Monday, July 4, 2022

Lunch Di Melewar Kitchen Lavender Height Senawang.

Assalamualaikum..

Sabtu lepas...

Sampai je rumah dari KL, kan kebetulan technician Coway nak datang pasang penapis air kat rumah kan...Kawan SA datang untuk tolong repairkan plug point kat dapur...dia plak sampai awal..lepas tu SA mintak izin Pak Zain nak keluar kejap sebab rasa x manis plak kalau kawan SA lepak kat rumah sampai technician tu sampai kan...Kebetulan SA x makan tengahari lagi...terus la ke Lavender Height pergi ke Restauran Melewar. Restoran masakan kampung dan ada western gak. 

Ni first time SA makan kat sini, Okey la kat sini besar gak tempatnya dan diorang pun boleh cater untuk majlis2 tertentu...Masa SA sampai tak berapa ramai orang...lepas dah order terus alahai ramai plak masuk termasuk yang bukan melayu. Wah ni sign yang bagus..sure makanan kat sini sedap. SA order Aglio Olio Seafood dan kawan SA order nasi dan lauk Ala Carte.



Sekarang dah suka minum air honey lemon panas...


Sambal sotong petai...sedap..


Biasa la Nasi putih dan ada salad serta timun


Sayur Kailan Ikan Masin


Seafood Aglio olio - rasa okey boleh tahan cuma kupang tu x fresh langsung...


Tengah- tengah makan tu...tetiba dapat call technician dah sampai depan rumah...laaa...orang baru nak makan kot kan...pas tu suruh je la dia pasang...tempat memang dah tunjuk kat Pak Zain dah...so settle la dah pasang penapis air Coway. Lepas ni x yah dah SA beli air mineral selalu dah...SA memang minum air mineral kalau korang nak tau...dah ada air Coway ni okey la skit...x yah pening nak fikir pasal service seba  setiap 3 bulan Coway akan hantar technician untuk service selama 7 tahun..

Korang kalau nak pasang Coway kat rumah boleh la contact kawan SA...haha...bukan apa dengan dia ni semua jadi cepat...baru je 2 hari register dia dah arrange untuk pemasangan dah...service memang tip top. 

Nak cuba?

Call la Fairuz 0182395059


Korang nak cuba makan kat Restoran Melewar Kitchen bleh waze alamat kat bawah tu ye...

Restoran Melewar Kitchen
No 114-115, Pusat Perniagaan Lavender Heights, Jalan Lavender Heights 1, Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Phone: 06-679 0025

Opick In The House

Assalamualaikum...

Hi korang...

Petang semalam kan...Opick ngan Tiara balik sekejap kat rumah...SA tengah tido petang semalam..tiba- tiba dengar suara budak panggil. Laju- laju SA bangun...hahaha...rindu sangat kat dua orang bertuah tu...

Korang tengok la sendiri perangai Opick kalau jumpa Mama Long dia...memang mama kena buli...dia plak jenis geram kan...tiber geram dia..mula la nak cium- cium..nak peluk..nak buat macam- macam. Opick kalau bergurau jenis kasar...adik dia pun akan kena ngan dia...Tiara tu plak Princess Sanje...Kejap -kejap kang dah nangis...











Bab merosakkan gambar memang bagi kat dia la...kalau gambar ready tu dia mood baik la tu..kalau banyak goyang2 tu...korang faham- faham aje la...

Hilang rindu kejap kat Opick...sweet tau dia ni..nampak jer lasak dan sedikit nakal...budak- budak kan...biasa la...

Harap nanti hujung minggu dia balik lagi....


Saturday, July 2, 2022

Sarapan Di Kayu Nasi Kandar NuSentral

Assalamualaikum...

Hi korang...

Macam yang SA share pagi tadi...tekak ni nak makan roti canai kan...so terus je la ke Kayu Nasi Kandar...memang lama giler x makan kat sini dan lama giler x makan roti canai...SA belasah je makan walau tau batuk blom ok lagi...teringin kan...baru nak ada selera makan...walau masih x sepenuhnya..

Jom tengok gambar..

Gambar ni semua SA ambil guna hp baru Samsung Galaxy A33 5G...saje nak test...so far ok la gambar dia..SA x explore lagi..nanti nak buat video plak guna hp ni..













Kayangan kan harga dia, semua tekak punya pasal la ni...sesekali je makan macam ni bila teringin..x faham camne budak-budak opis duk hari2 makan or sarapan kat sini..x burst ke poket diorang...

Huii x leh la...tgok la tu nescafe je RM4.70, Roti canai?

Nasib kari kambing tu best giler...

Serammmmm mak nak kalau hari2....

Misi Ambil Ubat Mak Pah Di IJN

Assalamualaikum..

Hi korang ..

Dalam pada semalam sana sini orang up pasal minyak naik harga, netizen berbalah di socmed pasal minyak naik harga jugak...SA ni ha ..orang sibuk macam2 SA masih sibuk settlekan Mak Pah warded dan SA yang masih x sihat sepenuhnya...Mak Pah dah tentu-tentu la dalam ward...SA x risau sangat sebab she is in a good hand...ada nurse dan doctor ya g pantau...kalau boleh ada caretaker pun SA tetap x boleh nak jaga sebab SA pun x sihat kan...ntah bila SA ni nak sihat...x larat dh batuk dan selsema..

Pagi ni seawal.pagi SA keluar rumah pergi IJN sebab nak amik ubat ulangan untuk Mak Pah...sepatutnya amik semalam..tapi SA dah x larat....lama kat emergency hospital Seremban tu...

Eh jom la tengok gambar...lega skit travel Sabtu sebab x ramai orang ..

















Settle urusan amik ubat Mak Pah...

Mintak staff IJN call kan Grab...SA ke Monorel station Titiwangsa sebab SA nak ke KL Sentral...perut dah lapar and dh swt nak makan roti canai kat Kayu Nasi Kandar tu...macam dh lama sangat x makan roti canai ni. And teringin jugak kari kambing...dapnyaaaa.... harap2 ada la...

Kita jumpa lagi next entry ye...

Lepas sarapan nanti nak terus balik ke Seremban sebab SA nak kena tunggu technician Coway nak datang install Coway kul 3 macam tu...


Friday, July 1, 2022

Lama Tak Masak...Sekali Masak.......

Assalamualaikum...

Hi korang

Lama sebenarnya SA x masak...since 21hb..eh...since awal bulan 6 kot...x tau la apesal masa tu ..samada sibuk ngan kerja atau masa tu kemalasan melanda...ooo ingat dah..SA dah mula tak sihat masa tu...memandangkan hari ni SA emergency makanya SA pun masak la...nasib SA x tunggu kat lobby emergency hospital macam dulu-dulu tu...SA plak tengah blom sihat...kat situ pun dan macam-macam virus ada...dari SA terdedah dengan bahaya kuman ke virus apa je la..SA balik dah tunggu kat rumah..

Betul jangkaan SA..tepat pukul 2 petang Mak Pah baru di transfer ke ward...kalau SA tunggu memang melangut la...SA balik tengok dapur...Dania dah kemas rumah sebelum pergi kerja..syukur...SA batalkan niat nak ke IJN...esok je la SA pi amik ubat Mak Pah...

Sebenarnya lauk kari tu left over kari kepala ikan tenggiri...kuahnya banyak lagi...terung pun banyak..SA rebus telur terus masukkan dalam kuah kari tu...sayang la bazir-bazir kan..tengah semua benda mahal ni...mana boleh habiskan elok habiskan...memandangkan esok SA nak ke IJN pagi...SA masak lepas maghrib tadi sambal sotong...Kangkung ikan masin SA masak tengahari tadi...jadi la...sambal sotong tu nanti Dania boleh bawak bekal ke tempat kerja..

Jom tengok gambar



Kangkung goreng Ikan masin


Kari telur rebus


Sambal Sotong

So ini la menu makan malam jap lagi...sunyi rumah Mak Pah kat ward .. lepas makan ni SA nak rehat...esok nak kuar awal pi IJN...

Esok jugak ada orang Coway nak pasang penapis air...elok pasang la kan..sblom ni ada penapis air tapi jenama lain...macam x best je so terminate...

Coway tengah trending kan sekarang...

Selamat malam korang....happy weekend...





Pengumuman Top Komentator June 2022


Assalamualaikum.

Hi korang ..

A simple entry....SA sibuk uruskan Mak Pah Warded. Walau diri sendiri pun x sihat lagi...

Ok make it short ..

SA nak umumkan pemenang Top Komentator blog SA untuk bulan June...

Tahniah buat 'Bola Katok'

Tolong emailkan details ke suriaamanda@yahoo.com dengan tajuk email PEMENANG TOP KOMENTATOR JUNE 2022

Maaf takut x sempat nak umumkan..so SA teringat ni ..terus umumkan je ..

SA buka kembali contest mencari pemenang Top Komentator untuk bulan July 2022



Mak Pah Dikejarkan Ke Emergency Hospital Tuanku Jaafar

Assalamualaikum..

Hi korang..

Pagi ni..seawal pukul 5am...SA terpaksa hantar Mak Pah pi emergency.Mak Pah batuk teruk sampai x boleh bernafas dengan selesa. Sakit bahagian belakang. Sesak nafas beberapa kali. Check plak oksigen...drop teruk...sudahnya memang x tunggu lagi...SA informed boss ..then uruskan Mak Pah.

Ni SA kat rumah...SA td kena tegur ngan MA bahagian kecemasan tu..sebab SA baruk selsema so dia suggest  SA balik..suruh waris lain yang standby..takde pun SA suruh adik2 lain standby..rumah dekat..SA suruh je diorang call SA nanti. Warded ke x warded ke...




Subuh2 dah ada kat depan ni...bukan SA sorang...ramai lagi waris keluarga yg lain


Mak Pah tengah di check 


Ramai MA pelatih...dan ada gak Doc Pelatih


Sampai saat entry ni SA publish...SA masih kat rumah...menunggu call...patut SA kena pi IJN...esok la...x larat dh...

Mohon doa untuk Mak Pah ye. ..kalau warded pun xpe..at least she is in a good hand...kami kat rumah ni basic ada la kalau emergency...kalau buat masalah lain...susah nanti...
 


Thursday, June 30, 2022

Ayam Bakar Air Fryer Bekal Hari Ini....

Assalamualaikum..

Hi korang...

Hari ni macam yang SA mention pagi tadi...SA bawak bekal jugak pi kerja...dah terbiasa makan pukul 12.30pm ikut waktu makan masa kat hospital...cukup pukul 12 tengahari mula la SA terasa lapar. 

Nak tau tak...untuk bagi SA habiskan semua bekal SA ni apa yang SA buat?

Pagi SA makan sarapan sikit je...bila dah lapar betul baru SA panaskan makanan dan makan pukul 12.30 tengahari...

Walau sarapan sangat penting kan..tapi disebabkan SA nyer tekak masih pahit...makanya itu je cara untuk SA makan...

Balik kerja semalam SA sempat beli ayam bahagian kepak yang dah dimarinate, balik sampai rumah SA bakar jer dalam Air Fryer...senang kerja...bukan SA jer bawak bekal ni...Dania pun sama bawak bekal ayam bakar...



Nasi sesenduk setengah, ulam timun jepun, ayam bakar guna air fryer dan sayur kacang buncis pecah telur..dah panas dalam microwave terus bawak kat tempat dan makan...sambil tengok KDrama


Ni Pak Zain bekalkan..ikan baung seketul...ada balance lauk semalam..dia panaskan dan suruh SA bawak..kalau x nak makan bagi kawan katanya...habis jer SA makan...ikan baung ni sedap..berlemak..
 

Alhamdulillah...berjaya SA habiskan bekal hari ni....

Portion tu sikit je tu...sebab zoom gambar so nampak macam banyak...esok tak bawak bekal rasanya sebab SA half day petang esok..nak kena pi IJN plak....

Alhamdulillah hari ni SA kurang skit batuk...sesekali je batuk datang....syukur SA dikelilingi dengan kawan- kawan yang prihatin...

WW~ Ada Yang Nak Buat Menantu?

Assalamualaikum...

Hi korang...

Tengok lah senyuman manis si bujang SA ni.....gugur tak jantung acik- acik dalam ni tengok?


 
Ada yang nak buat menantu tak.?

Hahahaha...Rindu ngan Abam Opick ni...

Rindu nak peluk dia..

Rindu nak dengar dia panggil Mama...

Kadang dia sajer je tukar ikut suka panggil SA Mommy....

Harap weekend ni dapat jumpa Opick...macam lama sangat dah x jumpa....

Kisah Semalam First Day Working

Assalamualaikum...

Hi korang....

SA berjaya melalui hari dan liku- liku kehidupan semalam dengan rasa yang bercampur baur...x tau nak citer macam mana rasa tu...rasa nak tanggalkan leher ni kalau boleh dan cuci bersih pas tu pasang balik...batuk semakin teruk bila kat office sebab ventilation dan aircondition yang terlampau kuat. Tak tau nak mintak perlahankan macam mana sebab aircond memang centralised kan...So dekat division SA akan kedengaran batuk berpanjangan dari SA la dan SA memang yakin kawan- kawan akan rasa trganggu. 

Bukan SA tak nak sambung MC, tapi sesapa yang duduk di tempat SA pasti akan buat benda yang sama ngan SA. SA secretary dan memang menjadi keperluan dalam division especially pada boss. bila sesekali MC lama dan hospitalization mesti banyak benda yang pending kan....kadang orang faham kita sakit..kadang ada jugak yang kurang faham, tak faham atau buat- buat tak faham. Sedih kan bila keadaan tu semua berlaku. Tak kisah kat mana- mana sektor. Pasti ada dan pasti wujud.

Semalam SA bawak bekal. Menung tengok bekal SA...lauk memang sedap...tapi tu la...tekak pahit dan x rasa apa...tapi SA makan jugak la buat alas perut untuk makan ubat.



Nasi sikit je..nampak banyak sebab gambar zoom, daging goreng halia dan sayur bok choy celur


Ini plak bukan gambar semalam...tapi gambar hari ni...hari ni ada rupa orang sikit...semalam x rupa orang...semalam teruk giler muka macam bengkak sebab steroid dan jugak sebab batuk tak henti- henti.


ramai cakap susut sebab sakit...


Hari ni SA masih sama...masih batuk dan selsema...asal rasa gatal nak batuk je kat tekak, amik tisu and lari masuk bilik meeting. Nasib bilik meeting depan mata...penat oiii...yang dah rasa batuk teruk ni faham la...dah la batuk jenis gatal takde kahak...kalau la boleh garu tekak ni dengan kayu pembaris dah lama SA garu....

Hari ni SA bawak bekal gak...x taua la boleh makana ke tak..harap- harap boleh la makan...nanti SA update ye SA bawak apa....


Wednesday, June 29, 2022

Apa Nak Jadi Ni...Potong Ayam Pun Ada Charge?

 Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA dah start kerja setelah hospitalization dari 21hb dan sambung MC sampai 28hb..so hari ni SA start kerja macam biasa walau badan tak berapa kuat lagi. Ikutkan SA masih batuk dan selsema...letih dah dengan dua benda ni...tisu dah berkotak2 habis dah....

Hari ni SA nak sentuh tentang harga barangan yang melampaua naik sekarang ni...SA x tau la nak komen macam mana lagi...dah terang2 lagi nak bersuluh ke kan...harga tu dah beberapa tahun memang tinggi...kecuali yanag terkawal la kononnya sekarang langsung x terkawal dah...jarang SA bercerita atau buat entry tentang permasalahan semasa kan...tapi entah lah..tiba- tiba nak citer plak bab ni...rasanya macam tak patut jer kalau peniaga kenakan caj tambahan untuk potong ayam kan...elok la korang belajar potong ayam sendiri dari sekarang...dari bazir jer duit macam tu...selalu free aje kalau potong pun...for me memang tak adil la...

Belum lagi kalau beli ayam seekor kat pasar malam atau kat supermarket besar..kita bayar harga seekor ayam total kilo..bila dah mintka potong sampai rumah semua part macam kaki, hati. pedal atau leher serta kepala takde.Betul takde yang makan kepala ayam..tapi apa salahnya masukkan sekali semua tanpa diasingkan sebab ornag beli harga seekor ayam kot. SA kalau beli ayam kat pasar atau pasar malam...semua SA kata SA nak. Kita bayar kot...kan?Pak Zain memang faham perangai SA sebab dia pun macam tu..nasib dia memang beli ayam seekor akan potong sendiri...kadang beli ayam hidup kat pasar pun dia sendiri mintak sembelih kat peniaga tu...Bukan lah dia tak percaya kat peniaga tu...tapi dia lebih selesa sembelih sendiri. Itu sekiranya dia beli ayama hidup la..



SA sedikit terperanjat bila ada yanag up kat socmed kata dah la harga ayam naik mendadak...potong ayam pun nak kena charge. Rata- rata peniaga mengenakan RM2 charge sekiranya nak potong ayam bulat atau ayam seekor. Dah la seekor ayam harga dekat RM20, ni nak potong kena charge plak...kenapa la rata- rata diorang ni nak amik kesempatan. Pada yang pandai potong ayam macam SA takde la masalah. Yang tak pandai potong? takkan nak beli ayam dah siap potong yang sememangnya lain harganya dari harga seekor ayam kan?

SA memang dari umur 12 tahun dah belajar potong ayam. siap belajar potong dah macam orang nak buat pembedahan di dewan bedah. Kena pakai apron bagai...pas tu kena teliti betul- betul sendi yang nak dipotong. Kelakar bila ingatkan balik. Masa tu kami sekeluarga tinggal di Pasir Panjang PD. Kami duduk rumah kuarters. Korang tau jer la kan...rumah kuarters kan memanag banyak kawasan...besar...belakang rumah ada bukit dan ditanam pokok- pokok. Ada cempedak,rambutan pisang apa segala la..Pak Zain plak memang jenis x duduk diam. Ada je benda dia buat dan tanam. Termasuk la bela ayam dan burung merpati...Ayam daging yang dibela pernah cecah 20ekor. Besar- besar dna gemuk- gemuk. Puas la kami makan ayam. Ada je sampai birthday akan sembelih la ayam tu seekor besar dan Mak Pah akan buatkan KFC sendiri. Tepug KFC kan memang ada jualjenis yang original tu. Itupun dah cukup mewah dah. Mak Pak buatkan kek siap ada icing kek guna marjerin lagi. Itupun dah cukup bangga dah citer ngan kawan- kawan. So Pak Zain memang akan ajar anak- anak dia potong ayam atau siang ikan..Kalau dulu masa kecik macam merungut la...ye la...kecik- kecik kena buat kerja orang dewasa...rupanya Pak Zain dan Mak Pah ajar tu bersebab...tengok sekarang..tak susah dah kan...

Kami masa kecik- kecik tak la mewah macam sekarang. Sekarang bukan mewah la..sekarang lebih kepada mampu. Tipu sangat nak kata mewah sekarang. Tapi kalau compare masa tahun tu...dengan sekarang...memang sekarang agak mampu la...cakap aje nak makan apa...sebut je kejap tu kang dah ada dah sampai kat rumah. 

Sekarang...sejak dah sakit ni..SA akan bawak bekal la dari rumah hari- hari ke tempat kerja. Cuma masalah SA sekarang cuma satu je...SA takde selera...tekak masih pahit..SA dah hilang 3kg since sakit...muka pun ramai teguar cengkung...harap- harap SA okey semula...x larat ngan batuk ni...selsema lagi la...makan ubat macam mana pun tetap tak hilang- hilang...jahatnya penangan Influenza kan...


Tuesday, June 28, 2022

Cubaan Buat Kuih Bakar Menjadi...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Semalam senyap sunyi je kan...semalam melantak tido, makan ubat...tido...makan ubat...tido....seksa batuk teruk ni...stress SA dibuatnya...hari ni rasa okey skit...terus tekak ni rasa nak makan macam-macam...

Hari tu teringin nak makan kuih bakar...kuih bakar pandan tu...ada orang jual kat area Zemart ni tp kuih bakar labu..SA plak x makan labu...then hari ni berpandukan video kat reels ke kat Tik Tok ntah SA cuba buat...tengok cara senang je....

Dengan masih batuk...dengan hidung tersumbat...dengan badan lemah x bermaya...demi sebuah keinginan...SA merajinkan diri buat dari A-Z



Masa SA masukkan dalam oven


Masa nak masak dh.. SA bakar guna oven je 180°c selama 1 jam 15 minit...sebab nak dapatkan kesan bakar dia tu...


Wangi oiiii seluruh rumah...agaknya jiran depan belakang pun bau wangi daun pandan...bahan semua memang dh ada kat rumah...daun pandan menimbun tu Pak Zain tanam kan..so...apa lagi..kita kasi panas enjin la

Seronok buat kuih ni bila menjadi kan..

Esok SA start kerja....doakan la untuk SA agar semua ok...Harap2  xde masalah dengan batuk SA esok....


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah