh luka, penuh kecewa. Tapi deep down, Allah tahu exactly apa yang kamu perlukan untuk jadi lebih kuat, lebih matang, lebih dekat dengan dia.

Bahagian yang paling indah ialah, tanpa kamu sedar, Dia sedang buka pintu² baru. Dia tarik benda yang tak baik untuk diganti dengan sesuatu yang lebih indah. Dia jauhkan orang yang tak layak, untuk dekatkan dengan orang yang benar² ikhlas. Setiap pintu yang tertutup sebenarnya adalah perlindungan, dan setiap pintu baru adalah rahmat. 

Jadi percayalah prosesnya. Di mana sahaja Allah membawa kamu, ia tidak pernah berlaku secara rawak. la sentiasa untuk yang terbaik. Suatu hari, bila kamu pusing belakang, kamu akan faham, setiap air mata, setiap sakit, setiap kehilangan, semuanya membawa kamu ke destinasi yang indah yang kamu sendiri tak pernah bayangkan.

Salam Rejab dari SA buat semua...


13 comments:

  1. Penguat saya juga membaca ini. Berusaha percaya dan yakin kalau Allah memang memberi cobaan tidak mungkin LBH dari apa yg bisa ditanggung, termasuk memberikan banyak ujian dan cobaan pada negara kami saat ini. Semoga akan ada sinar terang nantinya utk para pemimpin yg zalim saat ini 😔.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga baik2 ajer buat Fanny dan sekalian penduduk di sana ya.....

      Delete
  2. Tak lama lagi dah nak ramadhan.....salam rejab SA....:) Moga ada doa2 kita dimakbulkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam Rejab Kak SA.. semoga doa kita dimakbulkan Allah..semoga kita dapat bertemu dengan Ramadan... Aamin

    ReplyDelete
  4. Semoga doa2 kita semua dimakbul pada waktu yg tepat. Malam ni malam mustajab doa

    ReplyDelete
  5. Salam rejab utk SA. Kita dh boleh countdown utk ramadhan

    ReplyDelete
  6. Salam rejab..smoga doa kita dimakbulkan..tk lama dh nk ramadhan

    ReplyDelete
  7. Selamat menyambut bulan Rejab yg mulia. Masuk je bulan Rejab, auto ready utk Ramadhan kan...
    Manis look SA hari ni

    ReplyDelete
  8. Salam Rejab, SA. Sekejap saja, masa. Semoga diizinkan untuk bertemu Ramadan.

    ReplyDelete
  9. Salam Rejab to Syaaban til Ramadhan

    ReplyDelete
  10. Kak SA, sukaaaaa foto kakak di sini. Sweeeeeeet sangat 😍😍😍👍.

    Terimakasih sharing untuk doa dan amalan di bulan Rajab ini. Harap2 kita semua bisa lebih banyak beribadah , juga nanti di tahun baru yg sebentar lagi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah