Assaalamualaikum wrt...
Siapa kat sini penggemar sotong? selalu buntu tak tau nak masak sotong macam mana..selalu juga sotong ni tak jadi lauk...sesuai untuk di ratah..hahahaha...kalau kat rumah SA masak lauk sotong memang sekali masak je..susah nak sampai ke lauk malam...kalau dapat sotong yang lagi segar lagi sedap makan kan...fresh aje...Sotong ni sesuai di masak pelbagai jenis masakan...kali ni SA jumpa resepi ni dan nak cuba buat yang versi ni plak...bahan dan cara masak pun senang aje...
Korang kalau nak resepi ni pun sila ambil ye..sesuai jugak anak- anak makan...kurangkan cili akalu anak- anak x makan pedas...
Resepi Sotong Masak ala Thai sedappp !!!
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg sotong fresh
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 8 biji cili padi
- 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
- 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
- 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
- 1 biji tomato – potong dadu
- Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1.Celur sotong seketika ( dalam 10saat) angkat dan toskan. Ambil sesudu besar air rebusan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bawang putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba
Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed




tengok pun dah tahu sedap kak oi, kene cuba jugak ni
ReplyDeleteSedap ni SA. Buat camni untuk kerang pun sedap gak.
ReplyDeleteLangsung save 😍😍😍😍😍.baru lihat pun dah terliur kak 😍😍. Cuma harus beli dulu sos nampla ini. Tak ada pula. Memang sukaaaa lah kalau cumi2 dimasak begini. Pernah coba saat di Bangkok. Tak pernah buat sendiri
ReplyDeleteYa lah... nampak sedap ni. Nak cuba juga lah resepinya nanti.
ReplyDelete