Tuesday, April 28, 2020

Menu Ramadhan 3 & Ramadhan 4 Dari Dapur Suriaamanda

Hi korang...

Hari ni SA rajin skit...rajin nak update blog..kerja opis semua dah settle..so SA amik kesempatan ni update la masakan SA puasa ke 3 dan ke 4 hari tu. SA sekarang masak memang ikut selera mak SA. Korang yang awal2 follow blog ni sure tau tahap kesihatan mak SA kan. Ni sekarang mak SA ada masalah selera makan akibat terlampau banyak makan ubat.Masa puasa pertama hari tua apa yang SA masak tu dia tarik muka tau...muncung panjang sedepa..dikuit- kuit makanan..last2 masa moreh lepas terawih terus buatkan mee goreng basah. Baru la mak makan siap bertambah..Sejak tu SA akan tanya nak makan apa kalau nak masak..Ikan apa semua dia dah x lalu nak makan tau...

So..jom kita tengok apa yang SA masak, tapi gambar dah terbalik..korang tgok je la erk...

MENU RAMADHAN 4


Rendang pucuk pegaga campur kaki dan pedal, hati ayam


Tauge kasar goreng


Tauhu sumbat


Sos tauhu sumbat


Ayam penyet yang x berapa nak penyet sangat


Sambal ayam penyet


Kurma Palestinian


Suka sebab lembut, juicy dan besar2..ni kotak kedua


MENU RAMADHAN 3


Perut lembu masak lemak cili api campur rebung


Ayam goreng mamak style


Ikan keli goreng mamak style


Kuew tiow goreng untuk moreh


Kuew teow Kungfu for mak untuk moreh...

Nampak meriah kan...

Meriah sebab permintaan mak..memang macam ni la masakan SA hari- hari...semua kena ikut selera mak...ikutkan memang pening..tapi apa yang mak nak makan tu memang itulah yang SA dan yang lain usahakan...sementara SA mampu tunaikan apa yang mak nak makan...sementara SA masih WFH ni kan...Korang mohon doakan Mak SA sihat..risau bab selera makan dia je ni...bila dia takde selera, automatic kami yang kat rumah ni problem selera gak..hati jadi x sedap kalau mak tak makan atau makan sikit sangat..pening fikir tau korang...hehehehe..

Rempah Ayam Goreng Mamak Style Che Wa Pilihan SA

Hi korang.....

Salam Ramadhan hari ke 5 hari ni kan? Hari ni petang nanti la SA up pasal menu Ramadhan..sekarang SA nak up pasal SA jatuh cinta dengan Rempah Ayam Goreng Mamak Style Che Wa yang diperkenalkan oleh kawan SA. PkP ni dah lama x makan ayam goreng kat kedai mamak yang sedap tu kan...pergh..bila kawan SA perkenalkan...memang SA terus orde je...and ini bukan review berbayar ye..SA ikhlas nak share dengan korang betapa sedapnya rempah perapan ayam goreng mamak style ni...Nak buat rempah sendiri tak menjadi..so dah ada instant dan mudah serta jimat masa ni better beli je..harga pun tak mahal snagat dan baru- baru ni SA dah order lagi 5 bungkus rempah ni. See penangan kan...bukan untuk kegunaan sendiri sahaja tapi untuk adik SA jugak...Serius sedap uolls..dan rempah ni sama sebiji macam ayam goreng kat kedai mamak...tak payah dah nak rindu- rindu ayam goreng mamak masa PKP ni...semua boleh buat dari rumah. Buat sendiri pun sedap tau....lagi puas...anak dan family puas makan...


Gambar sumber FB Rempah Che Wa


SA sangat- sangat rekemen rempah ni untuk perapan ayam goreng...haa..kalau korang nak cuba bleh whatsaap no hp 0194056437 atau FB : Rempah CheWa.


Untuk percubaan SA beli 2 pek..cara- cara masak pun ada kat pek tu..senang...kalau dapat perap lama lagi best...


Ini hasil ayam goreng mamak style..SA kurangkan skit rempah sebab nak test dulu..sama tak bumbu rempahnya..somemore Abah x boleh makan pedas...nyata rempah ni tak pedas pun...


Biasanya SA akan masak dalam 15 minit atau 20 minit sebelum berbuka...sedap skit nak makan ayam panas- panas dan juicy kan..


Lebihan rempah SA tak buang..tapi perapkan kat ikan keli dan goreng...sajer testing dan ternyata memang sedap...


Memang SA puas hati dan tak salah pilih masa beli..dan kawan yang rekemen pun cakap betul kan memang sedap..yes SA akui memang sedap...Rempah ni keluaran tempatan tau dan memang 100% homemade. Rempah adunan tangan dari CheWa resepi generasi Tok Mat Perak (GTMP) membuat penghantaran ke seluruh Negara dari Perlis sampai ke Sabah.  Dijamin mabeles..SA dah cuba dan memang sedap...puas hati...bukan ada rempah ayam goreng mamak style aje tau...ada juga Rempah Masak Hitam. Yang ni SA tak cuba lagi....next time boleh la cuba...kan?

Berminat nak order?

Whatsaap : 0194056437
Facebook : Rempah Che Wa

Monday, April 27, 2020

Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.

Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang
Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.


Rendang Bagi Yang Baru Mencuba
Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan?

Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.

Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik.

Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020




Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8


Bahan-bahan

Rempah


  • 3 bunga cengkih
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 2 asam jawa
  • 5 daun limau purut dihiris halus
  • 8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa


Pes (kisar halus) 

  • 2.5cm lengkuas, dihiris
  • 3 batang serai, akar sahaja, dihiris
  • 7 ulas bawang putih, dihiris
  • 6 bawang merah, dihiris
  • 2.5cm halia, dihiris
  • 12 cili kering, dibuang biji dan dihiris


Daging

1kg daging lembu, dipotong kiub


Santan Kelapa

1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda

Minyak untuk menggoreng

1 cawan air

  1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
  4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
  5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
  6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
  7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
  8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
  9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.

Apakah Resipi Istimewa Rendang Anda

Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!  

Saturday, April 25, 2020

Menu Ramadhan Pertama PKP

Assalamualaikum..

Hi korang...

Alhamdulillah hari ni kita semua dah masuk hari kedua berpuasa kan..puasa pertama semalam alhamdulillah berjalan ngan lancar cuma penat tak boleh bawak bincang la...SA takde masalah dengan kelaparan. Tapi SA x boleh tahan bab haus. Kebetulan semalam hari sangat panas walaupun kajian cuaca cakap Seremban hujan lebat dan ribut petir...tapi tu la sebaliknya...panas berdenting...sebab tu la masa berbuka SA kalah ngan air. Dah la berbuka minum air batu pulak tu..

So semalam SA masak awal pukul 4.30 petang..asalnya plan masak 2 lauk je...main menu Kari Bawal Emas dan sayur je..eh..SA lupa plak ada ada order delivery kambing perap padu..sampai plak memang ngam-ngam time SA masak...so ada tambahan lauk..pas tu abah cakap nak goreng plak rangka ayam katanya Dania suka...memang la Dania suka tapi Dania x mintak...erm..atuk jual nama cucu la tu...SA dah masak...dah solat asar...dah mandi apa segala terus SA turun bawah..masa tu dh pukul 6.30petang. Sebenarnya dapur SA rosak tau..ada 1 tungku je yg ok...nanti lepas PKP nak beli dapur baru...so nak masak apa2 memang kena masak awal....kecuali goreng sayur biasanya sblom nak makan...

Jom la tengok menu SA masak yang dikatakan meriah sangat tu...


Keseluruhan menu berbuka semalam


Kari ikan bawal emas bahagian ekor


Kari ikan bawal emas bahagian kepala


Sayur kangkung goreng


Rangka ayam fav Dania


Perap kambing padu


Dah siap gril guna kuali ajaib je...sedap betul..nanti bleh repeat..untuk 4 orang makan RM50


Kurma Palestine..sedap..lembut dan juicy


Add on mee goreng request by mak untuk moreh..

Kelasss....Terawih kat rumah siap ada moreh...ini pun sebab masa berbuka x makan sangat..mak plak bebel xde apa nak makan lepas terawih..so adik SA but mee goreng paling cepat. Mee goreng basah plak tu..SA masa ni memang dah x larat dah..seorang yang kuat minum air macam SA ni memang lembik la masa buka puasa...makan tak banyak tapi minum yg lebih...apa sembahyang maghrib rasa tak larat nak bawak badan..tersandar...huhu..pengalaman puasa pertama SA.. Hari ni adik SA kerja setengah hari so turn dia la masak hari ni..SA tolong je nanti...

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan Dari SA, Ainnul Dania Huda Dan Family

Assalammualaikum..

Hi korang...

Alhamdulillah kita kita mpa kembali dengan bulan Ramadhan dan ini merupakan hari pertama kita kita  menjalani ibadah puasa...Ibadah puasa tahun ni lain dari yang yain dimana kita lalui dengan dugaan PKP dan penjarakkan sosial akibat virus Covid-19. Tahun ini kita semua bersederhana dalam menjalani ibadah ini...semoga kita mendapat rahmat dan hidayah allah.

Dikesempatan ini SA menyusun jari memohon
keampunan sekiranya ada ada salah silap yang SA sedar atau dalam tidak sedar SA lakukan. Terkasar bahasa atau tersilap kata..Maafkan SA.. lumrah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan...


Semalam kita kita semua buat pertama kali solat terawih dirumah diimamkan ketua keluarga..alhamdulillah selesai terawih pertama kami semalam diimamkan Abah..sayu mendengar kelancaran alunan ayat-ayat dalam solat dari Abah...terpancar kesedihan apabila tidak semua kami dapat berkumpul menyambut Ramadhan bersama seperti tahun-tahun lepas. Takdir yang memisahkan untuk keselamatan semua. insha'Allah semoga kita menang dalam perjuangan ini. Terus kekal #dudukrumah dan #kitajagakita.


Sebelum solat terawih


Alaa kabur plak x nampak mak

Menu Sahur


Ayam masak lemak cili api...satu lauk ni aje kerana kami bersederhana...tak mahu ada pembaziran


Tambah ikan masin bulu ayam  untuk menambat selera. Makan pagi memang kurang selera kan....

Status SA di FB semalam

πŸ„ΌπŸ„ΎπŸ„·πŸ„ΎπŸ„½ πŸ„°πŸ„ΌπŸ„ΏπŸ…„πŸ„½ πŸ„³πŸ„°πŸ„½ πŸ„ΌπŸ„°πŸ„°πŸ„΅. πŸ…‚πŸ„°πŸ„»πŸ„°πŸ„Ό πŸ…πŸ„°πŸ„ΌπŸ„°πŸ„³πŸ„·πŸ„°πŸ„½ πŸ„°πŸ„»-πŸ„ΌπŸ…„πŸ„±πŸ„°πŸ…πŸ„°πŸ„Ί

Sebelum cahaya padam, sebelum hidup berakhir, sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan yang suci datang, saya mohon maaf lahir dan batin bila ada salah yang disengaja maupun tidak disengaja.

Dari SA, Ainnul Dania Huda & Family...

Thursday, April 23, 2020

Menu Masakan SA Minggu Ini...

Hi korang...

Kembali lagi dari Dapur Suriaamanda..kali ni SA combine masakan untuk 3 hari ye...memang saje kumpulkan dan sekali harung SA update..senang sikit korang nak refer kalau xde idea nak masak...alaa..SA masak mana yang senang je uolls..masakan or menu SA x de yg complicated pun..selalunya masak main campak-campak je malas nak pening-pening. Kalau masak lauk boleh la bg kat SA, jangan suruh buat kek atau kuih dah la..SA x pandai....ni nak puasa ni lagi la..kena la masak mana yang senang je...eh sambut Ramadhan tahun ni SA x buat apa persiapan pun...mana yang ada je..tahun ni semua serba sederhana. .persiapan raya lagi la x buat sebab memang tau tak raya pun tahun ni...sambut ala kadar je..ada hikmah bila semua ni berlaku kan ..pada SA apa apa yang kita lalui sekarang lebih kepada mengajar kita untuk bersederhana dan berjimat. Kalau dulu selalu berlaku pembaziran ..sekarang kena belajar berjimat....

Jom la tengok masakan SA


Ikan tilapia Masak lemak cili api..campur limau kasturi..


Ayam masak bali


Udang goreng sos tiram perencah maggi kari
menu baru cipta


Tongkeng ayam goreng


Sup tulang +ekor lembu...


Sotong Goreng ketumbar


Cencaru belah belakang bakar


Sayur sawi goreng biasa


Kicap cili untuk ikan bakar


Betik hasil abah tanam depan rumah


Alhamdulillah sampai ke hari ni SA masih lagi memasak, gilir2 dengan abah dan adik SA...adakala penat dan buntu x tau nak masak apa..harap-harap puasa ni semua berjalan lancar...dan dan berh sangat ada ada banyak idea untuk masak berbuka dan sahur nanti..Kali ni berpuasa dalam keadaan PKP..SA harap semua berjalan lancar. Cuma sedih x boleh Terawih kat masjid dan semua buat sendiri kat rumah. Semoga allah permudahkan urusan kita semua.

Wednesday, April 22, 2020

Permohonan Bergerak Dari Kampung Bermula 25 April

Yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mereka boleh mula melaporkan kepada polis melalui online, iaitu melalui aplikasi GerakMalaysia yang mana ini kolaborasi antara polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mulai 25 April nanti.

"Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.

Katanya, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan.

"Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya," katanya.


Seven Quick & Easy MCO Menus From Ayam Brand™ To Add Variety To Your #StayAtHome

You have made it through 20 plus days of the Movement Control Order (MCO), stayed at home and #dudukrumahdiamdiam. You have cooked everything you know with the ingredients you have at home, twice. The food on the delivery apps are ‘meh’ and you’re worried about the delivery charges. 

What can you do? 

How about trying these quick and easy recipes to add variety to your stay at home. Using only affordable pantry essentials that you have at home, these dishes are so simple with minimal ingredients. Pair them with a carbohydrate of your choice for a filling meal. If you don’t have an ingredients, skip it or substitute with what you do have. Don’t have a stove top or oven, then a microwave will work for some of these. 

1 ) ONE PAN BAKED BEANS WITH EGGS 


Do you have a can of baked beans, eggs and some basic spices? Then you can make this one pan baked beans and eggs. The baked beans and eggs are good sources of protein, essential vitamins and minerals. For your bored taste buds the combination of sweet and firm Ayam Brand baked beans with creamy eggs is a heavenly treat. Another plus point – only one dish to wash up after. 


2 ) TUNA PIZZA



White bread can be challenging to find. When you do get it, make it special and make it last with this Tuna Pizza recipe. Use the Ayam Brand tuna that you have, spread a base of tomato ketchup or puree on the sandwich bread. Sprinkle on mozzarella or any cheese that you have, and jazz it up with some Ayam Brand sweet corn or other toppings of your choice. Grill in an oven, or heat through until the cheese is melted in a microwave or on a stove top. So satisfying. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html


3 ) COCONUT & PANDAN RICE



Rice, Ayam Brand™ coconut milk and pandan from the garden. That’s all you need to make this  super fragrant and appetising coconut pandan rice in your rice cooker. It will immediately elevate your daily rice meal into a nasi lemak experience. 


4 ) SARDINE PASTA



You have had bread for breakfast, rice for lunch and dinner for a week. It is time for a change. How about an easy pasta with a ready sauce from your pantry staple of Ayam Brand™ sardines in tomato sauce? Tasty, filling, exotic with a hint of basil. Mmmm. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/104-sardines-pasta.html


5 ) CURRY MACKEREL



Never cooked curry before but craving for it? The Ayam Brand™ curry mackerel is deliciously simple and you can stretch one can of mackerel over two meals, if you are on a tight budget. Add vegetables for a balanced, piquantly Malaysian meal. 



6) SPICY TUNA POTATOES 



Potatoes, Ayam Brand™ Tuna, chilli powder and onions and you’re ready to roll this out. Fry this up and enjoy the aroma, the spiciness and the deliciousness. Garnish with whatever you have. https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/180-spicy-tuna-potato.html


7) FRIED SARDINE ROLLS

Celebrate scoring some bread with this simple yet classic sardine roll recipe. Get your bread, Ayam Brand™ sardines, eggs and seasonings. Mash up a seasoned sardine paste, roll up in a slice of bread, dip in beaten egg and fry it up. Dip in chilli sauce or ketchup. Perfect for lunch or a light dinner. 

Find more stay at home recipes from Ayam Brand™  recipes from https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html

Until the MCO is over, stay home, stay safe and stay healthy. 


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah