Thursday, December 14, 2017

Lipstick Baru Luv Xoxo By AgBeauty

Hi korang...

Citer bab Lipstick lagi la hari ni....SA dapat lipstick untuk review lagi sekali...special thanks to AGBeautyHQ yang memberi kepercayaan pada SA untuk review lipstick yang cantik amat ni...Last 2 week rasanya SA review lipstick beli sendiri.

SA suka warna ni sebab tak pernah guna lagi..kalau rajin mixed and match dengan warna lain pun cantik tau...
Lipstik ni ada 4 warna yang cantik-cantik dan code yang SA pakai : Luv xoxo

Benefit :
• Long lasting 
• Highly pigmented 
• Full coverage lip colour
• Vitamin E which can give moisture and intense hydration to chapped lips
• Collagen will help to get smoother and less wrinkle lip.

* Soft-Matte, barely-there texture
* Non-drying
* Long lasting
* Moisturizing
* Easy to apply
* Easy to remove
* Cruelty-free

This lipsmatte is made with love rich with Shea butter , Vitamin E and Collagen will help to get smoother lips


Santek tak warna dia?




Memang lembut je bila pakai...ringan je tekstur dan warna kekal lama...pilihan warna ada 4 buat masa ni dan akan bertambah dari masa ke semasa. Korang boleh check kat Instagram AGBeautyHQ nanti ye...

Harga RM39 each / not including postage . ( SS RM10 / SM RM7 )

Nak beli?

Follow ig @agbeautyhq

Wednesday, December 13, 2017

Notebook Pink Hadiah Top Komentator Dec 2017


Hi korang...

Penatnya SA hari ni...banyak kerja settlekan travel boss dan macam-macam kerja lagi la kat opis..minggu ni memang payah SA nak buat entry sampai 2-3 entry sehari..tapi SA cuba gak la..lepas ni nak hadap pindah workstation plak lagi...

Well kita lupakan sekejap tentang kebusyan SA kat opis..hari ni SA nak announce kat korang semua pengomen tegar, readers mahupun followers..SA dengan rasa rendah diri nak umumkan..notebook pink kaler kat atas tu sebagai hadiah untuk pemenang top komentator Dec 2017 blog SA ni..hadiah yang last untuk tahun 2017 kan..

Eh..sampai 2017 aje ke hadiah top Komentator ni?

Takde la..ini effort SA untuk hargai semua followers, readers dan top komentator yang rajin singgah blog SA..so SA dengan bangganya nak umumkan jugak..sessi reward top komentator ni akan SA teruskan hingga ke tahun 2018...haaa...suka lettew...suka kan??
Kalau suka..jom la komen banyak2 kat blog SA ni ha...tapi sila adil la ye...komen related dengan entry..next year mana-mana komen yang hanya 2 perkataan SA akan delete terus..tak adil kan untuk semua peserta lain..dan tak adil jugak buat owner blog itu sendiri sebab penat kot nak karang ayat..sekali dapat komen ntah apa2.. so..be fair to others ok?

Haaa...apa tunggu lagi....cepat komen...korang ada banyak masa lagi ni....

Kita tengok bulan ni sapa yang kena....

Terjatuh Cinta Tanpa Sengaja Dengan Kasut Emboss Dark Maroon Ijmal

Hi korang...

Korang macam SA tak..ada masalah kalau beli kasut sarung..samaada boleh pakai lama atau pakai sekejap aje..setiap kali beli kasut sarung baru kaki SA pasti melecet sebab tu SA tak banyak koleksi kasut sarung. Baru- baru ni SA diperkenalkan dengan kasut jenama Ijmal. Sekali pandang je terus jatuh cinta..memang SA tak tengok warna lain selepas buka website. Terus jer order dan confirm semua termasuk size..tutup website dan sabar menanti dengan harapan apa yang SA order tu bakal tiba dengan selamat ke pangkuan.

Apa yang SA sangat suka dengan service dari pihak Ijmal? Lepas dah dapat email confirmation terus dapat email penghantaran sekali dengan tracking number..cepat kan? Esoknya SA terima bungkusan love- love dari pihak Ijmal...yeayyyy.....tak sabar- sabar SA nak buka bungkusan..dan apa yang SA dapat memang sama dengan apa yang SA idamkan....terbaik service dari pihak Ijmal..cepat dan pantas..

Kasut keluaran Ijmal ni sesuai untuk siapa?

  1. Wanita bekerja yang sentiasa bergerak ke sana  sini atau berdiri lama
  2. Wanita mengandung
  3. Yang mengalami masalah sendi,kaki, tumit dan lutut
  4. Sesuai untuk mereka yang mengerjakan Umrah
  5. Mereka yang rajin travel


Jom tengok kasut SA..

Tadaaaaa...cantik kan? Ntah kenapa hati terpaut dengan Emboss Dark Maroon ni...pejam mata jer SA terus pilih...memang tak tengok warna lain masa pilih..kalau tengok warna lain sure hati berbelah bahagi...nama pun perempuan kan..cepat rambang mata..hehehe...so apa kehebatan kasut Ijmal pada diri SA?

Kasut Ijmal sangat comfort, kusyen tebal dan lembut pada insole dalam kasut Ijmal memberi keselesaan yang berpanjangan. SA guna ke pejabat dan kasut ni betul-betul ringan. The best part kaki SA tak melecet pun..takde istilah sakit kaki atau tumit dah. Material lembut yang digunakan dan pilihan warna pun sangat- sangat memikat hati.Lepas ni nak tambah koleksi lagi la..sesuai dengan SA yang bekerja banyak berdiri dan berjalan ni...

Serius SA dah terjatuh cinta tanpa sengaja dengan kasut Emboss Dark Maroon Ijmal. Dan yang penting kaki SA dah tak sakit lagi....pergerakkan SA di office sangat lancar dengan kasut Ijmal..kawan- kawan pun dah mula menegur..cantiknya kasut beli kat mana..jawapannya dh tentu la Ijmal...


Corak pada kasut dan design yang cantik..


Size pun takde masalah..


Comel jer kat kaki..


Sempat ootd pagi Ahad...cantik tak kasut tu?


Gara- gara gambar ni ramai yang bertanya harga kasut ni....


Jom tengok Testimonial...





Rata- rata customer yang pernah beli kasut Ijmal akan repeat order sebab kasut ni memang betul- betul best. Harga pun berpatutan dengan kualiti dan service yang diberikan oleh pihak Ijmal.Semua pun berpuas hati..

Korang berminat nak beli kasut Ijmal?

Jom pakat order di :-

Website : https://www.ijmal.my/

Instagram : https://www.instagram.com/ijmal.malaysia/

Tuesday, December 12, 2017

Mama Tak Cuti Berjalan La Dania Dengan Mak Yang Di Seremban Gateaway

Alahaiiii....kesiannya anak dara SA ha...cuti sekolah hujung tahun tak kemana pun kami...dia lepak kat rumah je..kebetulan Uwan dia tak sihat..so dia temankan Uwan ngan Atuk dia...mama balik Seremban pun setakat jalan- jalan kat Seremban jer la..memang tahun ni tak berjalan ke mana pun sebab Mak SA sakit..Kesian Dania..nasib baik Mak Yang dia bawak dia keluar pi makan- makan..itupun sebab dah janji belanja dia makan sempena birthday dia yang lepas..tak pe la asalkan pergi berjalan kan...nanti la minggu 4 December nanti SA bercadang nak bawak dia turun KL...

Kat mana Seremban Gateaway ni? huwaaaa...jangan la korang tanya SA...memang la SA x tau kat mana...dasar kan....poyo habis...sebenarnya Seremban tu dah pesat memabngun dan dah macam- macam ada dah pun..SA yang tak berjalan or merayau...nanti la bila dah free nanti SA terjah la...Rupanya diorang pi makan Boat Noodles kat Seremban Gateaway. SA pun x tau kat Seremban dah ada Boat Noodles..hahaha..teruk sangat la...


Alaaa...apesal gegar gambar ni Mak Yang oiiiii


Antara makanan wajib ada kalau pi Boat noodles 


Bukan main lagi seronok diorang tapi tu la..gambar gegar....

Insyaallah SA akan bawak dia jenjalan minggu ke 4 nanti..minggu ni mama dia sibuk sikit..banyak sangat agenda...sedap plak mama tengok boat noodles tu ha..kat KL tak nak makan..kat Seremban sibuk nak makan..hahaha...maafkan la mama kamu ni Kakak..mama sibuk dengan kerja bila hujung tahun...insyaallah kalau allah permudahkan semua urusan mama, mama akan ambil cuti dan luangkan masa dengan awak..

Jom Rewang 2018 Pameran Pengantin Ohsem Di Plaza Alam Sentral Shah Alam

KERJA KAHWIN : OHSEMNYA WARISAN WANITA

Sebut pasal Rewang semua akan automatik ingat kerja- kerja rewang 2 hari atau sehari sebelum majlis perkahwinan di kampung kan. Seronoknya...SA pernah mengalami suasana rewang macam tu semasa perkahwinan SA dulu..pada SA rewang ini patut dikekalkan kerana mampu merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga dan saudara mara. Tetapi zaman serba moden ini budaya Rewang ni dah kurang diamalkan kerana kebanyakkan masyarakat lebih memilih perkahwinan secara katering kerana sangat memudahkan.

Hari ini SA nak bercerita tentang Jom Rewang 2018 yang akan diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula pada 26hb - 28hb Januari 2018 akan datang. Masa ni nanti boleh la bakal- bakal pengantin atau anda yang merancang untuk berkahwin mengunjungi karnival ini untuk menempah pakej- pakej perkahwinan yang menarik. Pameran ini dianjurkan oleh Puspawangi Event Management dan Kerja Kahwin dengan objektif untuk memudahkan anda menguruskan majlis perkahwinan anda. Bukan apa..adakala tak cukup masa kan nak uruskan semua dari A- Z so melalui pameran Jom Rewang 2018 ini nanti anda boleh pilih vendor yang menepati citarasa anda seterusnya menguruskan majlis gilang- gemilang anda.








Jom Rewang 2018  pasti amat dinantikan kerana pelbagai pakej- pakej menarik yang ditawarkan dalam masa 3 hari sahaja bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam. Selain dari pakej- pakej perkahwinan akan turut di tawarkan pelbagai perkhidmatan seperti katering, pakej fotografi, dewan perkahwinan, cenderahati, kad perkahwinan dan macam- macam lagi. Bakal pengantin hanya perlu datang ke Jom Rewang 2018 untuk memilih pakej perkahwinan yang diidamkan. Merancang sebuah majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mudah. Oleh itu pameran yang diadakan adalah peluang terbaik bagi bakal pengantin untuk merancang majlis perkahwinan mereka seawal mungkin.


TENTANG JOM REWANG 2018

JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin.

Antara tarikan utama event JOM REWANG 2018 :-

  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.
  • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya menghadiri karnival ini.


Gambar sumber google.com

Okey anda semua...save the date.. 26 - 28 Januari 2018. Pastikan pilih yang betul dan mengikut bajet anda. Pelbagai pakej yang ditawarkan dengan tujuan memudahkan semua pihak. Jimat masa dan tenaga. Zaman sekarang semua senang kan..tak macam SA kahwin dulu semua kena uruskan sendiri. Tapi kita dari pihak wanita memang excited la kalau bab- bab kenduri kahwin ni..seboleh mungkin nak buat yang terbaik. 

Peluang baik juga buat pengusaha Butik Perkahwinan  yang ingin menyertai pameran Jom Rewang 2018 serta menyewa tapak, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di facebook yang SA sertakan di bawah sekiranya anda berminat untuk menyertai Pameran ini. 

Atau boleh hubungi

JOM REWANG 2018
Tarikh : 26 - 28 Januari 2018
Masa : 10am - 10pm
Tempat : Plaza Alam Sentral Shah Alam
📞 Ijan - 011 2851 9851
📞 Leen - 011 2867 8998
📞 Alyn - 011 6179 3882


Monday, December 11, 2017

Lakonan Hebat Nad Zainal Dalam Fatonah Azali

Hi korang...

Dari awal telefilem Fatonah Azali ni bersiaran dia TV3, SA nak update sebab kagum dengan watak Autisme Fatonah lakonan Nad Zainal. Memandangkan masa tak mengizinkan SA asyik la bertangguh..kali ni SA tak nak melengah- lengahkan lagi untuk update mengenai cerekarama ni..telefilem ini mampu menarik perhatian SA untuk terus menonton sehingga akhirnya sebab jalan cerita yang menarik dan juga lakonan mantap Nad Zainal. Begitu juga lakonan Redza Rosli seorang pendatang baru yang tak kurang hebatnya. Pada SA kedua- dua pelakon ini menjiwai watak dengan sangat hebat.SA ni jarang nak tengok cerita- cerita atau drama di tv tapi cerita ni berjaya betul buat SA terpaku depan tv.


Telefilem yang disiarkan bersempena dengan Maulidur Rasul mengisahkan Azali, selepas tujuh tahun meninggalkan kampung halaman, akhirnya Azali pulang juga. Kepulangannya disambut dengan satu kejutan, ayahnya Pak Tam baru sahaja bernikah dengan seorang gadis yang terencat akal ( Autisme). Fatonah yang mesra dipanggil Tonah, jauh lagi muda dari usianya.

Tujuan Pak Tam bernikah dengan Tonah adalah kerana rasa terhutang budi pada arwah ayah Tonah yang dikenali sebagai Dato Hussein. Takdir menentukan, Pak Tam pula meninggalkan dunia dan telah mengamanahkan Azali pula untuk menjaga Fatonah seperti menjaga ibu kandungnya.



Pelbagai konflik dan dugaan yang dihadapi oleh Azali ketika menjaga amanah ayahnya sehinggalah Azali terbuka hati untuk mengahwini Fatonah. Malangnya Fatonah meninggalkan Azali selama- lamanya setelah terlibat dalam kemalangan.

SA kagum dengan lakonan Nad Zainal. Nad berjaya membawa watak Fatonah yang Autisme dengan jayanya..rasanya tak pernah lagi SA nampak pelakon lain berjaya membawakan watak gadis cacat seperti Nad. Sure Nad banyak study tentang watak yang beliau perlu jayakan..SA bagi 5 bintang la untuk Telefilem ni...

Siapa tengok Telefilem Fatonah Azali yang lepas?

Apa pendapat korang?

Blogger Adda Ahmad Supermak!

Kawan blogger yang SA nak kenalkan hari ni..yang baru SA kenal beberapa bulan yang lepas..Adda Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mamapipie...kenapa panggil Mamapipie? haaa...itu korang kena tanya Adda sendiri..mesti ada sesuatu yang istimewa di sebalik nama tersebut..

SA tak pernah jumpa dengan Adda lagi...tapi Adda dah agak lama dalam dunia blogging dan kalau tak salah since 2008, pernah stop sekejap atas sebab- sebab tertentu..sekarang Adda dah kembali aktif semula mewarnai dunia blogging...meriah lagi kan..SA suka jer ramai- ramai berblogging, selain dapat kawan- kawan baru dapat memartabatkan lagi dunia blogging ni kan.Harapan SA suatu hari nanti dapat bertentang mata dengan Adda..mana la tau dalam masa terdekat ke..tahun baru ke ada yang nak ajak lepak minum kopi kan..girls day out ke..who knows..


Kalau korang nak tau...Adda sagat rajin menulis..apa sahaja di sekeliling Adda pasti akan menjadi sebuah nukilan yang buat kita nak teruskan pembacaan. Rajin jalan- jalan dan rajin jugak buat giveaway cuma SA belum boleh join mana- mana giveaway sebab tengah apply Adsense kan..semua entry giveaway SA dah revert to draft termasuklah entry wordless wednesday...sebab tu SA tak dapat support GA kawan- kawan..bukan sombong berlagak eh...tapi memang syarat nak lulus Adsense semua tu tak boleh ada dalam blog untuk sementara...masalahnya bila nak lulus ni?


Sama jer muka semuanya...


Keluarga Bahagia Adda



Since SA bemlum mengenali Adda secara mendalam, Adda di mata SA seorang yang komited, komited dengan kerjaya sebagai QA Executive di Syarikat Percetakan milik Karangkraft selain sebagai Isteri dan ibu. Adda seorang wanita yang lembut dan more to family..kalau sentuh bab Blog..Adda komited menyelesaikan setiap task sampai dalam kereta pun dia boleh menaip entry..kalau SA dah sakit kepala dah tu...

Jom kenal Adda dengan lebih lanjut...

URL: http://www.mamapipie.com
Ig: http://instagr.am/addahus
Fb: http://www.facebook.com/Adda.ahmad.3
G+: https://plus.google.com/+MamaPipie
YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
Twitter: https://mobile.twitter.com/mamapipie
FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/

Saturday, December 9, 2017

Rapat Dengan Blogger Shuhaida Kabdy Kerana Laksa Batu Kurau

Baca tajuk macam mengada sangat kan..haha..kali ni nak bercerita tentang rakan blogger yang SA mmg salahkan Kak Sue sebab masak laksa sedap sangat...bila dh sedap SA bertambah makan...bila bertambah 2 kali macam tak cukup..sib baik cik abg ajak balik...kalau tak masa rumah terbuka raya yg lepas SA dh volunteer habiskan seperiuk Laksa Batu Kurau Kak Sue..hahaha...SA mengenali Kak Sue masa tu jumpa kat event di Hard Rock Cafe. Event yg melibatkan Raja Muda Selangor..pelancaran album kalau tak salah...dari situ pertemuan demi pertemuan tercipta sebab join kelab blogger yg sama...dan banyak event yg kami sama2 attend..
Sombong? Eh tak la...sapa kata Kak Sue sombong...airmuka je kot but trust me...bila korang dh kenal..korang leh lepak borak lama dengan Kak Sue..riak muka awal pertemuan je kot...sama gak ngan SA..org x kenal mmg ingat sombong giler macam good good je kan...sebab tu ada pepatah..tak kenal maka tak cinta....
Alhamdulillah Kak Sue jenis ada semangat nak mencuba, nak maju dan ada minat nak berjaya...satu sikap Kak Sue yang SA suka..dia lebih suka bertanya kalau sesuatu yg dia nak buat tu dia x sure..itu patut ada dalam jiwa seorang blogger yang komited nak berjaya..Buktinya...tengok Kak Sue dah tak kekok attend event besar...baru-baru Kak Sue dapat jadi pembantu Chef Zameer dlm event tau...haaa...pengalaman tu....bukan senang nak dapat

Kak Sue dengan Chef Zameer

Keluarga bahagia Kak Sue...dh ada anak dara dh pun..

Ada antara korang maybe dah tau kak Sue dan suaminya Abg Man meniaga air dan makanan di Stadium dan banyak tempat..kalau bulan Ramadhan pun mereka berniaga di tapak Bazaar Ramadhan.. SA suka sangat minum air kelapa laut Afrika..minum air ni sejukkan badan.. SA minum banyak kali masa datang rumah terbuka Kak Sue yang lepas...geram tengok buah kelapa tu..comel..lagi satu SA mmg terpikat dengan Laksa Batu Kurau Kak Sue

Air kelapa laut Afrika

Laksa Batu Kurau masakan Kak Sue


Entah kali ke berapa jumpa Kak Sue..banyak kali dh sebenarnya..SA suka semangat Kak Sue..walau macam mana pun diduga dengan pelbagai dugaan Kak Sue tetap hadapi..walau sibuk macam mana pun task kerja untuk blog Kak Sue tetap buat..kalau tak faham rajin bertanya..eh..Kak Sue cakap dia nak start buat delivery Laksa Batu Kurau..Dah start ke belum SA x tau...so untuk x nk terlepas sebarang berita terbaru...jom follow social media Kak Sue...

Blog : www.shuhaidakabdy.com
IG - www.instagram.com/kaksue7273
FB - www.facebook.com/shuhaidakabdy

Friday, December 8, 2017

Tefal Carnival Sale Dan Demonstrasi Memasak Pacific West Di SACC

Pacific West Best CooK Is At Home @ Tefal Carnival Sale

Sebut pasal Tefal ada ke yang tak kenal? Mustahil kan...Tefal merupakan jenama yang menjadi idaman semua wanita terutama Surirumah. Dewasa ini rasanya dah banyak produk Tefal kat rumah masing- masing kan..Malah product Tefal ni tak susah nak cari, ada jer di jual di mana- mana mall..SA sendiri ada frying pan jenama Tefal..pada SA jenama Tefal ni memang terbukti kualitinya dan tahan lama.

26hb November yang lepas SA berpeluang mengunjungi Tefal Carnival Sale yang diadakan di SACC dan sampai aje SA dah teruja dengan carnival ni sebab ramai betul pengunjung yang shopping barangan dapur kat sini.Kalau la SA ni banyak betul duit..dah banyak dah barang yang SA beli semasa Tefal Carnival Sale ni. Boleh dikatakan banyak juga barang yang habis dijual sepanjang 3 hari karnival ini berlangsung.


Demonstrasi Memasak produk Pacific West Oleh Chef Jemputan


Chef Leong sedang memulakan Demonstrasi Masakan..

Sementara menunggu Chef Leong memasak..SA jalan- jalan di sekitar kawasan karnival Tefal ni untuk tengok apa yang menarik...sekali tengok memang boleh dikatakan semua menarik..giler laaaa....SA ni dah la suka bab- bab perkakas dapur ni kan...dah la hobi memasak..dah tentu suka perkakas dapur dan jenama Tefal memang menjadi pilihan utama SA...hajat dihati memang nak tambah beberapa barangan..tapi nanti la dulu sebab ada lagi benda yang lebih penting perlu diutamakan..jom tengok apa yang SA sempat rakamkan...


kaunter promosi..demo barangan turut diadakan


Cantik kan?dari harga RM369 masa karnival ni jadi RM200...haduiiiiiii....murahnyaaaaa


Frying pan Tefal..dari harga RM169 terus jadi RM50  cuma tak pasti apakah jenis yang ini


Blender dan Fruit Extractor


Food Steamer


Iron yang SA idamkan jugak


Semua murah- murah kan...nasib baik SA dah ada iron dan masih elok...


Kita bergambar aje la...


Antara Blender jugak...


Huwaaaaaa...nak semua ni laaaa


Bestnya jakau dapat beli ni...satu utk mak, satu untuk SA dan satu lagi utk mak mertua...ehhhhh


Yang ni kot yang harga RM50 tu


selain Tefal..ada jugak booth product Jasmine..SA dapat beras free masa kat sini cuma like je page Jasmine pas tu tag 3 kawan...dapat free 1 peket beras Pusa Cream..sedap berasnya...


Selain Product Tefal, Pacific West turut buat promosi kaw- kaw petang tu...harga memang murah sangat2..ada yang x tau ye..product Pacific West product apa...Pacific West ni pengeluar makanan sejuk beku yang dah lama bertapak dalam pasaran..SA mmg suka dan rasa nak beli...tapi takut tamak sangat dan x tau nak simpan kat mana sebab duk rumah sewa kan..so SA tunggu la dari penganjur..alhamdulillah dapat yang combo deal RM50 tu sekali dengan cooler bag...psst...cooler bag tu ada 3 SA dapat..hahahaha...yang ada combo deal tu SA bagi cik abg SA 2 item...selebihnya SA ambik..la ni yang tinggal kat rumah sewa Sotong ngan cheezy fish fillet...nak buat Egg Yolk Cheezy Fish Fillet nanti...


Fish Fillet yang di goreng panas..dan diberikan secara percuma sekeping sorang utk pengunjung petang tu...ye la hari terakhir kan...


Yang ni rasanya untuk mereka yang dapat kupon...


Antara product Pacific West yang dijual secara combo 


Cheezy Fish Fillet merupakan product terbaru Pacific West


Squid chips yang sedap..yang ni la yang Chef Ezani masak sweet sour tu...


Oven Baked Fish Fillet   
 

Chef Ezani


SA dapat naik pentas untuk cuba masakan Chef Ezani..cuma x dan nak bergambar dengan dia..


Sebelum pulang sempat bergambar...


Pada pendapat SA Tefal patut adakan carnival macam ni 3 kali setahun la...bukan apa...SA nak beli gak Tefal ngan harga promosi....jeles tengok ramai yang beli especially chinese...nampak...nampak...SA ada tanya diorang beli untuk guna sendiri ke..diorang cakap normally diorang beli untuk hadiahkan pada sanak saudara atau beli untuk family members diorang...huiiii....best betul la...

Korang nanti tahun depan hadiahkan SA barangan Tefal tau....hehehehe.....bukan bagi hadiah kahwin...hadiah birthday...tapi kalau nak bagi hadiah kahwin pun apa salahnya...kecik tapak tangan SA..Stadium Merdeka SA tadahkan.....hahahaha....larikkkkkkkkkk

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah