Assalamualaikum...
SA up dulu la aktiviti abseiling Dania dulu...gambar banyak sangat SA nak susun dulu...gambar banyak betul dan x ikut susunan..SA tetap nak simpan dalam blog sebagai kenangan...kemalasan plak SA nak scroll hp tengok gambar- gambar tu so nampak la a few yang Dania transfer kat SA..
SA up yang ni dulu...
Dania memang suka aktiviti adventure ni...dia tak takut langsung...SA ni takde la gayat sangat tapi perasaan takut tu ada gak la..kalau ada lebih tiket, SA pun nak ikut naik sama..tapi sorang 1 tiket je kan...so SA bagi kat Dania la..ye la nak naik sendiri korang tengok lah harganya macam mana...oh ye kat situ ada rock climbing dan ATV gak...tapi kami semua dapat tiket untuk Abseiling je dimana hanya 200 peserta pertama je dapat naik free...
Jenuh nak memanjat ye...lift xde...sorry...
Ramai yang menunggu giliran dan kebanyakkan dari staff kami
Boleh tahan jugak harga untuk aktiviti adventure macam ni
Jadual yang disediakan
Kasut khas dan topi keselamatan
beratur...
tunggu giliran kat sini kot
wristband kena pakai
bahagian keselamatan harness, topi keselamatan, tali dan glove
Dari sini boleh nampak khemah
Bersemangat betul bila tiba turn dia
Selepas ni baru Dania
Korang tengok la video dia..SA dah share kat IG dan FB, kat Tik Tok pun
Jom kita baca sikit details tentang Aktiviti Abseiling
Apa Itu Abseiling?
Abseiling (atau rappelling) ialah aktiviti menuruni permukaan curam—seperti tebing batu, jambatan, bangunan atau air terjun—dengan menggunakan tali, harness, dan teknik kawalan khusus. Ia popular dalam sukan rekreasi, aktiviti lasak, latihan keselamatan, dan program team building.
Tujuan & Kelebihan Abseiling
1. Membina Keyakinan Diri
Perasaan turun dari tempat tinggi sambil mengawal diri sendiri memberi impak psikologi yang sangat kuat—mengajar keberanian dan ketahanan mental.
2. Melatih Fokus & Kawalan
Setiap langkah perlu berhati-hati dan bertenang. Ia membantu meningkatkan kemahiran fokus serta membuat keputusan dalam keadaan mencabar.
3. Aktiviti Team Building
Biasanya dilakukan secara berkumpulan. Ada belayer yang membantu mengawal tali, jadi ia mengeratkan kepercayaan dalam pasukan.
4. Kecergasan Fizikal
Meningkatkan kekuatan tangan, kaki, koordinasi badan, dan stamina.
Peralatan Asas Abseiling
- Harness
- Helmet keselamatan
- Tali statik
- Glove
- Figure-8 / ATC device (alat kawalan turun)
- Carabiner
Proses Ringkas Semasa Abseiling
- Peserta pakai semua peralatan keselamatan.
- Jurulatih akan semak simpulan tali & harness.
- Peserta bersedia di titik permulaan (anchor point).
- Turun secara terkawal dengan teknik lean back (sandarkan badan ke belakang).
- Gunakan tangan sebagai brake untuk mengawal kelajuan.
Keselamatan Semasa Abseiling
- Sentiasa ikut arahan jurulatih.
- Pastikan peralatan diperiksa sebelum digunakan.
- Jangan tergesa-gesa semasa menuruni tebing.
- Gunakan kasut yang mempunyai cengkaman baik.
















Bestnya! Teringin juga tapi tak tahulah berani ke tidak macam Dania tu. Kena beranilah baru seronok kan. Untung dapat free, harga bukan murah jugak tu. Pengalaman yang best untuk Dania. Jauh jugak tu.
ReplyDeleteZaman sekolah dulu..memang selalu la buat aktiviti ni..best..harga dia memang mahal la, sebab barang² yang digunakan pun bukan murah...
ReplyDeleteTakde keberanian nak buat aktiviti macam ni. Tapi kalau kena paksa buat jugak la. Biasanya kalau ada kem memang kena paksa. Flying fox, turun dari menara bomba pakai tali pun terpaksa buat. Rasa melayang nyawa.
ReplyDeleteWahh..best..i loike...Jauh jgk peginya tu...
ReplyDeleteBaru tahu kat Wetland ada pulak aktiviti ni. Tak tahu pun....
ReplyDelete