Tuesday, July 23, 2019

Lunch Di Pasta Zanmai NuSentral Dengan Colleague

Hi korang...

Bila dah namanya kerja kat KL ni..masalah utama yang menyelubungi adalah bab makan tengahari...haha...ntah bila la nak rajin bawak bekal semula ni...korang tau jer la makan kat area KL ni mana ada yang murah- murah...kalau campur la sarapan pagi ngan makan tengahari punya bajet every day dalam RM30++, Kalau dah sebulan berapa kan...ya allah bila la semangat rajin ni nak datang semula...kadang letih nak fikir nak makan apa..So semalam SA dan kawan opis SA, Amnani makan kat Pasta Zanmai, mulanya nak makan kat Nyonya Colours pas tu penuh plak..terus pi Pasta Zanmai dan speechless tak ramai orang....

Jom tengok gambar apa menu yang kami order...


Chicken Teriyaki Omu Garlic Rice RM16


Ice Lemon Tea

Chicken Teriyaki Omu Garlic Rice ni lebih kurang macam Nasi Pattaya, Garlic Rice yang dibalut dengan omelette lembut. Nasi goreng yang beraroma menarik dan dilengkapi dengan hirisan chicken teriyaki yang sedap...kami berdua sepakat pilih menu ni sebab dalam gambar nampak menarik...Ice Lemon Tea dia tetap sedap sama macam dulu...rasanya lain dari yang lain...mesti ada secret recipe ni..sekarang korang perasan tak mana- mana restoran tengah adakan kempen no straw...nasib la teguk air takde straw...hahaha....

Total damage untuk 2 orang makan RM44.00 so sorang RM22.00 je untuk lunch yang sedap...

Jom ke Pasta Zanmai......


Breakfast Like A King..

Hi korang...

Pagi semalam kan..SA sampai awal kat KL Sentral, masa tu dah pukul 7.30am, msg Amnani kawan opis SA dia dah sampai mana, kalau dah sampai nak ajak dia minum kat Kayu Nasi Kandar. Awal giler kan sampai..ye la SA dari Seremban naik bas pukul 6.15am. Awal la sampainya.....so SA teringat Cantin kat NuSentral, tinjau- tinjau eh..eh...buka la...awal pagi dah buka katanya...apa lagi SA order la set classic toast ni...Harga set ni RM8.90 tapi biasa la ada sst kan...jadi la RM10.30...okey la tu still murah lagi...


Teh o dan sekeping biskut


Classic toast, kaya pandan tu homemade tau...sedap


Ada telur setengah masak yang sangat menggoda, kalau dia bagi kicap pekat sure best ni...


Muka happy perut kenyang...

Minum sensorang pun boleh?

Boleh aje la...apa ada hal...separuh orang sure malu kan...SA tak malu pun...janji perut SA kenyang...sendiri makan sendiri bayar kira okey la kan....


Monday, July 22, 2019

Lunch Jumaat Di Food Court NuSentral

Hi korang...

Lupa plak nak share kisah lunch Jumaat lepas kat Food Court NuSentral...sekarang ni pulun makan kat luar je kan..esok- esok dah muak baru bawa bekal...mengada betul..ntah bila la nak rajin..Masa Jumaat lepas SA diserang gerd sampai sakit belikat..tapi SA buat tak tau je..malas nak semak otak walau rasa sakit gerd ni sampai buat ko rasa nak mati je..ekceli dia bukan sakit..tapi dia mengganggu sistem pernafasan korang. Angin atau asid refluks tu buat perut korang cramp sampai nak bernafas pun seksa. Selalunya SA minum air panas je..untuk bagi angin keluar ikut mulut..kentut jangan cakap la..susah ok...payah nak kentut..kalau dapat kentut tu memang lega la..satu lagi cara SA akan makan benda yang panas- panas atau bersup macam kat bawah ni. Memang pesakit gastrik atau Gerd x elok makan mee kuning..tapi takde pilihan..makan jer la apa yang ada...janji perut kenyang...


SA pilih fishball noodles..


tambah lagi asid refluks dengan cili jeruk dan cili potong ( jangan tiru perangai SA ni)


Amnani pilih chicken grilled...sedap gak ..sayur tu SA yang habiskan..dia x makan sayur atau dalam ertikata lain dia sangat memilih sayur


Total SA makan sorang...


Minah ni tumpang meja kami..kesian kat dia takde empat nak makan...kami ok je...


then SA order air boost ni...lupa dah apa nama air ni tapi dia lebih kepada build energy


Memang teruk gak la sesekali kalau gerd ni menyerang tau...korang akan rasa dada korang berat...masa tu memang stress la..dan kalau nak tau kalau lagi kuat kita stress lagi asid refluks tu jadi banyak tau...masa tu memang tak tenteram la...berdiri x kena, duduk tak kena..sebab tu pesakit Gerd/ gastrik akan rasa sampai masa nak matila...macam- macam benda negative muncul la..masa tu la rasa jantung sakit...padahal simptom sakit jantung lain tau...SA x tau nak tunjuk macam mana..SA akan stress kalau perut banyak angin...rasa bloated..ni SA dah dapat referral letter untuk buat scope tapi SA tak berani nak buat lagi...nanti la..so far dah dapat ubat paling mahal ni takde dah rasa ada asid refluks tu....dah banyak kurang dan dah lega sangat...yang nyatanya pesan doktor Jumaat lepas..jangan stress..kalau stress asid tu memang akan banyak berkumpul...lagi awak susah....ermm...macam tu pulakkkkk....



Akhirnyaa....Dapat Jugak Makan Durian Sedap ..

Hi korang...

Yeay..happy betul SA dapat makan buah durian yang sedap dan dan baru gugur..semalam SA balik kampung sebab nak pergi urut. Belikat SA sakit tiba-tiba sampai tak boleh bernafas..Jumaat malam tu SA paksa abah SA hantar Sa pi klinik..memang dapat surat dari doktor refer specialist untuk buat scope. Abah SA x bagi buat..tapi tgok la nanti condition macam mana. Ni dah ok plak lepas makan ubat mahal..sebiji ubat tu RM8, SA dapat stok untuk 7 hari...so far dah makan 2 hari dan SA dah ok dari asid refluks akibat gerd. Dah urut pun dah rasa ok cuma masih ada sengal- sengal sakit akibat urutan tu kan..lepas urut tu balik rumah Mak Lang kejap...kan musim buah....sekali ada durian u olls...durian baru gugur plak tu Pak Lang dapat dari dusun orang kampung...hilang segala sakit badan..selamba makan 4 biji...hahahaha....puas hati dapat makan...bukan apa geram tertipu minggu lepas masih tak hilang lagi...hahaha...kali ni dapat makan...memang sedap betul la...


Sebiji ni memang betul- betul baru jatuh...kuning isi dia..sedappppp


Nikmat apa yang perlu didustakan lagi kan...


So creamy...


bagai terasa kesedapannya lagi waktu type entri ni


Langsat dah mula masak...minggu ni baru masak betul ni...


Manggis pun dah start masak dah...



Pulasan belum masak betul lagi...


Rambutan memang keliling rumah masak dah


Antara durian kampung yang sedap


Yang ni isi putih tapi tetap sedap...


Sedapnyaaaa


Pose dulu sebelum makan


Bukan main kan...

Disebabkan makan durian tu badan jadi panas...hahaha...tak tentu arah jadinya...giler...sekali 4 biji makan ngan diorang...but memang banyak la SA makan...berpeluh- peluh dibuatnya...memang SA makan betul- betul balas dendam kena tipu minggu lepas kan...ni dah penghujung musim kan...kalau ada buah durian pun sure dah makin mahal...SA ada kirim durian tempoyak kat maklang..Nak RM50 sebab ada orang kampung jual isinya sahaja..orang tu x larat nak bawak sebab berat, so dia dah siap- siap keluarkan isi...berbaloi la kan...RM50...SA tak kisah bab harga asalkan mak SA dapat tempoyak baru..tempoyak tahun lepas pun tak habis lagi tapi tempoyak baru tetap nak buat. Tempoyak kalau dalam family SA sangat- sangat berharga tau....boleh simpan lama kan...

Apapun SA puas hati dapat makan durian....



Aktiviti Memasak Lebih Mudah Dengan Electric Cooking Machine

Hi korang...

SA ada beli blender kering kecik dari shopee..sebenarnya blender ni untuk gantikan lesung batu... lesung batu kat rumah sewa takde so SA decided beli blender ni untuk memudahkan aktiviti memasak SA..dh ada blender ni senang la nak masak...x guna lesung batu pun takpe...hasil cili dan bawang pun elok halus dan cantik je.. SA sangat-sangat rekemen kat korang beli blender ni sebab memudahkan..x sampai 5 minit dh siap dah cili dan bawang korang di blender..blade dia pun tajam yarabbi dan korang kena hati-hati... especially masa nak basuh....putus jari kang satu hal plak kan... blender ni bukan untuk blend bawang ngan cili je tau..daging boleh, ayam dan udang pun boleh..nak blend sayur2 pun bleh tau..banyak kegunaannya...hebat kan?


SA pilih warna merah...tapi dapat warna hijau...ermm..takpe la kot


dalam gambar nampak kecik je ..tp bleh tahan gak besar


Dah ada satu ni senang la..


Hasil bawabg dan cili yang dah di blender 
bagus kan?

Kalau korang nak beli bleh search kat shopee tau...harga masa SA beli RM26.80...tapi ada la postage sebab x cukup RM30 kan ..but still murah jugak campur postage ..ada SA nampak jual kat market place RM50 dan lebih gak..So korang apa tunggu lagi...pi beli cepat...

Blender ni tak perlu guna air ye korang...blender kering je...

Saturday, July 20, 2019

Fair Fit Produk Cik Epal Dan Jofliam Berada Di Karnival 5S Library UPM Serdang !

FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG ! -  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Berita baik untuk warga Serdang, Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran. Korang boleh dapatkan produk FairFit di KARNIVAL 5S Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM Serdang . Nak try rasa, nak dapatkan konsultansi percuma, nak pegang barang face to face jom singgah booth FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG !

FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG !


FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG ! Kami akan berada di sana pada hari Khamis (25 Julai 2019) dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. 



Selain Fair Fit, produk lain pun ada juga seperti Biobax, Yasin Murah dan macam-macam lagi ! Siap ada HADIAH MISTERI lagi tau ! 

Nak tahu apakah itu? Ha...tu kena singgah booth FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG !


KELEBIHAN FAIR FIT SELAIN MENGAWAL BERAT BADAN DAN SELERA MAKAN

Ha....Fair Fit ini, bukan sahaja mengawal berat badan dan selera makan tau tapi ada banyak kelebihan Fair Fit ini , seperti :-

Kelebihan Fair Fit : Mengawal Selera Makan



Kelebihan Fair Fit : Mengawal Berat Badan


Kelebihan Fair Fit : Membakar lemak


Kelebihan Fair Fit : Menambah Tenaga


Kelebihan Fair Fit : Menambah Tenaga

Kelebihan Fair Fit : Mencerahkan kulit

KEUNIKAN FAIR FIT 


Keunikan Fair Fit 


*Satu-satunya produk istimewa yang menggabungkan teknologi formula untuk putih dan kurus


*Sesuai untuk lelaki dan perempuan




*Tidak perlu bancuh, boleh terus minum. Rasanya macam mana? Masam masam manis ! Sedap !


*Rasa buah dan mengekalkan tenaga sepanjang hari



* Gerenti tiada kesan kembali gemuk selepas berhenti


* Tiada cirit birit, sembelit atau kesan yang tidak menyenangkan


COD Fair Fit: Selected Area


 Sampai dah rumah customer


Hadiah bukan omong-omong kosong tau !


Jangan tunggu lama sangat jom dapatkan Fair Fit dari kami :



FAIR FIT PRODUK CIK EPAL DAN JOFLIAM BERADA DI KARNIVAL 5S LIBRARY UPM SERDANG ! di Perpustakaan Sultan Abdul Samad / Universiti Putra Malaysia... sempena Karnival 5S  :

Tarikh : 25 Julai 2019 (Khamis)

Masa : 9 pagi - 4.30 petang
Tempat : Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM


Pelbagai aktiviti, ceramah, bengkel dan jualan akan diadakan. Korang juga boleh menyumbang pakaian terpakai dan kami akan adakan pengumpulan minyak masak terpakai.

Friday, July 19, 2019

Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee

Shopee Mart which comes with a next-day delivery guarantee via its Shopee24 Express Delivery service, not only features groceries, health and beauty products, but also irresistible electronics deals that you will not want to miss! Popular models of mobile phones, accessories, computer peripherals, home appliances such as the Xiaomi Mi 9 SE, Morgan Rice Cooker and more are available at attractive prices and all with a 100% authenticity guarantee. 

Enjoy additional perks such as a 15-day hassle free return policy, free shipping, 0% Shopee installment plan and also earn Shopee Coins (a Shopee currency) along the way. With Shopee Guarantee, shoppers can have peace of mind when shopping on the platform as Shopee holds the money from all purchases in escrow and only releases the payment to sellers after buyers have confirmed receipt of product. Should the user feel that there are any problems or dissatisfaction with regards to their products, they can request for a refund from our friendly customer service crew.






Put in your order by 2pm (excluding Sunday and public holidays) to ensure that you receive your products the next day or your next shipment will be on Shopee. Presently available for users within Klang Valley, Shopee24 serves to answer the call of consumers for speedy fulfillment when shopping online. 

For further savings from now till 21 July 2019, apply the code SMLEMA5 to receive a RM5 rebate with a minimum spend of RM100.

Don’t miss out on the limited-time only special electronics deals available on Shopee Mart:


Fenomena FaceApp Semua Nak Jadi Tua...

Hi korang...

Giler la semalam kan...fenomena FaceApp melanda warga- warga FB dan Instagram kan...mulanya malas nak layan tapi tengok macma seronok plak diorang ni gelak berdekah- dekah tengok transformation masing- masing bila jadi tua..ada yang pertikai kan..ah..malas nak pening- pening kan..kita nak suka- suka jer..bukan serius pun nak tengok muka masa muda ke tua ke..kalau dah tak leh gurau- gurau suka- suka...sepanjang masa stress la hidup kan...elooo...Ustaz Kazim Elias pun buat...rilex2 sudah....

Jom tengok transformation SA dari umur 40an ke tua kerepot...penipu apps ni...teruk nau kerepotnyaa...penat tau i makan collagen selalu...hahaha...janji hidung masih mancung terletak dah la kan...janji vogue gitu....




Okey la...dah penat gelak kan...

Sabar jer la tengok gambar ni semua...adik SA lagi jahat..katanya macam nyonya pi pasar..kurang asam korang kan....apapun semua ni untuk suka- suka jer..tak der la nak amik serius sangat...kesian la hidup kalau takde senda gurauan...ye tak...

Resepi Mee Goreng Basah Style SA

Hi korang...

Sebagai orang bujang adakala rasa nak masak sendiri walau lately ni selalu makan kat luar atau bungkus je..Semalam SA sedikit rajin..haha..tekak tetiba nak makan mee goreng basah..bahan semua ada...1 paket mee kuning tu bleh makan 4 orang kat rumah..SA sebenarnya ada masalah skit selalu x menjadi nak buat mee goreng basah...sebelum tu SA google dulu dan jumpa la resepi dari Azie Kitchen..SA memang suka rujuk kat google je kalau nak masak apa2..cuma bahan mana yang ada jer la SA guna..yang takde tu takde la SA letak dalam resepi tu..nama pun style SA kan...rujukan tu mesti la ada..walau SA dah biasa masak tapi rasa nak cuba cara orang lain masak ikut style SA sendiri...



Mee Goreng Basah Sedap
Resepi: Azie Kitchen ( SA olah ikut bahan yang SA ada)

Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning - bilas dan tos
2 keping ayam bahagian whole leg
1 paket fish cake
2 ikat sayur sawi
1 biji tomato - hiris 6
2 cili merah - hiris
4 sudu besar cili kering kisar
Minyak

Bahan sos:
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mee
Air secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah
Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.

Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan hingga cili masak dan pecah minyak. Rahsia buat resepi mee goreng basah adalah di sini, iaitu cili kisar mesti betul betul masak dan terbit minyak.

Setelah terbit minyak, barulah dimasukkan air dan semua bahan sos serta udang. Kacau sebati dan tunggu sehingga sos dan ayam masak dan mulai mendidih kecil.

Masukkan mee kuning bersama sayuran, tomato dan juga hirisan cili. Kacau perlahan supaya mee tidak mudah putus. Kacau atas api sederhana.

Bila sayur dah layu , boleh lah tutup api. Taburkan hirisan daun bawang, cili jeruk dan bawang goreng.

Makan panas- panas....

Selamat mencuba!!!

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah