Saturday, August 17, 2019

Nukilan Spontan SA



Duniaku dengan keluargaku...
Duniaku dengan hingar bingar suara anak-anak ku...
Hidup ini tidak pernah sunyi..
Hidup ini tidak pernah gelita...
Mereka penyeri suasana..
Mereka pengubat dukalara...
Hipokrit kah aku kerana menafikan kesunyian
Hipokrit kah aku menidakkan anggapan orang..
Aku tetap dengan duniaku
Akan ku tempuhi dengan penuh ketabahan..
Aku harungi onak dan duri..
Semoga allah terus memberkati



Suria Amanda
17 August 2019
Tampin Waterpark



Friday, August 16, 2019

Calit- Calit Touch Up Wardah Exclusive Matte Cream....

Hi korang....

A quick update!!!Abaikan gambar konon- konon candid kat bawah tu ha...hehehe....ngade- ngade kan...hari ni rambut ok..on point lepas tukar syampoo..dari Safi Shayla ke Sunsilk..eh..eh..cantik terbentuk licin je rambut SA dari sebelum ni ha...kembang semacam..x tau nak salahkan rambut ke nak salahkan syampoo...well lantak la di situ...sekarang ni time rehat dan SA nak rehat jap..sementara tu..nak calit- calit lipstick dulu..dari tadi dah abih dah..makan lipstick ke hape kan...takde la...combination warna lipstick tak sesuai ngan baju gitue...hahaha...matching- matching baru la okey kan....


Eh...kenapa la tangan SA tu dalam gambar jadi cenggitu..macam ada setompok scars...tapi hakikatnya takde tau....


Ni haaaa...lipstick eh..dalam gambar kaler macam ni..tapi bila pakai kat bibir warna jadi lain..eh..eh..ikut aliran darah ke hape...lain plak warnanya...kat mana beli Wardah Exclusive Matte Cream ni?
Pi la korang beli kat Watson...saje gatal nak perabih duit padahal gaji lambat lagi...hari ni rehat lama..SA x kemana...malas nak berjalan...perut tak sihat ni...nak jalan jauh pun rasa penat..makan pun hari ni tak bawak bekal...malas dan konon nak cheating...tapi sampai la ni x tau nak makan apa...nak tinjau GrabFood la kejap lagi....korang yang kerja tu rehat lelama ni pi mana je?
Shopping lettew kan?

Thursday, August 15, 2019

Dendam Tidak Baik Untuk Kesihatan

Hi korang...

Hari ni SA nak share tentang dendam..dendam merupakan penyakit hati yang kronik dan selalunya ianya berkaitan dengan sakit mental juga. Pernah korang berhadapan dengan situasi orang berdendam? atau korang sendiri pernah berdendam? Jangan kita terjebak secara langsung atau tidak langsung dalam dunia dendam ni...tak elok langsung..

Rasa dendam merupakan suatu kondisi dimana kita menginginkan orang lain yang melakukan kesalahan terhadap diri kita menerima balasan atau konsekuensi dari kesalahannya. Dibandingkan berusaha untuk mengawal emosi lebih baik dengan cara mengungkapkan kemarahan sewajarnya dan kemudian memaafkan, menyimpan dendam membuat kita menganggap orang tersebut sebagai suatu ancaman yang menimbulkan perasaan stress atau trauma berulang meskipun kejadian yang sesungguhnya sudah lama berlalu.

Sebetulnya, dengan memaafkan bukan bererti kita melupakan kesalahan seseorang dan membiarkan kesalahan tersebut terjadi lagi. Memaafkan merupakan suatu cara untuk melatih fikiran kita untuk tidak terus-menerus menganggap diri kita sebagai mangsa dan merasa tertekan akibat kesalahan yang telah dilakukan terhadap diri kita.

Sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit. Begitu kata pepatah, dan ini juga terbukti jelas pada rasa dendam dalam hati. Lama-kelamaan, menyimpan dendam mempengaruhi fungsi otak dan kesehatan mental keseluruhan yang akhirnya mengganggu kesihatan tubuh badan kita.

Gambar dari google

Apa Akibat Sekiranya Kita Berdendam?

  1. Mengganggu sistem hormon otak
  2. Mengganggu hubungan dengan manusia
  3. Mendorong Ke Arah Kehidupan Yang Tidak Sihat
  4. Meningkatkan risiko Penyakit Jantung
  5. Mempercepatkan Proses Penuaan
  6. Membuka ruang untuk Penyakit Kronik Singgah

2 Perbezaan Tentang Dendam 

“Dendam” merupakan suatu ‘Perasaan’ atau sesuatu yang dirasai. Bagi orang inggeris, perkataan “Dendam” hanya membawa maksud yang negatif. Berlainan pula dengan orang Melayu, perkataan “Dendam” menzahirkan dua keadaan yang berbeza:

1-“Rindu-Dendam” – ingatan yang didasari oleh rasa/perasaan rindu yang amat mendalam dalam berkasih sayang
2-“Dendam-Kesumat” – rasa/perasaan yang didasarkan oleh perasaan amarah dan dengki

Pertamanya dikatakan Melayu itu kerana dianya berugama Islam. Dan bukanlah menjadi sifat orang Melayu untuk menzahirkan sifat yang tidak baik kepada umum. Manakala sifat-sifat yang baik akan dizahirkan dengan penuh tersirat kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Bagi orang Melayu yang merupakan bangsa Tauhid, Allah dan Rasul melalui jalan ugama Islam adalah segala-galanya dalam hidup. Oleh itu tiada yang terlebih tinggi dan mulia didalam hidup orang Melayu melainkan ingatannya selaku hamba kepada Yang Maha Pengasih walaupun dirinya adalah yang termulia di kalangan masyarakatnya.

Bolehlah dikatakan disini bahawa perkataan “Dendam-Tak-Sudah” adalah sebagai isyarat bagi menzahirkan ingatan si hamba terhadap Tuannya Yang Maha Pengasih kerana tiada yang dapat mengatasi keadaan ini (nikmat bagi segala nikmat adalah ingat bagi segala ingat). Oleh itu, perhiasan termulianya (Destar) yang diletakkan pada kedudukan tertinggi batang tubuhnya (kepala) adalah bagi mengisyaratkan hal keadaan dirinya yang sentiasa ingat kepada Tuannya yakni Allah Yang Maha Pengasih yang telah memberinya segala nikmat. Justeru itulah isyarat yang bernama “Dendam-Tak-Sudah” ini dizahirkan khasnya pada hari kebesarannya. Dan tujuan isyarat ini dizahirkan pula adalah kerana selaku pemimpin adalah menjadi amanahnya pula untuk mengajak seluruh pimpinannya sama-sama mengikuti jalan ini.

Gambar dari google


Justeru itu “Dendam-Tak-Sudah” adalah merujuk kpd rasa "Rindu-Dendam" (ingatan tanpa henti yang mendalam) tulus hamba si salik terhadap tuannya Yang Khalik serta menepati gelaran ‘Duli’ yang dipakai (debu ditapak kaki – hamba yang menghinakan diri terhadap Tuhannya).

Oleh itu, rujukan “Dendam-Tak-Sudah” terhadap sifat yang tercela seperti Dendam-Kesumat (amarah dan dengki) khasnya terhadap ketua bangsa dalam hal ini amatlah tidak bertepatan.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang BERAKAL; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”. (Ali Imran : 190-191)

Wallahu a'lam..apa pendapat korang?

Jom bincangkan....elok atau tidak kalau hidup berdendam...

Menu Sempena Aidiladha 2019

Hi korang...

Dah hari Khamis baru sibuk nak update entry Aidiladha kan...sibuk dengan kerja dan kurang sihat la korang..hajat hati nak update masa Sabtu dan Ahad masa raya tu..dah terbaring jer plak..update kemana- mana ntah...penangan betul raya haji tahun ni...terlantar tak dapat nak bangun dan aktif macam biasa..kalau bangun pun pi toilet dan makan..nak buat apa kerja pun tak terdaya..bongkok salah, duduk salah, berdiri salah, baring lagi salah..entah kenapa la perut masa tu...dah tua- tua ni macam - macam plak kan...so Hari Raya Aidiladha adalah suram buat SA....

Tahun ni kami memang tak balik kampung buat lemang seperti kebiasaan...tahun ni abah plan buat lemang viral ni..lemang kukus tapi hasilnya sama macam lemang yang kita bakar tu..abah SA terjebak dengan lemang ni bila adik dia buat masa raya puasa tahun ni...memang senang la buat lemang ni..tak merenyahkan...takde la panas dan tak perlu jaga api...kukus jer sampai masak...masa abah buat ni adik SA cakap kukus dalam 1 1/2 jam macam tu....hasilnya memang superb dan SA rasa la seketul..sedap...so raya tahun ni tak payah bakar lemang dah...maybe boleh cari buluh dan masak guna buluh jer instead of tin minuman ni...


20 tin semuanya untuk percubaan aje...


Macam ni paras rupa lepas dah kukus dan keluarkan dari salah 1 tin


Dari sisi lain plak


Yang dah dipotong-potong


Ayam kampung masak lemak cili api


Sup gearbox


Sedap kan?SA rasa sikit je..


Cili kicap untuk dimakan dengan sup gearbox


Ayam kampung masak lemak cili api yang berkuah


Selebihnya keringkan jadi rendang


Kuah kacang sotong rendam...adik ipar masak


Rendang nasib...sedap..ni airtangan mak


Sambal udang untuk adik ipar yang x makan daging and ayam


Sayur kacang buncis goreng


Ikan patin masak tempoyak


Ikan Tilapia bakar...


Sawi Hong Kong Kukus


Ikan Tilapia Stim 

Itu lah semua menu masa hari raya Aidiladha dan jugak tambahan menu hari Isnin...SA tak menikmati sangat raya tahun ni...dengan menjaga pemakanan, dengan pantang 3 bulan sebab nak turunkan uric acid...tapi cheating gak rasa sikit- sikit..tak bleh tahan woooo....menung SA tengok diorang makan..SA banyakkan sayur jer la...nasib la kan...so Aidiladha kami tak kemana- mana...tahun ni memang kami tak buat korban..insyaallah nanti ada perancangan nak buat korban...bila tu tak tau la...seronok tengok orang tunaikan ibadah korban kan...meriah...paling best tengok masing- masing bergambar OOTD raya Aidiladha...bukan main erk korang....SA sepanjang hari ngan kain batik atas tilam menuam perut yang sakit...dah macam orang lepas pantang....sabar jer la...

Wednesday, August 14, 2019

Terjebak Utusan Cinta Buat Adam...

Hi korang...

Dah habis dah cerita Utusan Cinta Buat Adam tu kan...tapi tu la..ending dia buat SA tak puas la..bila dah terjebak macam ni la, sweet sangat lakonan Kamal Adli dan Puteri Aishah..lakonan Sharifah Sakinah pun sangat bagus dengan watak antagonis dia...drama ni pun dah habis dah kan...tapi nak share gak la kat sini...buat kenangan..antara cerita yang menambat hati dan menaikkan darah tinggi...citer baru tak layan lagi..now anak dara SA tengah layan citer Ben Amir ngan Mira Filzah tu...tengok citer tu sekali jer ari tu sebab anak dara SA akan record..nanti nak tgok kat youtube la..banyak episode dah terlepas...

Jom baca sinopsis...


SINOPSIS UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasulullah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Adam bingung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.

Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula menggunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

Sesekali Berkumpul Memang Meriah..

Hi korang...

Cuti raya haji lepas anak- anak saudara SA berkumpul, yang dari Muar 2 orang, Dida, Si kembar dan Aidan..yang takde cuma anak adik bongsu..si Opick dan Tiara. Diorang last minute balik Perlis sebab ada kenduri..bila dah berkumpul tu..adakala elok main sama- sama..adakala bergaduh dan kaki sentap memasing..padahal bukan selalu pun berjumpa..yang perempuan biasa la semua teruja nak tunjuk kebolehan masing-masing..yang lelaki buat hal sendiri la..leka ngan game..Zikri dah besar so layan hp je..sesekali join adik- adik kalau dah bosan..kakak dania kat bilik atas ulangkaji pelajaran sebab sibuk nak exam..memang tak bagi adik- adik sepupu naik atas kacau..tapi dalam gambar kat bawah tu lepas plak naik atas...rupanya kakak dania dah izinkan naik atas dengan syarat jangan bersepah. Kakak Dania plak suka buat video..so korang tengok la video kat bawah tu nanti....nak gelak tengok ragam masing- masing..












Macam - macam ragam dah kan...korang tengok lah video tu...nasib baik la kakak Dania mood baik layan adik- adik sepupu dia...bila dah sesekali berkumpul ni memang macam- macam la..rajin kakak dania jaga dan buat video diorang...haih..siap pandai plak buat product review session...amboiii...nak caras mama ke apa ni...gambar banyak gegar sebab diorang tak konsisten banyak bergerak kata kakak Dania..nanti nak buat la gathering lagi adik badik..kali ni biar semua ada baru meriah...yang dari Muar tu bukan selalu bleh balik bercuti sebab sana kan cuti Jumaat Sabtu...Ahad dah kerja dan start sekolah..tu yg payah berkumpul...tapi kena plan la betul- betul sebab baru sekarang diorang boleh join..lepas mak mertua adik meninggal baru- baru ni. sebelum ni diorang tak dapat kemana sebab jaga mak mertua yang sakit kan..nanti hujung tahun SA nak plan small gathering untuk kami adik beradik...

Proses Menanggalkan Solekan Kini Lebih Mesra Kulit Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water



Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan pelindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.



Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembabkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.



Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.




EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL 
Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang anda gemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda. EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.




EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING
Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.




EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT
Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.

Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.

*Harga termasuk 6% SST.


Tuesday, August 13, 2019

LG Promosi Ogos 2019 Pasang Penapis Air / Udara - Dapat 6 Bulan Free Bayaran Bulanan

Hi korang....

Dalam keadaan cuaca dunia yang tidak menentu dengan masalah pencemaran sana sini, kualiti air yang kita minum adalah sangat- sangat merisaukan. Sebab itulah kita perlukan air yang lebih bersih dan ditapis..Kenapa perlunya air bertapis?Umum mengetahui yang air sangat penting untuk tubuh badan kita, tapi adakah kita sedar yang air meliputi 70% daripada tubuh kita?

Tanpa air yang cukup dan bersih, badan akan mengalami kemerosotan fungsi seperti:
  • Daya bekerja menurun
  • Seseorang itu berasa letih,keliru dan tidak menentu
  • Daya ketahanan terhadap penyakit rendah -penyakit mudah menyerang
  • Sakit kepala, sembelit, terdedah kepada risiko jangkitan buah pinggang
Apa bezanya air yang ditapis dengan air yang tidak ditapis? Jawapannya terlalu banyak antaranya ialah:

1) Air yang tidak ditapis walaupun nampak bersih dari pandangan mata kasar. Sebenarnya air tersebut mengandungi klorin yang tinggi yang boleh membawa penyakit dalam badan kita.

2) Air yang ditapis oleh penapis air adalah merupakan air yang segar dan bersih. Jika sayuran anda disiram dengan air tapisan tersebut. Sayuran anda akan kelihatan lebih segar berbanding dengan sayuran yang dicuci oleh air tidak bertapis.

3) Ambil contoh paling senang dan anda boleh melakukannya dirumah, cuba anda bandingkan menanak nasi dengan menggunakan air yang ditapis dan tidak ditapis. Nasi yang menggunakan air yang tidak di tapis akan menjadi basi terlebih awal berbanding dengan air yang ditapis.

Oleh itu,tidak salah mengeluarkan sedikit wang bagi memastikan kesihatan anda dan anak-anak terjamin.

Penapis Air LG


Penapis Udara LG

Kalau kita tengok kebanyakan hari ni banyak kanak-kanak yang mudah dapat jangkitan penyakit. Kalau lepas balik dari tadika atau pusat penjagaan kanak-kanak, kebanyakan ada yang sihat ada juga yang berjangkit dari kawan-kawan sekolah. Ini mungkin juga disebabkan oleh jangkitan dari keadaan persekitaran. Udara tidak betul- betul bersih menjadi punca utama kerana bakteria merebak dan mudah berjangkit melalui udara. 



Model Penapis Udara LG


Model Penapis Air LG


Untuk yang mementingkan kesihatan dan kecantikkan, apa tunggu lagi...jom kita berubah ke arah sesuatu yang menjanjikan kesihatan yang lebih baik. LG dengan promosi terbaru penapis air tanpa tangki terbaru dan juga penapis udara. Jom dapatkan segera koleksi terbaru dan tercanggih.

LG Promosi Ogos 2019

✔Submission date : 1/8/2019 - 25/8/2019
 ✔Promosi untuk Water & Air Puricare.
✔Customer tak perlu bayar apa² untuk pemasangan mesin.
✔Pembayaran pertama hanya bermula pada awal September sebelum 5hb September.
✔Untuk 5 bulan terakhir pembayaran bulanan iaitu pada bulan ke 56,57,58,59,60 (cukup 60 bulan/5 tahun) Pihak company tidak akan mengenakan bayaran bulanan.
✔Promosi FREE 1+5.
✔Pemasangan mestilah dalam bulan Ogos sahaja untuk layak promosi ini.
✔Dokumen diperlukan : Ic & debit kad depan serta No akaun bagi debit kad tersebut sahaja.

Tekan link Untuk order
Wasap.my/601159047871/LGpurifier 

Facebook : https://www.facebook.com/LGpuricareKlangValley/

Instagram : www.instagram.com/lg.puricareklangvalley/

"Pasang Penapis Air / Udara - Dapat 6 bulan Free bayaran bulanan"* Ada ke akak² abam² di sini yg nk saya bantu pasang mesin air / udara di rumah bulan ni tanpa bayar apa²? Bulan September baru mula bayar! X perlu masak air. X perlu tadah air. X perlu simpan Air. Air bermineral dan hygienic. Jaminan sehingga 10 tahun.

Percutian Family Ke Cameron Higland Last Part - Kea Farm

Hi korang...

Sape dah start keja hari ni?hehe..SA dah start keja dah...aik masuk office ramai lagi cuti rupanya...so kita yang cuti tinggal sikit ni elok duk diam- diam dan buat kerja..sambil- sambil tu SA nak up entry last ni ha sebelum SA up citer Raya Aidiladha. Kang lagi lama simpan ntah tahun bila nak publish..ni last la ni SA janji...So untuk last entry ni kami cover plak KEA Farm...ingat tak ramai orang masa ni..almaklumlah hari Isnin kan...takde makna hoke...memang ramai giler..penuh Kea Farm tu dengan manusia termasuk lah SA dan satu family.....

Jom la tengok apa yang menarik....


Sotong gergasi goreng...beli la seekor untuk Dania..


Jambu jeruk...SA x beli...


Pi CH kalau x beli strawberry memang tak sah la..


Masak ranum dah


SA beli 4 bekas...RM30...


Cuaca walau dingin..tetap cerah..


Jagung mutiara...kat sini kalau nak beli jagung kena tengok dulu ye..jangan x tau jagung mutiara pun ada tiruan..


Penjual strawberry tengah susun2 buat strawberry dalam bekas


Ha...geram tak? selonggok ni RM20 kalau tak salah


SA x beli yang ni..


Lambakan buah dan sayur- sayuran..ada 10 bungkus RM10 kecuali buah- buah tu la..but buah still murah


Keledek 1kg RM10


Kentang pun sama RM10 for 1kg


Banyak giler..kalau la boleh makan...


Tomato cherry


Sayur- sayur bungkus


Aloe vera...sayang betul x beli sepokok..


souvenir


Syurga SA 



















SA sebenarnya suka bunga...bukan tak nak beli masa kat sini..kereta penuh dah...x tua la sebenarnya penuh dengan apa sebab SA x shopping sangat pun..nanti la kalau ada rezeki boleh la pergi lagi...kat sini SA beli la strawberry...sayangnya tak tahan strawberry tu..sampai rumah Seremban dah benyek kebanyakannya...maybe cuaca dah berubah..kan strawberry sesuai dalam suhu sejuk je...takpe la..nak buat cane kan...balik tu kami ikut jalan Tapah...ya allah...berliku2 jalannya...lepas ni naik ikut Simpang Pulai dan balik pun better ikut Simpang Pulai..ambil masa yang lama kalau ikut Tapah...target sampai Seremban dalam pukul 6pm..last2 sampai kul 9 malam..terlambat betul mak cuci buah pinggang...nasib takde apa- apa berlaku....

Yeay habis dah citer CH...yang pelik acaner la entry ni bleh tersimpan dalam draft...okeh SA takde hutang dah ye...next time boleh pergi lagi...semoga dimurahkan rezeki...aminnnn

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah