Wednesday, October 23, 2019

ID.AZ DERMASTIC Premium Sheet Mask Yang Menakjubkan....

Hi korang..

Siapa yang x nak cantik? Siapa yang x nak melihat atau merasa ketenangan pada seluruh wajah? Mesti takde kan....macam tu jugak la SA ni...kalau stress, penat dan tak cukup rehat..selain dari merehatkan diri..SA suka menggunakan mask muka..tenang aje apabila mask tu melekat pada muka...sejuk dan segar aje kan...hilang segala penat dan stress...so apa pilihan mask yang SA ada...bertuah betul apabila baru-baru ni SA diperkenalkan dengan Mask keluaran ID.AZ.



Yeayy....3 jenis sheet mask yang menjadi kegemaran SA keluaran ID.AZ yang mampu mengekalkan kelembapan kulit muka...special thanks to The Butterfly Project for this opportunity..Product ID.AZ dicipta dan dihasilkan di sebuah hospital kecantikkan di Korea. Dikenali sebagai Asia Beauty Care dan di beri nama ID manakala AZ bermaksud merangkumi semua dari A ke Z. Hospital ini mempunyai kepakaran dalam kecantikan kulit dan jenama ID.AZ merupakan salah satu jenama paling popular di Korea.

3 jenis Fit Mask yang SA dah cuba adalah :-


1. ID.AZ Dermastic GOLDEN -Fit mask > NUTRITION







ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask adalah mask hidrogel emas yang menjadikan rumpai laut sebagai ramuan utama. Rumpai laut diproses dan mengandungi vitamin serta mineral yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat. Bahan-bahan lain yang terkenal termasuk madu, royal jelly, dan propolis. Bahan berkhasiat ini mempunyai keupayaan untuk memulihkan keanjalan pada kulit. Kulit muka SA sensitif dan lebih mudah terdedah kepada dehidrasi akibat kualiti udara yang buruk di negara kita baru- baru ini. Ia juga menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk sekiranya cuaca panas.


Daripada paket itu, SA dapati ada wangian buah yang kuat. Potongan mask hydrogel memberikan  cabaran untuk SA ambil dari paket,  perlu berhati- hati agar mask tidak koyak. Ia diliputi intipati dan mask agak berbentuk elastik. Hyrogel mask ni juga sebenarnya diperkaya dengan nutrisi. Nampak kelainan pada mask ini kerana kepingan-kepingan hidrogel tebal ini terpisah dua. Ianya berwarna emas dan kelihatan cantik sangat. Selepas dilekatkan pada muka..anda akan rasa kehebatannya. Kepingan yang terpisah mengikut bahagian T-Zone dan U-Zone sangat sesuai untuk apa juga bentuk muka . Ianya menutup perimeter wajah dengan kedap dan tidak perlu risau ianya beralih..ianya kedap dan ketat selepas diletakkan pada wajah. SA pakai di muka selama 15-20 minit seperti kebiasaan. Terdapat lebihan intipati yang tersisa pada kulit muka SA. Tidak perlu dicuci, hanya dap kan ke seluruh wajah agar ianya menyerap ke dalam kulit muka..Kulit SA terasa sangat terhidrat dan agak lembab selepas menggunakannya. Psttt ...ianya sesuai juga untuk anti penuaan tau.....





2. ID.AZ Dermastic WATER- Fit Mask > Hydrating

Dengan penggunaan yang konsisten mask ini mampu melembabkan dan meremajakan kulit muka korang. Bahan-bahan yang penting seperti sea water, hydrolyzed collagen, asid hyaluronik, panthenol, betaine, dan allantoin. Betaine adalah humectant dan anti-iritasi yang terdedah kepada ikatan hidrogen (berinteraksi dengan air) dan meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Asid hyaluronik bertindak dengan cara yang sama. Panthenol adalah provitamin B5 dan digunakan sebagai pelincir, emolien, dan pelembab, yang memberikan lubriaction dan penghidratan. Allantoin membantu melembutkan dan melindungi kulit sambil menenangkan kulit. Ia juga merangsang pertumbuhan semula sel.






Mengandungi Deep Sea Collagen amat sesuai dengan kulit SA dan dapat mengekalkan kelembapan pada kulit.Terdapat aroma ringan yang halus bukan bau yang tidak menyenangkan ye..dari pek dan arahan yang disediakan sebelum guna bersihkan muka menggunakan toner. Ianya mempunyai 2 lapisan, satu lapisan material gauze. Lekatkan pada muka di bahagian mata dan mulut meliputi dagu. Biarkan 10 minit dan keluarkan lapisan material gauze. Biarkan lapisan kedua sehingga 20 minit. Selepas itu tanggalkan.  Dap kan lebihan intipati ke seluruh wajah agar ia menyerap dengan lebih cepat. Nah...kulit korang akan terus lembab dan segar selepas kepenatan dengan urusan seharian di luar...tak percaya? korang boleh cuba...





SA kalau boleh nak guna sampai pagi kerana ia begitu selesa, menyejukkan dan menenangkan , Keadaan mask masih basah apabila SA mengeluarkannya walaupun selepas 30 minit. Kulit SA sangat lembut dan licin selepas itu! Ia juga membantu mencerahkan bekas jerawat SA dan juga nada kulit SA. Secara keseluruhan, SA cukup suka dengan mask ini!


3. ID.AZ Dermastic BRIGHT-Fit Mask > Brightening 

Mask ini dibuat daripada microfiber, yang lebih tebal daripada mask  ID.AZ Dermastic Water-Fit. SA sangat kagum dengan mask ni sebab semasa SA buka paket mask ni terdapat lebihan intipati ekstrak mutiara, ekstrak portulaca oleracea dan berry complex. Banyak tau intipati yang tidak melekit tetapi bertindak dan menyerap dengan cepat pada wajah. Selepas guna macam biasa jangan cuci muka. Sapu lebihan ekstrak intipati pada ke seluruh wajah sampai ianya betul- betl menyerap ke dalam kulit. Mask ini tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit malah bertindak untuk mencerahkan kulit korang.










Kulit SA kelihatan segar selepas menggunakan mask ini dan SA percaya dengan kekerapan penggunaan mask ini secara konsisten pasti kulit muka akan menjadi lebih cerah. Jom kita bebaskan kulit muka kita dari kelihatan kusam, gelap dan tidak bermaya. Korang boleh tengok kulit muka SA selepas penggunaan mask ini. Semakin segar kan?

SA sangat- sangat recommend pada korang fit mask ID.AZ Dermastic ni..dapatkan segera di Watson yang terpilih.

Harga pun sangat ekonomi dan berpatutan.

Dermastic GOLDEN-fit mask-Nutrition : RM19.90
Dermastic WATER-fit mask-Hydrating : RM12.90
Dermastic BRIGHT-fit mask-Brightening : RM12.90

Info lanjut:
Website : https://id-az.co.kr/
Instagram : https://www.instagram.com/idplacosmetics/
Facebook : https://www.facebook.com/idplacosmetics/


WW ~ Good Morning Kuala Lumpur....


Hi korang...

Assalammualaikum...selamat pagi...Good Morning....

SA pagi ni dengan fresh mood, sebab tu pakai baju warna hijau..hahaha...mulakan hari anda dengan senyuman ye...jangan ada aang cari masalah atau memberi masalah..hari ni nak tenang-tenang aje...

"The dreams you had last night can only come to reality if you get up and work at achieving them today. So, don't waste any more time, get out there and do your best. Good morning.” It's not possible to make everyone happy, but it's possible to be happy with everyone! "

Selamat menjalankan tugas...baik yang di pejabat mahupun di rumah....

Have a great day !!!

Tuesday, October 22, 2019

Masak- Masak Ahad Lepas

Hi korang...

Ahad lepas adik SA balik rumah kejap selepas lama tak balik sebab sibuk outstation. Kebetulan dia baru balik dari Sarawak..2 minggu juga la tak jumpa Opick dengan Tiara. Ahad tu memang SA x kemana- mana..petang nak work out pun hujan lebat giler..so last week memang takde pun work out..rasa tak best plak badan walau tengahari masa masak tu berpeluh- peluh badan SA...rumah SA memang panas sebab rumah dari batu block kan..kalau dari batu- bata sure sejuk skit rumah..nak pasang ekon satu rumah nanti banyak plak bil electric. Sekarang semua benda mahal kan...

So apa yang SA masak Ahad lepas..actually Sabtu pun SA masak gak..Ikan Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam goreng berlada dan ada sambal tempoyak sikit. Masa tu malas nak amik gambar sebab nak cepat pergi tengok wayang kan..hehehe..then Ahad menu kat bawah ni la..simple je...


Paru goreng berlada fav adik bongsu SA


Ikan belanak masak lemak cili api


Sayur bayam


Ikan pelaling goreng..

Itu aje la yang SA masak...seronok makan ramai- ramai. Biasa berempat jer..kali ni ramai so berselera la memasing makan..Next week tak tau la nak masak apa plak...ada jemputan next week tapi tu la x tau lagi nak pergi ke tak..Tapi rasanya SA nak masak lauk- lauk kampung jer la..nak banyakkan makan sayur..next Wednesday SA dah kena pi check up lagi sekali..hahaha...gigih x amik daging, seafood dan apa je yang x boleh makan 2 minggu ni..sebelum ni ada gak sesekali lepas gian makan daging...so stop sekejap la...Tak sabar ni nak pergi check up..nak tau apa keputusan seterusnya...

Monday, October 21, 2019

Projek Tanaman Di Rumah Untuk Kegunaan Harian

Hi korang..

Selain dunia masakan, SA sangat minat dengan tanam-tanaman simple yang senang nak jaga. kalau yang besar2 dan perlukan perhatian yang lebih teliti memang payah rasanya...SA suka bunga tapi x boleh tanam bunga buat masa ni sebab anak-anak buah kecik2 lagi..diorang dh besar nanti baru boleh letak pokok bunga kat rumah...sekarang diorang tengah melasak kan..bahaya kalau ada pasu bunga kat rumah...kalau nak beli pun maybe beli pokok yang boleh gantung kat awning je...itu dalam perancangan je dulu...belum boleh buat sepenuhnya lagi..ingat plan nak beli pokok rose jepun tu...x pun orkid yang boleh gantung...

Entry ni sebenarnya dalam draft masa SA balik kampung hari tu..x perasan plak SA masih ada draft yang x publish...so hari ni SA up la..at least ada benda boleh share ngan korang kan...okey jom tengok gambar...


Pucuk pegaga kampung..


ini sejenis pokok hiasan..x tau apa namanya..


Sayur Kucai...subur betul


Lada hitam..yg tu dh nampak buahnya masak dh..


pun lada hitam tp buah masih hijau..


Pokok cili api


Pokok betik


Ni pokok hiasan..x tau nama


Pokok jambu air dh nak berbuah


Yang ni bunga sayur kucai


Pokok Nangka


ni bunga durian..pokok durian dh habis musim baru nak berbunga...alhamdulillah..


Gambar- gambar kat atas tu semua tanaman kat kampung..bukan semua la kebanyakkan yang SA amik gambar tu..kalau nak amik semua memang banyak la..


Haa gambar last ni pulak..projek terbaru Abah SA...dia duk menyemai pokok cili api untuk tanam kat depan rumah dan dalam pasu..ni hobby baru abah la lepas segala mak nenek pokok depan rumah dh habis keluarkan hasil kan..so kena la ganti yang baru..alahai tanah sekangkang kera je pun..tp boleh la tanam untuk keperluan seharian macam daun pandan,cili, kunyit, daun kari, limau kasturi dan serai..pokok cili yang yang lama dh matang dan x keluarkan hasil lagi dh so kena la tukar pokok baru..sebab tu abah gigih semai benih cili..x sampai seminggu dah tumbuh banyak anak-anak pokok dh...ada aang dipindahkan ke dalam polybag dan pasu tunggu besar sikit baru pindahkan ke tanah..mana yang dalam pasu tu dan dah besar biar je abah cakap....abah pun ada semai pokok pegaga jugak..nanti tanam jer atas tanah bagi dia merimbun, dia tau anak sulung dia ni suka makan ulam pegaga..tu sebab dia tanam..ni menantu bongsu dia dah belikan dia benis sayur Kailan, Bayam dan Sawi and semalam masa keluar kejap dia beli lagi benih kangkung dengan Bok Choy..Haaa dai dah start nak menyemai sayur la tu..tanah dah ada dan dah amik kat kampung....

Kalau tak ke sungai memancing abah akan buang masa membelai tanaman dia ni la..sebelum ni ada pokok jambu batu, tapi tak bagus buahnya, dah matang dia membusuk plak..nanti tengah fikir nak gantikan ngan pokok buah apa...pokok betik kat depan rumah tu pun dah hampir habis buahnya, jenuh makan buah betik je..ada gak kami sedekah kat jiran dan adik beradik..buahnya besar dan sedap..manis je...tu pun nak kena ganti pokok lain juga nanti...nanti la SA pi nursery kat Ampangan tu..tengok pokok apa yang sesuai...susah- susah sangat tanam Durian je la...hahaha..abah cakap buang tebiat ke apa kau ni...orang sebelah tu tanam durian dalam pasu besar pun boleh mati...

Tengok Wayang Maleficent Mistress Of Evil Dengan Anak Dan Anak Buah...

Hi korang...

Dah tengok citer Maleficent: Mistress Of Evil? Lama tau tunggu nak tengok cerita ni...bukan apa SA dah janji ngan anak- anak buah SA nak belanja diorang tengok citer ni. Sejak tu meniti di bibir masing- masing bila mama nak bawak pergi tengok wayang. SA macam biasa akan cakap la..kalau semua behave tak nakal dan ikut cakap mama, boleh la mama bawak..tapi kalau nakal sangat x dengar cakap memang mama tak kuasa nak bawak la..so sejak dari hari tu mereka memang sangat- sangat behave sebab nak ikut mama pergi tengok wayang...hahahaha...bijak tak SA..bukan apa takde pengalaman handle anak- anak buah tanpa mak ayah diorang...nak- nak Sikembar ni agar lasak sikit..SA nak bawak Dida jugak tapi tu la dia x dapat ikut..ada hal lain plak...cuma masa beli tiket tu banyak pawagam dah penuh dan tiket available pukul 3.30 je. Punya la diorang berzikir kenapa lambat, kenapa x masuk lagi..macam- macam la...nasib baik kakak Dania pun ada sekali...


Sinopsis Maleficent: Mistress Of Evil
Sekuel ini, yang berlatarbelakangkan lima tahun selepas situasi dalam "Maleficent" (2014), menerokai hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk Maleficent dan Puteri Aurora, yang telah menerima lamaran Putera Phillip dan bakal menjadi permaisuri. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa ibu putera itu, Permaisuri Ingrith, merancang untuk mempergunakan perkahwinan mereka bagi memisahkan pari-pari dan manusia selama-lamanya. Peperangan yang bakal berlaku itu meletakkan Maleficent dan Puteri Aurora pada pihak bertentangan, menimbulkan persoalan kepada mereka berdua mengenai ikatan keluarga mereka yang rumit.






So far sangat puas hati..sama jugak macam Maleficent 1 masa 2014 dulu, jalan citer memang sangat best dengan warna warni kehidupan dongeng kan...teruja betul kami tengok citer ni...kalau ajak repeat SA sanggup..hahaha...biasa la citer princess -princess ni memang melekat di hati terutamanya anak- anak kecik kan...cuma tak bestnya Dida takde la...ikutkan SA nak ajak makan KFC sebelum tengok wayang tu..tapi orang penuh plak..masa tu dah pukul 3 petang..so next time la mama belanja makan KFC...Yang penting diorang happy tengok wayang Maleficent Mistress Of Evil ni..kena balik cepat sebab diorang ada agenda lain petang tu nak ke Melaka...

SA sangat- sangat recommend korang bawak anak- anak gadis korang tengok citer ni..nanti bleh tengok keterujaan wajah diorang tengok citer ni...Sikembar memang suka princess2 ni..lepas tu semalam sibuk la bercerita kat Acu diorang citer ni best la segala la jalan citer diorang duk ulang citer..eh bukan budak- budak perempuan je tengok citer ni tau...SA perasan dalam panggung Sabtu lepas ada ramai budak- budak lelaki remaja pun tengok citer ni...mula- mula agak musykil la..tapi nak buat cane kan maybe takde citer lain yang diorang nak tengok...hahaha...husnuzon...

Saturday, October 19, 2019

Koleksi Sarapan Pagi & Lunch SA

Hi korang...

Alaaaa sebenarnya tak tau apa nak update dah...apa yg nak update dah publish dh semua...ni semua sebab mood pemalas menyerangla ni...resepi pun x sempat nak share sebab SA jarang plak masak..nak kena pi bertapa semula ke apa ni cari mood dulu..gambar dalam handphone dah banyak delete dah...maknanya dh banyak gak cerita yang SA dh publish..xde apa apa yang tinggal dh kecuali koleksi sarapan dan lunch SA seminggu ni..ada yabg sempat SA amik gambar..ada yang x sempat sebab busy kerja...

Jom la tengok gambar


Sarapan telur setengah masak


Roti steam +kaya pandan+butter


Air barli..yg best barli tu dia blend halus


Lunch Nasi goreng Ali - Grabfood


Sarapan Rabu rasanya...Bihun Singapore


Lunch Rabu - lunch org demam


Lunch Jumaat - mee bakso ayam


Itu je la koleksi yang ada pun dalam hp SA ni...mana SA nak pergi erk cari bahan untuk blog...ada la satu review product blom publish..itu takpe..deadline lambat lagi dan SA sedang cari point2 untuk menulis...gambar pun dh ada...nak buat video je sikit...itu next week la SA publish...

Till then...happy weekend korang!!!

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah