Wednesday, November 25, 2020

WW~ Random Photo Lagi

Hi korang...

2 hari tak update blog, bukan takde masa..biasa la kalau WFH memang malas...hahaha...penat pun penat kan. Berbeza kerja dari rumah dengan kerja dari office. Kalau kat rumah tak disiplin sangat especially bab diet. Kaki ni dan tangan ni rajin sangat nak masuk dapur. Bahaya...kan? kalau kat office dia pandai behave...hahahah....

So hari ni SA nak share lagi beberapa gambar random sebelum SA delete dari handphone gallery...


Alangkah bestnya kalau dapat bercuti macam ni ha....ya allah...sanggup SA habiskan cuti seminggu.


    Snacking SA..buah betik yang abah tanam...sehari 2 keping je...tak leh lebih...


Bunga pokok bendi ...cantik kan...sekali pandang macam bunga raya..


Buah peria...pkok peria abah tanam ni makin galak berbuah....dah banyak sedekah kat jiran- jiran dan bagi adik beradik


Lotus biscoff cheesecake..dapnya kalau dapat...oh no...not now..SA tengah diet...


Beli kat Shopee...tak jumpa dah kat mana- mana pasaraya..sebelum ni besar2 isinya..kali ni kecik sangat...rasa masih sedap...


Barangan GoShop dah sampai...bukan main suka mak SA


Dapat free chopper dan pan segiempat...malas plak nak amik gambar..


Snacking hari apa x ingat...Sabtu ke Ahad ntah...dragon fruit...beli 2 biji RM17...mahal...


Pokok Cili Abah SA dah mengeluarkan hasil..


Ni pun sama...


Bayam Brazil hidup subur tapi daun nyer kecik2 sangat...

SA petik buah peria yang dah matang...petik rajin..


Mak SA ajak menyicah....


Pagi Isnin minggu lepas pemandangan di Pasar Seni


Reward for myself


Lunch hari Khamis minggu lepas..order boat noodles je thru Foodpanda


Sarapan hari Jumaat...Mealstation KL Sentral


Petik bendi plak...


Benda penting bila mata letih


Olive oil dalam masakan...jaga pemakanan  sangat nih


Bunga Peria..


Aydan!!!Sabtu lepas...makin bulat anak buah SA ni


Donut adik SA buatkan


Muka penat dan masih tido lagi pagi Isnin


Mak SA jenjalan kat simpang depan rumah beli kuih...ingat dia tunggu SA...eh...dia pi sendiri..bahaya...dia bukan kuat sanagt pun...


Mak tiri Dania jadi agent Kek Durian Viral...nampak sedap...SA order sebiji yang harga RM35


Korang kalau nak beli leh contact number kat gambar tu..SA dah order dah...Jumaat nanti sampai..oh ye dia cover area Putra Heights dan area berdekatan Shah Alam je..


Bertuah ni tengok tv..rupanya..bila Ibunya tinjau tengok- tengok dah lelap..


Keadaan kuku kaki SA lepas hiking bulan lepas...aduhai....cacat kuku jari kaki..


Malas makan nasi...SA beli burger MCD je..


Saje nak test Spicy Grand McChicken...okey la..not so bad...

Okey...itu jer random photo...

Yeay dah bleh delete....malas nak simpan banyak- banyak...

See ya..next entry...eh...ada ke? hahahaha....tengok mood la erk...


Sunday, November 22, 2020

Lunch Sorang- Sorang Pun OK

Hi korang...

Selamat berhujung minggu..patutnya SA share gambar masakan hujung minggu kan..haha..macam malas plak nak amik gambar....ni citer Rabu lepas masa SA amik half day lepas tu train lambat...SA pi makan dulu kat TCRS. Tekak teringin nak makan nasi ayam walau nasi ayam bukan la fav SA sebenarnya. Teringan makan steam chicken...nak buat sendiri bukan x boleh...okey je cuma steam chicken x jalan kat rumah SA. SA sorang je suka...silap SA masa ni cuma satu je...SA lupa request bahagian whole leg so diorang bagi bahagian kepak ayam yang for sure tak banyak isinya...takpe la...rezeki kan...makan aje la ..sempat plak SA snap beberapa keping gambar...








Lepas makan sensorang kat TCRS SA terus ke station KTM..sayangnya train hanya akan ada pada pukul 2.30pm. So SA terus amik keputusan jalan-jalan kat NuSentral. Kebetulan SA nak beli lamb shoulder nak buat lamb grill sebab dh janji ngan abah and dania kan....so terus menuju ke Sam Grocery..beli lamb shoulder.. nampak plak ada Jardin Coffee, erm singgah jap la pekena coffee kan...so...ada novel , order plak Hazelnut Latte dan lepak duduk sensorang..pelik je org tengok SA sensorang layan diri sendiri baca novel dan minum coffee....ada SA kisah...janji x kacau orang...ada la a few customer yg lepak gak sambil ada vc kat laptop maybe meeting ke apa kan....tengah leka baca novel tetiba ada mamat ni bg business card...eh..eh....SA perasan dia chinese. amboiiii....takde adabnya bagi business card letak je kat meja SA dan dia berlalu pergi. SA biarkan aje business card tu kat meja tu sampai SA balik...hahaha...boleh?




Lepas dah habis coffee...SA bangun dan tinggalkan Jardin Coffee menuju KTM...tepat pukul 2.30pm SA dah naik komuter . Mujur tak ramai orang...mujur jugak dapat duduk sorang-sorang. So melayan perasaan je la sambil dengar lagu....



SA dengan pemandangan memang tidak dapat dipisahkan..sambil-sambil melihat pemandangan luar..SA berekesempatan snap gambar awan...cantik pulak cuaca masa tu. nak kata panas takde la panas tapi sedang elok la cuaca masa tu. Sayangnya bila sampai Seremban hujan lebat pulak...

SA berharap sangat agar PKPB ni cepat tamat. Dah penat sebenarnya dengan semua ni kan. Tak tahu sampai bila la kita semua di duga dengan Covid 19. 2020 berlalu begitu sahaja tanpa ada kenangan manis pun...next month dh penghujung tahun dh...kesian kita semuantak dapat kemana-mana. Paling kesian anak-anak yang bersekolah. Tak tahu la.apa.nasib anak-anak kita yang pelajaran tergendala. Mana yang nak exam besar...macam Dania la..Tahun depan dh tingkatan 5. Risau SA bila fikirkan pembelajaran dia....

Friday, November 20, 2020

Tips 'belajar' Membantu Peniaga Jalanan

credit photo from google.com


Jika kita adalah golongan yang tidak terjejas dalam pandemik ini, sesungguhnya tips ini untuk kita.

Tips 'belajar' membantu peniaga jalanan

1. Jika makcik jual kuih RM2, 5 keping. Belilah RM4 dan bayar RM5. BELAJAR tak mahu menerima baki. Nampak kecil, tapi makcik gembira bukan kepalang.

2. Jika ada pakcik penjual nasi bajet, sebungkus RM4, manakala 3 bungkus RM10. 

BELAJAR ambil 2 bungkus, dan bayar RM10. Pakcik ada tambahan RM2, juga lebihan sebungkus lagi untuk dapatkan RM4. Senyum bahagia pakcik, kita akan turut bahagia.

3. Jika pergi ke kawasan jualan, carilah gerai makan yang paling sikit pengunjung. Atau carilah penjual yang sedang termenung resah. Sila datang, berbual, bertanya khabar dan belilah daripadanya. 

Selain membeli jualannya, kita BELAJAR empati, ambil berat dan mengurangkan gusar di hatinya. Melihat ada pengunjung yang hadir ke gerainya pun sudah cukup membahagiakan.

4. Jika datang ke gerai jualan yang tidak mahir beroperasi, jangan banyak komplen itu ini. Barangkali itu hari pertama dia berniaga dan tak mahir susun letak barang, tak bersedia dengan duit kecil dan pelbagai lagi.

BELAJAR maniskan muka, tak perlu marah dan herdik. Berakhlak baik kepada mereka adalah rezeki perasaan untuk mereka.

5. Jika kita lalu di satu gerai, yang jualannya tinggal satu atau dua bungkus, BELAJAR berhenti dan beli semuanya. Walaupun kita tak menginginkannya, kita boleh beri kepada orang lain.

Selain membeli barang jualannya, kita sedang menyedekahkan waktu untuk mereka. Supaya mereka dapat tutup gerai dengan lebih awal, pulang ke pangkuan keluarga dan melepaskan lelah seharian bekerja.

Begitulah rakan-rakan yang baik,

Belajar memberi walau sedikit.

Ikhlaskan hati, moga semuanya dalam perhatian dan perhitungan Allah.

Peniaga jalanan,

Mereka bukan golongan yang senang-senang mahu terima wang kita tanpa usaha. 

Lihat sajalah kecekalan mereka berpanas-panas sepanjang hari di gerai jualan.

Untuk semua yang sedang menerima ujian, Allah menguji kita dengan kasih sayang yang sarat. Sambutlah ujian ini dengan redha dan harungi bersama. 

Fasa ini bukan kegelapan panjang, hanya gerhana. Kita mampu hadapinya!


Thursday, November 19, 2020

Dinner Malam Semalam

Hi korang...

Hari ni SA bersiaran dari rumah Seremban. As usual work from home setelah 6 hari bekerja dari office sejak Rabu minggu lepas. Penat skit sebenarnya sebab berulang kan Seremban- Kuala Lumpur. Macam yang korang ketahui, SA kerja ikut rotation 3 hari bekerja dan 2 hari cuti. So hari ni sampai Selasa minggu depan SA akan bekerja dari rumah. Agak relaks sikit nampaknya walau hakikatnya takde la relaks macam mana pun. SA rindu betul nak "metime" la...selalunya kalau SA penat melampau, SA akan kemana- mana berdekatan untuk me time. Kali ni memang tak boleh kan...

Well nak citer pasal semalam. SA ambil cuti half day. Takde apa pun cuma nak rehat je..ingat keluar office pukul 12.30 tu boleh la SA balik cepat dan rehat kat rumah. hakikatnya non hado..tak dapek de sebab train ikut schedule baru. Next train nyer timetable masa tu pukul 2.30pm. Terpaksa la SA merayau- rayau ke NuSentral selepas makan sekejap kat The Chicken Rice Shop. Sorang? Harus la sorang...takkan berdua or beramai- ramai plak. Lepas makan...merayau sana sini walau dalam hati risau sangat. Pergi Sam Grocer beli Lamb slice. Dah janji ngan Dania dan Abah nak masak lamb grill nanti.
Lepas settle semua SA balik. Sampai rumah Seremban 4.00pm lebih kurang.

Bawah ni lauk SA masak untuk dinner...yang SA x masak lauk Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api tu. yang lain tu simple je kan so memang SA yang masak....


Kailan Goreng Ikan Masin


Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api campur Daun Kunyit- Mak Masak


Telur dadar last minute requested by Dania


Pekasam Ikan Sepat...my fav and SA sorang je makan..

Makanya kita nangis kat bucu sofa sebab terpaksa makan nasi malam tadi.. Giler tak makan dah lauk sedap macam tu ha...macam mana badan x naik...tapi SA berjaya makan sesenduk nasi je...takde makan bertambah. Memang sedap makan nak plak ada pekasam baru sampai. Pekasam tu pun SA sorang jer layan. Kalau ada adik ipar orang Utara tu ok gak bleh gang makan pekasam. 

Macam mana SA pandai makan pekasam?

Hasil bergaul ngan ramai orang kat opis dan ada kawan- kawan alam maya yang ramai. SA ni suka mencuba. Nanti nak cuba pula pekasam daging dan pekasam telur sotong....ermmm...x sabar...Sebenarnya SA kena marah ngan mak. SA beli 2 pek pekasam tu. Dia risau nanti buang je...eh...mana pernah buang...elok je SA simpan dan masak...nanti nak cuba jugak ikan belanak jeruk. Kawan- kawan kata sedap....ermmm....canti wait lagi....

Korang masak apa hari ni?

Lauk pauk hari ni SA update petang ye....

See ya next entry...

 


Wednesday, November 18, 2020

Passport Dah Mati Oiiiii.....

Hi korang...

Sebenarnya SA dah notice dah passport SA expired tahun ni...tengah kemas- kemas drawer terjumpa passport SA and belek semula...laaaa...dah expired bulan 2 hari tu...kalau nak renew passport pun macam tak relevant jer sekarang sebab bukan bleh pi kemana- mana pun kan...simpan la dulu malas SA nak renew...takde masalah apa kot...hahaha...lain la renew and boleh fly bila- bila oversea kan....

Rindu tul la nak travel...lama dah tak travel ni....



Nampak cantik lagi kan....


 

Haaaa...nampak.....expired dah lama dah....

Korang rasa macam mana? perlu pi renew in case or tunggu dulu...dah semua kembali kepada asal baru renew..ye la nak renew bukan sikit2 duit...RM200 untuk 5 tahun kan...alang- alang dah expired better tunggu dulu la...ye tak?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah