Wednesday, September 22, 2021

Vaksin PFizer Untuk Dania

Assalammualaikum...

Hi korang...

Citer pagi tadi...bayangkan dari kul 11.30am sampai 2.00 petang...menuggu kat sekolah. Jadi lambat sebab ramai anak- anak student ni x bawak ibu bapa. Kebanyakkan ibu bapa ramai yang bekerja. Sebab tu jadi lambat sebab sampai kat tempat jumpa doktor tu stuck kat situ lama...doktor call ibu bapa untuk daptkan consent..dan patutnya anak- anak datang dengan salah seorang ibu atau bapa...kesian budak- budak tu...ada yang kena balik untuk dapatkan tandatangan ibu bapa...ada yang xde borang...aduhaii....sabar aje la...

Sudahnya dari cepat terus jadi lambat...apapun kat bawah ni gambar yang sempat SA snap.....



Borang yang perlu diisi


Anak- anak yang terlibat


Masa ni la baru nak keluarkan IC...


Cikgu bagi penerangan


tunggu giliran


My princess


Bila dah jumpa kawan- kawan...




Mama yang tgh kepanasan...berdiri tepi tiang





Sampai giliran


Dah lepak kat isolation area 10 minit


Dapat kad terus balik...

Settle satu perkara..

Tapi tu la...kepala mama yang sakit...panas...terus migrain sekejap...tu yang balik...mandi...basahkan rambut...solat makan dan tido kejap...dapat tido kejap pun jadi la kan...esok dah masuk kerja semula...malam ni makan ubat and tido terus...slowly nanti SA jengah rumah korang eh...tak larat dibuatnya...

Next lagi 3 minggu untuk dose ke 2....

WW ~ Sarapan Pagi Dan Lunch Hari Ini

Assalamualaikum...

Hi korang.

Malam tadi SA makan ubat batuk dan ubat selsema...aduhai...lalok punya pasal terlajak tido dah dekat nak pukul 7am...kelam kabut bangun solat subuh...then lepak- lepak dan golek- golek lagi..kesan ubat tu kekal sampai sekarang ha...tapi nak update dulu la blog..Selepas 3 jam bersapau kat sekolah Dania...Hari ni kan dia cucuk vaksin..alhamdulillah dapat Pfizer. Dania takde pape tapi mama dia yang loya tekak lepas tu pening...ehhhh...dah kenapa plak kan....elok je sarapan pagi tadi...but cuaca memang panas la..nak plak tadi SA berdiri...dah lama skit baru dapat kerusi....Okey lah bab vaksin kita citer lain...

Ni SA nak publish sarapan pagi tadi dulu dengan menu lunch tengahari...Lunch Mak Pah yang masak ngan Pak Zain...sarapan SA yang masak....bubur jagung tu ilham Pak Zain....nak tau kenapa SA sebut ilham...kejap eh....korang baca caption nanti....


Sambal sardine utk cicah cekodok bilis..


Nugget ayam Dania request..


Bubur nasi....ada jagung plak...inilah ilham Pak Zain...tetiba buat bubur nasi campur jagung


Cekodok bilis...pun ada butiran jagung...


Secawan kopi 434

Lunch plak ada 2 lauk je....Mak Pah masak...while Pak Zain tolong...x tau la macam mana depa berdua tinggal kat rumah...bukan boleh dekat tu berdua tu....


Ayam Masak Lemak Cili Api...


Sayur Bok Choy Sos Tiram..

 

Syukur alhamdulillah....

Settle makan tengahari....SA x on laptop tengok kerja office...bukan malas...SA bercuti kan..malas nak tengok email...kang semua duk cari...hehehe...esok jer la tengok kat office....Dah sudah makan...lepak...dah update bloq...erm...nak tido la...aci tak?

Tuesday, September 21, 2021

Cuti Esok Lulus....Yeay!!!

Assalamualaikum...

Hi korang...



Masuk Kerja pagi tadi SA on laptop terus apply cuti. Malam tadi dapat info dari pihak sekolah esok Rabu Dania kena amik vaccine kat sekolah...tak boleh plak Atuk temankan nak jugak Mama. Itu memang salah satu syarat la...aduhai...mama baru je nak kerja...nasib baik boss x banyak tanya...so mama nyer cuti dah approved. Syukur....So hari ni SA kena focus siapkan mana- mana kerja...dah la nak kena arrange virtual farewell lagi sekali...contributions pun blom settle lagi ni...hadiah pun x beli lagi...agak- agak hadiah kemudian boleh x agaknya..x reti la nak beli hadiah untuk orang lelaki ni....

Korang ada idea?


10 Sebab Hiking Menjadi Kegilaan

Assalamualaikum..

Hi korang...

Ada antara korang followers dan readers SA yang ada hobi atau minat sama macam SA? Ye SA minat hiking...minat ni timbul semula selepas SA diserapkan ke group hikers ex school dulu. Alumni pertama kami hiking Gunung Angsi tahun lepas. Ikutkan sebelum- seelum tu zaman belajar SA memang suka hiking..Lepas dah masuk alam pekerjaan SA dah semakin melupakan hobi SA yang satu ni. Tapi SA tetap cintakan alam semulajadi.

Hari ni SA nak share 10 sebab kenapa hiking menjadi kegilaan ramai sekarang...

Hiking menjadi pilihan ramai kini untuk mengisi masa lapang. Apa yang membuatkan aktiviti ini menjadi kegilaan sekarang?




1) HIKING BUAT ANDA GEMBIRA

Menurut kajian Universiti Stanford pada tahun 2014, hiking boleh meningkatkan mood gembira dan mengurangkan keresahan anda.


2) HIKING BOLEH MEMBANTU ORANG YANG DEPRESI

Sembilan puluh minit melakukan aktiviti panjat bukit ataupun gunung dan berada di sisi alam semulajadi boleh mengurangkan rasa depresi pada otak, kata kajian di dalam LA Times.


3) HIKING BOLEH MENGURANGKAN STRESS

Berjalan jauh, menolong rakan-rakan dan mendaki bukit boleh menjadi punca positif pada kepala dan hati yang stress akibat pelbagai masalah.


4) HIKING MEMBANTU ANDA MENYELESAIKAN MASALAH

Menghabiskan masa mendaki bukit boleh meningkat kemahiran menyelesaikan masalah anda sebanyak 50%, kata kajian di dalam Huffington Post.


5) HIKING BANTU TINGKATKAN MEMORI

Dengan hanya satu jam menghabiskan masa bersama alam sekitar, prestasi memori anda akan meningkat 20%, menurut satu kajian di Universiti Michigan.


6) HIKING MEMBANTU ANDA LEBIH KREATIF

Apabila anda mendaki bukit bersama teman-teman, mendaki hingga ke puncak, ia membantu anda untuk menjana idea-idea baru yang lebih kreatif.


7) HIKING MENINGKATKAN STAMINA

Terutamanya anda yang suka mendaki di bukit dan gunung yang mencabar, kesannya sama seperti anda melakukan senaman kardio. Hiking menjadikan anda lebih fit dan membantu menbakar kalori sehingga 500 kalori dalam masa satu jam.


8) HIKING BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Dengan melakukan aktiviti mendaki, ia merendahkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko diabetes dan juga obesiti. Mendaki pada ketinggian yang lebih tinggi pula bagus untuk jantung anda.



9) HIKING DI TEPI LAUT BAGUS UNTUK ANDA

Kajian pada tahun 2012 menyatakan, mendaki di kawasan yang berdekatan laut biru boleh membantu anda kurang berfikir tentang masalah. Warna biru laut sememangnya menjadi penenang jika anda dilanda pelbagai dugaan.


10) HIKING MENJANJIKAN KESERONOKAN BERSAMA KELUARGA DAN TEMAN

Jika ada ahli keluarga dan teman-teman anda yang berkongsi hobi yang sama iaitu mendaki, ajaklah mereka bersama kerana sememangnya ia memberikan kegembiraan dan kepuasan yang maksima apabila anda sampai ke puncak dengan orang tersayang.


Monday, September 20, 2021

Birthday Giveaway Sheila Inspire

Assalamualaikum...

Hi korang...

Sempat lagi SA nak join GA rakan blogger Sheila Inspire...GA ni la yang SA cari sebab rasanya macam x join lagi...so korang apa tunggu lagi...jom la support GA kawan- kawan...menang kalah tu belakang kira..kalau ada rezeki alhamdulillah...rezeki tak salah alamat...kan?



KLIK Banner kalau nak join...

Simple jer syarat

syarat seperti yang tertera dalam poster.
1. Follow blog www.sheilaimspire.com
2. Follow IG @leo.shopempire 
3. Follow tiktok @leo.shop
4. Follow FB page @Leo.Shop
5. Share dan buat entry

All the best buat semua yang join...
 


Menu Lunch Hari Ini

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selamat bekerja buat korang yang sedang bekerja..SA bekerja dari rumah hari ni...jadual kerja semalam dah confirm so minggu ni SA akan bekerja di office dari Selasa sampai Khamis..Isnin dan Jumaat SA dari rumah.So hari ni SA pagi- pagi dah gerak ke klinik..anak dara SA ni sakit telinga plak...sampai klinik doktor check takde masalah apa pun.gegendang cantik..taik telinga pun xde semua clear dan rupanya..ada kaitan dengan hidung dia dimana dia ni allergy habuk.so selalu mengalami hidung tersumbat dan bersin. Asal malam jer selsema..so doktor cakap hidung dan telinga adalah berkait.Dia nak refer doktor pakar. Tapi dia bagi makan ubat dan ubat spray dulu. tengok 2-3 hari ni macam mana. Klau masih berpanjangan dia kan keluarkan surat untuk refer doktor pakar di KPJ.

Balik dari klinik singgah Zemart kejap beli barang dapur..takde apa menarik..SA beli anak ikan selar kuning, anak bawal putih dan ikan Jepun je...hari ni masakan sekali lagi berasaskan ikan..dan sekali lagi guna kuasa veto SA..

Jom tengok apa SA masak...



Asam pedas ikan jepun


Ikan selar kuning dan ikan bawal kecik goreng biasa je


Sambal belacan pedas


Sayur kangkung celur,ulam timun jepun dan hirisan tomato

 

Alhamdulillah lepas Zuhur dan settle solat SA lunch. 

Then hadap kerja macam biasa. Dari awal pagi SA banyak dapat email untuk settlekan kerja. Ni sampai ke petang la ni....

Sunday, September 19, 2021

Giveaway By Shida Radzuan

Assalamualaikum...

Sebelum habis deadline giveaway ni SA nak join la..mana tau kalau ada rezeki tapi lebih kepada nak support giveaway kawan- kawan. korang kalau nak join boleh klik banner ye...panjang lagi masa rasanya ni...


SYARAT-SYARAT GIVEAWAY BY SHIDA RADZUAN
 

  1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway by Shida Radzuan
  2. Follow Socmed shida : Blog + Facebook + Instagram + Twitter
  3. Letak banner giveaway dan backlink kan ke entri giveaway
  4. Cerita sikit dalam entri : Apa yang korang suka tentang blog shida
  5. Selesai semua, publish dan submit link entri ke ruangan komen entri ini

Apa yang SA suka tentang blog Shida Radzuan blog Shida memang mesra mobile sebab SA ni jenis blogwalking time kat opis guna handphone dan of course dalam train...blog Shida pun tak berat niche nya dan banyak perkongsian yang bermanfaat. Tak semestinya tentang lifestyle sahaja malah ada juga ilmu- ilmu blogging. Pendek kata Shida Radzuan seorang yang tidak lokek dengan ilmu. Kadang SA jadi kan Blog Shida sebagai rujukan juga. Bukan rujuk apa pun..kadang- kadang SA terjebak pun melalui blog Shida gak especially bila entry berkaitan dengan online shopping...almaklum la..SA kan seorang yang cepat terjebak. Hehehehe..Tentang template dan apa je design yang ada kat blog Shida setakat ni SA okey. Blog Shida simple dan tak semak pun..Font pun selesa untuk SA.Janji tak berat dan laju loading bila SA berkunjung. Buat Shida teruskan menulis dari hati ye...

Biasanya kalau blog x berat dan buat kita selesa dari segi penyampaian dalam penulisan dah pasti kita akan selalu bertandang kan...


Sarapan Pagi Ahad

Assalamualaikum...

Hi korang..

Selamat berhujung minggu, so apa aktiviti hari ni...SA macam biasa la xde apa- apa aktiviti...kalau tak hujan petang kang ingat nak pi nursery jenjalan...lepas tu tengok la singgah supermarket jap ke beli barang dapur...we see how pada tahap kerajinan...rasa macam malas jer ni...eh esok SA kerja ke? ikutkan SAa dah siapkan jadual tapi boss tengah review dan katanya nak get back balik semalam...sampai ke sudah takde pun...petang skit la SA ingatkan dia...bebudak ni dah start tanya dah jadual. Ye la hujung minggu kan...orang nak rehat kan...

Pagi ni SA lambat bangun...lepas subuh SA tido balik...teruk perangai kan...well penat dan takde pun nak buat apa,.suasana sejuk...serius memang x leh amalkan...tak baik..tak masuk rezeki kata orang...apapun..pagi ni Pak Zain dah buat bihun goreng...biasa la bihun goreng Pak Zain memang terbaik la kan...SA x pandai goreng bihun macam tu..selalu kalau SAa yang goreng akan jadi benyek tau putus- putu..sebab tu SA prefer Pak Zain yang goreng...banyak ulak tu so SA cakap x yah la masak untuk tengahari..makan tu je...erm...xdenya..Pak Zain pi masak jugak...hari ni dia masak Sup Ayam...special resepi dia la...ada carrot dan celery...SA nak makan bihun je kang...banyak giler lagi...Pak Zain memang suka masak banyak sebab dia tau Dania atau SA akan makan berulang...



SA suka tekstur bihun yang macam ni...tak putus- putus...


Macam biasa secawan kopi 434

 

Korang sarapan apa hari ni?

Jumpa lagi next entry....

Saturday, September 18, 2021

Menu Hari Ini Ikut Kuasa Veto SA

Assalamualaikum...

Selamat hari Sabtu uolls....ya allah best betul tido hari ni ..buat oerangai lepas sembahyang subuh SA sambung tido...malam tadi lambat tido sebab tgok citer MANN...hindustan kan memang berlamaan la kalau tengok...dh banyak kali tengok pun masih x muak lagi ..so hari ni sarapan x sempat nak amik gambar but macam biasa ada nasi goreng dan cekodok cicah kari ayam...

Tengahari ni SA masak....masak yang paling simple dalam dunia....senang betul x sampai 30 minit SA dah siap masak...


Ikan parang masak lemak cili api campur tomato


Ikan cencaru goreng kunyit dan bawang putih


So simple...senang kerja...malas nak masak beria hari ni ...bila tanya nak masak apa..nak masak apa...semua mengeluh..entah laaa...entah laaa. .so ikut kuasa veto SA...hari ini dapur ana yang punyaaaa....jangan komplen kan hehehe...berani la komplen...SA ingat nak ajak Abah pi PD...tp x tau la lepas ke x .ingat nak pi pasar malam PD batu 4 tu kalau ada...risau x lepas je ni ...bukan apa boleh la SA cari ikan fresh atau ulam-ulam fresh kan....tgok la karang kalau Pak Zain nak melayan SA..kalau x ..lepak je la kat rumah macam biasa ..sedar diri..dose ke 2 minggu depan hari Ahad...jangan nak mengada....jaga kesihatan dari sekarang kan ..

Eh ...korang masak apa je hari ni..jap lagi SA singgah rumah korang eh...lepas-lepas makan kang ke...mood tengah malas ni....


Friday, September 17, 2021

Makan Oden Aje Hari Ini...

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA leka siapkan semua kerja dari pagi...sampai tak sedar time dah lepas lunch time..SA sedar- sedar dah pukul 2.30pm tadi...patut la lapar..SA plak x bawak bekal..erm kemana lagi SA nak pergi..terus pergi Family Mart je la..paling cepat dan paling selamat. Hahaha...sapa suruh leka kan...ingat tadi nak beli nasi daging berlada kat food court. Menu baru akak tu jual...sudahnya kelaut....bila kita kat office dan sibuk buat kerja memang tak sedar masa berlalu.


Oden aje la ye...


Bahan- bahan pun dah tak banyak...


Minah busy dan lupa makan..

Bila duduk rumah, waktu makan terjaga kan...bila kat opis waktu makan ke laut...makanya angin pun naik dan rasa tak selesa...rasa macam tak cukup nafas plak. Tapi kan korang..Oden ni dah x sedap la...x tau la nak cakap macam mana rasa x sedapnya tu...sebelum ni okey je sedap....better buat sendiri..ni tadi SA mintak kuah tomyam..tp tomyam dia macam yang ada santan tu bukan tomyam yang clear...terus makan pun x habis...hahaha....perut dah masuk angin pun ye jugak tu...kan?

Sabar je la SA...dah rezeki hari ni..kang balik rumah makan la macam biasa...


Kiriman Buat Tiara..

Assalamualaikum...

Hi korang..

Baru la dapat ruang untuk update blog sekejap...penatnya non stop banyak kerja dari pagi tadi...korang dah makan ke? dah masak ke? SA macam biasa la...macam yang SA bagi tau sebelum ni...Hari ni SA kerja...ganti hari Rabu lepas yang SA x sihat...Hari ni pergi kerja naik bas awal betul..pukul 6am SA dah naik bas..sampai KL dalam pukul 7.05pagi...sampai office pukul 7.20am...haaaa...gigih kan...hehehe...bayangkan pukul berapa SA dah keluar rumah....kalau hari- hari macam ni...jenuh oiiiii....

Hari ni ada kiriman untuk si anak dara Tiara tu...Mommy dia kirim satu bag baju untuk dia..so SA tolong bawakkan..tengahari ayah dia datang amik kat office SA...terkejut dia tengok bag besar...dan banyak barang..dah la dia datang naik motor je..hehehe...



Sebeban baju untuk Tiara...x tau la baju apa...


Eh..eh...dia pandang plak...


Ni la adik ipar SA..suami adik bongsu SA...oghang Peghelih....

 

SA kat office sejuk giler...kena cahaya matahari yang panas dan terik rasa lega skit...so far SA x batuk...tapi SA masih ada kahak...pelik plak...ni SA kena standby sebab all the bosses tengah meeting besar...takut boss SA nak apa- apa. Document nak kena print ke atau apa2 jer la..so SA blom beli makanan...tak sempat...just makan roti coconut pandan gardenia tu je la...petang skit baru makan...Ingat nak beli Oden la kat Family Mart bawah tu....

Senarai Peserta Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

Assalamualaikum...

Seperti biasa, SA akan senaraikan peserta untuk SA monitor siapa yang join..make sure sesiapa yang join letak link kat entry official ye...kat sini hanya untuk senarai peserta.

Jom tengok siapa yang dah join.




  1. https://anakomak6.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  2. https://inspiringsharing.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  3. https://www.syuderis.com/2021/09/damia-sayang.html
  4. https://famf-tower.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html
  5. https://blognisalpunya.blogspot.com/2021/09/giveaway-cipta-sajak-sempena-ulangtahun.html


Thursday, September 16, 2021

Sarapan Pagi Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Hi korang ..

Terbalik cerita kan ..update lunch dulu baru update breakfast...dari semalam SA kat tingkat atas sebab buat kuarantin kendiri kan ..saje nak jauhkan dari berjangkit demam ngan Mak Abah atau Dania....so SA hanya turun untuk makan dan mandi aje...bukan xde bilik air kat atas tapi bilik air tgh problem. Masih belum jumpa orang nak repair lagi..

So pagi ni....SA turun pukul 8.30am..dan diorang semua dah sarapan..tinggal SA sorang je...tengok-tengok sarapan pun agak meriah...Pak Zain masak semua ni...SA tabya kenapa x panggil SA turun atau kejut awal...dia kata rehat la...along tu demam...



Nasi goreng Daging


SA makan mee goreng mamak Pak Zain..ada sotong dan daging dalam tu...bukan main lagi...mewah rencah


Macam biasa kopi 434


SA dah addicted plak dengan kopi 434 ni...selalu beli stock kat Shopee dari supplier direct kat Johor tu..kopi ni sedap..x buat SA pening compare nescafe...SA dh cut nescafe lama dah...sejak kena hypertension attack 2018. Cuba jugak minum sesekali tapi x boleh. Cuma kopi 434 ni je ok dan Latte. 

Sekian cerita sarapan pada Hari Malaysia yg di publish petang...hahaha....
 


Menu Lunch Sempena Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Hi korang...

Masak dh ke? Hari ni hidangan lunch SA agak meriah sikit....Pak Zain belanja udang harimau gergasi ..dia beli kat Family Store area rumah ni....memang besar...beli 12 ekor RM37...x tanya plak dia sekilo berapa...kalau SA ada...memang xde la nak beli 12 ekor je...susah nak dapat kan....mau habis RM100...SA kalau bab. Udang harimau memang x leh kompromi la....mesti SA kalah punya...suka tekstur dia yg kenyal dan kena beli yang fresh..kalau korang perasan SA memang selalu masak udang harimau kan..kalau udang yg bela tu beli gak...selalunya buat sambal atau masak lemak cili api...

Okey kari udang ni SA x masak...Mak Pah yang masak...since dia nak masak kari ni...so SA lepak dulu kat ruang tamu tengok citer Malar Segar Mr Os. SA dh rasa kuat sikit nak masak so SA amik giliran masak sayur dan goreng pekasam je..

Jom tengok gambar...


Besar kan?


Bakar pun sodap ni...tp Mak Pah x nak


Cukup besar dan cukup segar


3 ekor penuh semangkuk


Sekuali kari udang campur terung..abaikan kepala yg sekor tu tercabut


Then SA masak sayur brokoli sos tiram


SA up dengan ikan pekasam 2 ekor

Alhamdulillah...

Kejap lagi lepas Mak Pah dialysis dan lepas solat boleh la makan tengahari...anak dara tu suka sayur broccoli goreng sos tiram so tengok la dia makan kejap lagi...eh ..part sarapan pagi x up lagi la...alaaaaa....kejap lagi la SA up kat entry lain..teruja nak tunjuk udang besar kat korang...

Esok SA kerja.....syukur demam dh xde dan tekak dah elok sepenuhnya. Sesekali ada batuk dan SA masih makan. Ubat batuk...pelik la ubat batuk Bena tu x buat SA mengantuk..x tau la apa pasal...maybe sebab SA dh tido siang lama kot semalam ...so malam tadi SA x ngantuk walau telan ubat batuk..

Korang masak apa tu? Ke dine kat luar?



Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah