Tuesday, May 11, 2021

Express Kad Raya GA 2.0 by Nina

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA nak bagi support kat Nina untuk meriahkan Express GA dia ni...terkejut ni tgok Nina berani mati buat GA 2 hari je...hehehe....korang nak join tekan banner eh...syarat pun paling simple tu...next time nak buat macam ni la...



Syarat-syarat :


1. Follow blog Nina

2. Buat 1 entri “Express Kad Raya GA 2.0 by Nina”

3. Masukkan banner GA ke dalam entri dan backlink kan ke entri ini

4. Pemenang dipilih menerusi RANDOM.ORG

5. GA berlangsung dari 11 Mei - 12 Mei 2021 (tamat 10.00 pm)


Jom cepat join!!!

Korang Dah Renew Domain?

Assalamualaikum....

Hi korang...

Malam tadi masa SA duk leka depan laptop mencari solution untuk buat sticky post entry GA SA tu...terbaca email dari NetKL untuk renew domain...nasib check email so SA tanpa lengah lagi terus renew domain..

So dh renew awal senang sikit kan..nanti sibuk susah plak..domain SA ni expired every year on 1st June. Bagusnya pihak NetKL ni akan remind kita awal-awal untuk elakkan masalah berlaku kalau terlupa bayar domain..so...legaaaa....dh renew untuk setahun lagi...




 

Korang dh check deadline expiry korang nyer domain?

Pi check lekaih..mana tau...dh sampai masa...esok lusa nak raya nanti lupa plak..kebiasaan hari raya semua x update blog...SA insha'Allah la..rasa x kemana Raya PKP ni...update blog je la nanti...dh la nak monitor entry GA tu kan...syukur ramai peserta dh walau baru je dilancarkan semalam. SA pun nak start cari hadiah jugak...

Jumpa lagi next entry....


1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021


Assalamualaikum...

Hi korang...

Buat julung kalinya SA nak lancarkan Giveaway sempena birthday SA yang ke 43 tahun pada 6 June 2021 nanti. Saje SA buat giveaway ni lama sikit untuk bagi masa korang join dan bagi masa pada SA untuk cari hadiah best skit...untuk first giveaway ni SA cari 6 pemenang bertuah. Harapan SA agar korang sudi join giveaway ni...jom la join ramai- ramai mana tau ada rezeki untuk korang kan....



Syarat-syarat penyertaan :

  1. Follow blog Suriaamanda 
  2. Subscribe Youtube channel Suriaamanda (klik Sini)
  3. Follow Instagram SA ( Klik Sini)
  4. Follow Facebook SA ( Klik Sini
  5. Copy and paste banner di atas. Buat entri "1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021"
  6. Komen link penyertaan di komen di bawah.
  7. 10  penyertaan SA akan masukkan dalam Bloglist Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap di sidebar (Random.org)

Hadiah bagi (6) orang peserta yang bertuah yang akan dipilih dengan cara cabutan melalui 
(Random.org)  

Hadiah adalah MISTERI......

Marilah join beramai-ramai rakan blogger sekalian. Terima kasih sekali lagi untuk yang join !

Tarikh penyertaan :  10 May 2021 - 6 June 2021 (Pengumuman pada 7 June 2021)


Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 28

Assalamualaikum..

Hi korang..

Salam 29 Ramadhan korang, PKP Seluruh Malaysia??? Dah agak dah...berhuhu laa..apapun SA tetap nak update juadah berbuka puasa Ramadhan ke 28 semalam..Semalam ni meriah berbuka adik no 3 satu family ngan adik no 4 dua beranak balik berbuka sesama..Juadah hari ni SA masak awal dalam pukul 2 petang..itupun masak Ayam "bersara" masak lemak cili api je..yang lain- lain tu sampai la ke mee goreng adik -adik masakkan...

Jom la tengok semua menu berbuka semalam


Abah cakap bosan la panggil ayam pencen..kita tukar panggil ayam bersara masak lemak cili api


Dendeng daging sedap beli online


Daging lempap ni Pak Zain yang masak...daging digoreng tanpa minyak dan hanya ada daging dan sedikit garam...


Left over kari ikan parang


Kuew Teow Goreng


Cili potong nak makan ngan mee goreng


Mee goreng basah campur kerang dan daging

Tinggal hari ni ngan esok je kita puasa kan...tak sabar nak habiskan bulan Ramadhan ni dan masuk Syawal walau kita semua masih perlu beraya dalam suasana PKP. Semoga usaha kerajaan untuk pulihkan negara kita ni berhasil. For me tak perlu la semua nak mengamuk x boleh beraya kena fikir sendiri semua ni terjadi akibat semua mengikut kata hati..semua ikut perasaan. Kalau dari dulu ikut arahan takde jadi macam ni...kesian la ski kat semua frontliner, kesian juga la pada semua yang patuh SOP...

Jumpa lagi korang next entry...


Monday, May 10, 2021

Kuih Kuih Raya SA Tahun Ni...

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA x tau la nak gelak ke nak nangis bucu sofa ke apa sebab baru notice yang kuih raya SA tahun ni semuanya berasaskan chocolate. Aduhai....ada rempeyek dan biskut kacang pea je lain dari yg lain...ingat nak cuba buat kek malam raya nanti...tapi gigil plak...hahaha...tapi adik cakap tak payah buat kek sebab dia dah beli kek..kek Tupperware dia dah order katanya...alaaa....tgok la nanti..kalau x jadi buat SA nak beli je la....

Malas la SA ngan blogspot ni...geram betul la...susun gambar elok- elok at di end dia caca marba masuk entry ni...malas la nak betulkan...











Memandangkan kebanyakkan biskut SA berasaskan choc tahun ni..adik datang tadi bawak tart nenas ngan kerepek pisang...apa yang sempat jer la SA amik gambar...

Eh korang...cane la nak buat Sticky Post Entry erk...banyak kali dah SA cuba..payah betul la...blogspot tak benarkan sticky post lama- lama....kena buat manual la nampaknya entry GA SA tu ha...dah la SA ni jenis suka up entry 2-3 entry sehari....

Kena prank kita lagi erk...mula- mula x leh merentas negeri dan daerah...hari ni kata plak PKP satu Malaysia...erm...apa-apa jer la...malas nak pening...raya nanti pandai- pandai la memasing....semua dah besar....


Senarai Peserta 1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Assalamualaikum...

Hi korang...

Yeay dah ada peserta 1st Giveaway SA....bestnya...suka..suka..suka..dan SA akan update senarai peserta kat entry yang ni ye...senang nak monitor nanti...


Jom tengok senarai peserta.

  1. https://www.azhafizah.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  2. https://www.kakmim.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa.html
  3. https://www.ceritaita.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-662021.html
  4. https://ciksukataip.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  5. https://anakomak6.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  6. https://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-662021.html
  7. https://pemudattbc.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  8. https://bilagadiskidal.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  9. https://www.mialiana.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  10. https://famf-tower.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  11. https://salatulzarida.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  12. https://loveneddy.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  13. https://sariyusa.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  14. https://www.rodiahamir.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  15. https://www.byfarahh.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  16. https://shidotdotcom.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  17. https://kasihkuamani.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  18. https://miziejusoh.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  19. https://www.eksplorasilea.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa.html
  20. https://fairusmamat.blogspot.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  21. http://www.mamapipie.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  22. https://www.tiarasaphire.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  23. https://www.shikinrazali.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html
  24. http://www.zianaeunos.com/2021/05/1st-giveaway-sempena-bday-sa-6-june-2021.html



Sunday, May 9, 2021

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 27

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tinggal 3 hari jer lagi kita puasa kan...sekejap jer bila hari ni dah hari ke 27. Hari ni awal SA masak dan SA masak 3 lauk aje sendiri dan lauk Kari Ikan Parang tu Mak Pah yang masak. Dia nak sangat masak lauk kari ikan tu dan Mak Pah punya kari ikan memang the best so far la...blom lagi la Mak Pah masak kari kambing...kalau masak kari kambing memang jiran sebelah pun terbau nanti...

SA masak awal hari ni...mulanya takde la nak masak pedas ke apa memandangkan satu mulut SA ulser kan...tapi masak ajer la...malas nak fikir...korang leh bayangkan x SA makan dengan rasa seksa betul...menahan sakit, mengalir air mata...tapi malas nak layan...makan aje..

Jom tengok gambar....



Sayur Sawi Putih goreng


Telur bungkus fav dania


Sambal sotong gergasi


Kari Ikan parang

 

Ada cerita sebenarnya, Zemart Senawang yang besar giler tu dah buat official opening...giler besar dan rasa macam penat nak berjalan. Sama besar macam NSK...ramai orang pergi Zemart Senawang hari ni..SA pun tak ketinggalan...ye la bila nak pergi lagi kan...Zemart area rumah tutup sampai 12hb sebab ada kes covid...Bagusnya Zemart yang baru ni...mementingkan SOP. Security pun bagus sebab mereka sangat- sangat tegas bab SOP. Kanak- kanak umur 12 tahun ke bawah memang tak dibenarkan masuk..Ini bagus dan sangat bagus. Kalau kat tempat lain semua bebas masuk. Maka tadi SA nampam ramai la yang bawak anak- anak kecil terpaksa tunggu di luar dan ada yang patah balik. Bahaya kan...so kena la ikut SOP...Tak payah nak degil sangat....

Nampaknya lepas ni banyak kali la pergi Zemart Senawang ni...SA tgh aimed kedai gunting rambut sebab SA nak rebonding rambut. Nasib promosi dia sampai 31hb...so sempat la kalau SA nak pergi rebonding rambut nanti. 

Okey la korang....jumpa lagi next entry... SA dah start cuti dah tau....next 17hb SA masuk kerja semula.

Misi Mencari Daging Lembu Untuk Hari Raya Di Rantau NS

Assalamualaikum...

Hi korang..

SA dah sihat skit..pagi ni adik dah call ajak pi cari daging untuk buat rendang memandangkan nanti dah tak boleh merentas. Kebiasaan kami akan beli daging bila ada orang "Mantai" di area Rantau NS atau di Kuala Pilah. Sayangnya takde yang jual daging lembu di tepi - tepi jalan. Last2 kami decide pergi pasar je...mana tau ada rezeki..So kereta dihalakan ke Pasar Besar Rantau. Syukur niat kami untuk cari daging lembu tu diizinkan allah...dapat la beli tulang rusuk..Kali ni tak beli tulang gearbox sebab mahal melampau. Sebatang RM90 dan ada tempat jual timbang plak tu...bila suruh timbang, total sebtang tulang gearbox tu RM150++ dan isi atau daging pun takde..hanya tulang semata dan ada la sikit2 daging. Rasa tak berbaloi....

Jom tengok gambar. 












Nasib baik ada orang jual daging lembu...kalau tak...x tau la..terpaksa la beli daging kotak aje kat Pasar Besar Seremban. Ada rezeki kami rupanya....total damage untuk beli daging jer semua sekali RM300. Daging memang mahal sekarang kan...Daging Batang Pinang jer RM38 sekilo...huiiii.....musim perayaan memang mahal segalanya kan....

Bila kerajaan dah umumkan tak boleh merentas negeri dan daerah seluruh Malaysia ni....maka agak susah la nak bergerak kan...area Seremban aje la nampaknya.....

Jumpa lagi korang next entry...

Saturday, May 8, 2021

Juadah Berbuka Puasa Ramadhan ke 25

Assalamualaikum..

Hi korang...

Baru la sempat nak update juadah berbuka hari ke 25 malam ni...Sa memang betul- betul tak larat...kia aci la erk..update malam ni je...SA dah kebah demam...cuma masih sakit ulser dalam mulut....hari ni pun x sempat nak amik gambar untuk juadah berbuka..SA terbaring...lepas solat Maghrib, makan dan makan ubat semula...tapi x makan ubat selsema..kalau makan kang confirm lelap lagi pas tu blog tak update....

Jom tengok apa juadah berbuka semalam...



Sup Ayam untuk si Aydan...


Buat lagi Lawar terung


Ayam goreng berlada...


Sayur kacang buncis goreng


Ayam goreng


Popia goreng dan popia basah permberian seorang kawan


Kuah popia


Sambal telur untuk adik ipar..


Berbuka puasa semalam best...sebab ramai ..ada Lissa adik SA dan sekeluarga...banyak SA makan...banyak Abah makan...pulun minum air batu...last2 kena ulser...sabar jer la....

Jumpa next entry...


Demam Kerana Ulser Penuh Dalam Mulut

source dari google

Assalamualaikum...

Hi korang

Senyap jer SA hari ni...baru bangun...demam dah kebah...ye SA tetiba demam...demam sebab ulser penuh dalam mulut dan lelangit...sahur pagi tadi selsema dan rasa panas badan...makan ubat apa segala...lalok..tido sepanjang hari...mampu puasa setengah hari je sebab dah tak tahan menahan sakit..makan susah..minum air kosong jer mampu...ntah mana dapat..agaknya punca semalam SA minum air tembikai dan ada air batu jugak...SA ni jarang minum air batu...bila sesekali minum air batu memang ini la yang kena...mulanya risau jugak sebab tekak jadi pahit kan...tapi now demam on and off...harap2 tak berlanjutan...doktor cakap kurang air dalam badan...

So hari ni SA cuma nak rehat sampai esok...harap- harap makin sihat...doakan SA ye...


Friday, May 7, 2021

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 24

Assalamualaikum...

Hi korang..

Semalam SA balik kerja cepat betul dapat bas dan awal betul sampai Seremban...best betul rasanya..bukan best pasal apa pun..best sebab SA boleh rehat...masuk kereta jer tanya abah..abah masak apa hari ni sambil mengharapkan menu yang best- best...sekali abah cakap...abah x tau nak masak apa long..abah masak ikan merah je yang beli hari tu...alahai...tumpul selera dengar masak lemak cili api lagi..SA complain la..kata asyik masak lemak je...abah cakap itu je dia tau masak...allahu...terus mintak maaf..sorry la abah..lepas ni along masak eh..esok along last kerja lepas tu along amik cuti panjang...haaaa gituuuu....tau abah SA dan Mak SA penat masak seminggu ni...kesian diorang...so sempat la SA  goreng ikan gelama masam dan panaskan kari kambing dalam tin Adabi...hoiiiii...sedap giler la kari kambing tu...lepas ni nak beli lagi la...SA panaskan jadi pekat sikit...habis SAa dengan Dania jer makan..Abah tak berani nak usik sebab takut sakit perut...dia kan takleh makan pedas...while mak mmg tak makan kambing....

Mak cakap tak payah la masak lauk lain...sebab SA penat balik kerja katanya...takpe la bukan susah pun kan...x sampai 10 minit dah siap...

Jom tengok menu...



Ikan gelama masam goreng...tambah bawang, cili potong dengan asam limau..limau nipis xde plak...


Sayur goreng


Telur asin...


Ikan merah masak lemak cili api campur peria...tapi sygnya ikan merah tu keras isinya..sebelum ni beli lembut..ikan merah ada jenis lembut dan keras ke erk?


Kari kambing dalam tin Adabi

Yeay hari ni SA last kerja...Isnin dah start cuti...banyak benda yang SA nak buat sebelum raya ni...nasib tak de announcement NS PKP...so boleh la SA bergerak masa cuti ni nak settlekan apa yang patut...ikutkan takde apa nak beli pun..ada pun nak beli kasut Dania...tengok nanti la macam mana..

Okey la korang...jumpa lagi next entry...


Camera HP Huawei Jugak Yang Cantik Gambarnya....

Assalamualaikum...

Hi korang..

Nak tanya la korang guna hp apa? hahaha...sure ramai pakai Iphone kan...alaa im not into Apple Stuff la...huhu..SA dah pakai Huawei Nova 2i ni dah 4 tahun lebih kot..dah banyak siri baru keluaran Huawei dah dan SA x alert pun apa keluaran terbaru..prinsip SA pakai sampai jahanam..so takde la SA tukar...sampai sekarang selesa dengan Huawei ni...gambar pun cantik...

Gambar kat bawah ni bukti camera Huawei memang cantik...eh..puji lebih plak..hahaha....SA pernah cuba amik gambar guna OPPO mak SA...alaaaa..x cantik....ke kena tukar ke OPPO Reno...eh jom tengok gambar- gambar SA kat bawah ni..ok tak di mata korang...this one without any filter dan tak edit pun...












Macam mana boleh jadinya posing2 kat area opis ni?

Sebenarnya dah lama SA kerja kat opis macam kerja dalam musim sejuk..dalam freezer..jari jemari sampai kejung beku...so SA rasa tak selesa sangat...nak menulis susah..nak menaip susah...so rehat semalam SA buang masa berjemur kat lobby bawah opis...ada satu tempat lepak untuk yang hisap rokok...ada la kawasan cantik2 macam taman kat situ..SA lepak situ nak dapatkan cahaya matahari..maka terjadilah sesi selfie perasan SA kat situ..orang takde kan...tapi ianya tak selesaikan masalah...rehat 1/2 jam jer so naik opis semula..menggigil sejuk lepas solat..then SA keluar opis lagi lepak kat koridor opis...haaa...terjadilah sesi selfie perasan sekali lagi...guna timer jer..kang ajak kengkawan kaku kejung nak pose...hehehehe...

Nak feeling perasan jap...nak tanya santek tak gambar ni..

Jumpa lagi next entry...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah