Friday, June 20, 2025
Misi Tanam Rose Jepun

Thursday, June 19, 2025
Dah Petik Dah...

Hari Ini Tak Bawa Bekal

Kerja Rumah Yang Mana Paling Korang Tak Suka...

Wednesday, June 18, 2025
Menu Lunch Hari Ini Pasta Spiral Goreng

Natural Look For Today's Assignment

Bila Wanita Kata Tak Ada Baju
Assalamualaikum...
Rasanya semua wanita mengalami sindrom yang sama kan? SA sendiri alami sejak sekian lama..hahaha...
“Eh, aku takde baju nak pakai ni!” atau "alaaa...xde tudung laaa"
Dialog yang paling biasa kedengaran bila ada event, kenduri, dating, even nak keluar beli roti Gardenia kat speedmart pun boleh jadi drama kalau mood tak kena.
Padahal… almari tu dah tak boleh tutup. Hanger pun dah patah dua.
Jadi kenapa kita masih rasa macam tak ada baju?
1. Mood Tak MasukKadang-kadang, bukan baju tu tak cantik… tapi mood kita tak ngam. Rasa nak pakai something comfy tapi cantik, tapi semua yang ada macam “eh kenapa aku beli ni dulu?”. Lepas tu mula la duduk atas katil, termenung, scroll Shopee cari ‘inspo’.
2. Event Tak Match
Ada baju, tapi tak sesuai.
- Terlalu fancy untuk lepak mamak
- Terlalu simple untuk majlis kahwin
- Terlalu sendat bila badan naik 3kg lepas cuti Raya
3. Fasa Hidup Dah Berubah
Dulu suka crop top. Sekarang, oversized hoodie je jawapan dia. Dulu warna pink barbie, sekarang semua beige, nude, latte. Almari pun ikut fasa kita—tapi kadang-kadang, kita stuck antara 'diri lama' dan 'diri sekarang'.
4. Pengaruh Sosial Media
Scroll IG, tengok orang posing cantik dengan outfit baru, terus rasa baju sendiri level “tido punya baju”. Walaupun sebenarnya orang tu pun repeat baju, dia je pandai mix & match dan ambil gambar angle power.
5. Alasan Nak Shopping Baru
Let’s be honest — “tak ada baju” tu kadang-kadang signal ke hati: “Eh sis, kau dah lama tak reward diri sendiri tu… Jom shopping satu dua helai, baru semangat sikit!” 😏
Jadi… Apa Boleh Buat?
Try mix & match: Kadang-kadang baju lama boleh nampak baru bila kita pair dengan aksesori, beg, atau kasut berbeza.
Declutter sikit
Wardrobe swap dengan kawan
Shopping dengan bijak
Akhir Kata…
Kadang-kadang, bukan sebab baju tak cukup. Tapi sebab kita tak cukup rasa confident dengan apa yang kita ada.
Nak nampak cantik bukan tentang jenama baju atau harga — tapi cara kita bawa diri, dengan senyuman dan yakin diri.
So, lepas ni bila rasa “tak ada baju”, tarik nafas... buka almari, dan cuba tengok dari sudut baru dan positif. Mungkin baju lama tu cuma tunggu untuk diberi peluang kedua. 😉
Suria Amanda
Seorang yang tengah mencuba mix and match baju dan berjimat cermat

WW~ Menu Dinner Isnin & Selasa

Apa Beza Air Panas dan Air Mati?
Assalamualaikum...
Kalau korang selalu ke dapur atau suka buat air sendiri, mesti pernah dengar dua istilah ni – air panas dan air mati. Bunyi macam pelik sikit, tapi dua-dua ni ada beza tau walaupun sama-sama tak berperisa!
Arwah nenek SA selalu sebut...amikkan uwan air panas mati...
Alamak...apa plak air panas..lepas tu mati plak...rupanya ada maksud lain....
Jom kita tengok apa beza dua- dua air ni....
Rupa-rupanya......
Air Panas tu… Air Fresh dari Cerek
Air panas ni biasanya merujuk pada air yang baru je mendidih atau tengah panas, macam kita tuang dari cerek, dispenser, atau periuk. Kiranya dia masih "hidup" lagi ada wap, ada haba, dan masih ‘bertenaga’.
Biasanya orang guna air panas ni untuk:
- Buat air kopi atau teh
- Bancuh susu (kalau bukan untuk baby)
- Masak megi!
- Steril barang – macam botol baby
Air Mati Pula… Air Panas yang Dah Sejuk
Air mati pula ialah air panas yang dah sejuk, bukan air dari paip biasa tau. Kadang kita biarkan air panas sejuk dalam cawan atau jag, esoknya baru guna. Ada orang percaya air mati ni tak sesuai untuk bancuh minuman sebab katanya ‘kurang tenaga’ atau rasa dia dah berubah.
Tapi sebenarnya... kalau nak ikut sains, air mati ni cuma air panas yang dah turun suhu je. Tak adalah jadi ‘mati’ betul-betul 😅 Tapi adat dan rasa tu kadang main peranan juga.
Nak Guna Yang Mana?
Kalau tanya mak-mak atau orang lama:
"Nak bancuh kopi, guna air panas betul-betul panas!"
"Air mati tu buat siram pokok bolehlah..."
Tapi ikut suka lah, ikutlah kefahaman masing- masing macam mana, janji bersih dan selamat. Kadang air mati tu lebih cepat kalau nak bancuh minuman sejuk, sebab tak payah tunggu air panas sejuk dulu 😜

Tuesday, June 17, 2025
Ini La Pasaraya Zemart Tempat SA Shopping Bila Dapur Kekeringan Stok..
- Barang dapur semua ada – dari beras, kicap, sardin, sampai ke Milo dan marjerin.
- Bahan basah segar – ikan, ayam, sayur, tauhu... semua nampak elok dan bersih.
- Harga berpatutan – tak rasa pokai walaupun shopping banyak.
- Staf mesra pelanggan – kadang-kadang siap bagitahu bila barang favourite kita restock atau promosi bulan tu.
- Ada keahlian (membership) juga! – Bila jadi ahli, boleh kumpul mata ganjaran. Nanti boleh tebus voucher atau hadiah tertentu. Kira macam bonus untuk kita yang memang rajin shopping kat sini.
- Datang awal pagi atau waktu orang tengah kerja – lebih aman - buka 9.00am
- Bawa beg sendiri – jimat plastik & lebih kemas. - walaupun mereka ada beri plastik
- Jangan pergi masa lapar – nanti semua benda nampak ‘perlu’.
- Daftar membership – setiap sen belanja, ada ganjaran!

Bekal Lunch SA Hari Ini
Suami siap sarapan dulu kat rumah..
Bomboloni ni Dania bawak balik malam semalam...ini la punca mama dan Uncle dia naik berat badan mendadak..dah macam donut dah kami membesar...

Eye Shadow Elianto, Hadiah Birthday

Mood Swing? Benda Biasa, Sis!
Assalamualaikum....
Hari Ni SA Moody, Tapi tak apa…
Hari ni SA bangun dengan satu perasaan yang SA sendiri pun tak tahu nak label. Bukan sedih sangat. Bukan juga marah. Tapi dia ada... macam awan mendung dalam hati. Nak buat apa pun rasa tak semangat. Nak senyum pun rasa malas. Nak buka phone? Scroll dua tiga post je dah rasa “eh… cukup lah". Kadang kita rasa macam tu tanpa sebab yang jelas. Macam tiba-tiba je hati jadi berat. Mungkin sebab badan letih. Mungkin sebab kepala serabut. Mungkin juga hormon tengah main-mainkan emosi. Tapi satu benda SA sedar, kita selalu rasa kita kena okay. Kena ceria. Kena senyum. Kena layan orang macam biasa.
Tapi hakikatnya, kita manusia. Bukan robot.
Hari-hari moody ni sebenarnya penting juga. Ia macam signal yang badan dan hati kita bagi “weh, slow sikit boleh tak?” Jadi bila perasaan tu datang, sa tak lawan. SA biar diri rasa apa yang perlu dirasa.
Biasanya bila SA moody, ada beberapa ‘ritual’ yang SA suka buat:
- Buat air coklat panas, minum perlahan-lahan sambil pejam mata.
- Main playlist lagu-lagu yang tenang, kadang sengaja pilih yang mellow supaya feeling tu ‘terkeluar’ sikit.
- Pi kat tingkap, pandang langit, dan biar fikiran terbang jauh (overthinking sikit takpe, janji tak lemas dalamnya).
- Rehat pi NuSentral jenjalan, beli choc ke atau just window shopping kat mana-mana kat situ..
Atau…kalau kat rumah baring je dan peluk bantal kuat-kuat.
SA juga elakkan media sosial bila emosi tak stabil. Sebab bila hati rapuh, semua benda senang trigger. Tengok orang lain happy, kita rasa lagi kosong. Padahal hidup kita okay je, cuma hari ni mood tengah bercuti.
Dan sebenarnya, benda paling penting untuk SA ingatkan diri sendiri (dan mungkin juga korang yang tengah baca ni):
Kita dibenarkan rasa semua ni.
Kita tak salah bila moody.
Kita cuma manusia biasa yang tengah belajar jaga hati sendiri.
So kalau korang tengah lalui hari yang suram, SA nak cakap satu je:
Tak apa kalau hari ni korang tak okay.
Ambil masa.
Rehat dan esok, kita cuba lagi.
Love,
Suria Amanda
Seorang yang tengah belajar terima hari-hari moody dengan hati yang lebih tenang.

Monday, June 16, 2025
Hadiah Birthday Dari Dania & Kawan Baiknya....

Bekal SA Hari Ini

Majlis Sambut Menantu

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah