Assalamualaikum wrt..
Salam Selasa...
Lambat SA bersiaran hari ni memandangkan ramai yang bercuti...sebenarnya SA not in a good mood, dah 2 hari dah...SA ada masalah yang SA rasa besar gak...melibatkan scammer dan SA menjadi mangsa melibatkan kad kredit..SA x boleh nak citer lebih lagi sebab masih dalam siasatan pihak bank..ikutkan SA x perlu nak bimbang tapi knowing SA kan..SA ni seorang yang sangat berhati-hati tapi terkena jugak memang ianya amat merisaukan dan membebankan fikiran SA sebab melibatkan amount yg banyak gak (Ribu)....ok kita tinggalkan dulu..kita cuba happy2 aje sementara bank buat kerja diorang...yg pasti SA nak cakap Scammer ni biadap!!! Berapa ramai dh jadi mangsa...haihhh...
Okey ni cerita semalam...pagi semalam kan ada Townhall..settled dah mendengar katakata dan amanah dari GCEO...so kena buat yg lebih baik untuk 2026 Insha'Allah...SA x layak nak sentuh butir2 yang dibincangkan...kita citer apa yang ok je..iaitu bab makan...hahahaha....makan aje la kan...ntah bila nak diet semula ni...
SA pinky2 semalam
Dengan Meor, Amnani dan Hema
Ada siaran langsung jugak di Plant2 di JB, Prai dan Lumut
Dimulakan dengan doa
Sesi dimulakan dengan GCEO
Sesi soal jawab
Head of people division
Shikin tanya soalan
Intan tanya soalan
Penyampaian bantuan persekolahan untuk anak-anak Malakoff
Antara penerima sumbangan
Dengan Aini and Fadh
Kami semua dapat pack food semalam...
Jelly kelapa ni sedap giler
Nasi Dagang...SA silap pilih lauk ayam..ada ikan tongkol sebenarnya
Apapun sedap gak...
Tenagahri semalam SA x keluar pun...lepak je kat opis...tido pun tak..SA boleh x ingat apa SA buat tengahari semalam x keluar...nak kata borak x...aish...teruk la dah umur2 ni semua benda lupa...apapun..SA akan update lagi...doakan SA dipermudahkan segala urusan ye...





















Allahuakbar. Akak guna kad kredit untuk yang kecil jumlahnya macam isi minyak atau booking hotel. Pernah dulu kena masa sedang tidur tiba2 ada message kad digunakan padahal akak tengah sedap je ngorok. Terkejut juga. Besoknya call bank dan tanya almaklum le walaupun jumlah tak banyak tapi kita tak pakai takan kita nak bayor. Rupanya kata bank dia kat awangan je bila dah report jumlah tu tak di tolak pun. Nasib baik. Lepas tu memang jaga kad tu umpama menjaga nyawa sendiri. hehehe.
ReplyDeleteye kak..SA kena ni la..scammer dari Indonesia...bank plak xde call xde apa pun..SA dah call bank and blocked kad..dah buat dispute dan bank tgh siasat...amik masa 65 hari
DeleteScammer ni tak serik nak scamer orang ye. Pi lah cari kerja dapat duit sendiri. Ni orang lain penat kerja ko senang je nak libas duit orang. Hishhh geram
ReplyDeletesyok tu lps townhall dpt pack food...lama tk mkn nasi dagang
ReplyDeleteMZ doakan agar prob SA psl credit card /scam tu akan segera setel..aamiin...memang risau if apa2 yg berkaitan dgn duit ni
ReplyDeleteSha doakan semoga urusan kad abank akak dipermudahkan.. Aamiin.. Harapnya tak adalah melibatkan kerugian..
ReplyDeleteSedap juga nasi dagang lauk ayam..
Moga takde apa yg serius la kak pasal kad kredit tu ye... risau kan pasal duit2 ni
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan kak SA. Scammer ni tak tahu la jenis macam mana. Orang ke apa eh? Tak de perasaan ke sampai dah buta hati buta mata nak scam orang je...
ReplyDeleteAllahuakbar kak SA...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan uruan settelkan semua...
Allahuakbar. Bab scammer ni merisaukan sungguh kalau melibatkan duit. Tak kisahlah puluhan, ratusan pun tetap risau. Semoga dapat selesai kes akak ni. Semoga Allah permudah segala urusan akak. Aamiin...
ReplyDeleteKalau ada event, bab makan ni memang bestlah. Sedap juga nasi dagang lauk ayam.
Semoga dapat selesai segera isu scammer dan tiada kerugian di pihak SA. 🤲 Ada Malakoff plant juga di Lumut, ye.
ReplyDeleteHaihhh scammer ni geram je. Tumbuh bagai cendawan sekarang ni. Ada je idea nak scam duit orang. Tak selamat la hidup scammer ni. Semoga dapat balik duit kak SA tu.
ReplyDelete