Tuesday, December 10, 2019

Lunch Hot & Roll BBQ Chicken Je Hari ni...

Savoury Paratha Wrap Pilihan Lunch Yang Ringan Dan Murah


Hi korang..

Dah lunch ke tu?

Hari ni SA tak rasa nak makan nasi...selera SA dah start meragam..biasa la tu bila dah sampai waktunya...dah start meragam untuk 4 ke 5 hari akan datang. Mana yang faham tu faham lah..biasalah penyakit orang perempuan setiap bulan. Badan SA siap rasa tak sedap. Berbeza tau masa muda- muda dulu..bila dah tua ni makin macam- macam plak badan ni...okey dah tersasar jauh dari tajuk dah ni..Masa SA order Hot& Roll ni adik tu tanya nak crispy ke atau paratha. Kalau Crispy takut tak kenyang plak kan..so SA pilih BBQ Chicken dan roti paratha..simple je lunch SA hari ni...nasib tak ramai orang...untuk menu ni SA hanya bayar RM4.80. Murah kan?


Kiosk Hot & Roll ni kat KL Sentral..memang dah lama dah kiosk ni ada kat sini..


Dah nak siap dah wrap SA...


Dah siap..dimasukkan dalam paper bag ni...


Tadaaaaa....SA makan kat opis..x kuasa nak makan kat situ..hehehe...


Muka orang tak sihat sebelum makan..


Jemput makan semua...


Sedap!!!


Beli plak sebotol Susu Farm Fresh perisa Kurma ni...RM8 sebotol dan memang sedap giler..huhu...


SA ada beli jugak roti red bean kalau rasa lapar semula kang...boleh alas perut..tapi dah makan wrap ni rasa kenyang betul..ye la roti Paratha tu tebal kan..harap- harap kekal kenyang sampai pukul 6 kang..nanti pukul 6 SA makan dinner plak...awalnya SA makan..ye..SA pun diet gak...dinner pukul 6 petang..malam x makan apa dah..puasa sampai pagi..SA minum air je..dan start breakfast pukul 9am. Kalau tak turun gak berat badan..x tau la...SA diet sendiri- sendiri je..takde buat IF sangat..time SA aturkan sendiri..itupun gigil gak tau...last dinner kul 6pm..start 7pm dah x makan apa dah kecuali minum air..tidur seawal 9pm...SA nak cuba buat seminggu ni...kalau berjaya SA teruskan...kalau kacau kesihatan SA...kena la SA hentikan...


Asam Rebus Sulur Keladi Memang Sedap..

SULUR KELADI MAKANAN ORANG BERKEBUN ATAU BERSAWAH ZAMAN DULU- DULU


Hi korang...

Siapa pernah makan Sulur Keladi? Apa benda Sulur Keladi ni kan?Mak SA cakap zaman dulu kalau orang berkebun, bersawah atau motong getah, inilah lauk yang diorang makan..al maklumlah zaman dulu- dulu susah kan..nak makan ikan bukan boleh makan macam sekarang..hari- hari boleh beli ikan, zaman dulu nak makan ikan sebulan sekali, ayam walaupun ada bela tapi lebih untuk dijual..makan sendiri pun kalau musim perayaan je..soa mana pucuk kayu atau tumbuh- tumbuhan yang boleh dijadikan lauk tu boleh la buat lauk.Susah zaman dulu. Dapat lauk macam ni dah syukur..kongsi lah adik beradik makan..kadang arwah nenek dan atuk makan nasi kosong dengan air garam je asalkan anak- anak diorang ada lauk untuk makan.

Tapi bahayanya lauk macam ni bila digandingkan dengan ikan masin x kiasah ikan masin jenis apa, memang menambah la nasi...so kalau zaman sekarang makan lauk asam rebus sulur keladi ni confirm jahanam diet korang masuk ke laut dalam.

Apa sulur keladi ni?

Sulur keladi merupakan akar yang keluar dari pokok keladi yang dijadikan sebagai sayuran. Sulur keladi ni dikutip dan banyak di jual di pasar- pasar tani..silap SA x ambil gambar sebelum dijadikan hidangan. Tengok adik SA siang sulur keladi ni memang dah expert. maklumlah hidangan ni sangat terkenal di area Johor. Adik SA cakap yang sedap dan rasa lemak- lemak yang warna merah2 skit..yang hijau pun sedap katanya tapi tak selemak yang merah. 

Kat bawah ni SA dah siap dapatkan gambar sulur keladi dari google..gambar sebelum diproses dan sesudah di proses..dipotong sejengkal- sejengkal saiznya...

Sumber google.com

sumber google.com




Bila dah jadi hidangan dan makan dengan nasi panas, ada pulak ikan masin..mak oiiii....memang orang lain lalu sebelah x pandang dah..mahal jugak seikat sulur keladi ni tau..mahal sebab susah nak dapat. Tak selalu ada kat pasar tani..seikat adik SA beli RM7..so untuk hidangan masa kami kat rumah dia..dia beli 2 ikat..cara siang pun dia tunjuk kat kami. Kena potong sejengkal - sejengkal dan kikis lapisan kulit sulur keladi tu.. Kalau korang nak tahu, sulur keladi ni dijadikan biji benih untuk penanaman keladi komersil. Bukan satu jenis keladi je tau..ada Keladi Minyak, Keladi Mawar, Keladi Cina dan Keladi Sayur. Selain dimasak Asam rebus boleh juga di masukkan dalam masakan lemak cili api, asam pedas,Masak singgang, Sambal dan macam- macam lagi.

Sedap ke Sulur Keladi Pada Pendapat SA?

Sedap korang...memang rosak la diet SA...kelaut betul...tambah plak gandingan ikan masin..lepas makan rasa menyesal betul sebab 2 kali makan bertambah...nak nangis celah kerusi dibuatnya..tapi sayangnya..lepas makan dalam 1 jam macam tu SA kembung perut..hahaha...makan tak beringat tu la dia..Maksudnya SA tak bleh makan banyak la...setakat merasa tu ok la...jangan main hentam je..menghidap SA lepas tu..

Korang kalau nak rasa Sulur Keladi tu sedap ke tidak..korang kena pi cari kat pasar tani. makcik2 or pakcik2 yang jual sayur kampung tu ada jual...selagi tak cuba selagi tu x tau...

Majlis Perkahwinan Sepupu Di Serkam, Melaka.

Hi korang...

Sabtu lepas SA sekeluarga ke Serkam Melaka meraikan Majlis walimatulurus adik sepupu sebelah abah SA. Kali ni majlis menyambut menantu kerana kedua- dua pengantin adik beradik ni dah pun nikah bulan 10 kalau tak salah..kami tak pergi pun masa majlis nikah tu. Majlis diadakan kali ni secara sederhana sahaja kerana mereka baru sahaja kehilangan Ibu. Agak sebak SA sampai kat sini masa SA salam dan peluk Pak Teh..tak tau kenapa perasaan sebak tu sampai sehingga mengalirkan airmata..maybe sebab Pak Teh cakap..Mak Teh ko dah takde..Pak Teh kena buat semua..masa arwah Mak Teh meninggal memang kami tak dapat ziarah dan mak abah jer pergi..sebab tu kot SA rasa sebak sangat sampai menangis..kesian tengok Pak Teh kepenatan uruskan majlis anak dia..sekali 2 orang plak anak dia naik pelamin...


Banner 


Anak dara SA, Mak dan Maksu yang pangku Tiara..SA notice alas meja tu sama kaler ngan baju SA..aduhai..sabar je la..


SA dengan sikembar Adeliya & Aressa


Dengan Ibu diorang Lisa


Pengantin pun nak berarak dah..


Adibah pakai baju hijau ke kelabu ntah..kakak kepada Ibrahim..yang baju purple tu wife Ibrahim 


Pengantin perempuan berarak menuju ke pasangan masing- masing


Cantik kedua- dua pengantin..tak sangka Adibah cantik betul sebab lama tak jumpa..


Ibarahim memang sebijik ikut muka Pak Teh


Sikembar dengan ayah dan adik diorang Aidan, dan anak dara SA


SA berkenan dengan baju yang Adibah pakai tu...husband dia pun ensem..



Adat dan kebiasaan sambutan pengantin..mesti ada kompang dan pencak silat..


Tak panas ke kaki ko dik oiii...




Datin SA dengan anak dara, celah pokok pisang pun boleh...SA dah berjinak2 pakai selendang ke majlis kahwin atau kenduri2 lain..mana tau nanti bertudung sepenuhnya..korang doakan tau..


Tak tau baju tu kaler kelabu ke hijau..nampak macam hijau bila in real tau...cantik sangat


I Love purple!!








Pasukan kompang..

Lepas je diorang masuk ke pelamin dalam rumah, SA dan yang lain- lain gerak ke majlis satu lagi kat Muar...haaa ada 2 majlis sebenarnya sabtu tu..satu lagi kat rumah Makcik adik ipar SA...Sepupu diorang kahwin plak..dari Serkam ke Muar tak jauh mana pun rupanya..sekejapan je dah sampai dah..sempat la sebelum SA balik tu jumpa sedara mara yang lain..lepas salam-salam tanya khabar terus gerak..cuma adik SA yang bongsu je tak gerak lagi sebab tunggu kazen yang tailor tu bawak baju yang dia tempah...siap2 bagi location wedding seterusnya dan tunggu dia kat sana je nanti...SA kan..ada dulang hantaran banyak kat rumah..ada dalam belas2 kot..adik beradik semua dah kahwin, tak tau dah mana nak letak dulang hantaran tu semua..cadang nak jual je kat sesapa nak..tapi kena self pick up la..ada plak cakap simpan la nanti anak- anak nak kahwin..eh...mmg tak la..tahun2 akan datang x tau la plak macam mana pesen dulang hantaran kan..ntah lagi canggih ke apa...SA dalam proses nak reduce kan barang- barang x guna kat rumah SA..rimas dah banyak sangat barang...by end of this year nak kena make sure benda- benda x guna boleh buang or boleh jual....kan?

Monday, December 9, 2019

Apabila Budak Lelaki Umur 10 tahun Bertanya Apa Itu ROGOL?

Hi korang...

Dah kenapa la ayah kandung perangai macam syaitan ni kan..sakitnya hati ni tengok berita....apa nak jadi la dunia ni..makin ramai yang takde otak sanggup buat anak kandung sendiri macam tu...dengar berita ni semalam masa buletin 1.30 petang .masa tu kami tengah makan tengahari...tetiba anak bujang adik SA tanya...Rogol tu apa abah? allah...abah dia pun macam tak sampai hati nak jawab, Anak baru umur 10 tahun kan..lepas tu abah dia bleh plak pass baton kat mama dia ni ha...allah..bab ni SA memang failed..terus SA cakap..Ikie..Rogol ni adalah satu perbuatan yang tidak baik keatas perempuan. Kalau kena tangkap dan terbukti salah akan dipenjarakan..ingatkan dia stop kat situ je..eh...dia tambah lagi plak..kenapa pulak nak kena tangkap sampai masuk penjara katanya..Rogol ni macam mana aje..matilanak nak jawab...terus SA cakap..Ikie kecik lagi..nanti Ikie dah besar mama bagi tau macam mana..tak pun Ikie nanti cuba tanya cikgu lelaki..Perbuatan Rogol ni sememangnya perlakuan yang tidak baik dan allah tak suka..Rogol ni adalah persetubuhan badan secara paksa dan diikuti dengan keganasan terhadap wanita. So nanti Ikie dah besar Ikie akan tahu..Phewww...berpeluh- peluh SA nak terangkan kat dia. Ye la budak lelaki umur 10 tahun tanya soalan macam tu memang jenuh nak menjawab la kan...so SA gunakan pendekatan yang senang untuk dia faham..tapi berpeluh jugak nak atur ayat untuk bagi dia faham. Kadang- kadang anak- anak ni soalan diorang mencabar minda kan..

sumber google.com
_________________________________________________________________________________

Petikan dari berita online..

Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 105 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuan kandungnya.

Lelaki berkenaan yang berusia 46 tahun turut didakwa atas satu pertuduhan meliwat anak sulungnya itu yang berusia 15 tahun.

Tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding hampir tiga jam itu, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut hampir setiap hari dalam tempoh empat bulan di sebuah rumah yang didiami tertuduh, mangsa dan dua lagi anak lelakinya yang berusia 12 serta 13 tahun.

Tertuduh yang telah bercerai dengan ibu mangsa sejak 11 tahun lalu didakwa melakukan kesemua 104 kesalahan sumbang mahram itu antara 14 Ogos 2019 hingga 26 November 2019, antara 12.01 tengah malam hingga 12.30 tengah malam, di sekitar Kuala Berang.

Bagi kesalahan liwat dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama pada 26 November 2019, kira-kira pukul 12.01 tengah malam hingga 4 pagi.

Bagi tuduhan sumbang mahram, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan maksimum 10 sebatan manakala bagi tuduhan liwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377(C) kanun yang sama, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Wan Nooriah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Januari untuk sebutan kes.  —  Bernama
_________________________________________________________________________________

sumber google.com

Jom baca sedikit perkongsian yang SA baca sebelum ni..

Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Anda Dirogol


  1. Jangan membasuh sendiri atau menukar baju anda, walaupun anda benar-benar mahu. Melakukannya akan memusnahkan bukti penting rogol, seperti air mani, darah, air liur, rambut dan sebagainya.
  2. Dapatkan kawan anda. Ia boleh menjadi sangat sukar untuk mangsa yang rogol membuat laporan mengenai rogol memandangkan trauma kejadian itu. Tanya rakan atau ahli keluarga untuk pergi bersama anda ke hospital dan / atau balai polis untuk mendapatkan sokongan, atau hubungi perkhidmatan NGO atau kaunseling wanita.
  3. Pergi untuk pemeriksaan kesihatan di Jabatan Kecemasan & Trauma hospital kerajaan dengan segera. Doktor akan memeriksa anda di bilik peribadi – Pusat Krisis Bersepadu (OSCC) – untuk mengumpul bukti rogol. Anda akan terlebih dahulu diberikan borang yang meminta kelulusan anda untuk peperiksaan perubatan, dan maklumat itu digunakan untuk siasatan polis. Doktor boleh memeriksa kawasan alat kelamin anda dan pakaian anda. Walaupun anda mungkin merasa tidak selesa, sangat penting untuk mengumpulkan bukti dengan segera.
  4. Buat laporan polis secepat mungkin. Di hospital, anda juga boleh memfailkan laporan polis di kaunter polis. Anda boleh membuat laporan di balai polis terlebih dahulu; seorang anggota polis harus menemani anda ke hospital selepas laporan anda diserah. Anda masih boleh membuat laporan polis kemudian, tetapi selepas 72 jam, rogol dianggap sebagai ‘kes dingin’ iaitu, keterangan tidak lagi ada di sana. Apabila anda melaporkan rogol, anda menghalang pemerkosa daripada mencederakan wanita lain.
  5. Beritahu seseorang. Beritahu seseorang yang anda percayai atau menghubungi NGO wanita untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah penting, walaupun anda memutuskan untuk tidak pergi ke polis. Cara ini boleh membantu anda menangani perasaan takut, kebimbangan, dan ketidakpastian yang sering dialami oleh mangsa rogol. 

Bagaimanakah Saya Membantu Mangsa Rogol?


Jika rakan anda telah dirogol, dia akan mengalami gangguan emosi – dia mungkin tenang, kemurungan, histeria atau dia juga boleh bertindak balas dengan ketawa, marah, tidak peduli atau sentiasa terkejut. Setiap mangsa mengalami trauma dengan berbeza. Ketakutan mangsa yang terbesar adalah apabila tiada siapa yang mempercayainya.

Ia juga salah satu sebab yang menyebabkan mangsa tidak melaporkan rogol – adalah penting untuk anda mempercayainya. Percayalah kepadanya dan ia akan mendorongnya dan membantu mangsa merasa didengari dan difahami. Dia mungkin merasakan bahawa dia tidak berkuasa menyebabkan ia sangat lemah dengan keyakinan diri yang rendah.

Penting untuk memastikan magnsa mampu mengendalikan keadaan dengan cara yang terbaik. Terangkan pilihan yang mangsa boleh lakukan untuk mendapatkan keadilan dengan memberikan maklumat mengenai prosedur membuat laporan polis, prosedur perubatan seperti pemeriksaan di hospital dan perkhidmatan kaunseling. Mangsa mungkin tidak ingat semua yang anda terangkan tetapi tidak mengapa. Anda boleh mengulang maklumat kemudian. Anda tidak perlu menekannya untuk membuat pilihan.

Ini apa yang boleh anda lakukan:

  1. Menjadi pendengar yang baik
  2. Percaya kepada mangsa. Adalah penting untuk mangsa rogol mengetahui bahawa orang percaya kepada mereka. Hanya segelintir sahaja yang menipu setelah diperkosa.
  3. Berterima kasih kerana memberitahu anda. Biarkan dia tahu bahawa anda memahami betapa sukarnya untuk membicarakan apa yang berlaku.
  4. Menyokongnya dan beritahu dia bahawa ia bukan salahnya. Dia tidak melakukan apa-apa untuk dirogol, dan tidak ada wanita yang patut diperkosa. Satu-satunya orang yang dipersalahkan adalah perogol.
  5. Memastikan dia rasa berharga dan menyatakan rasa hormat anda dan kekuatannya sebagai mangsa yang selamat.
  6. Hormati keputusannya dan biarkan dia membuat pilihan sendiri.
  7. Galakkan dia membuat laporan polis dan / atau hubungi kumpulan wanita seperti WCC untuk bercakap dengan kaunselor atau Befrienders Pulau Pinang. Reaksi setiap wanita terhadap insiden adalah berbeza. Kerana kesan emosi yang kuat seperti rasa malu, menyalahkan diri, ketakutan, kecederaan, dan impaknya perlu dipahami sebelum pemulihan dapat bermula. Seorang kaunselor yang berpengalaman boleh membantu.

Soal Jawab Rogol

Apakah perbezaan antara rogol dan seks?
Rogol adalah perbuatan ganas di mana pemerkosa memaksa mangsanya bersetubuh dengannya. Ia adalah satu tindakan pencerobohan diri untuk memalukan dan mengawalnya. Rogol bukan seks kerana seks melibatkan persetujuan bersama kedua-dua pasangan.

Apakah rogol berkanun?
Hubungan seks dengan seorang gadis berusia 16 tahun dan kebawah, dengan atau tanpa persetujuannya dianggap sebagai rogol berkanun.

Kenapa lelaki merogol?
Salah faham umum ialah lelaki tidak dapat mengawal nafsu mereka. Walau bagaimanapun, realiti ialah rogol bukan tentang daya tarik seksual atau nafsu – ia adalah mengenai kuasa dan kawalan ke arah mangsa dan menggunakannya sebagai objek seks.

Bagaimanakah rogol berbeza daripada jenayah seksual yang lain?
Undang-undang mentakrifkan rogol sebagai penembusan zakar lelaki ke dalam faraj wanita tanpa persetujuannya. Wanita dan lelaki boleh diserang secara seksual dengan cara lain, seperti seks oral paksa, seks dubur, dan sentuhan seksual yang tidak diingini. Bagi jenayah ini, pesalah boleh dikenakan di bawah seksyen lain undang-undang, seperti penggeledahan, sodomi, atau cubaan rogol. Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah seksual yang lain, anda boleh membuat laporan polis.

Bolehkah anda hamil atau STD dari rogol?
Ya, terdapat risiko kedua-dua hamil dan penyakit menular seksual (STD) jika kondom tidak digunakan semasa rogol. Dapatkan ujian di hospital kerajaan di Jabatan Kecemasan & Trauma di mana anda juga boleh membuat laporan polis mengenai rogol.

Bolehkah seorang wanita menikah selepas dia telah dirogol?
Ya, seorang wanita yang telah diperkosa masih boleh berkahwin dan berkongsi kehidupan dengan seseorang yang dihormati dan dicintainya.

Adakah seorang wanita perlu menikahi perogolnya?
Kadang-kadang ada tekanan kepada seorang wanita untuk berkahwin dengan pemerkosa, terutama jika dia hamil disebabkan perogol tersebut. Tiada siapa yang perlu dipaksa untuk berkahwin dengan perogolnya. Sekiranya seorang wanita menikahi perogolnya, dia mungkin terus didera selepas perkahwinan mereka.

Memahami Rogol
Rogol ditakrifkan sebagai hubungan seks dengan wanita tanpa kehendaknya dan tanpa persetujuannya. Rogol adalah jenayah dan melanggar hak asasi seseorang yakni hak ke atas tubuh seseorang. Ia bukan seks tetapi ungkapan keganasan, kemarahan, dan kuasa yang dimaksudkan untuk memalukan mangsa mereka. Seorang wanita yang diperkosa mengalami trauma fizikal dan trauma emosi dan dipersalahkan kerana menyebabkan ia berlaku.

Pemerkosaan berlaku kerana sikap dan persepsi masyarakat terhadap wanita di mana wanita dilihat sebagai lebih rendah, dianggap sebagai objek seks manakala lelaki dianggap sebagai lebih tinggi dengan hak untuk berkelakuan seperti yang mereka suka.

Tiada siapa yang patut rogol atau diserang secara seksual. Seorang wanita tidak boleh dipersalahkan kerana diperkosa.

_________________________________________________________________________________

So pendapat SA..selain guru sekolah, ibu bapa memang perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak- anak bukan sahaja tentang pelajaran akademik tetapi ilmu tentang apa sahaja perbuatan yang baik dan tidak baik. Anak- anak perlu dibimbing. Jangan biarkan mereka mencari jawapan sendiri. Jangan kita sebagai ibu bapa memandang perkara ini sebagai tidak penting kerana kejadian rogol sekarang telah dibuktikan pelakunya adalah anak- anak yang masih di sekolah rendah dan sekolah menengah. Jadilah kawan kepada anak- anak anda dan share apa yang patut dan apa yang tidak patut.Sama- sama kita menjaga keselamatan anak gadis kita serta anak lelaki kita dari gejala yang tidak sihat ini. Sama- sama kita beri pengetahuan kepada anak- anak kita. Sesetengah ibu bapa segan untuk berkongsi pendapat tentang pendidikan seks atau apa sahaja gejala tidak sihat. Tetapi ianya sangat penting untuk mereka ada pengetahuan tentang gejala tidak sihat ini. Kalau zaman dahulu tiada kemudahan seperti Internet dan sebagainya so anak- anak agak selamat dari perbuatan tidak bermoral ini. Tapi sekarang dunia serba canggih, media sosial berleluasa, pengaruh internet, pengaruh rakan sebaya dan  ditambah ibu bapa bekerja dan kurang masa dengan keluarga. Itu semua penyebab utama masalah atau gejala sosial ini. 

Allah Pelihara Keselamatan SA Pagi Ini..Alhamdulillah..

Assalammualaikum...

Hi korang..

Allah dah kenapa tajuk macam tu kan...but serius menakutkan la naik bas pagi ni...SA dari Seremban naik bas macam biasa..dan SA naik bas khas coach wanita dari Stesen Terminal One Seremban ke Kuala Lumpur..Bertolak dari Seremban dalam pukul 6.30am. Hari ni SA terlewat keluar rumah sebab abah SA nak buang air besar la, dah settle tu nak masuk rumah semula nak amik baju sejuk la...then baru gerak ke Terminal One dalam pukul 6.20am..tak jauh pun dari rumah...cuti sekolah ni jalan tak sesak kan..sebab tu la driver bas bawak laju giler..sebelum ni takde plak laju macam tu..Hati SA dah x sedap dah..sebenarnya rasa berat hati nak pi kerja pagi ni...bukan apa..mak abah x kuat lagi..balik dari Muar ni nampak sihat sikit..tapi sebab cuti dah habis..makanya SA gigihkan jugak hati pergi kerja..



Seperti biasa naik je bas..SA akan duduk samada di bahagian tengah atau belakang...bukan kerusi panjang belakang sekali tapi 3 row dari belakang. Memandangkan lewat sikit pagi ni..maka SA duduk row yang terakhir...dah baca doa segala SA macam biasa terus lelapkan mata sambung tido...perjalanan memang smooth je...biasa la bas ekspress memang laju kan...SA sedap tidur dan terjaga setelah lepas tol Sungai Besi..Lepas tu SA sambung tido lagi...x sampai 5 minit tiba- tiba bas berhenti mengejut dan SA dh terdorong ke depan..memang impact sangat kuat tau...semua terkejut dan ada yang menjerit..ah sudah..accident ke kan? Dah la semua perempuan dalam bas kecuali pemandu. Rupanya driver bas mengelak dari berlanggar dengan myvi yang tiba- tiba brek mengejut. Myvi tu elak moto kuasa tinggi yang tiba- tiba cuba memotong dia..allah....menakutkan...

Alhamdulillah..nasib SA takde apa- apa..kalau duduk di bahagian depan sekali sure impact lagi kuat..Alhamdulillah allah pelihara keselamatan SA dan penumpang lain..ini la masalah SA..kalau SA rasa berat hati..memang SA akan mengalami sesuatu musibah walaupun bukan musibah besar...terus lepas tu SA x berani tido lagi dah...sampai KL SA berjaga..risau perkara buruk terjadi lagi...Alhamdulillah panjang umur..

Saturday, December 7, 2019

Masakan Simple Khamis Dan Jumaat...

Hi korang...

Dah makan ke? pagi benau tanya dh makan ke belum kan..SA hari ni nak pi Melaka ada ada kenduri kahwin kazen SA..lepas tu terus ke Muar..

Hari ni SA nak update menu Khamis  dan Jumaat..sempat SA masak memandangkan mak ngan abah kurang sihat..ye Khamis dan Jumaat SA cuti..habis dah cuti tahun SA..ada ada sehari untuk pi amik result PT3 Dania nanti..jom tengok apa SA masak..

Awas jangan terliur ye ..

Menu Hari Khamis...


Sambal Sotong


Sup Cendawan Tiram


Ikan Cencaru Goreng Kunyit

Menu Jumaat

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pucuk Pegaga


Ikan pelaling Goreng


Sayur Bayam goreng


Simple je menu SA untuk 2 hari ni..kebetulan adik bongsu SA balik bawak pulak ikan sepat ronggeng kering..mak mertua dia datang dari Perlis bawak..mak oiii sedap betul ..kecik2 je ikan sepat tu..x sempat SA amik gambar dh habis dh..malas plak SA nak amik balance yang ada ada dalam fridge..nanti la SA snap esok  ke..hehehe...

  • Selamat berhari minggu korang....

Friday, December 6, 2019

Projek Tanam Sayur Abah Membuahkan Hasil

Hi korang...

Hari ni SA cuti lagi..pagi-pagi SA dah ke depan rumah dh tengok sayur-sayur abah...wah..projek tanam sayur abah menjadi laa..subur betul sayur tu semua...pagi ni SA dh harvest sayur bayam yang ada..dapat la secekak untuk harvest kali ke 3 abah cakap...sblom ni x merasa sbb SA kerja kan...seronok betul tengok anak-anak pokok sawi tumbuh banyak-banyak macam ni...


Anak pokok sawi yang abah semai sblom dialihkan


Ini sepasu lagi


baki  sayur bayam bayam yang tinggal


Sayur sawi yg dah dialihkan


ni hasil yang SA harvest...

Seronok giler part harvest..abah memang tunggu SA nak bagi chance harvest...eee..seronok giler uolls...dia punya perasaan seronok tu susah nak cakap..hasil.berbudi pada tanah kan...walau dapat secekak je tetap seronok..lepas ni x yah dh beli sayur..nak makan petik je sebab abah tanam berperingkat peringkat...so x putus la sayur kat rumah ni..kat situ dh jimat dh...nanti dah besar sayur sawi tu SA update ye....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah