Saturday, June 22, 2019

Pengalaman Urut Satu Badan a.k.a Urut Bersalin

Hi korang...

Seawal pagi hari ni SA dah keluar rumah balik kampung sebab dah buat janji nak urut satu badan dengan nenek yang pandai mengurut kat kampung. Mulanya SA skeptical skit pasal berurut ni...SA takut sakit..tapi dh beberapa bulan SA sakit belikat sampai nak bernafas pun payah..sampai risau yang SA ni sakit jantung ke apa apa kan..

Kesudahannya abah dh kesian sangat ngan SA di carinya orang yang pandai urut. Sebelum ni SA berurut ngan Indon panggil ke rumah..tapi tak selesaikan masalah SA..so hari ni abah cakap dia dh buat janji ngan nenek tu..jom la balik kampung jap..

Pengalaman???

Tak tau nak cakap apa laaa....dari awal dia start sentuh part kaki (urut satu badan) x tau nak cakap macam mana..sakit giler mula2.. dari dari tapak kaki ke betis ke punggung ya allah....x tau nak gambarkan sakit tu macam mana ..dia urut dari kaki sampai ke kepala..memang puas hati sebab dapat urut dengan orang yang betul-betul pandai mengurut. Bidan kampung ni memang bagus rupanya urut. Sangat puas hati. Belikat yang sakit dah semakin ok. 

Esok SA urut lagi..SA mintak nak urut 3 kali..next week Sabtu datang lagi...esok pagi second session..harap lepas ni makin baik la SA..letih dh...badan asyik angin..makan ubat je kan bukan elok pun..x bagus untuk buah pinggang..

Entry kali ni xde gambar ye..sensored..hahhaa..

Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung

Dalam semangat menyambut Hari Raya, Domino's Pizza menambahkan keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa.




Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, “Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.”




Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.




Puan Linda juga berkata, “Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan-pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”



Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino's Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.


Friday, June 21, 2019

Pot Luck Raya Level 12 Makan Sampai Petang

Hi korang....

Haaa...tak pernah2 dibuat hari Jumaat SA berbaju kurung tapi demi menyokong kelancaran majlis Pot Luck Raya Level 12 ni makanya SA memenuhi syarat tema tena berbaju raya..baju raya kat rumah Seremban..ni baju tak raya je ada kat rumah sewa...nasib ada..sebab rasanya semua baju kurung SA dh hantar ke Seremban...asyik la order baju kurung cotton kat online untuk SA guna pakai kat opis..itupun jarang pakai sebab lebih selesa pakai skirt, dress ataupun office wear biasa...

SA kan baru join department baru seminggu ni..so diorang plan ni hari Rabu...laaa..rumah sewa SA memang takde apa perkakas dapur yang boleh SA masak ngan tenang, ada yg basic je makanyaaa....SA bagi duit je laaa...next week lagi la..SA busy dengan farewell plak ...makan lagiiiii.......


Dengan kakak2 otai


one more pose


dengan kawan opis Jiza...kami sebaya


selfie...

Jom tengok makanan.....awas kalau terliur....x dapat nak tolong..SA suka tayang makanan....


Makaroni bakar


Karipap sardin sedap..


kuih nona manis


Bombolini


Rendang daging


Kari Ayam utk roti jala


Roti Jala


Lemang


Buah-buahan


Anggur


Nasi lemak nyer condiments..nasindalam flusk


Peach Puding


Satay daging


Satay ayam


Rendang nasib


Sebenarnya sessi bergambar belum lagi...petang-petang skit katanya...nanti dh ada gambar SA share kat entry lain eh..level 12 ni memang suka part bergambar..part makan lagi depa suka...hehehe..habis la SA nanti ni...kena kerap puasa la..bila puasa sure x risau sangat kan...tapi confirm nanti kena paksa buka puasa kalau ada ada makan makan....

Thursday, June 20, 2019

Lunch Nasi Kandar Di Mahbub

Hi korang...

Sebenarnya lama dh x pi makan kat Mahbub ni..dan sebenarnya SA x jangka pun diorang nak pi makan kat Mahbub.. SA mengikut je..dengar mula2 nak makan western la..apa la...sudahnya grab bawak pi Mahbub bangsar...Apa lagi pekena nasi kandar la..SA x berapa suka nasi beriyani..hahaha...adoiii...sekarang masalahnya mata SA dh berat dh ha...mmg masalah la makan nasi kandar kan...selain jahanam diet..macam ni payah la nak cecah 55kg..makan je dh macam melantak sangat dh ha...tolongggg....ngantuk ni.......


SA amik sotong seekor dan dan ayam goreng part peha/whole leg


Selfie nak bagi nampak nama mahbub tu..ehh..eh..mamat baju merah enterprem plak..


pandangan size potrait...haha


kawan SA..Nani..


hasil dari pinggan SA...licin..mmg la licin kalau nasi suku je..


Apa nak jadi ni...mata berat ha...aduhaiii...silap percaturan makan nasi kandar...tak tenteram dah SA ha..padan la muka ko SA.....

Selamat Hari Lahir Amsyar Ke 3 Tahun...

Hi korang...

Sabtu lepas SA sempat attend birthday party anak buah SA sebelah abah. Sambil2 diorang buat open house. SA sebenarnya masa tu tak sihat, tekak bengkak dan rasa nak demam. Tapi gagahkan juga la diri ni sebab org dh invite kan..family semua nak pergi sebab ada yang tak beraya lagi ngan Mak Long sebelah abah ni...tabah kan aje la hati pi rumah orang tengah tak sihat...tahun ni SA tak buat pun open house..sama macam tahun lepas..sape nak datang call je..pandai la SA nak sediakan makanan..Alhamdulillah majlis walau kecik2 je tetap meriah sebab family sebelah abah ni memang ramai...


Ice cream cake


Tekak samit tapi pekena laksa...sedap laksanya


Tetiba Acu bagi anak dia kat SA...ishhh si debab ni...


Kat rumah jadi baby sitter, kat rumah orang pun jadi baby sitter


Abah melayan cucunya dan dan cicitnya...abah dh jadi Onyang..hahaha


Masa ni nak potong cake dh


Semua berkumpul nyanyi lagu birthday...


Aidan yang seiras dengan Amsyar


Sikembar, Dida dan kazen2 


Happy Birthday Amsyar


Korang nampak x? SA dh mula bercampur ngan sedara mara? hahaha..kalau dulu malas nak join apa-apa keraian..kalau pergi pun wedding je..itupun dalam keterpaksaan..Ada sebab sebelum-sebelum ni SA malas nak join..biasa la kadang x suka ngan banyak sangat pertanyaan, banyak kes-kes membawang, banyak kes sound2 direct. Tapi usia dh makin meningkat SA pilih untuk jadi matang..mana jemputan yang perlu SA attend, insha'Allah SA attend..itupun family terdekat la..tahun ni x banyak soalan cepu emas..tapi depa pandai..depa target anak dara SA plak...now time anak dara SA plak hangin satu badan sebab nenek2 dia asyik tanya bila nak kawen..aje giler la depa ni..anak den baru umur 15 tahun kot...agak-agak la soalan....

Wednesday, June 19, 2019

Survey Body Mist Victoria Secret Untuk Adik..

Hi korang...

Lunch semalam kan..SA dengan kawan office decided makan kat TCRS...apa ni? The Chicken Rice Shop la...bukan apa..tempat lain semua penuh, biasa la kan bila dah lepas raya ni semua tempat jadi penuh, belum time lunch dah penuh dah..kadang bengang je..food court lagi la..langsung takde tempat duduk..so nak mudah dan cepat..makan nasi ayam je...lagipun dah lama kami tak makan nasi ayam..ntah bila la SA nak bawak bekal lunch semula..hahaha..saka pemalas tu makin menebal la...payah betul sekarang ni...


Santek tak baju baru kita...hahaha...sejak pindah department ni rajin plak beli baju baru...kalau tak itu je la baju ulang- ulang pakai...


Steamed chicken memang jadi pilihan SA..x tau la pesal suka sangat steam chicken, juicy kot..


Sos, halia dan soup tu memang fav..x lengkap kalau takde semua tu..air plak SA amik hot water jer...


Lepas dah makan tu..kami berdua merayau lagi pergi NuSentral..ye la mana nak pergi lagi kan...singgah jap kat Victoria Secret sebab adik SA si Lisa ada suruh survey body mist..melayankan dia je la kan...ikutkan ada jer sales..tapi macam tak menarik..dia pun cakap next time la beli...gambar bawah ni antara yang sempat SA snap la...





Sebotol RM89, lepas sale takde plak harganya..malas plak nak tanya..

Lepas tu kami merayau dan merayau sampai pukul 1.45pm...then balik opis..panas giler kat luar..SA biasa la..mengada kan..takleh panas skit..ini la aktiviti SA sekarang...balik kerja pun merayau..ntah apa nak jadi ntah..sebenarnya nak cari handbag...nak tukar handbag baru..tapi takde yang berkenan..nanti la nak tengok Coach online yang authentic tu..budjet ada untuk reward diri sendiri..cumanya blom survey lagi....ada yang reasonable gak harga bawah RM600, ada gak yang boleh installment 2X. Kalau installment tak terasa sangat kan..tengok la caner...beli kat butik kang harga sembelih leher..ni beli kat personal shopper je...nanti kalau dah beli SA tayang ye....


Nasi Goreng Bekal Ke Office...

Hi korang....

Petang semalam kan...SA merayau jap kat NuSentral lepas opis. Keluar office pukul 5.30 petang..merayau dulu la sebelum balik rumah..SA sebenarnya sejenis tak pandai balik kerja pukul 5.30 petang. Sebelum- sebelum ni masa department project overtime sampai ke pukul 8 kan. Bila masuk department baru ni dan jaga boss baru, Sa tak perlu nak stayback lama. Aje giler SA balik awal..macam tak percaya je..kalau sebelum ni SA menghabiskan masa macam takde life kat office kan..hahaha...harap- harap lepas ni boleh la claim overtime semula..susah weh takde overtime..bila balik awal samada SA lepak ngan kengkawan kat mamak dulu atau macam semalam SA akan merayau sensorang. Hasilnya macam tu la..ada je benda SA nak beli..pembelian tanpa dirancang ni sebenarnya bahaya tau..jahanam purse...

Sebenarnya dah lama tak bawak bekal..SA bercadang nak bawa bekal semula. tak tahan la hari- hari makan kat luar. Bawa bekal kita jimat skit selain boleh pastikan makanan kita tu bersih kan..so SA mulakan la bawak bekal dengan bahan yang SA beli semalam.


Udang fresh RM10.77, Kacang buncis RM3.50, Perencah Nasi Goreng Adabi RM1.45


So..jadilah nasi goreng untuk bekal SA hari ni..up telur mata


Up lagi sebiji epal merah..

An apple a day keeps the doctor away katanya...sampai bila la bertahan..2-3 hari ni SA sakit belikat. alhamdulillah hari ni ok skit..malas nak fikir bab  sakit ni..tak jadi kerja dibuatnya...sebenarnya Apple tu SA beli hari Isnin ari tu..tengok elok fresh dan nampak crunchy kan..Sebiji RM1.65 so SA beli 2 biji..tak beli banyak takut tak habis.

Nasi goreng tu kan SA masak nasi 1 pot..banyak plak..SA guna beras basmati..separuh SA bawak pi opis, balance suruh housemate bawa bekal..hahaha..suka suki paksa orang bawa bekal. Tapi dia bawa jugak...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah